Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, July 29, 2009

Ammar di klinik gigi..


Bulan lepas mama bawak Ammar pergi ke klinik pergigian Parit Raja selepas Ammar mengadu sakit gigi. Kesian dia asyik nangis tunjuk gigi.. dan gusinya pun nampak sedikit bengkak. Kejadian nie dah lama tapi mama tak sempat nak uploadkan gambar2 di sepanjang waktu rawatan sebab agak sibuk dengan tugasan harian mama di rumah.


Disebabkan Ammar dah biasa menerima rawatan2 kecemasan di hospital sebelum ini, bila tiba giliran dia buat pemeriksaan langsung tak menunjukkan reaksi takut di wajahnya. Cayalah Ammar steady je... Doktor sedang memberi sedikit penerangan tentang keadaan gigi Ammar yang dah hampir tak serupa gigi kepada mama.. he he he


Doktor sedang memeriksa keadaan gusi Ammar yang bengkak akibat gigi yang rosak.

Sedang buang lebihan makanan gamaknya la...

Ammar merenung doktor yang sedang mengira gigi susu yang sudah tumbuh .Mungkin di dalam hatinya berkata,"Kenapa doktor ni tutup mulut..malu kot gigi doktor macam Ammar?"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008