Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Cara Attach Dokument ke dlm Blog


Artikel bertujuan meberi sedikit panduan kepada bloggers cara-cara memasukkan apa-apa dokumen ke dalam blog.

Misalnya kita mempunyai dokumen dari power point dan kita ingin masukkan dalam blog untuk rujukan kenalan kita. Blogspot hanya membenarkan kita upload gambar & video saja tetapi tidak dokumen.

Oleh itu kita terpaksa concert (ubah) dokumen kita terlebih dahulu kepada Html format dan masukkan ke post kita. Cara nya seperti berikut :-

1. Anda perlu mempunyai account dalam 'scribd'. Mudah sahaja, register dan jadi ahli kemudian boleh upload dokumen pilihan anda.2. Setelah anda mendapat kod html, maka bolehlah anda masukkan ke dalam post anda. Masukkan melalui 'edit html' dan bukannya melalui 'compose' sebagaimana biasa kita memulakan post. Anda juga boleh masukkan ke dalam gadjet pilihan menggunakan kod html yang sama.

Selamat mencuba.

Saturday, April 11, 2009

Berhati-hati dalam bab Hadis


Artikel ni diambil dari buku '20 persoalan asas tentang hadis' karangan Ustaz Adzlan bin Abd Aziz. Bab ke-18.

Semoga dapat jadi panduan dalam kita berinteraksi dengan hadis. Sekadar berhati-hati takut kita terlibat menyebarkan hadis palsu. Dan sebagai rujukan untuk arriesfamily.blogspot.com bila berinteraksi dengan hadis.

Link asal :-
http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu18.htm

ISU 18 : PENGGUNAAN HADIS PALSU


Soalan 18:

Sebahagian masyarakat kita mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk kita menyebut hadis palsu selagi maksudnya baik dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Adakah pendapat ini diterima?

Jawapan:

Pendapat ini tidak dapat kita terima. Kita perlu melihat kepada dosa dan bahaya menyebarkan hadis-hadis yang tidak benar datangnya daripada Rasulullah SAW. Kita harus berfikir apa akibatnya jika hadis-hadis palsu dan tidak sahih ini diyakini dan dipercayai sebagai sahih oleh masyarakat awam. Hal ini pastinya memberikan gambaran yang berlainan daripada perkara yang sepatutnya difahami dan diketahui oleh mereka. Mari kita renungi satu amaran yang terdapat dalam sabda Nabi SAW:

Maksudnya : Sesiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka”[1].

Elok rasanya penulis mencatatkan kata-kata seorang ahli hadis terkenal dari mazhab al Syafie iaitu Ibn Hibban. Menurut beliau ketika menghuraikan hadis sahih:

Maksudnya : “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)”[2]. Ibn Hibban berkata:

Di dalam hadis ini terdapat larangan kepada sesiapa sahaja supaya tidak menyebut semua perkara (termasuk hadis) sehinggalah dia yakini itu adalah sahih[3].

Malah Ibn Hibban telah membuat satu kesimpulan di dalam bukunya yang terkenal iaitu Sahih Ibn Hibban bahawa sesiapa yang menyebut sesuatu hadis tanpa mengetahui adakah hadis tersebut sahih atau tidak maka dia adalah berdosa dan layak memasuki neraka[4].

Al Zahabi dalam bukunya Tazkiratu al Huffaz telah menyebut sebuah hadis palsu bermaksud: “Sesiapa yang menghafal satu hadisku untuk umatku, maka dia mendapat pahala sebanyak pahala tujuh puluh satu Nabi yang benar”. Setelah menyebut hadis ini, beliau berkata:

Hadis ini adalah di antara hadis yang haram diriwayatkan kecuali diberitahu bahawa ia adalah palsu tanpa ragu-ragu lagi. Dan semoga ALLAH membalas perbuatan buruk orang yang menciptanya[5].

Lihatlah kata-kata al Zahabi yang jelas melarang kita meriwayatkan hadis palsu kecuali diberitahu bahawa ia adalah palsu. Walaupun maksud hadis itu nampak baik tetapi al Zahabi tetap tidak membenarkan kita menggunakannya seolah-olah hadis tersebut sahih. Inilah ketelitian yang kita ingini dalam masyarakat.


