Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, January 14, 2009

Wanita Solehah


Wanita Solehah dari pandangan Al-Quran & Sunnah

Penulis kali ini ingin mengupas apakah yang dimaksudkan wanita/isteri solehah dan bagaimanakah ciri-ciri yang perlu dimiliki bagi melayakkan mendapat gelaran tersebut.
Setiap suami menginginkan isteri solehah, begitu juga anak-anak mendambakan ibu solehah atau ibu mithali tapi sedarkah kita apa maksud sebenar wanita solehah itu dan apakah ciri-ciri sebenar yang patut ada bagi melayakkannya menurut perspektif Al-Quran & sunnah.

Ada baiknya dirujuk tafsiran dari hadis nabi tentang wanita solehah.
Sebuah riwayat menceritakan :
“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.” (Riwayat Shaihan).

Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.
Bagi yang belum berkahwin dan mempunyai ibu bapa, sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”-surah al-Israk:23.
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

Dari hadis-hadis & tafsiran Al-Quran di atas menerangkan cirri-ciri wanita solehah :-
1) Penyejuk mata
2) Taat ibu bapa selagi tidak melanggar syarak.
3) Amanah.
4) Ber-agama dan mengamalkan sebaiknya.

Khusus bagi wanita bergelar isteri, 2 ciri utama yang perlu ada :-

1. Taat kepada Allah dan RasulNya.
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami

Ciri kedua selepas taatkan Allah dan Rasul ialah taat serta setia kepada suami yang soleh.
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yang baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.


Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.


Rasululllah S.A.W bersabda,
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"


Ketaatan kepada suami mestilah terhadap suatu yang tidak melanggar syariah. Jelas, Islam mengajar kita mentaati suami selagi mana si suami tidak menyuruh berbuat sesuatu kemungkaran. Tetapi jika si isteri menurut suami walaupun menuju kearah kemungkaran, misalnya suami ajak menuntun ‘konsert hiburan’ yang jelas ‘Lagho’ – percampuran lelaki dan perempuan tetapi isteri masih tidak memberi teguran malah turut serta. Ini menunjukkan ciri solehah itu telah gugur bagi si isteri tersebut.


Ringkasan cirri-ciri ketaatan kepada suami seperti berikut :-
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga


Tambahan ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


1. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadap suami ketika ketiadaannya.


2. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.


3. Sentiasa menghormati keluarga suami .


4. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.


5. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


6. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.


7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.


8. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.


9. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.


10 Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.


11 Bersikap malu terhadap suami.



Begitu mendalam dan terperinci cirri-ciri yang perlu ada bagi setiap wanita bergelar untuk menjadi isteri solehah. Justeru itu, sama-sama kita renungi sejauh manakah penghayatan serta pengamalan dalam kehidupan seharian bagi melayakkan kita diberi gelaran tersebut.

Adalah tidak tepat kiranya tanpa memenuhi cirri-ciri khusus bagi isteri solehah tapi masih merasa selesa dan menganggap kita ataupun di kalangan ahli keluarga begitu mudah mendapat gelaran tersebut.

Haruslah kita beriltizam dan istiqamah dalam mencari keredaan-Nya dan berusaha memenuhi cirri-ciri tersebut. Gelaran solehah akan diperolehi secara automatik tanpa perlu penganugerahan dari sesama manusia.

Monday, January 12, 2009

Mengenal Siapa Yahudi


Mengenal Siapa Yahudi

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:


Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.
Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#

Sebuah Artikel dari Darulnuman.com
Link asal ; http://www.darulnuman.com/mhikmah/yahudi.html

Penderitaan di Gaza


Asap selepas israel mengebom Gaza. Asap inilah yang menjadi tontonan rakyat israel dengan menyorak kegembiraan. Mereka anggap inilah tanda kemenangan mereka.

Hari nie berita jam 1.30 tghari ini menunjukkan angka mangsa kerakusan israel meningkat menjadi 900 orang. Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak, wanita yang lemah dan orang awam. Setakatini media tidak melaporkan bilangan askar israel yang terkorban.


Gambar seorang ayah yang sedang memasukkan jenazah anaknya ke liang lahad. Lihatlah betapa kejamnya israel kanak2 yang tidak berdosa menjadi mangsa mereka.

Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Apakah sumbangan kita untuk membantu umat islam selain dari memboikot barangan mereka yang kemasukannya ke dalam negara seolah-olah tidak dapat dibendung. Melihatkan kekejaman , kesombongan, kebiadapan mereka terhadap umat islam di palestin harus kita ambil perhatian yang serious.

Sedar tak sedar kebanyakan barangan kita di rumah yang kita gunakan sehari-hari adalah barangan mereka. Dengan kesedaran itu kami telah mencari senarai barangan keluaran yahudi di internet hasilnya:

Makanan

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays… dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato… dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls… dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake… dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan… dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda… dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California

Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali… dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah… dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips… dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam… dan sebagainya.

Minyak Sayuran Rawabi, Fern

Makaroni Columbus, Hayo

Chipsy

Delta

——————————————————————————–

Super Market

Sainsburry

Heiz

Edge

Tesco

——————————————————————————–

Kedai Makan/Restoran

McDonalds

Tikka

Kentucky Fried Chicken (KFC)

Kantis

Arby’s

Pizza Hut

Chicken Tikka

Paradise

McBurger

——————————————————————————–

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean… dan sebagainya.

Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy… dan sebagainya.

Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri

Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga
Jenama: Raid, Glade… dan sebaginya.

