Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
online
Tuesday, August 12, 2014
Hari Raya 2014
Masih lagi dalam mood raya. Tidak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua, mohon maaf di atas salah silap kami samaada sedar atau tidak ye.
Tahun ni takde gambar raya satu family sebab sebaik sahaja abah dan anak2 balik dari masjid rumah kami tak putus2 terima kunjungan tetamu. Alhandulillah. Anak2 pun dari pagi sampai petang keluar berjalan. Satu kampung diorang jelajah.
Kami hanya beraya di sini tak balik ke klang pun, sebab nenek ikut mak nana balik ke johor rumah buyut. Rindu pulak mama dengan buyut. Macamana rupanya buyut2 sekarang ni. Sihat ke tidak. Inshaa Allah satu hari nanti kita jenguk buyut kat johor.
Hampir 3 tahun dah kami bermaustatin di kampung halaman abah. So far takde masalah boleh je menyesuaikan diri di kampung. Dengan pendapatan dari perniagaan runcit kecil2an dapat menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Abah pun makin rilex sekarang ni bebanan hutang pun dah tiada. Dapat kami lunaskan semua. Alhamdulillah.
Fokus kami sekarang adalah untuk anak2. Tak terganggu dengan hal yang lain. Iwana kira membesar sepenunya di kampung. Walaupun duduk di kampung perhubungan dengan ahli keluarga nun jauh di selangor tetap di semai. Jom layan gambar bercuti masa musim cuti sekolah yang lalu.
Ikut mak nana bermalam di palace of the golden horses, kajang.
Monday, August 11, 2014
Amik akak sekolah..
Sejak ada assistant untuk jaga kedai.. selalu ikut abah amik kakak dan abang ammar balik sekolah.
Yang paling syok sekali iwana la.. abang arrie dah duduk asrama kolej sultan abdul hamid bermula dari awal tahun lagi..
Nanti kita cerita pasal abang arrie pulak..
Monday, April 23, 2012
Hani..
Sukar sungguh kakcik nak terima kenyataan ini.. tetapi apakan daya Allah lebih menyayangi Hani.. Hani pergi meninggalkan kami selama2nya.. Semoga Hani bahagi di sana dik.. semoga Allah memelihara Hani dan semoga hani ditempatkan di syurga di kalangan orang2 yang Allah kasihi..
Hani sungguh kakcik tak sangka hari tu adalah hari terakhir kakcik berbual dengan Hani ketika itu Hani berada di hospital bersama bonda kita yang tercinta.. tengahari tu kakcik topup kan telefon Hani agar mudah Hani atau mak nak hubungi kakcik.. kakcik betul2 tak sangka bahawa demam hani itu demam yang boleh membawa maut..mengapa dik mengapa adik pergi terlalu awal.. tetapi kami semua redha dengan dugaan ini.. walaupun sehingga ke saat ini airmata kakcik akan mengalir tiap kali teringatkan Hani...
Hani adkku sayang.. akan kakcik kirimkan doa buatmu di sana jua doa untuk arwah abah kita yang dah lama meninggalkan kita...
Hani kami semua sentiasa menyayang dan merinduimu dik..semoga adik tenang di sana...Kakcik akan menyusul Hani bila sampai waktunya...
Wednesday, October 5, 2011
Perubahan hidup sentiasa berlaku
Kisah ni berlaku di awal 80-an, seorang kanak-kanak diusia 11 tahun berpindah dari sekolah kampung ke pekan dan menetap di asrama. Sebelum ini ada orang yang perhatikan kita, makan minum, pakai dan sebagainya. Kini semuanya terpaksa dibuat sendiri. Dari membasuh baju, menyiapkan tempat tidur berkemas hinggalah kepada belajar semuanya sendiri. Kisah tinggal di asrama ada aku ceritakan di sini: Kisah Asrama
Bagi kanak-kanak yang manja adalah suatu yang mustahil berseorangan dan tinggal berjauhan dari sanak saudara. Tapi, aku tidak begitu. Aku berjaya harungi segala kesusahan dan kesulitan dalam menempuh perubahan hidup yang pastinya membawa lebih kebaikan. Sistem pembelajaran lebih teratur. Kawan-kawan dari mereka yang terpelajar pastinya mendorong aku untuk lebih maju dan berjaya dalam peperiksaan.
