Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, October 8, 2009

Resepi Gulai


Sekadar menambah koleksi resepi.
Diambil dari Sajionline.com.my
Selamat mencuba bagi yang suka masak, kalau malas tu gi kedai tomyam jer...

20_resipi_gulai

Wednesday, October 7, 2009

SMTSP Dalam Kenangan


Dalam membelek-belek album lama, jumpa pulak gambo member SMTSP, jadi aku upload la...

Ni dua-dua seluar ketat kenapa? Memang rock kapak..

Bergaya macam band rock je.... 80's memang camni...

Mak ai.. punyala kecik time ni.. Form 2 rasanya. Kawan kita -Merun kalau nak makan pun jgn la sampai terjuih mulut tu.. hihi..

Lagi satu gaya... rockers.. Yang ber'head phone' tu champion group ni.

Main Chess ke setakat bergaya jer....opp..Pesta catur MSSM tu..

Ni la SMTSP kebanggaan kami...agaknya tu yang difikirkan oleh group ni..

Ni pulak masa hari sukan.. yg dok bergaya kat belang tu wat pe, bukan nampak pun..

5S1 memang mat study.. tengok muka pun serius jer...

Jambatan ni macam nak roboh jer ? Agaknya tu yang kawan kita tengah fikir. Apa pun lanskap SMTSP memang cantik.

Kalau kat belakang sekolah - tempat loji tak payah lah bergaya..

SMTSP telah kami semua tinggalkan hampir 20 tahun namun banyak memori yang masih segar di ingatan...

Kegagalan Asam Garam Hidup


Sebelum ni aku pernah cerita berkenaan kerja kuat untuk berjaya menempuh kejayaan SPM. Kali ni sambungan melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Keputusan SPM agak baik melayakkan aku memohon IPTA. Keputusan keluar ketika aku masih bekerja sambilan di Bagan, Penang. Pastinya semua calon akan mengisi borang UPU dan begitulah juga aku.

Oleh kerana di sekolah menengah ku dulu (SMTSP) ada menyediakan kelas matrikulasi USM dan aku pula selalu juga berbincang dengan abg2 dan kakak matrik tu maka aku pun memilih USM sebagai pilihan utama.

Pilihan matrikulasi agak mudah dan aku layak untuk memilih mana-mana university memandangkan keputusan SPM agak memuaskan. Selepas USM, UKM, UPM dan dll menjadi pilihan.

Terdapat juga satu kursus bernama AAD dan nampak macam menarik juga. American Associated Degree rasanya ler.. dah lupa tahun 1990 lama juga tu. Aku pun pilih lah sebagai pilihan ke 4 atau 5 rasanya.

Nak jadi cerita lepas hantar boring tu dapat panggilan minta menghadiri temuduga dan ujian bertulis kat Penang. Orang kampong hubungi aku masa kat Bagan tu dan minta aku hadirinya.

PPP, ITM seksyen 17, Shah Alam

Aku lansung tak buat persediaan sebab AAD bukan pilihan utama aku. Minta cuti dari Pak Nayan ‘tauke’ kedai tempat aku bekerja untuk hadiri temuduga tu. Dress up sikit-sikit lepas t u terus gi temuduga.

Ada ujian psikologi katanya. Kita kena jujur dalam menjawab ujian tersebut. Tak salah aku, kertas ujian dari JPA. Aku main hentam saja sebab tak minat sangat. Lepas ujian ada temuduga dalam bahasa Inggeris. Habis la aku….. English SPM dulu pun Khidir – kawan baik 5 S 1 yang tolong.

Bila penemuduga tanya, aku ter ‘a..a’menjawab, dia offer cakap melayu. Aku apa lagi ..bantai lah cukup-cukup.

Awal bulan Julai tahun 1990 dapat tawaran dari Pusat Pengajian Persediaan (PPP), ITM. Aku layak mengikuti khursus persediaan ke USA. Tak pernah terfikir aku layak, dah ler English bodoh giler. Masa interview hari tu, Penemuduga ada beritahu tak perlu risau sebab kat KPP akan diajar sampai pandai English.

Aku pun dengan sedikit bangga buat keputusan menerima tawaran tersebut. Tambahan pula bila menghubungi beberapa kawan-kawan lain seperti Mat Zakiaq, Raziman, Khidzir, Meor dan lain-lain lagi juga menerima tawaran tersebut.

