Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, February 21, 2011

Sejuta kemaafan dr mama and anak2


2 hari lepas abah telah melalukan satu dosa yang pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan kita.
Abah selalu melarang arriesfamily dari membuang masa berchatting dan sebagainya.
Tapi abah sendiri melakukannya. Abah apakah aku ini ?

Abah dengan ikhlasnya memohon maaf dari semua isi keluarga terutamanya mama tercinta kerana telah melukakan hati mama.
Abah tidak sepatutnya melakukan suatu yg telah disepakati tertolak sebagai amalan keluarga.

Berilah abah peluang membetulkan keadaan dan kita bina semula kebahagiaan yg kita impikan.

Abah amat menyesal kerana gagal menjadi contoh teladan yg baik untuk arriesfamily kerana tidak mempraktikkan apa yg patut abah buat.
Abah sepatutnya menjadi contoh yg baik untuk anak2 semua tetapi berlaku sebaliknya.
Ya Allah ampunkan aku..
Keampunan Allah mesti dr kemaafan manusia yg dizalimi atau disakiti.
Sekali lagi abah memohon kemaafan dari mama dan sekeluarga. Maafkan kesilapan abah ini dan berilah peluang abah membetulkannya semula.

Abah bertekad akan kembali seperti saat mula2 diijabkabulkan dahulu dimana kita (abah dan mama) sentiasa bersama memcari ilmu.
Banyak kaset2 ustaz Shamsuri menjadi panduan dan rujukan.
Banyak buku2 agama sebagai rujukan.
Banyak kuliah2 agama yg dihadiri.
Banyak konsert nasyid yg ditontoni...

Sesungguhnya abah merindui semua itu.
Masih teringat lagi, kita bersama2 ke ceramah ustaz Ahmad Dasuki, Arrie di kala itu baru 1 tahun lebih tapi mama telah berbadan dua.
Dalam kepenatan kita mampu menghadirinya.
Begitu tabah mama bersusah payah dengan perut yg besar bersama anak yg lincah.
Demi secebis ilmu, kita sanggup menghadapinya.....

Mama,
Abahlah punca segala kelemahan dan kekurangan keluarga ini.
Kemana menghilangnya 'haibah' dari seorang ayah.
Abah dulu dihormati mama, kini umpama seorang yg tak bernilai.
Anak2 juga tidak akan menghormati abah kiranya terus terusan dalam keadaan begini.
Dulunya kita hanya menonton berita & mendengar IKIM.
Lagu2 hanya dari kumpulan nasyid.

Kenapa kini rumah kita dipenuhi segala jenis hiburan melampau.
Siapakah yg membawa masuk kalau tidak abah orangnya.

Sesungguhnya manusia mudah menghadapi ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan. Dengan sedikit kesenangan kita lupa. Abah mula membeli alatan yg tak perlu ke dalam rumah.
TV 29 inc' memadai ditukar LCDTV 40 inc'. Astro penuh dengan hiburan
Bukankan itu membuka ruang hiburan melampau.
Tak cukup dengan itu ditambah set home theter yg menggegarkan rumah2 jiran.
HD player dicampur movie yg melalaikan.
Lagu mengulit dan mendayu....Dari Rock, ballad, RnB hinggalah Metal.
SIAPAkah yang membawa masuk semua itu...??

Abahlah orangnya. Tidakkah zalim abah ini ?
Membawa segalanya ke rumah dan mengharapkan keberkatan.
Bagaimana nak perolehi barakah wa rahmah jika rumah yg sentiasa penuh dengan hiburan.

Mama, Arrie, Iffa, Ammar, Dina, Syirah
Maafkan abah..

Abah amat terkejut bila tanya Iffa - Doa iftitah, terkebil-kebil membacanya
Bila cerita raja lawak, klik, halimah jongang semua diingatnya.
Kenapa ini berlaku. Jawapannya kegagalan abah dalam mengepalai keluarga.
Masakan kelemahan anak terjadi sendiri. Mereka kan dijadikan fitrah - suci dari segala kekotoran. Kitalah yang mewarnai mereka..Kitalah yg mencorak mereka menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Mama sesungguhnya mama menegur abah tentang kesilapan ber'chatting' amat abah hargai. Sesungguhnya teguran itu amat bernilai dari seorang isteri yg abah sayangi.

Kini abah sedar tanpa nakhoda yang baik tidak mungkin isi rumah itu akan sempurna.
Maafkan abah.....
Berilah peluang abah memulakan semula seperti di awal perkahwinan kita.
Abah amat merinduinya.....
Moga kita sama2 diberi kekuatan dalam menempuh ujian hidup mendatang........Amin.

Dosa-Dosa & Facebook


Dalam dok belek2 Zaharuddin.net terjumpa artikel berkenaan FB. Walaupun FB memberi kebaikan dlm mengeratkan silaturrahim tetapi nampaknya lebih keburukan dr kebaikan.
Mengambil kias dr arak yg juga membawa kebaikan tetapi lebih keburukan.
Dengan ini, atas persetujuan arriesfamily - semua akaun FB arriesfamily dibekukan.