Seterusnya berlaku lagi perubahan bila aku ditawarkan ke IPTA selepas SPM. Aku berjaya mengikuti kursus pengajian AAD (American Associate Degree) di UITM, S Alam. Kisah pengajian di UITM ada aku ceritakan dalam artikel terdahulu : Kisah Belajar di ITM
Perubahan ketara ialah sebelum itu, 11 tahun bersekolah dengan memakai unifom tapi kini pakaian bebas. Pastinya perubahan yang ketara dirasai. Rasa sedikit bongkak juga ada kerana tidak lagi bergelar budak sekolah.Malangnya, rezki tidak menyebelahi aku. Belum masanya untuk aku melanjutkan pelajaran ke USA. Aku gagal dan kembali ke kampung bekerja semula dengan Pak Nayan. Rasa putus asa menguasai tetapi mujurlah ada saudara terdekat yang menasihati. Sekali lagi berlaku perubahan mendadak di mana aku terpaksa kembali ke sekolah. Kisah tingkatan 6
Bayangkan jika sebelum ini bergelar budak U, kini kembali menjadi budak sekolah. Mana nak letak muka. Kerana tidak sanggup berdepan dengan soalan dari kawan-kawan aku rahsiakan kisah UITM dari sesiapapun. Tiada seorang pun yang tahu aku pernah dibuang UITM. Pastinya perubahan yang sukar dari bebas berpakaian hinggalah semua urusan mengikut jaudal. Masa belajar, bermain hinggalah waktu tidur semua mengikut jadual waktu asrama.
Perubahan ini juga berjaya aku tempuh hingga lulus STPM dan dapat menjejaki UM. Kehidupan di UM tiada beza sangat jika dibandingkan dengan UITM. Keduanya IPTA. Perubahan seterusnya adalah bila memasuki alam pekerjaan.
Bekerja dan belajar begitu berbeza dari segi tekanan emosi, fizikal dan mental. Belajar tidak perlu berfikir tentang sara hidup tetapi tertekan dengan keputusan jika tidak mendapat keputusan cemerlang. Pendapatan tiada tetapi cukuplah dari biasiswa sebagai sumber tambahan juga sumbangan dari saudara (kakak-kakak dan abang-abang).Bekerja mendapat hasil pendapatan tetapi tekanan setaraf dengan gaji yang kita perolehi. Gaji pertama dari bekerja sebagai Jurutera Kawalan Mutu (QC Engineer) di sebuah kilang swasta masih terbayang-bayang lagi. Itulah kali pertama akaun aku mempunyai lebih 4 angka secara tetap tiap bulan.
Perubahan itu pastinya seiring dengan pengalaman bekerja. Makin lama bekerja makin tinggi pendapatannya. Bagi mendapat tawaran yang cepat dalam kenaikan gaji di sektor swasta adalah dengan berpindah tempat kerja. Petua ni dapat dari senior masa di Universiti dulu.
Memang benar, bila kita telah berpengalaman mudah untuk mencari kerja baru dan menetapkan gaji yang diharapkan dari majikan baru. Walaupun nampak mudah berpindah tempat kerja tetapi hakikatnya perubahan tetap terasa dan kita mesti menghadapinya. Perubahan menyesuaikan diri dengan suasana baru dan kawan-kawan baru tidak dapat dielakkan.
Bila dah bekerjaya pastinya kita hendak berumahtangga. Begitu juga aku. Aku bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan seorang isteri yang pernah bekerja disektor swasta. Beliau memahami kerjaya aku sebagai QA Engineer di mana masa bekerja tidak menentu. Kadang-kadang malam juga terpaksa ke tempat kerja atas panggilan yang Urgent.Jika bujang ini bukanlah suatu masalah malah boleh untuk bermalam (over night) di tempat kerja tetapi kini keluarga perlu diutamakan. Perubahan bila bekerluarga dalam membahagikan antara tanggungjawab kerja dan keluarga perlu seiring.
