Agak lama tak menulis tentang kisah persekolahan. Kali ni nak menyambung cerita menghadapi SPM di sekolah menengah.
Sejak join Facebook, aku mula teringat kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu. Banyak memori bersama yang tak dapat dilupakan.
Cerita kali ni lebih kepada cabaran menghadapi peperiksaan terutama SPM. Mungkin cerita ni dapat dikongsi bersama oleh para pelajar yang bakal menghadapinya tak lama lagi.
Aku kira bernasib baik sebab dapat masuk Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra (SMTSP). Sebuah sekolah berasrama penuh. Sistem pelajaran dan pembelajaran dah tersusun rapi. Jadual belajar adalah pada tahap yang optimum.
Persediaan SPM aku buat sejak di tingkatan 4 lagi. Nasib baik aku dalam kelas 4 Sains 1, kelas yang terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang. Kena bersaing dengan mereka.
Syed Saiful, Abd Shakur, Ahmad Rizal, Mohd Zakir antara nama-nama pelajar cemerlang di SMTSP. Nasib baik mereka sudi membantuku terutama dalam menyelesaikan masalah pelajaran pada bab-bab yang kurang faham.
Kawan paling akrab atau kira 'study partner' adalah Syed Saiful dan Md Zakir. Kami 3 orang sering bersama terutamanya pada masa over night. Masa prep (kelas ulangkaji malam)hanya sampai pukul 10.00 mlm tapi kami sambung sampai jam 1 atau 2 pg. Lepas tu balik sama-sama.
Hairan la, macam mana boleh dapat kekuatan macam tu. Hari-hari buat macam tu dari tingkatan 4 sampai SPM. Kalau masa ni paraktis macam tu rasanya dah dapat PHD.
Buku-buku ulangkaji dah 'prepare' awal-awal. Beli dari Senior atau dari kedai buku di Kangar atau setengahnya sumbangan abang kakak senior.
Dalam menghadapi SPM, aku lebih menjurus kepada latih tubi soalan-soalan tahun lepas. Dari soalan tahun-tahun lalu dapat kita mengagak (spot) soalan yang bakal keluar untuk tahun ni.
Aku sendiri lebih banyak mengulangkaji soalan Matematik - kira subjek kegemaran masa tu. Pesaing utama pastinya Syed Saiful. Kami akan sama-sama menyelesaikan masalah yang cikgu bagi dari buku latihan dan juga Soalan-soalan tahun lepas.
Cikgu Mardis, cikgu Add Math pada masa tu menjadi rujukan kami. Setiap soalan tahun lepas yang tak dapat diselesaikan maka kami akan berjumpanya. Kesempatan masa terluang, umpamanya waktu rehat, masa tiada guru - kami akan berjumpa cikgu Mardis.Gambar terkini Syed Saiful - Sorry sebab ambil tanpa kebenaran
Kehebatan Syed Saiful memang menyerlah, dia juga menjadi rujukan untuk pelajar lain. Kawan-kawan akan berjumpa dengannya bagi setiap soalan yang tak dapat diselesaikan sebelum berjumpa cikgu.
Dia juga bijak membuat soalan ramalan dan tekaannya tepat. Keputusan SPM membuktikan Syed berjaya mendapat A1 dalam kedua-dua mata pelajaran matematik. Aku hanya mampu mendapat A1 dalam matematik moden tapi A2 dalam Matematik Tambahan.
Agak kecewa dengan keputusan tersebut kerana target pastinya A1.Kesimpulan dari kisah kali ini bahawa kejayaan bukan datang bergolek semuanya dari usaha yang gigih. Selain usaha kuat pastinya mesti 'smart' seperti cerita Syed tadi.
Untuk anak-anak Abah : Arrie, Iffa, Ammar, Dina & Syira . Kejayaan bukan datang bergolek jika tanpa usaha. Working hard is not enough without work Smart.
0 comments:
Post a Comment