Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Showing posts with label Corat Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat Coret. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Ubah suai Kedai


Hujung minggu lepas sempat balik kampung dan berjumpa dengan tukang rumah. Perancangan asal untuk membina rumah terpaksa ditanguhkan terlebih dahulu kerana kekurangan dana. Budget sebuah rumah ringkas seperti perancangan sebelum ni mencecah lebih RM100K.

Untuk sementara waktu, sebelum rumah dapat disiapkan adalah lebih baik dilakukan pengubahsuaian kedai terlebih dahulu. Di bawah ini adalah plan tapak kedai. Renovasi akan dibuat untuk bahagian dapor sahaja.

Pengubahsuaian tertumpu kepada ruang dapor dan bilik air. Keselesaan isteri dan anak-anak semua diutamakan supaya dapat duduk sambil bersantai di sana nanti.

Gambaran lukisan ini hanyalah sekadar imaginasi pelukis sahaja. Keadaan sebenar mungkin tidak seperti ini. Ianya sekadar panduan untuk tukang rumah membuat pengubahsuaian nanti. Semoga renovasi kedai dapat disiapkan mengikut jadual dan arriesfamily dapat berteduh di bawahnya dengan selesa.....

Friday, September 23, 2011

Kampung Bendang Raja


Entah kenapa, tiba-tiba teringat Kampung Bendang Raja. Kampung yang dah lama ditinggalkan sejak aku merantau jauh. Hanya balik setahun sekali dua sempena musim perayaan atau majlis kenduri kendara.

Mercu tanda kampungku - Tengkolok tanda melayu asli

Papan tanda terpamir di batu hasil ciptaan warta kampung.
Pemandangan damai sawah padi di kampung.


Rumah kampung warisan tinggalan sejarah - kini menjadi muzium mini menarik pelancung.

Walaupun kampungku terletak di ceruk pedalaman tetapi tidak lekang dari era pembangunan. ICT menjadi saluran maklumat utama. Parabola berhubung terus dengan Satelit MEASAT membolehkan jaringan jalurlebar (Internet) percuma untuk warga kampung.


Sebahagian trofi dan piala - anugerah kecemerlangan warga kampung.

Jalan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Kuala Nerang

Satu lagi pemandangan sawah padi berlatar belakang bukit bukau.

Kehijauan pemandangan memang mengasyikkan. Rasanya tidak sabar untuk kembali ke sana...

Wednesday, September 21, 2011

Tapak rumah dah siap


Hasil dari kerjasama dan bantuan orang kampung terutamanya 2 orang adik beserta pasangan mereka, maka usaha membina tapak rumah telah berjaya. Terima kasih yang tak terhingga kepada EYENA'S PHOTOGRAPHY atas sumbangan gambar di sini..

Kelihatan 'Back Hoe' sedang menolak kawasan tapak tersebut.


Pemandangan tapak tersebut dari satu sudut lain.


Abang Joe (Kontraktor) yang bertungkus lumus menyiapkan kerja tambak tanah.


Kelihatannya, Adik Fakru dengan gaya peneroka berbincang sesuatu yang serius dengan kontraktor. Sempat juga mendukung walaupun dalam kesibukan berbincang. Kelihatan juga seseorang yang membelakangkan Kamera (agaknya tidak mahu dikenali ramai) memerhati dengan serius perkembangan projek ni.

Tanpa bantuan dan sokongan dari warga kampung, rasanya projek ni sukar berjalan lancar. Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga dari arriesfamily.....

Plan rumah baru kami di Kampung


Setelah berbincang dan mengambil kira budget untuk membina rumah sendiri di kampung, terhasillah plan seperti di bawah ni.

Plan tapak, keluasan rumah 22' X 40'


Pandangan Hadapan rumah tersebut, akan kelihatan koridor dihiasi tombol pasu dan tiang Roman. Pintu jenis sliding bagi kemudahan tetamu memasuki ruang tamu.

Pandangan dari sebelah kanan, akan kelihatan anjung kereta, pintu masuk ke ruang tamu di sebelah anjung kereta bagi memudahkan masuk ke rumah di kala musim hujan.