15 Julai 1990 seingat aku ler, aku mula mendaftar di PPP kat S Alam. Punya la seronok sebab mula belajar kat IPTA ala-ala Kolej gitu. Tak payah pakai uniform sekolah lagi. Keluar masuk asrama pun bebas tak kira malam ke siang. Yang nakal pulak apa lagi hisap rokok macam perkara biasa. kira tak terkawal kehidupan kampus kat situ.

Gambar Kenangan Batch 1990 PPP bersama seorang pensyarah - Yg paling hitam tu..

Berlaku sedikit perubahan mendadak dalam jiwa remaja aku pada masa itu sebab dari sekolah yang begitu mengongkong pelajar dan dengan jadual yang ketat berubah kepada kebebasan tak terhingga. Tambahan pula setiap pelajar dapat elaun tetap bulanan dari loan JPA. Enjoy sakan ler masa tu.

Hampir 1 tahun aku habiskan masa di sana, kelas semua dalam bahasa Inggeris, bahasa yang begitu elergik buat aku sebelum tu. Aku tempuhi juga , peperiksaan mata pelajaran sains dan math aku lulus dapat ‘B’ & ‘C’ tetapi aku gagal untuk ujian TOEFL. Mata pelajaran English dan merupakan syarat wajib lulus untuk melanjutkan pelajaran ke USA.

Terbukti aku begitu lemah dalam mata pelajaran English, walaupun beberapa kali mencuba tetapi tetap gagal. Pada May 1991 aku telah disinkirkan dari PPP. ‘Kena kick’ bahasa biasa orang muda. Saat hitam dalam hidupku.

Aku begitu sedih dan malu berjumpa kawan-kawan lain kerana mereka semua berjaya terbang ke Amerika. Aku balik dengan rasa kecewa dan telah berputus asa. Aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari ITM pada masa itu tetapi aku tolak.

ITM mempunyai kaitan terus dengan PPP di mana setiap pelajar yang dibuang dari PPP akan ditawarkan meneruskan pengajian di sana. Walaupun aku salah seorang dari mereka yang mendapat tawaran tetapi aku telah berputus asa dan tidak mahu lagi menyambung pelajaran….

Agaknya jiwa remaja agak sukar menerima kegagalan dan tidak cuba membaiki diri….

Dari pengalaman ini aku dapat rasakan bahawa panduan dan dorongan orang tua amat perlu untuk memandu (drive) remaja.

Kesimpulannya, pilihan remaja selalunya tidak tepat dan singkat fikirannya dan pastinya memerlukan dorongan orang dewasa.

Bersambung….

Kisah bangkit dari kegagalan…..

Tuesday, October 6, 2009

Apa itu 5 S ?


Penulis kali ini ingin menjelaskan satu konsep mudah yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun dalam budaya kerja. Konsep ini bukan sahaja sesuai untuk dipraktikkan di tempat kerja malah juga sesuai juga di rumah, taman atau di mana-mana saja.

Bagi kita yang pernah ke Jepun samada belajar, melancung atau atas urusan kerja. Kita akan dapati tahap kebersihan di sana jauh berbeza dari Negara kita. Kenapa begitu ketara perbezaannya. Jawapannya mudah, mereka mempunyai satu konsep (5S) yang mudah dan dipraktikkan dlam kehidupan harian.

Contoh 5S di sebuah kilang Jepun


5S diambil terus dari perkataan Jepun : Seiri, seiton, seisou, siketsu, shitsuke. Ianya merupakan satu kaedah (method) sistematik dalam menjaga kebersihan. Elok kiranya kita memahami maksud setiap S tersebut.

1) Seiri - sisih
Asingkan barang-barang atau benda-benda di kawasan yang hendak dibersihkan. Umpamanya dalam 1 almari baju, langkah pertama asingkan dahulu barang-barang mengikut keperluan penggunaan(priority). Contohnya baju-baju yg dipakai setiap hari, seminggu sekali (baju melayu), sebulan sekali atau setahun sekali (baju raya) dan sebagainya.

2) Seito – Susun
Susunkan baju-baju mengikut keutamaan keperluan. Baju yang dipakai hari-hari, letakkan di bahagian hadapan, seminggu sekali penggunaanya belakang sedikit dan begitulah seterusnya. Pastikan yang kerap digunakan diletakkan pada bahagian yg paling mudah dicapai.

3) Seiso – Sapu
Bersihkan kawasan atau area yang telah disusun. Sapu atau cuci kotoran yang ada pada area tersebut.