[1]Hadis sahih riwayat al Bukhari – hadis nombor 109.

[2]Hadis sahih riwayat Muslim – hadis nombor 5.

[3]Tamam al Minnah Fi al Ta’liq ‘Ala Fiqh al Sunnah – Syeikh al Albani – kaedah nombor 11.

[4]Sahih Ibnu Hibban – bab al I’tisham Bi al Sunnah – hadis nombor 29 hingga 32

[5]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu’ah – Muhammad Nasiruddin al Albani – huraian hadis no.1174.

Thursday, April 9, 2009

Etika Dalam penulisan Blog


Tergerak hati menulis tajuk ni memandangkan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan aktif menulis blog. Tajuk ni bukan suatu yang baru memandangkan sudah ramai yang menulisnya tetapi untuk renungan bersama, saya memilih tajuk ini sebagai bahan penulisan. Artikel ini boleh memperingati diri penulis sendiri dan juga panduan untuk penulis yang lain.

Perubahan zaman dari penulisan akhbar atau majalah kini bertukar kepada penulisan blog. Dulu penulis hanya menulis artikel dan disebarkan melalui akhbar atau majalah sahaja. Kini, teknologi semakin canggih dan penyebaran maklumat tidak terbatas. Dan memang menjadi trend setiap pengguna broadband mempunyai blog sendiri.

Setiap blogger cuba untuk mencatikkan blog masing-masing dan menarik ramai pengunjung melayari blog mereka. Berbagai bentuk artikel akan diselitkan dalam blog masing-masing dari berbagai kategori. Dari kisah keluarga, masyarakat, agama, politik hinggalah kepada gossip-gossip panas.

Perlu kita sedari bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa-apa artikel dalam blog kita kerana pengunjung akan melayari blog kita. Ianya umpama kita menyampaikan sesuatu berita terus kepada kenalan kita.

Samalah seperti kita berbicara atau bercerita dengan kawan-kawan kita pastinya kena berhati-hati dengan apa yang kita tuturkan. Setiap dari kita bertanggungjawab terhadap apa-apa yang kita tuturkan.

Peringatan terhadap bahaya lisan yang tidak terkawal seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud :-
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu kata yang Allah redhoi dalam keadaan tidak terpikir olehnya, tidak tergambar kesan akibatnya, dan tidak menyangka kata tersebut membawa sesuatu akibat, ternyata dengan kata tersebut Allah mengangkatnya beberapa derajat. Dan sungguh seorang hamba mengucapkan suatu kata yang Allah murkai dalam keadaan tidak terpikir olehnya, tidak terbayang akibatnya, dan tidak menyangka kata tersebut mengakibatkan sesuatu, ternyata disebabkan itu, Allah melemparkannya ke dalam neraka Jahannam.” (HR. Al-Bukhari no. 6478)

Dapat kita simpulkan bahawa kata-kata yang baik akan membawa kesan yang baik dan begitulah sebaliknya. Samalah halnya dengan penulisan blog, kiranya kita ditapis dengan baik pastinya memberi kesan buruk.
Umpamanya bila kita mendapat maklumat tentang sesuatu yang agak sensasi dan kita terus 'copy & paste' ke dalam blog kita tanpa terlebih dahulu memastikan kebenaran maklumat tersebut.
Kita telah menyampaikan satu maklumat palsu. Lebih memburukkan keadaan kiranya maklumat kita itu menyebabkan nama atau imej seseorang atau sesebuat syarikat terjejas. Contohnya ada artikel menceritakan keburukan sesuatu produk yang kita tak pasti kesahihannya. Disebabkan ianya sensasi kita terus 'paste' dalam blog kita. Kesannya nama dan imej syarikat tersebut tercalar. Lebih memburukkan keadaan pengunjung blog kita pula mengambil artikel kita dan sebarkan lagi.

Tidakkah kita akan turut mendapat saham dalam penyebaran maklumat palsu, kita yang memulakan dan orang lain pula turut menyebarkan. ringkasnya kita telah memulakan suatu kejahatan.

Ramai Penulis ghairah menambah artikel berkualiti dalam blog masing-masing. Ini satu fenomena yang sihat tetapi dalam etika penulisan hendaklah kita menyatakan rujukan asal bila kita mengamalkan kaedah 'copy& paste'. Nyatakan penulis asal dan dari mana artikel itu diperolehi. Jika tidak ianya umpama artikel tersebut milik kita walhal kita hanya copy dari penulis lain.