Keseluruhan plan rumah ini adalah hasil perbincangan arriesfamily dengan sedikit pendapat dari saudara dan rakan-rakan terdekat. Ianya agak kecil tetapi memadai bagi permulaan menapak dalam membina kehidupan baru di kampung....

Setelah ada rakan-rakan memberi cadangan, sedikit perubahan rekabentuk dibuat dimana bilik disusun selari. dan penambahan bilik air dalam bilik master.

Kelihatannya ruang tamu bercantum dengan ruang makan & dapur. Pemandangan akan jadi lebih luas rasanya...

Monday, August 22, 2011

Ciri Penulisan Berbeza


Agak lama tidak menulis kerana ketandusan idea dan juga kesibukan kerja. Kali ini tajuk ni dipilih setelah teringat perbincangan dengan Mama semalam.

Sebelum berbuka puasa semalam sempat berbincang dengam mama tentang ciri-ciri penulisan. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan berbeza. Gaya bahasa, struktur ayat berbeza mengikut kemampuan dan skill penulis itu sendiri.

Ada yang menulis dari awal ke hujung - mendatar. Ada yang bemula dari hujung kemudian imbas kembali dari awal dan ada pula dari tengah ke hujung sambil mengimbas kembali dari awal. Kaedah berbeza ini adalah mengikut keupayaan dan skill penulis tersebut.

Bagi yang mempelajari sastera melayu, terdapat berbagai corak penulisan, susunan kosa dan prosa juga berbeza. Tapi bagi abah yang tidak pernah mempelajari sastera maka cara penulisan adalah secara mendatar sahaja.

Ada juga penulis yang menulis secara bersantai, tiada penekanan terhadap motif penceritaan, tiada pengulangan sebagai tanda penekanan. Semuanya santai supaya pembaca tidak bibebani dengan kesimpulan yang berat.

Bagi Abah pula setiap penulisan mempunyai matlamat dan kesimpulan. Penekanan perlu diberikan kepada maksud dan tujuan sesebuah artikel tersebut. Mungkin kaedah ni sama seperti penulisan karangan BM semasa SPM dulu. Itulah sahaja skill yang ada. Abah tidak pandai bermain dengan skrip, dialog, jenaka spontan dalam penulisan.

Tetapi skill tersebut terdapat dalam kebanyakan penulisan mama. Ini menunjukkan mama berkeupayaan menulis cerpen atau lebih hebat novel yang pastinya akan diminati pembaca. Mama mempunyai skil untuk menarik minat pembaca untuk menghabiskan keseluruhan cerita tersebut.

Setiap plot yang mama susun mempunyai unsur-unsur tanda tanya. Apa yang akan berlaku seturusnya. Bukan semua penulis mampu melakukannya. Ia umpama menonton drama bersiri. Penonton akan teretunggu-tunggu apa terjadi seterusnya.Mama juga dapat menyelitkan dialog-doalog ringan yang padanya ada jenaka, ada nada serius dan juga mampu membawa pembaca terasa kesedihan dihadapi watak cerita tersebut. Ini menunjukkan mama mampu menulis dengan baik dan bermain dengan emosi pembaca juga.

Berbalik kepada tajuk artikel ni, setiap penulis mempunyai cara penulisan berbeza dan gaya tersendiri. Sesebuah artikel penulisan itu bergantung kepada pembacanya. Jika kena cara penulisan maka ramailah akan memujinya dan menyukai. Begitulah juga sebaliknya....

Tuesday, May 10, 2011

Arriesfamily


Belek-belek gambar lama-lama, banyak kenangan bersama arriesfamily. Dari berdua (abah & mama) hinggalah bertujuh semuanya.

Masa duduk kat Meru, gi jalan-jalan ke Port Klang, sempat ambil gambat kat Masjid Sultan Sulaiman.

Masa belum dapat Atiya, sebab tu hanya ada 6 sahaja.

Masa baru dapat Atiya tapi kena pindah Batu Pahat pula. Sempat gi BP Mall.

Dari Batu Pahat dekat je dengan Melaka, senang la gi jalan masa cuti sekolah.

Balik kampung masa raya, gi mandi kat Bukit Wang dekat rumah mertua Pak Ngah.

