Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, July 20, 2011

Dina dan Atiya gaduh lagi...


"Atiya!!! TEPI YA!!!", jeritan Dina memecahkan suasana sepi rumah kami di pagi hari.. Aku segera ke dapur untuk melihat apakah yang telah berlaku. Di dapur kelihatan Syirah yang sedang mendepangkan kedua tangannya dan mengangkangkan kedua kakinya utk menghalang tv daripada dilihat oleh Dina..

Raut wajah Dina merah padam akibat menahan marah.. Dengan rambutnya yang kusut masai dan sedikit berketiau.Disekeliling matanya pula tahi mata masih lagi berselepat dek kerana baru bangun dari tido (tu yg moody tu..) dia menyambung jeritan.."Tepi ya...ATIYA...!!".

Mama : "Kenapa Dina..?" 

Dina :"Atiya ni cibuk je.. oyang nak tengok tv dia kachau..". 

Mama: "Syirah tepi sikit jangan kacau kakak Dina nak tgk tv.." 
Syirah tetap dgn gaya yg sama tidak mahu berganjak sikit pun.. 

Mama : "Takpe Dina jom kita mandi ikut mama gi ambik abg Ammai.." try memujuk.

Dina : "Nanak Nina nak tengok tv.."..

Mama "JOmla nanti mama beli aiskrim.. ". Nampak gaya trick ku menjadi Dina bangun lalu mengangkat kedua tangannya..

" Mama.. bukak baju kan.." Kata Dina dengan bahasa yang agak tunggang langgang.. itu yang spesel tentang Dina. Tak  lama kemudian Insyirah pun tergedik2 membontoti kakaknya ke bilik air.. dan sekali lagi Dina menjerit..

" CIBUK JE. ASIK IKUT OYANG...mama nanti mama jgn beli aiskrim tuk Atiya tau.."..

Begitulah kehidupan aku hari2 melayan karenah anak2 yang pasti suatu hari nanti aku akan merindui suasana seperti ini.. Terusterang mama cakap.. mama gembira melalui rutin2 seperti ini kerana mama sayangkan anak2 mama.. Mama bersyukur kerana dapat sentiasa berada dengan anak2 mama..
Dan hari ini mama tergelak bila dengar Dina bahasakan dirinya OYANG..hahaha

1 comments:

Suhaimi Ahmad on July 21, 2011 at 7:59 AM said...

Gaya penulisan mama ni memang macam cerpen.
Mama memang berbakat.
Keep it up..

Suatu masa akan ada orang amat menghargai usaha mama ini walaupun sekarang nampak macam biasa sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008