Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, July 25, 2011

Di pagi hari Isnin...


Alhamdulillah.. hari ni murah betul rezeki kami. Setiap kali singgah beli makanan di pasar tani pasti ada lebihan yang diberikan kepada kami... Mama keluar awal untuk pergi mengambil Ammar disekolah setiba di sana masih awal lebih kurang 15 minit dari biasa.. Setiap hari Isnin ada pasar pagi di pekan Prt Raja.. Sementara nak menunggu Ammar balik mama ke pasr tani untuk membeli bawang, kacang pnjg, cili merah..

Seperti biasa mama akan membeli pisang untuk Dina dan Syirah.. 2 sikat pisang tanduk berharga rm3.. Aik murah pulak.. tiba2 si peniaga memasukkan lagi sesikat pisang ke dalam plastik.. sambil berkata."Nah sedekah untuk anak.."..Mama terima sambil mengucapkan Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada peniaga pisang itu.. Berhenti lagi kerana anak2 merengek nak beli air milo... tiba2 si peniaga air mengoffer beli 2 dgn harga rm1 soya keras.. Alhamdulillah rezeki untuk Syirah kerana dia memang gemarkan soya keras...

Selepas itu kami menuju pula ke sekolah Ammar sambil membonceng motosikal.. Di atas motor anak2 sibuk minta sebiji pisang untuk di makan.. berhenti sekejap di bahu jalan untuk membuka kulit pisang untuk dua orang anak2 kecil dah x sabar untuk mamam pisang..

Balik dari sekolah mula memasak.. hari ni mama masak ikan talapia masak masam manis.. sayur goreng hati ayam.. dan juga ayam goreng untuk makanan tengahari.. Dalam pukul satu keluar dari rumah ambil abang dan kakak pulang dari sekolah.. sebaik sahaja sampai di depan pintu pagar sekolah abang Arrie mengadu sakit kepala... rasa macam nak demam.. Memang ye..  badannya agak panas sikit.. "Nanti balik makan ubat.. sementara nak gi sekolah agama tidur dulu..".. Abang Arrie hanya diam menganggukkan kepalanya...

Esok ada ujian moga abang Arrie beransur sembuh hari ni...

3 comments:

Suhaimi Ahmad on July 25, 2011 at 1:55 PM said...

mama memang berbakat menulis...

setiap kali org baca, akan buat org terus nak baca samapai akhir cerita.

teruskan menulis, tulis dari jiwa berbeza dengan dari akal semata2...

cerita ni macam terhenti buat org tertanya2, macam kita tonton drama berepisod....

ieda on July 25, 2011 at 2:09 PM said...

Elleh mengada2..abah tu nape dah lam a x update..?

Suhaimi Ahmad on July 25, 2011 at 2:16 PM said...

sibuk dlm 2 minggu lepas nak prepare meeting baru2 ni..

lepas ni boleh update lagi.

tapi cerita skema je..
tak pandai buat ayat cerpen, hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008