AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR
6 years ago
Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
Apa pulak la tu....? Apa yang cuba disampaikan Iffa kepada Acunya..
Bebudak dua orang ni tengah berangan jadi tokey kedai la tu...
Hehe..tuah Arrie dia antara yang terawal mendapat hadiah cabutan bertuah...
Tok gembira sekali melihat Arrie mendapat hadiah..lalu berkata.."Alhamdulillah..bertuah betui la cucu Tok Ni... tak sia2 sungguh la tak jadi balik hari ni.."
Abah pun dapat hadiah cabutan bertuah gak.. lalu bergaya seksi disamping hadiah yang baru diperolehi. hehehe
Bergambar bersama Acu dan suaminya Aslam.
Hish..camne la depa ni leh duduk dengan gaya yang sama.. tu yang kami abadikan dalam gambaq untuk kenangan..
Sesi bermesra menantu2 dengan mentua..
Gambar 3 generasi bapak bersama anak2 dan cucu2..
Tadi gambar si suami dan yang ni pulak gambar si isteri bersama anak2..

Berbual bersama kak Balqis kakak sulong kepada abah.




Kami sampai dirumah Nenek Pah di Klang pada pukul 1 pagi lalu menumpang tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kedah. Selepas bersahur dan solat Subuh kami meneruskan lagi perjalanan kami..
Kami sampai juga di Negeri Kedah negeri kelahiran abah, Mohamad Suhaimi dan kami singgah di bazar Pekan Rabu, Alor Setar.. Gambar di atas si kecil Insyirah Afiqah begitu gembira apabila dapat keluar dari kereta selepas 8 jam perjalanan..




Anak2 seringkali mengatakan betapa rindunya mereka kepada rakan2 di kawasan perumahan di Sijangkang.. mereka mengeluh tentang bezanya cara kanak2 di persekitaran di sini bergaul berbanding di Klang.. Setiap kali kami pulang ke Klang dan melalui kawasan perumahan yang pernah kami duduki seringkali juga mereka meminta untuk berjumpa dengan kawan2 lama..
Anak2 jiran yang merupakan teman Arrie pergi dan pulang dari sekolah dengan menaiki basikal.. agak nakal tetapi masih menghormati orang yang lebih tua... kadangkala lucu apabila berbual dengan mereka...
Aina (merupakan kawan baik Iffa yang juga anak jiran kami), Irdina ketika berusia setahun dan Iffa..Anak sulung dari 5 adik beradik. Abah Mohamad Suhaimi Ahmad seorang Jurutera kanan disebuah syarikat swasta. Mama Zuraida Jemain surirumah sepenuh masa. Abah dan Mama penyumbang utama bagi artikel dan cerita-cerita keluarga dalam menjayakan blog ini
arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008