Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, August 9, 2011

Kek Marble Coklat


Pernah mencuba resepi Kek Marble Cheese.. Sedap.. Teramat sedap.. anak2 sukakan rasanya yang creamy... cubalah sendiri..

Ramuan

Bahan A :-
  • 180 gm mentega
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus *
  • 1 camca teh baking powder *
  • (bahan * diayak bersama)
Bahan B :-
  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 biji telor gred A 

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepungsedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.


Resepi Moist Choc Cake..




MOIST CHOC. CAKE

BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

Cara
Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }
Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’ -

adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...

Monday, August 8, 2011

Kisah syirah di status fb...


Sunday, August 7, 2011

Ammar dan Tongkat Ali...


Ammar dah pun pandai baca.. Rajin dia membaca.. habis semua buku2 cerita kakak dan abang dia try nak baca.. setiap perkataan yang dia x faham akan ditanyakan kepada mama dan abah apakah maksud perkataan itu.. Memang agak berlainan sekali dia lebih cenderung untuk membaca dan belajar sendiri tanpa sebarang paksaan.. Itulah keistimewaan Ammar Hanania..

Sudahpun masuk hari yang ke 7 kita berpuasa.. Alhamdulillah setakat ini abang dan kakak berjaya berpuasa penuh.. manakala Ammar pulak sudah ponteng 2 hari kerana x tahan melihat godaan makanan yang dimakan oleh adiknya dua orang yang belum makan saman lagi...


Masuk hari yang ke 6 berpuasa abah ajak makan di luar.. Kami memilih gerai makanan yang berdekatan dengan pekan parit raja.. dekat dengan kediaman tempat kami menyewa.. Ada sesuatu perkara lawak yang terjadi pada hari tu.. Mama asyik ketawa teringatkan kejadian itu apatah lagi teringatkan pula riak wajah Ammar dan orang2 yang terlibat dalam kejadian itu.. hahahahah lawak...

Kejadian di gerai makan masa nak berbuka puasa : Pelayan : "Nak minum apa..?" Abah: "Bagi 3 milo ais, 1 sirap limau.. 1 teh ais... Ammar nak minum apa?....".  Ammar : "Amar nak air... hah!! tongkat ali..." Pelayan : "Wooow abang pun x minum air tongkat Ali dik.. bahaya..hahahaha.." Mama dan abah... terkejut terbeliak biji mata... mana dia dapat idea nak minum air tu pun x tau... wakakak lawak.. Selepas ditegur oleh abah kerana Ammar beria2 nak air itu walaupun pelayan tadi asyik tergelak.. Bila nasi dan lauk pun sudah dioder... semasa pelayan itu hendak mengambil buku menu daripada kami bertiga.. abah, mama dan Ammar.. pelayan itu sekali lagi mengusik..Pelayan :"Nak air apa tadi dik..?" Ammar :"Tongkat Ali..".. Pelayan : "Tongkat Ali? hahahha.."..



Friday, August 5, 2011

Selamat Berpuasa..2011


Hari ini masuk hari yang kelima kita umat Islam di dunia berpuasa.. hari ke 5 Ramdhan bulan yang penuh berkah.. hari yg ke 5 Arrie dan Iffa berpuasa penuh.. Alhamdulillah... Ammar baru dapat 2 hari berpuasa dan hari ini dia masih cuba berpuasa namun sebaik tiba di rumah selepas habis sesi persekolahan dia mula menyuarakan hasrat hatinya.."Ammar nak puasa pagi dengan petang je.. tengahari x nak boleh tak mama...?" Mama terpaksa col abah untuk memujuk Ammar...

Hari2 mama cuba masak makanan yang mampu manaikkan selera keluarga.. cuba masak dengan kepelbagaian jenis makanan seronok tengok anak2 sukakan masakan yang disediakan..

Semalam mama ada memarahi abang Arrie yang mama lihat seperti membuang masa di meja study melorekkan sesuatu..Sepatutnya pada waktu2 begitu dia seharusnya membuat latihan sehingga pukul 9.30mlm.. tetapi hari ni dia sibuk melukis sesuatu diatas sekeping kertas putih.. Dan pagi ini selepas sahur mama tergerak hati untuk melihat kertas contengan abang Arrie.. diatas kertas itu terlukis lukisan berbentuk hati.. dan diatasnya tertulis.."Ibuku is the best..Terima kasih menjaga saya dari kecil dan memasakkan makanan yang enak dan sedap..daripada Amir Khuzairi... :.. Tersentap bila membacanya...