Kenangan masa gi jalan-jalan kat Muar. Kelima-lima dah pandai bergaya.

Masa jalan-jalan kat Putrajaya. Ammar masih yang bungsu ketika ni.

Melihat anak-anak yang makin membesar membawa banyak kenangan buat arriesfamily. Semoga kasih sayang kami sekeluarga sentiasa utuh hingga ke akhir hayat.

Mama yang banyak berkorban untuk arriesfamily, memberi nasihat dan tunjuk ajar anak-anak tentang budi pekerti. Rasanya tidak terbalas dengan segala wang ringgit. Kejayaan arriesfamily adalah berkat usaha gigih mama. Tanpamu tidak mungkin arriesfamily seceria ini.....
Walaupun telah berlalu..... SeLaMat HaRi IbU............ ucapan tiada tempoh akhirnya untuk isteri tercinta.....

Monday, May 9, 2011

Tajdid dalam Fiqh Harian



Hari minggu lalu sempat mentelaah buku ibadat sekolah agama Iffa untuk darjah 2. Iffa akan menduduki peperiksaan minggu ini. Sukatan silibus pastinya dari fiqh Syafi'e. Artikel ni bukan bertujuan mempertikaikan kaedah ijtihad Imam besar Syafi'e dan alirannya tetapi membuka minda untuk memahami tajdid.

Jika ditinjau dari segi Fiqh Syafi'e memang banyak urusan yang begitu ketat umpamanya bab taharah. Dari Nota buku teks darjah 2 tersebut pelajar dimestikan memahami dan menghafal jenis-jenis air seterusnya hukum tiap jenis tersebut. contohnya air muthlak iaitu air yang suci lagi menyucikan. Hukumnya adalah suci lagi sah untuk bersuci dan tiada makhrun.

Air musyammas pula air yang terjemur pada matahari yang terletak dalam bekas besi yang boleh berkarat. Hukumnya sah untuk bersuci tetapi makhruh. Itu baru 2 jenis belum lagi air mustakmal, dan air mutanajis. Ini adalah ijtihad dari Imam Syafi'e dan kita menghormatinya.
Bukan tujuan artikel ini mempertikaikan taqlid kita sebagai pengikut mazhab beliau. Cumanya sekadar berkongsi kesimpulan dari perbincangan dengan isteri tercinta bahawa pendetailan ini agak menyusahkan. Pelajar terpaksa menghafal setiap istilah dengan betul untuk mendapat markah penuh. Kena jawab suci lagi menyucikan. Sah untuk bersuci dan sebagainya.

Dalam bab najis pula, lebih detail di mana pelajar terpaksa menghafal 3 jenis najis, mughallazah, mutawashitah & mughoffafah. Kena hafal erti setaip pembahagian dan cara menyucikannya. Bila disebut berkenaan najis berat tadi (Mughollazah) masyarakat kita begitu sensitif kerana sekian lama perpegang dengan pendapat Imam Syafie ini. Kena sertu (cuci dengan air 6 kali dan 1 kali air bercampur tanah).

Sedangkan bab kenajisan anjing dan babi ini masih khilaf. AQ menyebut haram memakan daging babi :
Katakanlah wahai Muhammad: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai, atau darah mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor (al-Anam: 145).

Imam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya. Kedudukan hukumnya samalah dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau, gajah dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis. Imam Nawawi daripada mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil jelas menunjukkan babi itu najis.

Sertu hanya perlu bagi jilatan anjing sebagaiamana hadis dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda:

طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مات أولاهن بالتراب

Maksudnya: Sucinya bekas air seseorang kamu apabila dijilat oleh anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, yang pertamanya dengan tanah.
( Hadis sahih riwayat Muslim, Abi Dawud, Ibn Khuzaimah dan Dar Qutdni)

Imam Syafie menggunakan Qias untuk jilatan anjing ini dan berijtihad wajib sertu untuk babi juga. Pendapat ini lah yang sekian lama diguna pakai di Malaysia sehingga kita begitu rigid kepada 2 najis mughollazah ini.

