Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, June 13, 2011

Ammar tak takit....


Menitis air mata bila teringatkan begitu tabahnya Ammar bila menghadapi kesakitan. Walaupun dari raut wajahnya, setiap orang tua akan tahu betapa sakitnya dia di kala itu. Dia tetap akan kata "Ammar tak takit.."

Wajah Ammar ketika keluar dari wad pembedahan..., sayu mengenangkan saat itu. begitu tabahnya anakku ini walaupun baru dibedah....anak2 lain pastinya merintih-rintih lagi merengek...


Wajah ini pula agak sugul semasa menanti namanya dipanggil ketika sakit tereoid. Bengkak kelenjar jelas kelihatan. Namun Ammar begitu tabah. "Ammar tak takit" jawabnya dengan telo setiap kali ditanya.....

Ammar memang berani, masih mampu tesenyum walaupun berhadapan Doktor gigi...

Ammar memang tak makan saman, antara 3 anak-anakku ini dia yang mendahului dalam apa2 jua. Lihat saja aksinya bila melihat cahaya dari lift. Dia memang seorang anak yang lincah. Satu anugerah yang tiada ternilai....

Salahkah Ammar menjadi hyperaktif ? Melihat wajahnya yang ceria ini membuatkan kelopak mata ini mula bergenang. Maafkan Abah Ammar kerana kegagalan abah menangani sifat ingin tahu Ammar. Abah gagal mengasah bakat hyperaktif Ammar pada yang sepatutnya. Ammar pintar, bijak, aktif dan serba ingin tahu...
Hanya abah yang tidak bijak membawa hala tujunya. Bila Ammar terover, Ammar pula didenda....
Walaupun dirotan, dicubit, dipiat, dipukul,....
"Tak apa Abah, AMMAR TAK TAKIT"......

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008