Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, August 18, 2011

Iffa dan Arrie khatam Al-Quran..


Mama bangga dengan Iffa dan Arrie kerana terpilih diantara 21 orang pelajar yang bakal naik ke atas pentas sempena Majlis Khatam Al-Quran di sekolah nanti.. Iffa seawal 8 tahun dah pun dipilih dan dinilai ustaz disekolah.. Begitu juga Arrie akan bersama2 adiknya membaca Al-Quran di atas pentas nanti.. Yang pasti abah akan lebih berbangga lagi kerana abahlah yang berusaha keras memberi penekanan hukum2 tajwid di dalam ayat2 Al-Quran yang dibacakan anak2.. Dari tidak mengenal huruf sehinggalah mampu khatam Al-Quran dengan sebutan yang betul.. Anak2 ingatlah jasa2 abah.. walaupun kami bukan ibubapa yang sempurna tetapi kasih sayang kami tidak pernah berbelah bagi.. Hargai abah dan kenang setiap pengorbanan abah tau...


2 comments:

Suhaimi Ahmad on August 18, 2011 at 3:56 PM said...

Abah hanya berusaha...
Tanpa dorongan dan sokongan mama usaha ini akan terbantut sekerat jalan.
Penghijrahan kita juga merupakan satu titik tolak dalam permulaan baru.
Semoga lebih sukses nanti. Amin...

ieda on August 18, 2011 at 5:00 PM said...

Amin.. demi anak2 membesar yang manja sangat dgn abah dia.. harap2 kita satu keluarga bersatu membina hidup menghadapi cabaran yang baru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008