4) Seiketsu – Standard
Tahap kebersihan tersebut mestilah memenuhi piawaian tertentu. Adanya standard tahap kilauan perabut misalnya.

5) Shitsuke – Self Discipline.
Kita hendaklah mempunyai disiplin yang tinggi dalam mengekalkan takan kekemasan tersebut.


Susunan barang-barang teratur rapi..


S pertama higga ke-3 merupakan gerakerja untuk kebersihan dan kekemasan manakala S ke-4 & ke-5 lebih merupakan Piawaian dan Penguatkuasaan.

Walaupun 5S kebanyakan di amalkan oleh syarikat Jepun ianya juga telah menerap masuk ke semua syarikat swasta lain malah badan-badan kerajaan juga mula menerima pakai method ini.

Nota: Kebersihan bermula dari dalam….

Monday, October 5, 2009

Bahagia menurut kaca mata Islam



Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan sesetengahnya bangga mengishtiharkan mereka adalah sebuah keluarga bahagia.

Artis juga tidak terkecuali memaparkan kehidupan bahagia mereka di dada-dada akhbar dan majalah. Persoalannya bagaimanakah bahagia sebenarnya menurut perspektif Islam. Penulis cuba menghurai takrif sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Sebelum mengulas lebih lanjut ada baiknya kita menghurai istilah bahagia tersebut dahulu. Huraian yang dibuat pastinya membawa maksud yang berbeza mengikut dari perspektif mana ianya dirujuk.

Simiskin merujuk bahagia kepada neraca kekayaan seseorang. Dia akan menganggap berbahagialah si kaya itu keran mempunyai harta yang banyak. Oleh itu ukuran kekayaan dibuat simiskin tadi tidak tepat kerana ianya mengambil relatif kepada harta kekayaan.

Begitulah juga pesakit akan berkata berbahagia lah si anu itu kerana dia sihat sentiasa. Oleh itu setiap kita mempunyai takrifan berbeza pengertiah bahagia ini tetapi penulis ingin merujuk bahagia dari kaca mata Islam.

Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Ayat di atas merupakan saranan supaya kita mengingati Allah sentiasa supaya hati menjadi tenang. Maksudnya hati tenang merupakan cirri-ciri kebahagiaan sebenar yang dicari setiap insan.

Berbalik kepada si kaya tadi, walaupun kaya tetapi jika hati tidak tenang apalah gunanya. Walaupun kaya mana sekalipun jika tidak sihat pun tiada gunanya. Agak mustahil seseorang memiliki kesemua kelebihan kaya, sihat, ternama, popular dan sebagainya.

Dengan kata lain jika bahagia sekadar dinilai dari sumber luaran sahaja tidaklah memadai dan tidak mungkin kita dapat mencapi semuanya untuk benar-benar bahagia.

Ada juga yang berpendapat ujian keperitan hidup menghilangkan bahagia.Contohnya kemiskinan menghilangkan kebahagiaan. Keperitan hidup, bebanan hutang dan sebagainya punca rumahtangga tidak bahagia.

Pendapat ini adalah janggal sekali kerana memang fitrah kehidupan kita di muka bumi ini untuk diuji. Sekiranya ujian hidup ini adalah punca hilang bahagia maka tiada orang yang bahagia di duania ini kerana semua pasti pernah diuji. Pernah sakit, tiada wang, kena buang kerja, kereta ditarik bank, kemalangan kecil dan sebagainya.

Kita umpamakan bila jari kita terluka dan kena gaul garam kunyit. Adakah garam penyebab kita sakit. Bila tidak luka tiada terasa apa-apa. Garam umpama ujian hidup kita manakala luka adalah hati kita. Garam tidak memberi kesan apa-apa jika hati terpelihara –tiada luka.

Bererti walaupun apa keadaan sekalipun jika dalaman kita (hati) terpelihara, kita pasti akan bahagia. Berbalik kepada hurian bahagia menurut kaca mata Islam bererti bahagia adalah bermula dari hati yang bersih.

Ianya hendaklah dijaga, dipulihara supaya sentiasa terpelihara dengan baik. Apa-apa rantangan dalam hidup akan dapat diatasi dengan tenang dan sabar.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Nota : Semoga Arriesfamily sentiasa bahagia dunia & akhirat. Amin...

Friday, October 2, 2009

Pengalaman kerja selepas SPM


Kali ni nak menulis sambungan kisah selepas SPM. Sebelum keputusan SPM diumumkan, pastinya ramai pelajar akan bekerja sementara. Apa-apa pekerjaan boleh dibuat asalkan halal sementara menunggu keputusan SPM Keluar.