Perkataan najis (kotor/najis/jijik) dalam surah al-Anam: ayat 145 yang merujuk kepada daging babi, tidak menunjukkan dengan jelas najis itu bersifat `aini atau najis yang tidak boleh disucikan lagi, kerana najis boleh dikatakan juga sebagai najis hukmi sahaja, seperti najis kafir musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang kafir musyrikin itu najis (al-Taubah: ayat 28).

Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai najis `aini, sebaliknya berpendapat hanya najis hukmi atau najis i'tiqad (kepercayaan) sahaja. Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai hukmi, dengan alasan dagingnya haram dimakan.

Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci, tidak timbul lagi hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing, malah jarak antara dua mazhab Malik dan Syafie agak begitu jauh.

Ini menunjukkan keluasan hukum Fiqh dan setiap pendapat mempunyai hujahnya tersendiri berdasarkan dalil-dalil yang kuat. Berbalik kepada silibus sekolah agama tadi mungkin untuk mengelakkan pelajar lebih konfius dengan pelbagai pendapat maka ianya tetap pada satu sahaja.
Kaedah sertu yang biasa diamalkan

Tetapi yang menjadi masaalahnya penerimaan masyarakat tentang keterbukaan fiqh yang luas masih ditahap yang lama kerana telah biasa dengan pendapat Syafi'e yang begitu ketat ini. Mereka lebih suka sertu setiap pelusuk rumak bila dimasuki anjing walaupun itu bukanlah satu tuntutan Agama.

Disinilah perlunya tajdid dalam fiqh harian dimana kita membawa perubahan terhadap amalan harian. Perlu diingatkan perubahan mestilah berlandaskan AQ dan Sunnah dan dari sumber yang sohih.

Thursday, May 5, 2011

Gambar kenangan sekitar tahun 2004-2007


Baru2 ni kami sekeluarga memulakan semula aktiviti berkebun yang sudah sekian lama ditinggalkan semuanya gara2 perpindahan ke rumah sewa kami yang terletak di Sijangkang kerana rumah sewa kami disana agak terhad keluasannya.. Gambar2 di bawah semuanya adalah gambar kenangan kami sekeluarga yang pada masa itu masa kami banyak dihabiskan dengan aktiviti menyemai serta mengemburkan tanah bagi menyuburkan pokok2 bunga kami.


Arrie pada masa ni baru berusia 3 tahun.. melihatkan gambar ni berlinang airmata mama, mama rindukan saat2 ini.. saat2 pada masa keluarga kita baru nak berusaha membina hidup berkeluarga dan melalui zaman2 susah dan senang bersama..


Di halaman rumah kami sendiri di Taman Desa Permai, Meru..

Masih di Meru pada masa ni pokok2 kami sering dibelai dan dibajai cantik betul hati benar2 rasa gembira bila melihat pokok2 di hadapan rumah..


Iffa dan Arrie masih kecil lagi masa ni.. Iffa baru berisa setahun dan Arrie pula 3 tahun..

Iffa dan Arrie di hadapan rumah..
 Sudut yang menarik di pandangan mata mama...
Abah mendukung Ammar yang hanya berusia beberapa bulan sahaja..
Arrie hanya pandai melambaikan tangan bila disuruh berposing tetapi sekarang ni tak payah disuruh pun macam2 gaya yang dibuat -buat bila di hadapan kamera..

Tengoklah tu menyeringai je...

Tuesday, May 3, 2011

Sukarnya membimbing anak2



Tajuk kali ni berkaitan kelemahan diri sebagai bapa dalam membimbing anak-anak. Setiap ibu bapa bercita-cita melihat kejayaan anak-anak termasuk juga aku dan isteri. Kejayaan pastinya diukur dari pencapaian akademik dan juga siasah kanak-kanak tersebut.

Jika dilihat dari segi akademik, Arrie pada tahap agak memuaskan tetapi masih jauh dari sasaran. Pastinya sasaran utama adalah 5A. Purata pencapaian cuma 3 A sehingga darjah 4 ini. Iffa agak membimbangkan kerana masih di kelas kedua walaupun maintain dalam 2 ~ 3 A.

