Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, August 9, 2011

Kek Marble Coklat


Pernah mencuba resepi Kek Marble Cheese.. Sedap.. Teramat sedap.. anak2 sukakan rasanya yang creamy... cubalah sendiri..

Ramuan

Bahan A :-
  • 180 gm mentega
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus *
  • 1 camca teh baking powder *
  • (bahan * diayak bersama)
Bahan B :-
  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 biji telor gred A 

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepungsedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008