Kami juga memohon maaf kepada rakan2 dan sedara kiranya keputusan ini agak drastik dan tidak dipersetujui oleh lainnya..
Perbezaan pendapat adalah perkara biasa....ma'assalamah..
Link artikel :-
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=930

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Friday, November 12, 2010

Terima Kasih Isteriku...


Sedar tak sedar usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Hari ini ulang tahunnya.
Aku kadang-kadang lupa, biasalah orang lelaki pada mereka ini hal remeh temeh.
Tetapi tidak pada wanita. Aku pelajarinya dari isteriku yang tercinta.

Tiada ucapan yang terbaik dapat dilafazkan selain rasa syukur dikurniakan seorang teman hidup yang menjadi pendorong aku menghadapi unak duri kehidupan.

Melihat anak2 membesar dengan penuh didikan, penuh kasih sayang pastinya tidak lain dan tidak bukan, ianya kesan dari didikan mama mereka.

Selamat hari ulang tahun isteriku...
Thanks for everything.....

Thursday, October 14, 2010

Gambar raya..(Lagi???)


Kompilasi gambar2 raya..

Anak sedara Alliya ngan Amsya main menan anak To Sazali...


Nak perkenalkan Tok Sazalee..(Bercermin mata hitam) pakcik sedara mama..

Mak Lang dan Pak Lang dua merpati sejoli...

Nenek Su dan keluarga sempat berkunjung ke rumah kami...

Beraya di rumah kawan mama, Makcik Yah di Pasir Gudang...

Di rumah Nek Mah, di labis Johor..

Saturday, September 18, 2010

Raya kedua....


Pada hari raya kedua, kami mengunjungi rumah keluarga Mak Ngah isteri kepada Pak Ngah di Kodiang... Lebih kurang pukul 1 tengahari kami bertolak dari Kuala Nerang.. Malang sekali semasa berada disana tak terfikir nak tangkap gambar Pak Ngah dan isteri.. ish.. nyesal pulak..nape la boleh lupa...

Gambar2 dibawah ni adalah gambar yang ada dari koleksi kami...

Pak Ngah dan isterinya Nafisah Ismail..

Kenangan raya tahun lepas di Johor..

Kesian Pak Ngah dibuli Irdina...

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke umah Tok Wan kami singgah di Bukit Wang.. pelikla jugak pada masa tu kenapa tempat ni tak ramai pengunjung.. walaupun dipenuhi oleh tanda tanya kami tetap meneruskan niat untuk bermandi manda disitu..

Abah sabar melayan karenah anak2...

Aik ada ikan..?

Macam biasa...sesi fotografi HARUS ada..peace...

Berhenti di tepi jalan ada sesuatu yang menarik perhatian anak2..

Owh..lembu rupanya... Syirah terpegun melihat makhluk yang bernama LEMBU...Apakah itu?

Pada sebelah malamnya, setiap tahun pada hari raya kedua di kampung kami ada sambutan meraikan para perantaun pulang ke kampung.. kebetulan pulak majlis itu diadakan di dewan bersebelahan dengan kedai runcit Tok Wan.. Jadi kami pun pergi lahberamai2 ke majlis itu.. ada cabutan bertuah tau...

Apa pulak la tu....? Apa yang cuba disampaikan Iffa kepada Acunya..

Bebudak dua orang ni tengah berangan jadi tokey kedai la tu...

Hehe..tuah Arrie dia antara yang terawal mendapat hadiah cabutan bertuah...

Tok gembira sekali melihat Arrie mendapat hadiah..lalu berkata.."Alhamdulillah..bertuah betui la cucu Tok Ni... tak sia2 sungguh la tak jadi balik hari ni.."

Align LeftAbah pun dapat hadiah cabutan bertuah gak.. lalu bergaya seksi disamping hadiah yang baru diperolehi. hehehe

Malam itu keluarga Hj Ahmad mendapat 3 hadiah cabutan bertuah..selain daripada Abah dan Arrie seorang lagi yang menerima cabutan bertuah adalah Pak Su Aslam.. semasa nama Pak Su Aslam dipanggil DJ majlis itu cuba berlawak dan lawakan dia disambut serius oleh kami kerana kami kurang jelas apa yang dimaksudkan olehnya... Kata DJ itu, "Patutla dia tak boleh menyahut kerana ada puting dimulut..." Itulah kata Dj itu apabila melihat Pak Su Aslam datang mengambil hadiah sambil mendukung Dina .. Apakah yang dimaksudkan DJ itu..? Hehehe.. sampai saja Pak Su di kedai Tok Wan apalagi kena bantai gelak la..kah kah kah ..Puting di mulut!!!..