Mungkin penulis asal tidak bersetuju artikel beliau diciplak. Ini merupakan satu pelanggaran hak cikta. Kita tidak boleh menciklak 'harta intelek' milik orang lain secara semborono.

Jika ini berlaku kita umpama mencuri hak cipta penulis tersebut. Kita jelas maklum bahawa hukum mencuri adalah salah satu dosa besar sebagaimana Islam mengenakan hudud terhadap kesalahan tersebut.

Dari Ibnu Umar r.a berkata, “Beliau (Rasulullah) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) berharga 3 dirham” (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)
Walaupun kita hanya mencuri artikel sahaja yang nilainya kecil tetapi sikap berhati-hati perlu dalam penulisan beretika.

Kebanyakan bloggers beragama Islam pula ingin menyelitkan artikel lebih islamik kerana mempelbagaikan kategori atau label bagi artikel mereka. Maka kaedah 'copy & paste' sekali lagi digunakan. Malangnya lupa untuk memperhalusi tahap kesahihan artikel tersebut. Asal bunyi sedikit tentang agama, terus diselitkan dalam blog masing-masing.

Ini lebih memudaratkan kerana, seorang bukan ahli agama mengeluarkan artikel agama. Lebih memburukkan keadaan adanya sabdaan nabi atau tafsiran al-quran yang tidak pasti kebenarannya. Hadis-hadis disertakan yang bertaraf doif dan lebih buruk lagi hadis-hadis maudhu' turut disertakan.

Perlu diambil perhatian, menyatakan sesuatu berkenaan nabi yang sebenarnya lansung tidak berkaitan dengan baginda bermaksud kita telah mendustakan Nabi. Hukumannya amat besar menanti sesiapa yang berdusta menggunakan nama nabi.

“Barang siapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia mengambil tempat tinggalnya dineraka” (Hadits Shahih, riwayat Bukhari dan Muslim).


Secara keseluruhannya dalam kita berlumpa untuk menulis blog atau menarik pengunjung melayari blog masing-masing, etika penulisan wajib diambil kira. Pepatah melayu menyebut 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' mungkin lebih sebuai bertukar menjadi 'Kerana blog badan binasa'
Semoga peringatan ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua termasuk penulis sendiri.
Suhaimi Ahmad

Tuesday, March 17, 2009

Cara Mudah Bina Blog


Artikel ni ditulis bagi tujuan rujukan saudara mara atau rakan-rakan yang ingin bina blog masing-masing. Ada bermacam laman yang menyediakan kemudahan blog secara percuma. Cara paling senang untuk beginner adalah menggunakan blogspot.com.


Langkah 1 : Kena access blogspot dulu, klik link di bawah :-




Paparan skrin seperti di bawah ini
Kemudian Klik pada 'CREAT YOUR BLOG NOW'

Paparan skrin seperti di bawah

Langkah 2 :
-Isikan maklumat diri anda. Maklumat penting anada mesti mempunyai e-mail sendiri.
-Isikan semuanya dan klik 'CONTINUE'.

Paparan skrin seperti di bawah :
Langkah 3:
-Masukkan Nama Blog anda. Nama biarlah suatu yang bernilai komersial atau sesuatu yang bermakna.
-Kemudian masukkan alamat blog anda. Ckeck 'availability' sebab mungkin nama tersebut telah ada dalam blogspot.com
-Tekan 'CONTINUE'

Paparan seterusnya

Langkah 4:
- Pilih template kegemaran anda & tekan 'CONTINUE'


Paparan seterusnya


Ini menunjukkan blog anda telah tersedia dan anda boleh mula menulis. Selebihnya Anda boleh mencuba setiap ikon dalam blog anda perlahan-lahan dan mengubah design beransur-ansur untuk mencantikkan lagi blog anda.

Selamat membina blog : Khusus untuk Kak Jah, Bang Mat (Ahmad Sanusi), Kak Yam, Kak Nab dan juga ahli keluarga lain yang berminat menulis.