Selain keputusan akademik pastinya bercita-cita melihat anak-anak yang berakhlak mulia. Sentiasa hormat orang tua, mendengar kata dan tidak degil. Malangnya dalam insiden beberapa hari yang lalu mengecewakan mama dan abah. Arrie, Iffa dan Ammar seolah-olah hilang kawalan. Bergasak tidak keruan bila mama dan abah tiada di rumah dan dijaga sementara oleh Kakak Umaira.

Lebih mengecewakan bila perkara itu disampaikan oleh orang lain tentang kenakalan anak-anak kita. Bila ke rumah buyut dapat lagi teguran tentang anak-anak kita yang tidak mendengar kata orang-orang tua. Tidak mengendahkan suruhan untuk mandi dari buyut sendiri. Walaupun ianya kecil bagi sesetengah orang tapi ia mencerminkan akhlak anak tersebut.

Semua maklumat tentang kenakalan atau ketidak sempurnaan siasah diri anak-anak kita umpama satu tamparan hebat atas usaha selama ini. Arrie dan Iffa mungkin masih tidak memahami betapa kecewanya mama yang telah berusaha keras mendidik anda semua. Melihat keluhan mama juga menjadikan abah hilang kesabaran.

Artikel ini abah tulis untuk menyatakan bahawa kami (mama dan abah) sentiasa mengambil berat tentang anak-anak semua. Kami kecewa kiranya segala usaha tidak membuahkan hasil tapi bukan beerti kami tidak sayangkan kamu semua.

Semoga suatu hari bila kamu sudah besar dan membaca kembali artikel ini dapat memahami bahawa mama dan abah memang menginginkan untuk melihat kejayaan kamu semua - dunia dan akhirat. Tetapi kegagalan pada beberapa insiden sebelum ini agak mengecewakan. Kegagalan kamu semua menjadi reflex kepada kegagalan kami dalam membimbingmu.

Ibu mana yang tidak sedih bila ada yang melaporkan akhlak buruk anak mereka. Walau bagaiamanapun semoga kegagalan kali ini akan menjadi pencetus semangat untuk kami (mama dan abah) meningkatkan usaha dalam membimbing anak-anak semua.

Tuesday, April 26, 2011

Aktiviti hujung minggu...



Aktiviti keluarga kami yang terkini berbasikal di hujung minggu kalau boleh setiap parit kami akan redah tak kira pagi atau petang.. Seronok sambil mengeluarkan peluh sambil menghirup udara segar di sekitar kawasan kampung..

Sambil berbasikal kami berbual2 untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga yang tersayang.. Anak2 pun seronok tiap kali nampak mama dan abah menyorong basikal masing2 akan menjerit.."Nak itot nak itot...", Yang si kecik tanpa peduli perasaan ibubapanya segera memanjat tempat duduk belakang basikal tanda segala rayuan anda tidak akan di layan..Nak taknak kena bonceng jugak anak2 di belakang...

Perbezaan Manhaj di Johor


Semalam lepas Maghrib sempat dengar kuliah dari penceramah tetap masjid Sabak Uni, Parit Raja. Ustaz yang mengajar memang ada tauliah dari Jabatan Agama Johor. Kuliah berkaitan masalah Feqah bab solat.

Perbezaan ketara antara negeri Selangor dan Johor adalah dari segi manhaj adalah isi penyampaiannya. Kuliah di Johor lebih teratur dan mempunyi silibus tetap bagi setiap masjid . Ini bermakna setiap penceramah telah dilantik untuk mengajar mengikut silibus sahaja. Silibus pula lebih kepada masalah feqah bab solat, puasa, zakat dan lainnya.

Di Selangor manhajnya lebih terbuka, penceramah bebas memilih kitab-kitab muktabar untuk dibaca dan disampaikan kepada ahli jemaah. Penceramah juga dari pelbagai bidang - ada pakar Hadis, Ahli Fiqh, Pakar ilmu tafsir dan sebagainya.

Perbezaan ini menampakkan penduduk di Johor hanya belajar majoriti fardu ain bab solat, puasa, zakat dan lainnya tetapi terbatas bagi perkara lain seperti mualamat, jenayat, siasah dan sebagainya. Hukum hudud jauh sekali dari dibincangkan.