Tambahan pula bila mendapat Arrie (anak pertama), aku jadi agak tertekan pada mulanya. Perubahan hidup dari berdua kepada bertiga perlu persediaan rapi. Al-hamdulillah dapat aku tempuh semuanya walaupun pada mulanya sedikit tertekan dengan Arrie yang tak henti-henti menangis.
Setelah 15 tahun makan gaji, kini tiba perubahan untuk berniaga sendiri. Persoalannya adakah aku telah bersedia? Dari perkiraan sumber pendapatan baru (berkebun dan berniaga) aku yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Jika dimurahkan rezeki pendapatan dari hasil berniaga mungkin dapat menyaingi pendapatan sekarang. Perubahan ini pastinya suatu yang mencabar kerana berpindah dari berpendapatan tetap kepada pendapatan harian. Lebih usaha lebihlah hasilnya.
Semoga pengalaman hidup lalu dan cabaran yang pernah ditempuhi dapat memantapkan lagi iltizam dan nekad untuk membawa perubahan yang lebih positif. Di mana ada usaha di situ ada jalannya. Insya-Allah....Tuesday, October 4, 2011
Ubah suai Kedai
Untuk sementara waktu, sebelum rumah dapat disiapkan adalah lebih baik dilakukan pengubahsuaian kedai terlebih dahulu. Di bawah ini adalah plan tapak kedai. Renovasi akan dibuat untuk bahagian dapor sahaja.
Monday, October 3, 2011
KIsah anak-anak..
Setakat ini pencapaian anak2 membanggakan mama. Arrie semasa darjah satu dulu di sekolah agama kampung medan telah pun diberikan tugasan untuk memikul jawatan sebagai ketua kelas.. alahai bangganya mama melihat Arrie membawa balik piala cenderahati sebagai ketua kelas.. Darjah dua pula Arrie berjaya membawa pulang 3 piala kecemerlangan.. Darjah 3 pula Arrie menjadi Ketua perpustakaan.. Pada awal tahun darjah 4 Arrie pernah merasa kecewa kerana tidak dapat dilantik menjadi pengawas sekolah.. tetapi mama memujuknya mengatakan tak mengapa sekurang2nya Arrie berjaya mengekalkan kedudukan di kelas pertama tahun 4..Dan dia mengharapkan agar dapat menjadi ketua kelas malangnya undian agak kurang pula.. Tetapi setelah ketua kelas yang lama telah disenaraikan sebagai pelajar bermasalah Arrie kini menggantikannya sebagai ketua pula..Syukur.. Alhamdulillah..syukur..
Di awal tahun hari tu Arrie kecewa bila dia tidak dilantik menjadi pengawas sekolah kebangsaan tetapi sebaik sesi persekolahan sekolah agama habis, petang itu Arrie dengan wajah berseri2 memberikan surat lantikan pengawas agama sabak uni kepada mama.. "Mama, jadi pengawas sekolah agama pun boleh kan..?"..kata Arrie..Mama;"Alhamdulillah.. boleh..mama bangga dengan anak mama.."..
Itu kisah Arrie.. Tahniah.. Mama bangga dengan Arrie..
Kisah Iffa pula.. semasa darjah satu Iffa dapat membawa pulang 3 piala.. di hujung tahun persekolahan Iffa dengan gembira memberikan khabar gembira.."Mama..akak tahun depan dapat jadi penolong ketua kelas..".. Mama: "Alhamdulillah..tahniah..mama bangga ngan akak..".. sebaik sahaja sesi persekolahan bermula di sekolah agama Iffa pula dilantik menjadi pengawas sesi pertama sekolah agama.. siapa sangka darjah dua dah jadi pengawas.. rezeki Iffa yang petah bercakap..mama bangga bila menghantar kedua2 anak kesekolah dengan memakai uniform pengawas.. Ibu mana yang tak banggakan.. bukan untuk berasa riak tetapi ini adalah impian mama sejak dari mula mengandungkan Arrie lagi..