Aku tak terkecuali berfikir untuk bekerja sebelum berakhir SPM lagi. Selepas SPM, semua pelajar akan pulang ke kampong masing-masing. Aku balik juga tapi hanya tinggal untuk beberapa hari sahaja. Di kampong aku merancang untuk ke luar dan bekerja.

Tapi di manakah nak dituju, itu yang bermain di fikiranku. Mujur ada rakan-rakan dari kampong umpamanya Asri, Rosli, Awang mat Gajah bekerja di Bagan. Bagan nama timangan bagi Seberang Perai. Aku pun mengambil keputusan mencuba nasib di sana. Asri ada memberitahuku lokasi tempat mereka bekerja.

Tepat pada 31 Desember 1989, aku nekad untuk ke Bagan mencari kerja. Kerana tiada siapa di sana, aku mencari kenalan sekolah (SMTSP) untuk menemaniku. Syam (Bukan nama sebenar) datang dari Kulim dan menemuiku di Jeti Bagan.

Aku hanya berbekalkan RM20, tiba di satu tempat agak asing kerana kali pertama ke sana mengharapkan rakan sekolah sudi membantu. Rupa-rupanya dia hanya sudi bersama aku pada malam tahun baru tersebut sahaja. Kami sama-sama ke Penang dan terus ke Padang Tembak menyaksikan pertunjukkan bunga api.

Syam agak cekap selok belok pengankutan awam seperti bas dan feri Pulau Pinang mengajak aku mengikutnya. Katanya kita enjoy dulu malam ni, kemudian baru cari kerja. Aku sebab tak tahu menahu tempat baru bagiku ini terus mengikutinya.

Lepas sambutan bunga api, kami ‘lepak’ kat Penang sampai pagi. Besoknya kami pulang ke Jeti Bagan semula malangnya Syam mengambil keputusan untuk balik ke rumahnya mungkin keran penat agaknya. Tinggallah aku seorang terkuntang kanting di situ. Aku agak panik pada masa tu kerana buntu apa yang perlu dibuat. Nak balik kampong terasa sia-sia datang jauh.

Dek kerana nekad untuk mencari kerja, aku tak jadi balik Kedah walaupun keseorangan di situ. Pada masa tu teringat Asri kawan kampong. Walaupun tak membesar bersama sebab aku bersekolah di asrama tetapi sikap baiknya atas dasar kawan sekampung sudi membantu. Aku terus mencari Asri yang bekerja di gerai makan di atas jeti Bagan.


Gambar sekadar hiasan - Gerai di Jeti Bagan sudah tiada lagi..

Mujur gerainya mudah dijumpai, aku berasa lega kerana dapat jumpa orang kampong di tempat asing ini. Aku ceritakan pada Asri tujuan ke sana untuk cari kerja. Asri meminta aku berjumpa tuan punya gerainya untuk meminta kerja dengannya. Malangnya aku tiada kemahiran memasak tidak diterimanya.

Aku semakin resah kerana agak susah mencari kerja walaupun hanya sebagai ‘waiter’ kedai makan. Setelah mencuba beberapa kedai, aku bernasib baik kerana Pak Nayan’ tauke’ kedai kopi sudi mengambil ku bekerja.

Pak Nayan terus memintaku mula bekerja dengannya membantu jaga kedai kopi miliknya. Aku walaupun tidak tidur malam tadi terus mula bekerja. Beg galas yang ku bawa bersama ku letakkan di tepi kedai dam mula membantu pekerja lama Pak Nayan.

Pak Nayan memang baik orangnya kerana sudi menumpangkan aku tinggal bersamanya. Lega rasanya kerana masih ada orang yang baik hati di saat aku begitu memerlukan.

Agak lama aku bekerja bersama Pak Nayan – hampir 7 bulan dan Pak Nayan melayanku umpama keluarga sendiri. Aku di ajar cara-cara melayan pelanggan dengan berkesan, menjaga hati pelanggan hinggalah membuat air cara yang betul.

Dari situ aku belajar membancuh air dari jenis panas, the kopi, milo, dll hinggalah kepada air buah – jus oren, epal, tembikai dan lainnya.

Dalam 7 bulan aku belajar, bukannya mudah untuk bekerja dan mencari rezki jika berbekalakn keringat empat kerat sahaja. Kelulusan adalah penting dalam membina kerjaya. Tanpanya kita terpaksa bekerja keras , bangun seawal 6 pagi dan balik selewat 10 malam hanya untuk mendapat gaji dalam lingkungan RM50 sehari.