Dengan kata lain, mereka tidak arif tentang perundangan Islam, perbankan Islam, Fiqh kontemporary dan sebagainya. Silibus yang ditulis lebih menjurus kepada pendapat Syafi'e semata-mata. Ini akan menyebabkan huraian tentang masalah semasa, isu anak muda, keruntuhan akhlak amat kurang disentuh. Itu masalah keluarga masing-masing dan serah kepada setiap ibu bapa menanganinya.

Kalau di Selangor, setiap penceramah akan membaca kitab rujukan mereka disamping itu akan menghuraikan keadaan semasa dan cara mengatasinya. Pendengar akan lebih terbuka tentang peri pentingnya penyelesaian bagi masalah isu semasa umpamanya keruntuhan akhlak yang semakin meruncing dan jalan keluarnya.
Jika begini keadaanya bagi kuliah agama di Johor berterusan maka rakyat negeri ini akan mahir bab feqah menurut mazhab Syafi'e tetapi amat jahil tentang siasah, hudud, qisas dan sebagainya. Amat malang lagi sikap taksub mazhab begitu ketara sehinggakan ada yang mengganggap pendapat Syafi'e sahaja yang terbaik.

Walaupun PASTI telah mula mendapat perhatian tetapi anak generasi kecil ini amat jauh lagi untuk membawa TAJDID terhadap Manhaj Malizi terutama di Johor ini........
Takbir...........

Monday, April 25, 2011

Syiekh As-sudais di KL.


Jumaat yang lepas Syiekh AbdurRahman As-sudais berada di Malaysia dan menjadi khtib dan imam di Masjid Wilayah Persekutuan. Bagi mereka yang pernah ke Mekah untuk haji atau umrah mestilah maklum akan kelunakan bacaan beliau.

Beliau membaca khutbah Jumaat begitu lantang lagi nyaring. Terasa seolah-olah kita berada di Mekah. Aku hanya sempat mendengar sedikit khutbah yang dibawa secara lansung melalui radio IKIM.fm semasa perjalanan balik dari solat Jumaat (Perbezaan waktu di Johor lebih awal dari waktu di KL).

Tokoh ini memang diminati ramai dan begitu terkenal. Seorang imam besar Masjidil Haram yang begitu tinggi ilmunya. Memahami perbezaan mazhab dan beliau meraikan pendapat Syafi'e tentang membaca basmalah secara jahar. Kalau di Mekah beliau membaca perlahan tetapi kerana meraikan rakyat Malaysia yang berpegang pendapat Syafi'e beliau membaca secara kuat. Inilah sifat terpuji seorang imam juga ilmuan Islam yang patut kita contohi.

Selesai solat beliau dikerumuni seumpama seorang artis malah lebih rasanya. Ketokohannnya menyebabkan beliau begitu dihormati. Beruntunglah mereka yang dapat solat bersamanya Jumaat lepas dan lebih-lebih lagi di Mekah....

Mesyuarat agung PIBG



Hari Sabtu lepas sempat menghadiri mesyuarat agung PIBG sekolah Arrie/Iffa. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi. Kami (mama & abah) sampai lewat sikit dalam 8.35. Kelihatan kerusi-kerusi ibu bapa masih banyak kosong.

Perasmi mesyuarat agak terkenal orangnya, seorang ahli perlimen Dato' Mohamad Aziz. Nampaknya sambutan agak hambar dari ibubapa walaupun perasminya orang ternama. VIP sampai dalam 8. 45 pagi dan majlis pun bermula.

Majlis mula dengan doa itu OK. Nampak sikit islamiknya walaupun ianya bukan satu sunnah untuk mula majlis dengan berdoa secara jama'i. Untuk mendapat keberkatan katanya. Seterusnya ada acara kesenian. Ada lagu khoir - OK lagi, ada muzik band - nyanyi lagu patriotik - Ok lagi walaupun ada khilaf tentang alat muzik.

Yang kurang menyenangkan ada tarian zapin tambah lagi tarian jawa moden. Habis berlenggang lenggok anak-anak kita. Walaupun masih kanak-kanak tapi kenapa diajar tarian sedemikian. Alasan untuk memartabatkan warisan melayu asli dan Jawa. Ini tidak khilaf lagi, pastinya suatu yang tercela. Asalnya tarian itu memang harus tetapi kerana percampuran penuntun yang menyaksikan adalah dari lelaki dan perempuan tu yang menjadikannya tidak harus lagi.