Alhamdulillah impian mama tercapai jua.. ini baru sedikit ..impian2 mama seterusnya adalah untuk melihat anak2 berjaya habiskan pelajaran setinggi mungkin.. InsyaAllah mama yakin dengan tekad dan usaha anak2 pasti berjaya . Mama sentiasa doakan kalian semua..harap Allah akan makbulkan doa2 mama selama ini..
Tahun depan kita akan berpindah ke Kedah semoga anak2 dapat mengekalkan prestasi malah lebih maju jaya lagi dalam pelajaran.. InysaAllah..
Tuesday, September 27, 2011
Cara pengurusan Stok
Setelah membuat pencarian dari internet tentang cara-cara untuk mengemaskini stok di kedai runcit secara berkesan, terjumpa satu sistem dipanggil POS 2.1.1 software. Ianya adalah satu sistem untuk mengaskini jumlah stok masuk dan keluar secara berkesan (effisian). Kos perisian dalam RM 1.7K.Kita hanya perlu memasukkan data permulaan stok (opening stock) dan mengimbas (scan) setiap yang keluar. Baki stok akan dikira secara automatik. Ianya adalah sistem yang diguna pakai di kebanyakan speedmart dan hypermart.
Sistem ini amat sesuai bagi mereka yang telah stabil perniagaannya tetapi bagi arriesfamily pada tahap permulaan cuma sekadar info untuk pengetahuan sahaja. Tetapi, tidak mustahil suatu masa kelak ada mengguna pakai sistem ini.
Sebagai beginner ni, arriesfamily perlu mencari kaedah sesuai dan praktikal dalam mengira stok barang runcit di kedai yang bakal berurusniaga nanti. Mungkin kaedah di bawah paling berkesan buat permulaan....
Semoga dipermudahkan segala urusan.........Amin.....Rancangan Pengurusan Perniagaan
Sheet pertama : Data Jualan harian.
Kos pengurusan termasuk gaji CEO dan elaun-elaun pembantu (arriesfamily)
Dari perkiraan di atas, untung hanya Rm 613. Maka dapat disimpulkan margin keuntungan perniagaan runcit memang sedikit tetapi akan bertambah bila modal semakin banyak dan stok awal juga bertambah secara unjuran...Elaun arriesfamily hanya RM1000 pada bulan pertama - perlu kesabaran dalam urusniaga ni...WA.
Friday, September 23, 2011
Kampung Bendang Raja
Wednesday, September 21, 2011
Tapak rumah dah siap
Kelihatannya, Adik Fakru dengan gaya peneroka berbincang sesuatu yang serius dengan kontraktor. Sempat juga mendukung walaupun dalam kesibukan berbincang. Kelihatan juga seseorang yang membelakangkan Kamera (agaknya tidak mahu dikenali ramai) memerhati dengan serius perkembangan projek ni.Tanpa bantuan dan sokongan dari warga kampung, rasanya projek ni sukar berjalan lancar. Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga dari arriesfamily.....
Plan rumah baru kami di Kampung
Pandangan dari sebelah kanan, akan kelihatan anjung kereta, pintu masuk ke ruang tamu di sebelah anjung kereta bagi memudahkan masuk ke rumah di kala musim hujan.Setelah ada rakan-rakan memberi cadangan, sedikit perubahan rekabentuk dibuat dimana bilik disusun selari. dan penambahan bilik air dalam bilik master.
Kelihatannya ruang tamu bercantum dengan ruang makan & dapur. Pemandangan akan jadi lebih luas rasanya...Monday, September 19, 2011
Anak dan Pengaruh Kawan
Semoga artikel ini dapat jadi panduan buat arriesfamily dalam memantau dengan siapa anak kita berkawan.....