Syarikat Revlon Make-up

Syarikat East In Sambel

Syarikat Beverly Hills

Syarikat Sitreen

——————————————————————————–

Bahan Tenaga

Bateri Kenderaan Milestone

Bateri Kenderaan Powder

Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready… dan sebagainya.

——————————————————————————–

Alatan Sukan

Nike

Universal

Power

Paramount

Youngers

——————————————————————————–

Pakaian

Jean’s Basic

Kelvin Klein

Levi’s

Basic

Ralph Lauren

——————————————————————————–

Alatan Pejabat

Syarikat Delta Egypt

Parker Schiffer

Pen Schiffer

Higher

——————————————————————————–

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Mac

IBM

Intel

Uracel

Nokia

Motorola

Digital


Semoga barangan dan tempat perniaagaan mereka dapat kita boikot tanda meratapi kesedihan dan kesengsaraan penduduk di Gaza. Moga Allah memberi kekuatan kepada penduduk di situ. Amin.

Friday, January 9, 2009


Semasa sedang buat latihan bm semalam ada soalan yang melibatkan perbuatan yang baik dan tidak baik. Salah satunya berkaitan berbuat baik dengan ibu bapa, soalan yang menarik perhatian mama ialah, Jangan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. Mama saja cakap ngan Arrie, "Haa tengok jangan cakap kuat2 dengan mama abah" Kemudian Arrie jawab " Abang tak de cakap kuat2 ngan mama bila mama suruh abang tolong."

Mula2 mama tak ambik port tentang perbualan itu. Tapi pada malamnya sebelum tidur mama terpikir kata2 Arrie, memang betul Arrie tak pernah berkasar ngan mama selalu menurut permintaan mama bila mama suruh sapu rumah, sidai kain, basuh pinggan dan bantu buat kerja rumah yang lain. Kadangkala cara mama suruh buat kerja agak kasar kemudian ditegur abah "Nape bila suruh anak marah2?" Lepas ditegur biasanya mama malu sendiri dengan kelakuan mama. Tapi anak2 tetap menurut.

Kadangkala bila kita mendidik anak memang ada kesilapan dalam cara itu. Tapi yang penting kita tahu itu salah. Apa yang mama nak bagitau sekarang ialah anak2 mama pada usia sekecil Iffa dan Arrie telah banyak membantu mama dalam pengurusan rumah. Terima kasih kerana sudi membantu.


Untuk anak2 dan abah mama minta maaf didalam keterlanjuran kata2. Sebab tu la orang pompuan nie banyak dalam neraka kerana lidahnya. MInta maaf k.

Wednesday, January 7, 2009


Kesian Pak Uda demam dah 2 minggu tak kebah2. Nenek cakap suspect denggi hari nie nak kena gi checkup darah tapi takde orang nak hantar waktu siang maklumlah time kerja kan. Mama nak tolong hantrkan tapi lesen lak takde lagipun polis tengah sibuk buat roadblock check seat belt belakang. Petang sat lagi lepas abah balik kitorang gi ziarah.

Mama dah perasan dari kat kampung lagi dah hantar gi hantar check kat hospital segamat depa cakap demam biase. Tapi kalu demam biasa takkan teruk sangat. Kadang hospita gavernment ni suka buat acuh tak acuh je. Macam tu jugak terjadi kat Ammar kalau ikut advice diorang suruh tunggu 5 hari sampai ubat habis. Rupanye appendiks dah pecah itu pun the next day kita nekad gi another klinik.

Bukan nak salahkan semua staff government macam tu cuma kalau bab kesihatan take serious la sikit. Kalau nak bekerja biar tahu tanggungjawab terhadap masyarakat kalau setakat sebab nak kerja stabil n dapat pencen bila dah tua tak berkat rezeki. Orang awam macam kami harapkan bantuan. Nak gi hospital private untuk ambil x ray je awal2 lagi diorang dah sound RM200 yelah bila tengok orang tak standard macam kami masuk diorang mesti taknak ada problem payment lak kan.

Dah melalut pulak asalnyer cuma nak cerita pasal Pak Uda sakit jer.. He he

Friday, January 2, 2009

Daftar sekolah Arrie & Iffa


Bergambar dulu lepas sampai ke Sekolah Arrie.

Ammar & Dina di hadapan stage dewan sekolah Arrie.

Arrie & Dina depan sekolah Agama arrie.

Ammar atas mainan di sekolah Pra Iffa... 'Macam best je mainan ni' mungkin tu yang tengah Ammar fikir kot.

Mama tengah mengira duit yuran. Macam menggeletar je tu..

Sebelum Balik, bergaya dulu kat sekolah Arrie, Lukisan belakang tu memang cantik. Kreatif juga cikgu-cikgu sekolah Arrie.

Aik.... Sapa pulak ni ?....Ohh tetamu datang rumah sebelum gi daftar Arrie & Iffa. Mak usu ngan kawan dia. Senyum jangan tak senyum.....nak masuk blog ni.

Thursday, January 1, 2009

Tingkatan Ibadat Haji




Ramai Jemaah Haji telah selamat pulang ke tanah air termasuk beberapa ahli keluarga Arrie.
Perlu kita famahi ibadah haji juga mempunyai tingkatan darjatnya di sisi Allah.

Hampir sama seperti ibadah sembahyang dan puasa, ibadah Haji mempunyai empat
peringkat yang berbeza :-

- Haji Mardud
Haji mardud ialah haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT.

- Haji Maqbul
Ialah haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.

- Haji Makhsus
Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah tetapi diampunkan segala dosanya. Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud :

" Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya "


- Haji Mabrur
Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :

" Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga "

Semoga semua keluarga Arrie memperolehi darjat tertinggi, Insya-Allah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008