Perbincangan mengenai hukum tarian secara lebih detail ada dalam Al-fikrah.net:-
http://40580640abuirfan.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21394&postdays=0&postorder=asc&start=0

Bukanlah tujuan artikel ni untuk bincang bab tarian tersebut, cuma sekadar pandangan mengenai majlis mesyuarat PIBG yang kelihatan kurang sesuai. Lepas tarian diikuti ucapan pula. Dari jadual 8.30 ~ 11.00 pagi habis persembahan + ucapan dan baru mesyuarat bermula.

Majlis mesyuarat hanya tinggal 1 jam sebab pukul 12.00 t/hari akan tamat. Kelihatan semua ibu bapa termasuk guru-guru sudah mula resah. Semua ingat nak habiskan mesyuarat dengan cepat sebab dah lama sangat menuggu. Dah tu pula semua tak sabar nak tengok acara cabutan bertuah, mana tahu dapat basikal MTB (1st price).

Perjalanan mesyuarat begitu pantas, pengesahan minit mesyuarat begitu cepat juga budget tahunan disahkan tanpa ada pertanyaaan. Puncanya kerana nak cepat dan semua telah penat (lebih 2 jam) tarian dan ucapan.

Sepatutnya tentatif program lebih memihak kepada masa bermesyuarat dari ucapan & tarian. Pendekkan masa perkara lain dan panjangkan mesyuarat. Banyak usul ibubapa juga tidak dicatatkan dalam minit mesyuarat. Jawapan Guru besar kebanyakan usul adalah dasar kementerian dan tak boleh dibincangkan. Seolah-olah tidak telus pengurusannya.

Apa pun yang menjadi kebanggaan hanya satu usul dibincangkan tapi telah diedit oleh setiausaha. Usul itu dari mama sendiri bermaksud mama memang mempunyai idea yang kreatif dan berkualiti walupun diedit sedikit. Tidak sia-sia menggunakan pengalaman kerja dahulu dan memberikan idea bernas bila bermesyuarat. 5 bintang untuk mama.

Penyudah mesyuarat dibuka ruang ucapan ibu bapa, ramai yang mula mempersoalkan kredibiliti guru-guru. Majlis menjadi macam sessi lepas geram. Ibu bapa hentam guru dan guru-guru pula hentam balik ibu bapa. Kelihatan tiada komunikasi yang baik antara ahli persatuan.
Sepatutnya persatuan mendekatkan jurang ibu bapa & guru tetapi berlaku sebaliknya. Sessi soal jawab juga diberhentikan dengan cepat walaupun ada lagi yang nak memberi pandangan dan komen. Aku juga tidak dapat memberi pandangan kerana masa dah jam 1 t/hari.

Kesimpulan dari majlis mesyuarat tersebut, ianya adalah tidak effektif kerana ruang masa terhad dan begitu banyak acara sampingan yang tidak perlu. Kalau nak buat ucapan, kita adakan hari ucapan. Kempenlah 1Malaysia sampai petang.

Komunikasi perlu lebih berkesan antara guru-guru dan ibu bapa. Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain. Ambil jalan tengah. Bincang setiap usul tanpa prejudis. Jangan komen usul yang bernas seperti usul mama. Jawapan dari guru tiada budget untuk hadiah sisah cemerlang pelajar adalah suatu yang paling tidak berkualiti. Bukankah ianya suatu alasan untuk tidak melaksanakan suatu idea yang bermutu. Berapalah sangat hadiah medal plastik tu........

Mesyuarat tahun depan abah akan bagi usul tentatif program mesyuarat perlu dirombak...........

Friday, March 25, 2011

Cara mengajar Bahasa melayu


Dalam dok fikir-fikir kenapalah susah sangat nak ajar BM. Rupanya ada cara dan kaedah berkesan bila mengajar bahasa ni. Abah bukan berkemahiran dalam mata pelajaran ni menjadi sedikit sukar untuk ajar anak2.

