Sudah hampir seminggu anak2 berada di rumah menghabiskan cuti pertengahan tahun mereka. Tidak pergi kemana-mana maklumlah abah bekerja di sebuah premis swasta yang agak susah untuk mengambil cuti. Hany hujung minggu masa yang kami dapat manfaat bersama. Waktu hujung minggu jugalah wwaktu kami menghabiskan masa, berjalan2, dan selebihnya beriadah dengan menunggang basikal sekeluarga.
Sepanjang masa anak2 dirumah mama sudah mengagihkan tugasan untuk melakukan kerja2 rumah seperti mengemas bilik tidur, mengelap perabot yang sudah dipenuhi habuk, menyapu, mengemop lantai, membasuh pinggan, melipat kain, menyidai kain dll perkara yang selama ini menjadi rutin mama. Nampaknya mereka tidak perlu kerap disuruh dan memahami bahawa setiap hari itulah rutin tugasan yang mereka perlu lakukan. Walaupun adakalanya agak riuh kerana masih ada adik2 yang ringan tangan membantu mereka menolong mengusutkan lagi keadaan sebenarnya namun mama terpaksa menarik nafas sedalam2nya dengan menahan sabar. Walaupun kadangkala sabar itu tak dapat ditahan jua akibat kegatalan tangan mereka merosakkan barangan rumah..
Tetapi bila melihatkan kekemasan mereka menjalankan tugas2 yang diberi membanggakan mama kerana walaupun umur mereka sekitar 10 hingga 2 tahun.. (Yang 4 dan 2 tahun tak perlu dikira)..tetapi kekemasan dan teraturnya kerja2 mereka seolah2 seorang remaja yang melakukan tugasan tersebut..
Boleh menrik nafas lega bila melihat mereka cekap dan tidak kekok melakukan rutin yang selama ini mama lakukan.. Terima kasih anak2 kerna membantu mama dirumah...
Selepas selesai tugasan masa menonton tv atau bermain game akan diberi pelepasan ..
0 comments:
Post a Comment