Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, May 12, 2009

Susahnya kehidupan tanpa Ibu


Sambungan Kisah persekolahan

Tahun ke-dua dan seterusnya di Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra (SMTSP) amat memeritkan. Kisah terdahulu aku dah ceritakan tentang kes-kes buli di asrama tambahan pula kehilangan ibu tercinta.
Maka jiwa agak tertekan ketika itu. Tiada lagi tempat mengadu mengharapakan kakak-kakak yang memahami jiwa remaja kita.
Kakak-kakak pula mula nak hidup baru berkahwin dan membina keluarga. Tak banyak yang dapat membantu sekadar dorongan dan sedikit sumbangan kewangan.

Kebahagian rumahtangga mula berubah, rasa hendak balik kampung setiap kali cuti sudah tiada. Aku ketika itu lebih rela bercuti di rumah kakak-kakak dari kampung sendiri. Sebabnya tak perlu diceritakan di sini. Cukup sekadar dinyatakan ‘baiyati jannati’ sudah mula pudar…

Bapak agak sedikit berubah dibandingkan dengan masa adanya ibu dahulu.. Itu fikirku…..Hanya Allah yang tahu.

Sejak ibu meninggal, remaja yang kian membesar ini agak sedikit terabai dari segi keperluan hidup. Bapak setiap kali pulang ke kampung akan bertanya
“ada duit tambang ? “ pastinya jawabku ada kerana memang polisi sekolah menyediakan tambang. Bapak tidak lagi perlu memberiku duit tambahan kerana sekolah dah bagi.
Aku sedikit hairan kenapa dulu di tahun satu, bapak akan bagi walaupun dah ada duit sekolah bagi. Persoalan ini sukar nak jawab mungkin kerana bapak dah ada kommitment lain pada waktu itu.

Masih teringat dalam tingkatan 3 lepas cuti penggal pertama aku ke sekolah hanya berbekalkan RM 15.00 sahaja. Sedangkan aku akan berada di asrama lagi 3~4 bulan.
Tambang dari kampung ke sekolah mencecah RM 7.00, maksudnya aku Cuma ada baki RM8.00 sahaja.
Sepanjang di asrama aku tidak pernah makan di kantin kerana kena bayar sendiri. Cuma makan di dewan makan asrama yang telah disediakan dan dibayar dengan biasiswa secara tahunan.

Gambar sekadar hiasan

Melihat orang lain makan di kantin terasa ingin juga tetapi tidak berkemampuan. Hanya dapat merasa di tahun satu sahaja kerana di waktu tu arwah mak akan bagi wang tambahan sebagai duit poket. Tak banyak dalam RM50 sahaja tapi cukut besar untuk seorang pelajar tingkatan satu. Mungkin kerana arwah mak memang jenis menabung untuk anak-anaknya sebab tu aku dapat merasa. Bila mak tiada…..entahlah….

Setiap tahun, kena tukar baju dan seluar sekolah – aku hanya sempat merasa pada tahun satu dan dua sahaja dapat 2 pasang. Tahun seterusnya hanya satu, itupun atas sumbangan wang dari kakak-kakak. Bapak umpama melupakan kami, tanpa menyediakannya dan hanya bertanya “Kak mu dah beli baju ?”.
Aku tetap bersangka baik, mungkin kommitment lain menyebabkan bapak sedikit melupakan kami. Atau mungkin kerana tekanan hidup di waktu itu.

Lebih menyedihkan lagi setiap kali hari raya, setiap anak menginginkan baju baru walaupun murah tapi dibeli oleh orang tuanya. Tetapi apa yang berlaku aku tidak pernah dapat merasa baju raya selepas mak tiada dibeli oleh bapak. Semuanya disediakan oleh kakak-kakak. Nasib baik ada kakak-kakak yang ingin melihat adik mereka bergembira di hari raya.

Berbalik kisah di sekolah, kerana inginkan baju tambahan untuk ke sekolah, aku biasanya akan meminta dari senior. Abang senior yang nak tinggalkan sekolah (form 5) biasanya akan hadiahkan apa-apa saja untuk adik junior. Aku pastinya akan minta baju sekolah mereka. Walaupun second hand tapi masih elok lagi. Cukuplah sekadar baju kedua.

