Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, June 9, 2010

Tidak hina orang yg merendah diri



Dalam menyelusuri kehidupan seharian, tidak dapat tidak kita akan bersua, bertemu dan berjumpa dengan mereka yang telah sebati dengan sifat tercela ini. Orang berkereta besar kita juga ingin berkereta besar, orang berumah besar, kita juga ingin berumah besar. Tujuannya untuk berbangga diri..Bukan semua tapi itulah majoritinya.Beruntunglah jika kita dapat menjauhi diri dari sifat mazmumah ini.
Semoga artikel di bawah ini dapat dijadikan pengajaran dan diambil iktibat darinya supaya arriesfamily dijauhkan sifat tercela ini....

...........................................................................................................................................................................

"Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji).

Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina." (Almukmim:60)

Sifat sombong atau takabur ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya.

Ketakburan itu adakalanya dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat. Imam Al Ghazali berkata; "Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar."

Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya.; ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandinginya.

Takabur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam, katanya, "Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah," lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya.

Takabur boleh dibahagi kepada tiga: Takabur terhadap Tuhan, Takabur terhadap RasulNya dan takabur sesama manusia.

Takabur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancamanNya dan memandang remeh segala syariat dan peraturanNya. Takabur dengan Rasulullah ialah enggan mengikuti petunjuknya. Orang Quraisy zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda adalah anak yatim yang miskin. Orang Yahudi pula tidak mahu mengikut Nabi Muhammad kerana baginda bukan dari keturunan Bani Israel. Kebanyakan orang sekarang pula tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah kerana menganggapnya kolot, orthodoks, ketinggalan zaman dan berbagai alasan lagi.

Merasa lebih tinggi dari orang lain adalah takabur sesama manusia. Orang berpangkat tinggi merasa patut dihormati, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Apabila seorang isteri berpangkat tinggi dan ada nama, susah untuk taat dan memuliakan suaminya, sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat.

Seorang alim ulama' bersikap takabur apabila ia memandang remeh terhadap orang lain kerana menganggap dia sahaja yang benar, jika ditegur walaupun benar, teguran itu ditolaknya.

Takabur ialah penyakit hati yang merbahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah. Ditakuti melalui tindak tanduknya akan menampakkan akhlak yang buruk. Kata-katanya pula akan menyakiti orang hingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri . Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah; "Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh."

Urwah bin Azzubair berkata; "Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para sahabat , para aulia' dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak."

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Buat sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Datangkan rasa rendah diri dan berlaku tawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang merendah diri. Allah telah memuji hambaNya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka.


... Petikan dari Portal Komuniti Ukhuwah ...
Link asal:-
http://safisufie.multiply.com/journal/item/38

Lawatan ke Melaka...


Permandangan di sekitar jalan menuju ke St Paul Hill..

Membawa anak2 ke Melaka memeang sangat menyeronokkan. Letih, panas tapi seronok.. ambil masa lebih kurang dua jam, bila sampai kami terus cari jalan ke arah kota A Famosa.. malangnya sampai ke destinasi yang dituju susah pulak nak cari parking. Dari parking lot carrefour semua 'full house' sampailah ke bangunan merah...

Budak2 dah menjerit2 kegembiraan nak turun dari kereta walaupun keta tak dapat parking lagi.. jadi kami anak beranak turun dulu sementara abah tunggu dalam kereta...

Destinasi pertama dihadapan muzium Stadthuys

Makan asikrim dulu sementara menanti abah mencari parking lot..
Nasib baik ambik masa 10 minit je.. sempat gak ambik gambar abah ngan Syirah untuk kenangan

Ambik kesempatan jap bukan senang nak jumpa polis berkuda ni....

Disebabkan cuaca yang amat panas waktu itu kami ambil keputusan untuk membeli topi ditepi2 jalan. Harganya takla mahal sangat...satu topi tu berharga rm5 - rm 8.

Di hadapan kincir air...

Dina begitu asyik meneropong sesuatu..apakah agaknya yang menarik perhatian anak kecilku ni...

Bergambar kejap didepan prototaip menara taming sari...yeay...

Anak2 yang begitu seronok dapat melihat melalui teropong...

Pemandangan dari menara taming sari...



Tiket untuk naik ke menara ni.. Rm10 untuk dewasa manakala kanak Rm5.. bawah 3 tahun percuma...

Destinasi seterusnya... muzium yang ala2 kapal Private Caribbean tu..lupa namanya..


Lepas tu kami terus pergi ke Gereja St Paul...

Trrrtt..trrrrt..ttrrrttt... berangan menjadi askar pertahankan negara...

Meriam berada di mana2....

Align LeftGambar kenangan di hadapan kota A Famosa...

Dah nak balik dah.. lain kali kita pergi lagi ek..Bye....

Akhir sekali dalam perjalan pulang ke Bt Pahat kami singgah makan di Medan Ikan Bakar Umbai...

Tuesday, May 25, 2010

Santai di hujung minggu...


