Minggu lepas sempat berbincang dengan seorang sahabat tentang cara-cara mendidik anak. Masing-masing memberikan pandangan tentang cara yang paling betul dalam mendidik.
Setelah membuat sedikit pencarian di bawah ini terdapat nas-nas dan dalil yang paling mendekati sunnah tentang cara-cara mendidik anak. Mungkin juga dalil-dalil disertakan agak terbatas berdasarkan keterbatasan bahan rujukan penulis sendiri.
9 Panduan dalam mendidik anak :-
1. Mendidik iman dan akidah yang hak
a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)
b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak, sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.
2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah
Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan diberi nama.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)
3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya.
Antaranya:
a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh).
b. Mendidik batasan pergaulan dan aurat – Ini termasuk memisah dan mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW : “….dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berusia 10 tahun).” (Hadis riwayat al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr Ibnil ‘As r.a.)
Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : “Hindarilah kamu dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik dengan batas aurat terutama bila telah baligh.
Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: “Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekerti
Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan ‘buah’ yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW : “Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelas
Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia.
6. Mewujudkan suasana yang soleh
Untuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa yang soleh, rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh, bahan bacaan yang soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.
Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)
7. Memberi dorongan dan perangsang
Dalam al-Quran, Allah SWT memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi. Janji-janji Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga menjadi keyakinan dan pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi ganjaran dan kata-kata pujian dan kata-kata semangat di atas kejayaan dan kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh anak-anak.
8. Hukuman dengan niat mendidik
Setiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan dengan rotan yang tidak mencederakan.
9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)
Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Rasulullah SAW : “Sama-ratakan anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka melebihkan seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Hadis riwayat Imam at-Tabrani dan Khatib)
Walaupun ke-sembilan panduan di atas tidak dinyatakan secara jelas bilakah hendak dimulakan pendidikan tersebut tetapi dapatkah diambil dari dalil umum tentang didikan bermula sedari dalam buaian lagi. Di dalam Sahih al-Bukhari, terdapat satu bab tentang bilakah masa (umur) diajarkan ilmu. Ibn Hajar membuat ulasan hadith itu bahawa, umur sesuai diajarkan ilmu adalah umur 5-6 tahun.
Sepencarian penulis juga belum terjumpa bahawa anak-anak bebas dibiarkan senakal-nakalnya tanpa panduan dan teguran dari ibu bapa. Anak kita, anak saudara kita, anak jiran kita hendaklah ditegur sama semuanya atas dasar persaudaraan islam.
Semoga kita semua (arriesfamily) dapat memahami konsep didikan anak-anak berdasarkan AQ dan Sunnah....Amin.

0 comments:
Post a Comment