Dan hari tengahari tadi mama bertanyakan tentang surat yang ARrie lukis diatas meja.. "Surat tu untuk mama.."..Mama: "Kenapa tak bagi mama?".. Arrie:"Abang belum siap lagi nak lukis cantik2 lepas tu bagi mama.."..

Sedikit kesal kerana memarahi anak tanpa usul periksa.. Akan mama perbaiki kelemahan mama ini.. Maafkan mama..

Wednesday, July 27, 2011

My precious children... Thanks Allah For Your Given...


Ujian pertengahan tahun telah pun bermula.. Diharap Arrie dan Iffa dipermudahkan oleh Allah swt untuk menjawab segala soalan di kertas ujian nanti.. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak2..

Malam tadi semasa makan malam ada berbual beberapa perkara di meja makan. Entah bagaimana Arrie bertanyakan tentang Ammar yang masuk tidur lebih awal dari biasa.. Arrie :" Ammar tido lama sangat..kenapa mama?". Mama : "Penat kot .. mama suruh tido kalau tak tido habis dia kacau adik2.." .. Arrie : " Nanti malam2 dia bangun lapar x makan nasi..".. Mama :"Dia pernah terbangun ke..?" Arrie :"A'ah tapi takut nak turun.. dia duduk tengok sana tengok sini... ".. Iffa :" A'ah mama dia bangun malam2 nanti dia bangun pusing sana pusing sini.."... Mama :"Laa.. kesiannya kenapa tak bangun temankan adik makan..".. Masing2 terdiam.. Mama :"Malam ni letak nasi dalam bekal kalau adik bangun bagi makan tau.." ..



Walaupun masih lagi peringkat kecil lagi tetapi mereka berdua ni kira ambil berat hal adik2.. lebih menonjol lagi Iffa yang selalu memanjakan dan bermain dengan adik2.. Mama selalu berasa bangga melihat kakak dan abang yang kalau ada jajan yang diberikan kawan2 disekolah disimpan dibawa balik untuk berkongsi dengan adik2.. Iffa baru berusia 8 tahun tetapi fikirannya agak matang selalu belikan aiskrim utk adik2 walaupun dirinya tak dapat tapi dia tak kisah.. Dia tahu Ammar suka makan french fries disekolah agama.. dibelikan disimpan dan dibawa pulang untuk diberikan kepada Ammar.. Iffa .."Ammar.. ammar suka makan ni kan..? Nah kakak beli nanti share ngan adik2 tau.. jangan kedekut.."..Kata Iffa sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.. Pandai juga dia menasihati adik2 walaupun meniru gaya ibu2 tetapi itu salah satu sifat mulia...



Arrie sewaktu berusia dalam lingkungan Iffa juga begitu.. ada majlis di sekolah cikgu buat collection rm5 seorang utk beli KFC.. Sedih mama bila balik dari sekolah KFC masih belum dimakan lagi.. Mama :"Kenapa x makan kat sekolah tadi x bawak bekal..".. Arrie :"Takpela.. nak makan kat rumah... ".. Mama :"Habis tak makan langsung ke..?".. Arrie :" Abang makan roti je.. "... Mama :"Kenapa..? Kesiannya..".. Arrie :" Abang nak makan kat rumah sama2.. Mama nak ke..?"... Anak2 mama baik2 semua ambil berat sesama sendri walaupun kekadang selalu juga bertelingkah itu adalah resam kehidupan kan.. Semoga akhlak mereka yang baik ini terpelihara sampai dewasa kelak..

Tuesday, July 26, 2011

Tak sihat..


Bila nikmat kesihatan ditarik balik dari Allah baru kita tahu betapa besarnya erti kesihatan yang kita perolehi selama ini.. Walau berpanas dan berhujan namun kita masih lagi sihat untuk menempuhinya.. Hari ini mama rasa kurang sihat.. bersin dari malam tadi kepala berat terasa berpusing2 namun masih perlu melalui rutin harian seperti selalu...

Keluar ambil Ammar dari sekolah singgah ke farmasi membeli ubat demam dan selsema.. tetapi  ubat tidak boleh dimakan lagi kerana bimbang kalau x larat bangun .. di harap selepas makan ubat nanti mama akan berasnur sembuh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008