Monday, March 16, 2009

Cerita tentang Blog


Baru-baru ni balik kampung di Kuala Nerang (Kg Bendang Raja) sebab ada kenduri Kahwin.
Sempat jumpa kesemua adik beradik dan sanak saudara.

Dalam bercerita tentang blog macam-macam info yang kami terima. Macam-macam respon dari semua bloggers dan juga pengunjung setia arriesfamily.blogspot.com.
Tak sangka blog ni agak lebih popular kebelakangan ini. Bila tanya mana dapat tau tentang blog-blog ni, rupanya abgsidi.blogspot.com tukang promosi. Terima kasih buat Dikdie tuan punya abgsidi.blogspot.com yang tolong mempromosi blog sendiri dan secara tidak lansung blog kami juga dikunjungi.
Terkejut juga bila Kak Jah tanya kenapa tulis nama dia dalam artikel kami sebelum ni. Ini lah realitinya ramai lagi penulis berkualiti seperti Kak Jah yang belum mula menulis. Mungkin sibuk melayan anak agaknya. Maafla kalau kami ambil contoh Kak Jah sebagai bakal penulis berbakat besar...
Bang Mat (Ahmad Sanusi) juga tanya pasal blog. Satu lagi kejutan sebab tak sangka Bang mat dan keluarga juga pengunjung blog kami. Terima kasih sekali lagi untuk abang mat sekeluarga.
Bang Hadun dan keluarga lebih mengujakan. Minta kami tolong register blog masa kenduri tu juga. Sempat register hari tu dan anak sulung mereka (Bad) jadi tukang taip. Bekerjasama satu keluarga. Satu fenomena yang begitu positif.
Berbalik kepada cerita buat blog ni, dulu kami pernah menulis tentang matlamat penulisan blog dalam mendekatkan hubungan kekeluargaan. Boleh rujuk link di bawah :-
http://arriesfamily.blogspot.com/2008/12/fungsi-dan-matlamat-penulisan-blog.html

Semoga ramai lagi ahli keluarga dan kaum kerabat dapat membina blog keluarga masing-masing bagi memudahkan kita berhubung dan mengetahui perkembangan masing-masing di alam maya ini.
Dulu kami juga cuma pengunjung/pembaca sahaja tetapi bila mula menulis dan dapat respon yang agak positif dari pengunjung blog kami, meransang untuk terus menulis. Abg Ma'ie mungkin setuju dengan pendapat kami...

Friday, March 6, 2009

Internet mendekatkan kita sekeluarga


Saja nak tulis tajuk ni sebab bertambah sorang lagi ahli keluarga yang aktif menulis di blog.

Sebenarnya kemudahan internet ni dah lama tapi kita tak fully utilise.
Kita suka jadi pembaca saja. Bila kita start menulis baru kita tau ada kebolehan tu walaupun kita bukan aliran sastera.

Agaknya kalau Kak Jah yang tulis lagi power agaknya.....
Blog Abg Ma'ie pun berkualiti setaraf dengan jawatan dia sebagai pensyarah.

Dengan penulisan blog masing-masing ni kita dapat menilai 'fikrah' atau pemikiran masing-masing.
Dengan cara ni lebih bagus untuk kita mengenali individu tersebut.

Disamping kisah-kisah keluarga dapat juga kita mengulas isu-isu semasa. Abg Ma'ie umpamanya sentiasa update terhadap perkembangan semasa.

Walaupun adik beradik dah lama kenal tapi tak semestinya kita mengetahui pola pemikiran masing-masing.

Selamat MEM'BLOG'. Semuga jarak jauh antara keluarga bukan penghalang mengetahui kisah terkini....

Wednesday, December 24, 2008

Fungsi dan Matlamat Penulisan Blog


Fungsi dan Matlamat penulisan Blog

Setiap penulis blog mempunyai matlamat dan tujuan penulisan masing-masing. Begitu juga bagi pemilik Blog Arrie’s Family ini. Pengenalan blog ‘Header’ telah dinyatakan blog ini menggambarkan liku-liku hidup keluarga ini. Kenangan pahit manis, pencapaian dan kejayaan keluarga akan dinukilkan disini.