Link asal:-
http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/2532-anak-anak-dan-pengaruh-kawan.html
"Wow, banyak giler..." kata Muslih ketika melihat kakaknya melukis sesuatu. Perkataan 'giler' tu tak pernah saya guna untuk ekspresi begitu. Kini Muslih banyak gunakannya, berserta istilah-istilah slanga lain yang kami tak gunakan di rumah. Saya yakin, Muslih 'belajar' dari kawan-kawannya. Memang penggunaan perkataan tu tak mendatangkan apa-apa kesalahan. Cuma saya terfikir, betapa pengaruh kawan agak kuat untuk anak sekecil Muslih. Ini membuatkan kami perlu lebih beringat dan berhati-hati agar pengaruh yang tak elok tidak menjalar dalam rumah kami.
Antara faktor kegagalan dalam pendidikan anak-anak ialah kelekaan ibu bapa dalam memantau anak-anak berkawan dan memilih kawan. Pengaruh kawan amat kuat dalam menentukan perwatakan anak-anak. Kawan ibarat cermin. Perangai kawan menjadi perangai sendiri. Kesukaan kawan menjadi kesukaan sendiri. Jika baik kawannya, maka baiklah seorang itu. Jika kawannya jahat, maka dia pun akan mudah menjadi jahat.
Hakikat ini bukan rekaan, tetapi adalah suatu yang terbit dari lidah Rasulullah SAW sendiri yang bersabda: "Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang dia berkawan dengannya." (riwayat Tarmizi)
Dalam Hadis lain, Baginda Rasulullah SAW membuat perumpamaan yang cukup menarik. Sabda Baginda:
"Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat ialah ibarat pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Maka, bagi pembawa wangi-wangian, dia mungkin akan memberikan sedikit wangi-wangian kepada mu, atau, mungkin kamu membeli daripadanya, atau sekurang-kurangnya kamu dapat mencium bau yang harum dari wangi-wangiannya. Mana kala bagi tukang besi pula, dia mungkin akan membakar bajumu atau kamu mungkin akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Satu lagi sabda Baginda SAW yang tepat dan padat: "Awaslah kamu berkawan dengan teman yang jahat, nanti kamu jadi jahat" (riwayat Ibnu Asakir)
Tegasnya, kawan itu sangat berpengaruh. Setiap orang perlu prihatin dengan kesan pengaruh kawan. Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang kita berkawan, bahkan Islam adalah agama yang menggalakkan kita berkawan. Menjadi kera sumbang bukan anjuran Islam. Fitrah manusia pula memang perlukan teman dan kawan. Kawan bukan sahaja dapat melegakan jiwa dan perasaan, bahkan menjadikan kita matang dan lebih bertanggungjawab. Namun dalam kita berkawan kita perlu hati-hati dalam memilih kawan.
Kawan yang baik ialah kawan yang dapat sama-sama membimbing kita ke arah adab-adab yang mulia dan mendekati agama. Kawan sebenar ialah kawan yang menegur bila kita terpesong dan sedia ditegur bila dia melakukan silap. Tegasnya kawan yang baik ialah kawan yang membawa kita ke syurga.
Kawan ke neraka
Kawan yang jahat pula adalah kawan yang mengheret ke neraka. Berdasarkan beberapa kajian, antara faktor terbesar penagihan dadah di kalangan belia di Malaysia adalah kerana dorongan kawan. Begitu lah juga dengan gejala mat rempit dan mat gian. Semuanya gara-gara kawan.
Kawan yang jahat ini mengheret kawannya ke neraka tanpa disedari. Kadang-kadang mereka saling heret-mengheret. Masing-masing menjadi pendorong ke arah kejahatan antara satu sama lain. Jika nampak kawannya takut untuk melakukan benda-benda jahat dan lagha itu, dia akan memainkan peranan dengan mencabar dan mengherdik. Orang muda pantang dicabar. Maka lubang maksiat dan jenayah yang memusnahkan itu pun diterjuninya.
Kawan yang jahat ini tidak bermula dengan dadah, rogol dan rompak. Ia tidak bermula dengan zaman remaja. Ia bermula sejak tadika dan sekolah rendah. Di situ sudah ada kawan-kawan yang 'jahat'. Jahat dalam erti mengajak kepada perkara-perkara yang lagha, maksiat kecil-kecilan, kedegilan, dan sikap memberontak.
