Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, November 3, 2009

Ruam Lampin


Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

Gejala-gejala Ruam Lampin

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok- tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..

Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.

Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Jangan…

Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.

Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.

Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.

Link asal:-

http://klik4sihat.wordpress.com/category/ruam-lampin/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008