Walhal seorang ekskekutif hanya perlu duduk di ofis jam 8.00 ~ 5.00 ptg mampu memperolehi pendapatan RM100 lebih dalam sehari. Tidak perlu berpenat lelah menggunakan keringat tulang empat kerat. Sedakar cetusan idea dari ilmu yang tuhan beri.

Untuk anak2 abah : Belajar lah setinggi yang mungkin sebolehnya lebih baik dari abah supaya tidak gusar dalam memilih kerjaya kelak.

Penulis kini masih mampu tersenyum bila mengenangkan kepenatan bekerja di kedai kopi...

Kerjaya Sebagai ISO Auditor


Lanjutan dari artikel terdahulu berkenaan kerjaya pilihan lepasan Ijazah. Kali ini penulis ingin mengulas berkenaan peluang kerjaya sebagai juru audit ISO.

Kerjaya ini pastinya memerlukan seseorang yang mempunyai lulusan sekurang-kurangnya Diploma. Tak dapat dipastikan samada lulusan SPM layak untuk menjadi auditor kerana berdasarkan pengalaman penulis semua kenalan ISO auditor mempunyai minimum diploma. Mungkin juga layak selepas mempunyai pengalaman kerja berkaitan Sistem pengurusan Kuality (Quality Management System – QMS) dalam jangka waktu tertentu. Tambahan pula kiranya beliau pernah menjadi Quality management re-presentative – QMR.

Walau bagaimana pun kelayakan utama adalah mengikuti kursus ISO auditor dan lulus peperiksaan sebagai ISO auditor. Berdasar pengalaman penulis peperiksaan ini tidaklah sesusah peperiksaan sekolah ataupun di IPTA atau IPTS. Ianya merupakan peperiksaan “open book” di mana kita dibenarkan membawa buku rujukan semasa peperiksaan tersebut.

Contoh Syarikat Jururunding ISO - ISO Consultancy Company

Walaupun kelihatannya mudah tetapi factor masa yang terhad menyebabkan kita tidak sempat untuk membuka buku rujukan pada masa peperiksaan tersebut. Dengan kata lain, adalah lebih baik kita ‘familiar’ dengan apa-apa Klausa dalam ISO ‘requirement’.

Untuk memahami secara mendalam klausa dalam ISO ‘requirement’ pastinya lebih berkesan melalui pengalaman bekerja. Pembelajaran secara teori sahaja menyukarkan kita memahami secara mendalam. Oleh itu pengalaman bekerja di bahagian Sistem pengurusan Qualiti (QMS) amat penting.

Umpamanya dalam klausa 8.5.2, ISO 9001:2000 menyatakan “ The organization shall take the action to eliminate the cause of noncomformities in order to prevent recurrence”. Bagi seorang ‘fresh graduate’ pastinya sukar memahami apakah yang dimaksudkan dengan ‘noncomformity’ untuk sesebuah organisasi itu.

Dengan kata lain, untuk menjadi ISO auditor memerlukan seseorang berpengalaman luas dalam proses pembuatan dan memahami selok belok kawalan mutu (QA) dan juga mengikuti kursus-kursus (training) berkaitan ISO.

Tiada jalan pintas untuk menjadi ISO auditor melainkan mesti melalui proses pengurusan Qualiti (QMS). Terlibat secara lansung dalam persiapan, penyediakan dan perlaksanaan QMS. Seorang auditor meslilah lazim (familiar) dengan kehendak ISO (requirement).

Di samping pengalaman, mestilah lulus peperiksaan sebagai auditor dan barulah anda layak bergelar ‘Qualified ISO Auditor’. Peluang terbuka luas kerana begitu banyak syarikat-syarikat atau jururunding ISO di Malaysia yang memerlukan auditor.

Contoh Sijil ISO bagi sesebuah Syarikat


Pastinya ISO Auditor mempunyai pasaran kerja yang luas memandangkan semua sector pekerjaaan samada sector awam atau swasta mempunyai system ISO masing-masing. Institusi perbankkan, hospital, majlis bandaran, kilang-kilang semuanya mempunyai ISO. Sistem mereka perlukan ‘Qualified ISO Auditor” untuk meluluskan dan mengesahkannya dan andalah bakal orangnya.

Penulis bersama rakan pejabat dalam satu sesi ISO audit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008