Dengan pertolongan pak google, terjumpa artikel ni. Kaedah dan teknik pengajaran BM yang berkesan. Walaupun kertas kerja berkenaan lebih kepada amalan guru-guru tetapi sedikit sebanyak dapat jadi panduan buat abah bila mengajar. Semoga ianya dapat dijadikan panduan dan rujukan bila nak ajar Arriesfamily.

Nota Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHASA

Thursday, March 17, 2011

Susah ke Matematik ?


Terlintas di fikiran kali ni nak tulis mengenai mata pelajaran pula. Bila tengok Arrie dengan Iffa ulangkaji Matematik timbul persoalan ni. Susah Ke Matematik ni ?

Bila abah tanya Arrie, susah ke tidak - Dapat Jawab tak soalan periksa sebelum cuti tempoh hari. Katanya Senang, soalan sama macam dalam buku latihan tambahan yang abah beli. Arrie sempat check jawapan betul ke tidak.
Buku tahun 4, kami beli masa cuti akhir tahun lepas. Dah buat sampai habis walaupun masa tu belum belajar lagi kerana sesi persekolahan belum bermula. Macma mana Arrie dapat buat ? Jawab Arrie " ikut cara abah ajar". Kalau dirujuk cara jawab Arrie macam Metematik subjek mudah baginya dan boleh dapat A. Tapi bagi abah sedikit berbeza.

Kenapa ? Untuk mengajar dan mamahamkan pelajar tentang teori matematik bukan suatu yang mudah. Maknanya cikgu-cikgu di sekolah mesti mempunyai cara tersendiri, kreativiti dalam memahamkan pelajar. Tidak boleh bergantung hanya pada buku teks. Tu yang susah dan menjadi suatu cabaran buat guru-guru.Umpamanya untuk memahamkan Arrie tentang konsep pecahan. Kita perlu ambil sebiji limau dan potong 2. Separuh itu adalah 1/2. Potong 4 untuk 1/4 dan seterusnya. Setelah di memahami konsep barulah kita ajar cara tambah, tolak pecahan tersebut. Setelah pelajar tadi memahami konsep matematik, segala soalan berkaitan menjadi mudah.

Begitu juga dengan Iffa(tahun 2), untuk menerangkan konsep darab amat sukar. Pelajar akan hairan kenapa ada darab padahal hasil tambah beberapa kali. Kena guna bilah toothstick untuk menunjukkan konsep darab dari pertambahan banyak kali. Contoh : 4 + 4 + 4 bersamaan 4 X 3 = 12.

Bila kita telah memahami konsep tadi amat mudah untuk menjawab apa juga soalan berkaitan walaupun kelihatan begitu sukar. Sama konsepnya bila kita berlajar matematik di tahap yang lebih tinggi. Tingkatan 5 misalnya kita ada Kalkulus seperti Perbedaan (differentiation) atau kamiran (Intergration) . Jika kita sendiri tidak memahami kenapa ada perbedaan dydx bagaimana kita nak menjawab soalan seterusnya. Dari situ kita mula membenci subjek ni dan mula dapat keputusan merah.Untuk meminati Matematik amat perlu kepada kefahaman asas secukupnya. Bila sudah faham dan boleh digambarkan logiknya matematik ini barulah timbul minat dan ianya menjadi subjek yang paling mudah. Umpamanya Arrie memahami pecahan limau tadi pastinya dia akan menganggap Matematik suatu yang mudah dah subjek pilihan untuk skor.

Kesimpulannya untuk memahami konsep matematik memang susah, lebih-lebih lagi memberi kefahaman kepada orang lain TETAPI setelah kita faham pastinya ia menjadi subjek yang begitu mudah dan tak perlu berfikir banyak kerana semua jalan untuk menjawab telah sedia ada.

Nota: Kursus Matematik peringkat IPT tidak digalakkan dipilih untuk major course memandangkan pengalaman abah, ianya amat memeningkan kerana terlalu banyak teori penomboran. Matematik telah menjadi seperti belajar ilmu logik-Ada nombor ter-angkakan, ada nombor terbilangkan. Math bukan sekadar Kalculus, Trigonometri lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008