Pernah juga aku tak cukup kain pelikat, memikirkan macam mana nak tambah – nak beli tak mampu walaupun hanya RM 10.00. Harap dibelikan – hanya tinggal harapan. Jadinya aku cari-cari di ampaian. Memang ada terjumpa yang dah lama ditinggalkan. Mungkin kepunyaaan senior yang dah habis belajar.
Selepas memerhati lebih seminggu tak diambil orang maka aku pun ambil jadikan kain tambahanku. Kainnya masih elok cuma sedikit berdebu sebab lama ditinggalkan. Basuh dan pakai semula.

Pakaian berjemana memang impian remaja. Zaman 80-an era rock, semua berseluar jean ketat dan kasut sport. Pastinya aku juga ingin merasa berkasut sport.
Pada zaman tu kasut terkenal adalah jenama NIKE dan ALIPH. Nak beli baru tak mampu jadi tunggu kawan-kawan jual 2nd hand. Masih ingat lagi kasut sport pertama jemana ‘ALIPH’ beli dari Jieman – rakan sebilik dengan harga RM30.00. Duit dapat masa raya, tu pun kakak-kakak hulurkan.

Bila ingat balik kisah menghadapi zaman sekolah amat menyedihkan. Segalanya secara paling minima. Baju sekolah selagi tak ketat atau koyak rabak masih boleh dipakai. Peralatan sekolah cukup setahun sekali – Pen, pensel, pembaris dan sebagainya.Baju berjenama jauh sekali. Tunggu hari raya dari ihsan kakak-kakak. Nasib baik ada kakak-kakak yang begitu mengambil berat keperluan adik mereka.

Makan sedap-sedap, fast food (KFC, MC D, Pizza) jauh sekali. Harapkan dewan makan sekolah aja. Buku-buku teks nasib baik sekolah sediakan. Buku rampaian/buku kerja dapat dari abang-abang senior.

Walaupun hidup susah tapi Al-hamdulillah berkat doa arwah mak dapat juga bergelar siswazah dan berjawatan jurutera.

Untuk mama, Arrie, Iffa, Ammar, Dina dan Insyirah(bakal lahir) :
Cerita ini sekadar pengajaran bahawa tidak semua orang bernasib baik mempunyai ibu bapa cemerlang. Ibu cemerlang abah pergi meninggalkan abah ketika masih memerlukannya.
Abah janji semua anak-anak abah akan mempunyai ibu bapa cemerlang dan terbilang sehingga akhir hayat abah walau apa keadaan sekalipun…

..Sikit sama kita cubit, banyak sama kita lapah… Insya-Allah…

3 comments:

ieda on May 12, 2009 at 4:28 PM said...

sedihnya cerita abah.. sudah tentu tak semua org tahu apa yg abah pernah lalui...

Dah terbukti abah seorg bapa yg pentingkan keperluan anak2 dan cuba terapkan bersederhana dlm segalanya kepada anak2. Buktinya Arrie, bagi duit belanja seringgit pun dia guna hanya 60 sen bagi 2 ringgit pun dia guna 60 sen.

Alasannya kalau beli nasik ayam takde balance kalau beli nasi lemak ada balance 40 sen. Air taknak beli bawak sendiri.

Thanks kerana berkongsi dengan mama cara hidup sederhana walaupun pada mulanya agak sukar lama kelamaan terbiasa dengan cara abah.

:)

Ahmad Nawawi Yaakob on May 19, 2009 at 9:52 AM said...

Mi, arwah Mak Mi dulu menghembus nafas terakhirnya ketika kami berada di sisi. Karg, Nyah dan Yong ada sekali.. masih ingat lagi kami tolong jaga dia.. dan dia amat baik kepada semua orang.. banyak kisah yang boleh dikongsi jika berkesempatan ttg mak Mi krn dia adalah sebahagian drp dunia abang Mat juga..

Suhaimi Ahmad on May 20, 2009 at 9:56 PM said...

Thanks abg mat'ei kerana sudi baca cerita dikmie. Ceritanya bukan seberapa cuma mengimbau kenangan silam dan untuk jadi panduan hidup kami sekeluarga.

Abg mat'ei cerita lah sama kisah dulu-dulu.....
Kisah masa dok pondok, sama-sama gi kutip derian tak penah kami lupakan.

Kisah abg mat'ei rajin bawak kami naik gerek tua jalan2 sampai dusun masih terbayang-bayang.
Gerek tu pulak tak dak brek....
pastinya sukarnya kawal tapi abg mat'ei pastikan kami selamat.

Kenangan ni buat ukhuwah kita semakin erat...InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008