Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, September 29, 2011

Strategi membuka perniagaan


Setelah membuat penyelidikan ringkas tentang tajuk di atas, dapat disimpulkan bahawa menceburi bidang perniagaan ini perlu ada strategi berkesan. Tanpa stratergi perniagaan akan berjalan juga tetapi sukar untuk terus berdaya saing dan kemungkinan gulung tikar akan berlaku.

Ada baiknya kita menganalisa khusus kepada perancangan arriesfamily untuk perniagaan runcit di kampung. Adakah ia memenuhi stratergi yang positif.

1) Pilih lokasi yang baik.
Lokasi kedai di kampung agak baik terletak di sebelah dewan orang ramai juga sekolah Tadika Kemas. Tepi jalan utama dan di tengah-tengah pusat kampung. Ada potensi yang baik di situ.

2) Pilih papan tanda sesuai.
Ianya dibuat oleh kebanyakan kedai. Menarik dan penuh warna warni. Tanda luaran atau dalaman. Papan tanda dapat menarik pelanggan terutama yang melalui jalan tersebut. Jalan kampung merupakan jalan ke pusat peranginan Puncak Janing pastinya ada potensi menarik pelancung untuk singgah dengan papan tanda yang menarik. Papan tanda dalaman juga penting bagi memudahkan pelanggan mencari barang-barang.

3) Cuba menarik pelanggan membeli.
Kedai layan diri, memudahkan pelanggan memilih barangan sendiri dan ianya disusun cantik. Layout amat penting bagi memudahkan pelanggan mencari sesuatu barangan. Susun atur cantik, tanda harga, potongan harga dan sebagainya. Stratergi ini amat sesuai menarik lebih ramai pelanggan.

4) Pertimbangkan servis tambahan untuk pelanggan.
Selain menjual kita boleh juga menghantar. Contohnya penghantaran gas memasak. Ini biasa diamalkan di kebanyakan kedai. Ada cadangan menghantar ikan dan sayur ke rumah pelanggan sekitar kampung. Ini juga suatu inovasi dalam perniagaan dan boleh dipertimbangkan suatu masa kelak. Pastinya pelanggan merasa senang berurusan hanya memalui tempahan tetefon.

5) Pamerkan produk secara berkesan.
Susunan yang cantik beserta pencahayaan yang menarik amat perlu. Tersusun rapi di atas rak-rak. Jangan sesekali meletakkan barangan di dalam kotak dan membiarkan sehingga berdebu dan kotor. Ini menggambarkan imej kedai tersebut. Pelanggan akan selesa membeli di kedai susunannya baik dan mudah mencari. Ada bahagian dan tandaan /label setiap penjuru, alat tulis, makanan kering, minuman dan lainnya.
6) Mesra pelanggan
Senyum, kata-kata manis, ucap terima kasih, sila datang lagi dan sebagainya. Ini penting kerana kita tidak mahu pelanggan hanya datang sekali dan kecewa dengan layanan kita. Mereka pulang dengan rasa tidak puas hati walaupun barang yang dibeli dengan harga patut.

7) Kawal stok dengan baik
Pastikan anda mengetahui stok terkini, jumlah yang terjual dan baki stok yang masih tinggal. Perhatikan tarikh luput setiap barangan. Bagi barangan yang telah menghampiri tarikh luput, adakan jualan murah untuk menghabiskan stok berkenaan. Ini tidak lansung akan mengelakkan kita kerugian dan juga menarik lebih ramai pelanggan dengan promosi jualan murah.
Terdapat lebih banyak stratergi yang sesuai untuk difikirkan kelak bila telah mula beroperasi. Panduan di atas sekadar sedikit maklumat yang diperolehi dari hasil kaji selidik ringkas. Pastinya kita akan mendapat idea dan penambahbaikkan bila telah mula berniaga kelak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008