Kanak-kanak adalah insan yang suci. Namun dalam diri dan kalbu mereka kadang-kadang terpalit sikap dan sifat negatif hasil salah didikan dan pencemaran budaya. Kanak-kanak yang membawa akhlak buruk begini boleh mempengaruhi kanak-kanak lain untuk melakukan perbuatan negatif.
Maka ibu bapa perlu hati-hati melihat kawan anak-anaknya sejak dari kecil lagi. Sejak dari PASTI, ibu bapa perlu memandu anaknya cara memilih kawan. Apa lagi bila remaja. Dorongan dan panduan berterusan perlu diberikan kepada anak-anak. Ingatan demi ingatan perlu diberi agar anak memilih kawan-kawan yang solih dan muslih.
Thursday, September 15, 2011
Panduan mendidik Anak

Setelah membuat sedikit pencarian di bawah ini terdapat nas-nas dan dalil yang paling mendekati sunnah tentang cara-cara mendidik anak. Mungkin juga dalil-dalil disertakan agak terbatas berdasarkan keterbatasan bahan rujukan penulis sendiri.
9 Panduan dalam mendidik anak :-
1. Mendidik iman dan akidah yang hak
a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)
b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak, sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.
2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah
Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan diberi nama.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)
3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya.
Antaranya:
a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh).
b. Mendidik batasan pergaulan dan aurat – Ini termasuk memisah dan mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW : “….dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berusia 10 tahun).” (Hadis riwayat al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr Ibnil ‘As r.a.)
Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : “Hindarilah kamu dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik dengan batas aurat terutama bila telah baligh.
Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: “Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekerti
Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan ‘buah’ yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW : “Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelas
Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia.
6. Mewujudkan suasana yang soleh
Untuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa yang soleh, rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh, bahan bacaan yang soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.
Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)
7. Memberi dorongan dan perangsang
Dalam al-Quran, Allah SWT memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi. Janji-janji Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga menjadi keyakinan dan pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi ganjaran dan kata-kata pujian dan kata-kata semangat di atas kejayaan dan kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh anak-anak.
8. Hukuman dengan niat mendidik
Setiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan dengan rotan yang tidak mencederakan.
9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)
Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Rasulullah SAW : “Sama-ratakan anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka melebihkan seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Hadis riwayat Imam at-Tabrani dan Khatib)
Walaupun ke-sembilan panduan di atas tidak dinyatakan secara jelas bilakah hendak dimulakan pendidikan tersebut tetapi dapatkah diambil dari dalil umum tentang didikan bermula sedari dalam buaian lagi. Di dalam Sahih al-Bukhari, terdapat satu bab tentang bilakah masa (umur) diajarkan ilmu. Ibn Hajar membuat ulasan hadith itu bahawa, umur sesuai diajarkan ilmu adalah umur 5-6 tahun.
Sepencarian penulis juga belum terjumpa bahawa anak-anak bebas dibiarkan senakal-nakalnya tanpa panduan dan teguran dari ibu bapa. Anak kita, anak saudara kita, anak jiran kita hendaklah ditegur sama semuanya atas dasar persaudaraan islam.
Semoga kita semua (arriesfamily) dapat memahami konsep didikan anak-anak berdasarkan AQ dan Sunnah....Amin.
Wednesday, September 7, 2011
Hari Raya 2011..
Pada 29 Ramdhan yang lalu.. kami terlibat dalam kemalangan di jalan Pantai Remis, Perak.. Mujur kemalangan ini tidak terlalu serius hanya kereta kami remuk di bahagian hadapan.. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat hanya sedikit kecederaan kecil melibatkan abah dan Arrie.. tidak terlalu serius.. Alhamdulillah..