Pastinya gaya bahasa adalah berbeza bagi setiap penulis blog. Faktor usia, taraf pendidikan dan pengalaman hidup membezakan cara penulisan. Pengunjung blog juga dari peringkat berbeza pastinya berkeinginan yang berbeza.
Misalnya remaja menginginkan bentuk penulisan bersahaja, santai. Orang dewasa pula menginginkan pembacaan yang lebih bermanfaat. Golongan intelek pula menginginkan artikel ilmiah sebagai bahan rujukan.

Kerana itulah terdapat pelbagai bentuk blog. Ada bentuk hiburan, politik, kemasyarakatan, family dan sebagainya. Bagi blog Arrie’s family ini pula ia lebih kepada cerita keluarga. Disamping itu Abah (Suhaimi Ahmad) cuba membina artikel yang lebih bersifat ilmiah. Sekadar cuba-cuba, untuk menambahkan pengetahuan disamping terus belajar dari alam cyber yang tidak terbatas ini.

Bagi yang meminati hiburan misalnya, adalah tidak wajar memberi komen blog-blog yang tidak menepati kehendaknya. Sekiranya dia merasakan blog yang terlalu berat, terlalu ilmiah dan tidak santai baginya tidaklah perlu dia mengunjunginya. Contoh blog atau web yang bersifat ilmiah al-ahkam.net, al-fikrah.net, hafizfirdaus.com, an-nawawi.blogspot.com, akob73.blogspot.com dan sebagainya. Blog-blog di atas banyak memberi informasi berguna kepada pengunjung terutama berkenaan hal-hal agama.

Cara penulisan mereka pastinya begitu formal, tersusun dan boleh dijadikan rujuka bagi penuntut yang sedang membuat kajian. Bagi remaja yang mencari hiburan semata-mata,blog-blog tersebut bukanlah menjadi pilihan kerana tidak bersesuaian dengan mereka.
Bagaimana pun, tidak sepatutnya kita memperlekehkan penulis blog berkenaan kerana ada usaha baik mereka dalam menyampaikan idea mereka.

Berbalik kepada Arrie’s family, matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk menimpan segala data-data, gambar-gambar kenangan dan artikel-artikel menarik sebagai rujukan. Di samping itu hanya abahnya seorang sahaja yang cuba-cuba menulis artikel yang agak serius bunyinya.

Oleh kerana blog merupakan suatu yang ‘life’, adanya interaksi antara pengunjung dan tuan rumah maka disediakan ruang chat untuk meninggalakan pesanan. Abah dan mama dapat berkomunikasi dari jarak jauh dengan kos yang rendah malah percuma dengan kemudahan ‘WIFI’ melalui blog ini. Ini merupakan suatu teknologi yang memudahkan kita beriteraksi.
Katakan suatu hari nanti Arrie dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, adalah lebih baik berchatting ngannya menggunakan blog keluarga sendiri. Pastinya kos yang lebih murah dibandingkan menggunakan telefon atau SMS.
Di samping itu juga sekiranya setiap ahli keluarga mempunyai blog masing-masing maka kita dapat adakan link bagi individu tersebut. Setiap ahli keluarga juga dapat menjadi penulis bagi laman blog arrie’s family ini.
Maknanya suatu hari nanti andainya setiap anak mempunyai keluarga masing-masing dan berjauhan tapi masih dapat mengikuti perkembangan keseluruhan keluarga.
Ini merupakan suatu kaedah yang lebih mudah dan dapat digambarkan dengan lebih cepat dan berkesan melalui penulisan blog. Setakat ini arrie’family telah di'link'kan dengan Pakcik Karg (Abu bakar Ahmad), Paksu Di (Rashidi Ahmad) dan Pakcik Ma’ie (Sepupu Abah - Nawawi Yaakob).
Adalah menjadi matlamat kiranya semua ahli keluarga yang lain umpamanya Maklong (Kakak Mama), Mak Nana (Adik Mama), Mak Lang (Kak mama -Miza), Pak Ngah (Abang mama – Rizal) , Makteh(Khadzijah), Makngah(Zainab), Maklang(Zaleha) dan lain-lain lagi mempunyai blog masing-masing. Dengan ini semuanya dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih berkesan.

Semoga penulisan kali ni dapat memberi gambaran matlamat dan hala tuju blog ini dibina. Blog bukan dibina sekadar ikut-ikutan tanpa memberi manfaat.
'Selamat membina Blog'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008