Sedang kami asyik mengusik2.. Tok sibuk berulang alik mengambil makanan untuk kami.. tingkah laku Tok membuatkan mama tersentuh hati, kami cuba menolak dengan mengatakan, "Tak payah la mak nanti kami ambik sendiri.." Tapi tok tetap beria2 dan memberi alasan kami payah nak ambik sendiri sebab ada anak kecik.. sedangkan Tok sendiri pun belum makan lagi tapi masih memikirkan kami...

Terima kasih Tok kerana melayan kami dengan baik sepanjang kami di kampung... Tak lupa juga kepada keluarga Chot yang boleh di ibaratkan seperti keluarga angkat kami.. baik sungguh penduduk disini walaupun tiada pertalian saudara tetapi perhubungan kami seolah2 kami mempunyai perhubungan sesama kami...

Wednesday, September 15, 2010

Bila Raya Menjelma...


Pagi raya kami bersarapan lemang dan dicicah pula dengan kuah kari daging. Tahun ni Tok di kampung tak buat ketupat palas sebab lemang yang hendak dibakar banyak sangat dalam 30 batang lebih kurang.

Lemang dibakar oleh Abg Bahdun..suami kepada kak Yam.. dan kuah kari yang sedap dan lemak2 berkrim rasanya tu kak Yam yang sediakan.. sedap rasanya...sedap sangat sampai tak tau camana nak habaq kat sini.. hehehe..

Seperti tahun2 yang lalu, selepas habis sembahyang raya sesi bergambar pun bermula.. sehingga tetamu yang hadir pun kami tak perasan sape.. hehehe

Gambar keluarga bersama Tok Wan dan Tok..

Ehem..ehem...


Ingat nak bergambar ramai2 bersama sepupu.. tapi payah nak menyusun atur depa ni.. yang kecik depan sekali tu asyik tukar posisi je..

Bergambar bersama Acu dan suaminya Aslam.

Hish..camne la depa ni leh duduk dengan gaya yang sama.. tu yang kami abadikan dalam gambaq untuk kenangan..

Sesi bermesra menantu2 dengan mentua..

Gambar 3 generasi bapak bersama anak2 dan cucu2..


Abang Teh dan Abang Mat Sanusi ni merupakan sepupu kepada abah, yang duduk memandang kamera tu anak abang Mat.. Abang Teh juga merupakan suami kepada kak Jah jadi status abang Teh ni sepupu merangkap abang ipar kepada abah la...

Tadi gambar si suami dan yang ni pulak gambar si isteri bersama anak2..
Yang duduk menghadap kamera dari sebelah kiri adalah isteri kepada abang Mat, kak Zuraida dan yang duduk di sebelah kanan adalah kak Jah isteri kepada Abang Teh dan juga kakak kepada abah. Dan yang duduk membelakangkan kamera itu adalah anak2 kepada abang Mat dan kak Zuraida..

Align Left
Sesi begelak ketawa berdekah2 tak hingat bersama anak penakan..(Anak penakan yang asyik ketawa ni doktor pelatih di Hospital Kuantan..) Anak kak Yam, kami panggil dia Bad je..sebutannya dalam bahasa melayu tau bukan bahasa inggeris... lain makna tu.. yang duk atas kerusi ala2 orang dalam dilema tu Ashraf, anak bongsu kak Yam.
Berbual bersama kak Balqis kakak sulong kepada abah.

Ini sahaja gambar yang dapat kami rakamkan pada hari raya pertama.. entry seterusnya hmm belum dapat idea lagi.. Selamat Hari Raya..

Tuesday, September 14, 2010

Sebelum raya...


Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.. Pada hari Selasa pukul 7.00 mlm kami berangkat pulang ke Kedah untuk beraya bersama keluarga di kampung. Kami sempat singgah untuk berbuka puasa di jalan menghala ke Parit Sulong.




Selepas selesai berbuka kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dituju.. kami melalui negeri Melaka dan setibanya kami di Melaka Sentral kenderaan mula bergerak perlahan.. di sekitar Melaka Sentral dipenuhi oleh orang ramai yang masih lagi berbelanja untuk persediaan hari raya yang bakal menjelma..


Kami sampai dirumah Nenek Pah di Klang pada pukul 1 pagi lalu menumpang tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kedah. Selepas bersahur dan solat Subuh kami meneruskan lagi perjalanan kami..

Kami sampai juga di Negeri Kedah negeri kelahiran abah, Mohamad Suhaimi dan kami singgah di bazar Pekan Rabu, Alor Setar.. Gambar di atas si kecil Insyirah Afiqah begitu gembira apabila dapat keluar dari kereta selepas 8 jam perjalanan..

Berikut adalah gambar2 yang kami dapat rakamkan untuk kenangan di sekitar bazar Pekan Rabu...





Ammar bergaya sakan dengan jam tangan yang baru dibeli di Pekan Rabu..

Entry yang akan datang.. Bila Raya Menjelma...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008