Pagi itu kami bertolak selepas sahur dari rumah Nenek Pah di Klang.. dalam perjalanan kami ke Kedah kami akan melalui jalan Manjung.. di situ tempat tinggal keluarga Abang Karg.. mama tergerak untuk mengajak abah singgah di rumah Cik Karg untuk melihat baby Uddin.. Selepas sejam kami disana.. kami pun mula berangkat untuk meneruskan perjalanan ke Kedah.. Ketika itulah kemalangan itu berlaku.. Mujur juga tempat dimana kami kemalangan tidak terlalu jauh dari rumah Cik Karg.. Kami segera menelefonnya untuk memeberitahu akan kejadian tersebut.. Cik Karg bergegas ke tempat kami di timpa kemalangan.. Mama telefon Mak Long dan nenek di Klang.. Mak Long yang terlalu risau menyuarakan hasratnya untuk mengambil kami.. tetapi mama menolak kerana Klang dengan Manjung agak jauh.. lalu mama menerangkan bahawa Cik Karg akan mengambil kami.. Mak Long x perlu berasa risau...
Nak kata sedih dengan kemalangan ni. waktu tu langsung xde perasaan apa2 pun.. nak kata kecewa, sedih dan pilu..(macam lagu la pulak..)... pun tidak sebab tengok anak2 semua ok.. Keta je la.. nasib bek ada insuran ... lepas eksiden tu boleh lagi tergelak2 buat lawak.. sampai kan abah cakap.."Aik boleh buat lawak lagi..?".. hehehe bukan apa aku pasti ada sesuatu disebalik semua kejadian ni.. Biasanya Allah menduga kita dengan ujian2 dunia ..tetapi setelah dugaan itu berlalu Dia akan berikan yang lain pula sebagai ganti bahkan nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini pun lebih daripada dugaan yang sedikit yang perlu kita tempuhi ini..
Kira pendek citer mama Redha dengan segala yang berlaku.. dan jauh di sudut hati mama .. mama rasakan ada sesuatu disebalik semua kejadian ini..
Monday, August 22, 2011
Ciri Penulisan Berbeza
Agak lama tidak menulis kerana ketandusan idea dan juga kesibukan kerja. Kali ini tajuk ni dipilih setelah teringat perbincangan dengan Mama semalam.
Sebelum berbuka puasa semalam sempat berbincang dengam mama tentang ciri-ciri penulisan. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan berbeza. Gaya bahasa, struktur ayat berbeza mengikut kemampuan dan skill penulis itu sendiri.
Bagi Abah pula setiap penulisan mempunyai matlamat dan kesimpulan. Penekanan perlu diberikan kepada maksud dan tujuan sesebuah artikel tersebut. Mungkin kaedah ni sama seperti penulisan karangan BM semasa SPM dulu. Itulah sahaja skill yang ada. Abah tidak pandai bermain dengan skrip, dialog, jenaka spontan dalam penulisan.
Tetapi skill tersebut terdapat dalam kebanyakan penulisan mama. Ini menunjukkan mama berkeupayaan menulis cerpen atau lebih hebat novel yang pastinya akan diminati pembaca. Mama mempunyai skil untuk menarik minat pembaca untuk menghabiskan keseluruhan cerita tersebut.
Setiap plot yang mama susun mempunyai unsur-unsur tanda tanya. Apa yang akan berlaku seturusnya. Bukan semua penulis mampu melakukannya. Ia umpama menonton drama bersiri. Penonton akan teretunggu-tunggu apa terjadi seterusnya.
Mama juga dapat menyelitkan dialog-doalog ringan yang padanya ada jenaka, ada nada serius dan juga mampu membawa pembaca terasa kesedihan dihadapi watak cerita tersebut. Ini menunjukkan mama mampu menulis dengan baik dan bermain dengan emosi pembaca juga.
Berbalik kepada tajuk artikel ni, setiap penulis mempunyai cara penulisan berbeza dan gaya tersendiri. Sesebuah artikel penulisan itu bergantung kepada pembacanya. Jika kena cara penulisan maka ramailah akan memujinya dan menyukai. Begitulah juga sebaliknya....
Thursday, August 18, 2011
Iffa dan Arrie khatam Al-Quran..
Friday, August 12, 2011
"Mama.. nak kek..."