Lain famili lain caranya untuk bersantai bersama keluarga...

Kami dah menemui cara baru untuk melepaks bersama keluarga tersayang....

Bagaimanakah cara kami... hehehe watch these out.... hehehe

Ammar terlalu asyik sekali...

Sambil tengok wayang leh makan2.. kerepek ke...nasi ke....burger ke...kalau kat TGV takleh.. kat umah semua makanan boleh diangkut..yang halal je la... n of course home cooked.... Syirah berpakaian seselesa mungkin...wink wink...:))


Best woo...tengok reramai... nak baring boleh nak berdiri boleh..nak calling2 orang pun boleh..takde sapa marah kecuali babah ... kalau kat tgv kena off handphone..:( ...

Clear kan gambar ni... best memang best asyik..masyuk...macam2 lagilah..susah nak gambarkan disini...

Kepada sedara mara mehla umah kami...leh lepaks sesama...:))

Friday, May 14, 2010

Dina kembali pulih...


Baru-baru ini anak kami yang ke-4, Irdina Athirah di sahkan terkena jangkitan kuman yang menyerang kaki,tangan dan mulut...

Penyakit ini menyebabkan Irdina kurang selera makan, ulser di sekeliling mulut, demam dan sering keletihan...

Hilang seri rumah bila Dina kurang aktif. Tiada lagi tawa riangnya, gelagatnya yang sering mencuit hati dan perbalahan diantara Dina denganAmmar...

Menurut doktor penyakit ini mudah berjangkit lebih2 lagi bagi bayi yang berusia seminggu hingga kanak2 yang berumur 5 tahun..

Cara pencegahan dari berjangkit ialah asingkan kanak2 yang terkena jangkitan kuman ini dari kanak2 lain. Jangan berkongsi cadar, tuala, lap air liur yang meleleh dengan tisu dan segera buangkan tisu ke dalam tong sampah, basuh tangan selepas membersihkan najis si pesakit dan sentiasa memastikan setiap permukaan/barang yang disentuh dibersihkan..

Mama lakukan sebaik mungkin untuk elakkan anak2 yang lain dari dijangkiti termasuk sterilize baju Dina, tuala, puting susu dan sentiasa memastikan anak2 yang lain tidak berkongsi makanan dengan Dina...

Alhamdulillah selepas 3 hari, Dina semakin pulih kembali berselera, aktif dan sentiasa bermain seperti sediakala..

Tiada tanda2 anak2 yang lain telah dijangkiti...

Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran buat mama supaya lebih prihatin memastikan dengan siapa anak bermain, di mana dan lebih menitikberatkan kebersihan selepas anak2 beriadah di luar rumah..

Monday, March 15, 2010

Kecoh Kahwin kanak2 11 tahun


Baru-baru ni kecoh isu seorang lelaki ahli suatu Jemaah berkahwin kanak2 11 tahun di Terengganu.
Beliau kononnya mendakwa itu sunnah Nabi.

Ikuti Kuliah Maulana Asri dari Darul Kautsar tentang Umur Aisyah ketika dikahwini.
Moga bermanfaat...

Siri 1



Siri 2


Siri 3


Sumber Video Dari Al-ahkam.net

Manusia selayaknya diuji...


Dalam Mentelaah buku karangan Ustaz Hasrizal, terdapat satu tajuk yg begitu menarik buatku.
Pengarang menyimpulkan bahawa kita yg bernama manusia selayaknya diuji.
Beliau menggunakan analogi kambing dengan tuanya di mana tuannya berhak mengorbankan kambing-kambing yang mana dirasakan sesuai tanpa perlu memohon keizinan.

Begitulah halnya dalam kehidupan, seterusnya beliau mengulas tentang tauhid Rububiyyah :-

Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.

Seterusnya beliau mengulas bahawa kita sebagai hamba selalu lupa akan diri kita...

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.

Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

Menariknya ulasan beliau tentang setiap musibah ada tujuannya....

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Bertepatanlah dengan kehidupan berkeluarga ini, pastinya diuji dengan susah dan senang, cuma kita sebagai hambaNya. Adalah kita bersedia menerima dugaan sebaiknya ?

Semoga Kami sekeluarga tabah menempuh dugaan hidup yang pastinya penuh dengan unak duri.....Amin....

Orang melayu dan Berzanji


Orang Melayu dan Marhaban, Berzanji macam dah sebati...
Setiap majlis mesti disertai acara tersebut. Baru2 ni kami ada mengunjungi satu majlis cukur jambul - ada berzanji..
Khatam Quran - ada berzanji, Terbaru Sambutan Maulidur rasul kat Masjid Parit Raja juga ada berzanji..

Setelah membelek2 apa itu berzanji, terjumpa Buku ulasan Ustaz Rasul Dahri tentang Hukum Berzanji. Semoga bermanfaat...

P/s : Bukan niat memburukkan amalan ini sekadar berkongsi info..

4738097 Kemungkaran Dalam Kitab Berzanji Dan Maulid Nabi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008