Entah bagaimana Dina menjumpai pemukul telur yang mama selalu gunakan untuk buat kek.. Dina membawa pemukul telur itu ke hulur ke hilir sambil berkata.."Hmmm dapnya kek...Mama bila mama nak buat kek untuk Nina?".. x lama kemudian Syirah pun yang juga membawa sebelah lagi pemukul telur mengikuti apa yang dikatakan Dina, kakaknya.."Mama nak tek..".. ayat yang simple dan mudah difahami.. Sikecil ini sedang membesar dengan meniru sikap kakak2 dan abang2nya..Ahai.. comel je mama tengok kelakuan diorang ni...
"Nantila dulu... mama belum beli barang2 kek tu lagi.. lain kali mama buat yea.."..serba salah rasanya bukan tak mahu memenuhi permintaan mereka tetapi buat masa ni banyak memerlukan duit untuk persiapan raya dan lain2.. "Nanti mama buatkan untuk Nina tau.. sedap sangat kek mama buat.." ...Mama :"Insya-Allah nanti mama buatkan..."..
Inilah famili mama yang amat mama sayang.. setiap hari tiada waktu yang membuatkan hidup mama sepi.. anak2 adalah pengubat segalanya untuk mama...Alhamdulilllah syukur atas kurnianMu , Ya Allah...
Wednesday, August 10, 2011
Cayang Mama...
Setiap malam sebelum tidur.. akan bergurau senda dulu melayan dua orang anak yang masih lagi tidur bersama kami.. Dina dan Syirah.. Sebelum tidur sudah menjadi kebiasaan Syirah akan meminum susu di bawak ketiak babahnya.. Bila dah habis dia bangun mengucapkan bye dan beralih kepada aku ibunya... Inilah suasana yang membunga dihatiku.. melihatkan anak begitu manja dengan kami... Dina sudahpun mengambil tempat tidur bersebelahan dengan abah.. Semalam sebelum abah melelapkan matanya Dina berpesan..Dina :"Babah.. besok babah tido lambat tau mcm mama..". Abah :" Tido lambat..?" Dina :"A'ah Tido lambat macam mama..".. Abah seakan x faham dengan maksud Dina..
Tetapi aku faham.. apa yang dimaksudkan Dina abahnya bangun tido lambat supaya tidak perlu pergi kerja esok harinya... Keesokan hari pada sebelah malamnnya pula.. abah tidur awal dari kebiasaan. keletihan agaknya.. sibuk ditempat kerja.. "Melihatkan abahnya tidur awal.. Dina sekali lagi mengeluh.. "Abah dah tido cepat abah tido.."..
Bila melihatkan keadaan itu terasa kesian pula kepada Dina.. lalu cuba mama mula bergurau mencucuk2 pinggang membuatkan dia ketawa,,, Syirah jeles melihatkan keadaan itu.. sebelum mula melayan Syirah mama bertanya kepada Dina.."Dina tau tak mama sayang Dina..?".. Dina :"Tau.."..sambil tersengih2...
Tiba2 Syirah memegang kedua pipi mama dan berkata :"Cayang mama.." Sambil mengucup mama beberapa kali .. Apa lagi yang ku harapakan selain daripada mengucapkan syukur Alhamdulillah diatas kenikmatan kebahagian yang kami rasai.. membelai anak2 dan menyayangi anak2 walaupun kami tidak sesenang mana dari segi harta dan kesenangan dunia.. Tapi kami bahagia dengan 'harta' ini...Harta yang tida nila dan tolak bandingnya..
Monday, August 8, 2011
Kisah syirah di status fb...
Setiap malam sebelum tidur Syirah pasti meminum susu di celah ketiak babahnya.. sesudah habis dia akan bangkit sambil mengucapkan bye kepada abahnya dan beralih pula ke dakapan aku ibunya.. Hati terasa begitu gembira bila melihatkan dia terlena di dakapan.. Suatu hari nanti aku pasti merindui saat2 ini...:) Ya Allah kesyukuran yang tidak terhingga kerana aku diberi peluang melalui semua ini.. Alhamdulillah..




























Klang Time