Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, March 16, 2011

Panduan memilih kerjaya (awam/swasta)


Teringat masa mula bergelar siswazah 14 tahun lalu. Apa yang bermain di fikiran adalah "nak kerja apa ?". Ada 2 pilihan samada sektor awam atau swasta. Bila memikirkan soal kerjaya pastinya kita akan terfikir apakah sektor yang paling sesuai dan layak bagi kita. Semoga artikel ringkas ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang baru hendak memceburkan diri dalam bidang pekerjaan.

Pastinya perkara utama yang menjadi tanda aras ialah gaji. Jika dirujuk era 80-an dan 90-an, tidak dinafikan sektor swasta memberikan tawaran gaji yang lebih lumayan. Umpamanya di tahun 1997, seorang jurutera atau eksekutif junior biasanya memperolehi pendapatan dalam lingkungan RM1500 ~ RM2000 tidak termasuk elaun tertentu bergantung kepada syarikat swasta tersebut.

Kakitangan awam pada masa tu cuma dalam RM1300 ditambah elaun boleh mencecah RM1500 mungkin. Jika dibandingkan pada waktu itu pastinya sektor swasta wajar menjadi pilihan. Tapi keadaan telah berlaku sebaliknya pada masa kini. Sektor awam menawarkan gaji yang lebih tinggi pada masa kini dalam RM2000~RM2500 berbanding swasta masih lagi di takok lama. Pilihan utama pada masa kini pastinya sektor awam.Faktor lain yang perlu diambil kira ialah komitmen kerja yang berbeza. Syarikat swasta pastinya mementingkan keuntungan. Oleh itu setiap masa dan ketika mestilah dimanfaat dengan sepenuhnya. Tiada masa untuk bersenang lenang. Efficiency setiap pekerja akan dikawal selia dan dilaporkan kepada pihak atasan. Masa untuk bercuti juga amat sukar dan perlu dirancang dengan teliti. Pengalaman penulis sendiri, walaupun telah bertukar dalam 5 buah syarikat swasta tetapi semua aplikasinya sama. Cuti tanpa sokongan 'surat temujanji doktor' misalnya atau kad kenduri kahwin atau surat mati bila ada kematian tidak akan dilayan.

Operasi syarikat tidak pernah berhenti termasuk cuti umum. Penulis sendiri telah beberapa kali bekerja di hari perayaan termasuk raya haji. Memang telah menjadi polisi syarikat beroperasi semaksima yang mungkin dan mengurangkan kos 'down time'. Ini berbeza denbgan sektor awam yang mana time frame sesuatu projek agak longgar dan diberi tempoh yang lebih lama. Keuntungan bukan matlamat asas kakitangan kerajaan dan ianya lebih kepada perkhidmatan untuk rakyat. Dengan kata lain tekanan kerja pastinya sedikit kurang berbanding sektor swasta. Pilihan terbaik adalah sektor awam bagi yang suka bekerja dengan lebih 'slow & steady'.Jika anda adalah seorang yang aktif, banyak idea, inovatif dan berwawasan tinggi maka sektor swasta adalah pilihan terbaik. Anda boleh menyerlah dan bersaing dengan rakan-rakan untuk menonjol dan mengejar matlamat posisi tertinggi dalam syarikat. Tidak mustahil anda layak menjadi orang no 2 dalam syarikat kiranya anda setia dengan majikan anda dan berkebolehan.

Perlu diingat peluang untuk naik pangkat memang ada dalam tetapi anda perlu buktikan kepada majikan bahawa anda memang menyumbang kepada kemajuan syarikat dan bukanlah bergantung kepada senioriti semata-mata. Ini berbeza dari sektor awam dimana senioriti diberi keutamaan. Abang-abang atau kakak yang akan pencen tidak lama lagi pastinya akan dipromosi kepada gred tertinggi dalam Heraki. Ini untuk meastikan beliau mendapat pencen maksima untuk kelayakannya.

Di sini ada pro dan kontra - Sektor swasta tiada had gaji maksima mengikut kelayakan misalnya SPM sekalipun dapat mencecah RM5000 sebagai pengurus jika dia berkebolehan tetapi persaingan terlalu ketat dan tekanan kerja begitu maksima. Siapa saja boleh menjadi senior walaupun baru bekerja 5 tahun asalkan menonjol dan memberi sumbangan yang menguntungkan syarikat. Ini berbeza dengan sektor awam dimana keutamaan akan diberikan kepada senior.

Sektor swasta sentiasa memikirkan keuntungan, anda akan menjadi sibuk setiap masa berbeza dengan sektor awam yang lebih lepang. Pekerja swasta diganggu urusan pejabat sewaktu di rumah atau pada masa cuti adalah perkara biasa tetapi pekerja sektor awam lebih lapang kehidupannya. 'Maaf cik, waktu kerja dah tamat, sila datang besok hari'. Ini adalah dialog yang biasa kita dengar di pejabat-pejabat kerajaan. Ataupun ' maaf Encik, pegawai tiada - esok datang lagi ye'.
Gambar sekadar hiasan - Tiada kena mengena dengan artikel

Dari pengalaman dan pengamatan antara kedua-dua sektor ini dapat disimpulkan, jika anda seorang yang bercita-cita tinggi, berwawasan dan cukup tabah mengharungi cabaran dan tekanan yang bakal ditanggung maka sektor swasta adalah pilihan. Pendapatan pastinya lumayan tetapi jika anda seorang yang mementingkan masa terluang yang banyak, masa untuk menghantar anak ke sekolah, masa untuk hantar isteri check-up, masa cuti yang panjang maka sektor awam pilihan yang tepat.

Bukanlah tujuan penulis merendahkan sektor awam kerana memang begitulah budaya kerja sektor awam - keuntungan bukan matlamat tetapi perkhidmatan yang terbaik. Baik bukan bererti mesti pantas. Jika penulis sendiri diberi peluang untuk mengubah kembali ke tahun-tahun permulaan kerja dahulu pastinya sektor awam menjadi pilihan.

Palindrom Dalam Al-Quran


Contoh Palindrom dalam ayat

Kita sebagai umat Islam meyakini Al-quran adalah satu kitab suci dan merupakan satu mukjizat yang akan kekal sehingga akhir zaman. Pernahkah kita terfikir begitu banyak keajaiban AQ itu sendiri dan Palindrom adalah merupakan salah satu darinya.

Apakah Palindrom itu sendiri ? Menurut wikipedia ( http://id.wikipedia.org/wiki/Palindrom) Palindrom adalah sebuah kata, frasa, angka mahupun susunan lainnya yang dapat dibaca dengan sama baik dari depan mahupun belakang. Dengan kata lain, Palindrome ialah satu perkataan atau ayat boleh dibaca dari depan atau belakang yg bunyi dan maksudnya sama.

Contoh palindrom dalam angka

Contohnya : Katak - boleh dieja dari depan atau belakang. Bagi yang berkemahiran dalam bahasa dan satera mungkin boleh menyusun ayat yang boleh dibaca dari depan dan belakang. Umpamanya: "Able was I ere I saw Elba". Ianya boleh dibaca dari kedua hala.

Lihat pula contoh Palindrom dalam AQ : Surah Muddathir ayat ke-3 (74:3)

وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Huruf Wa adalah bermaksud 'Dan' membawa tanda sebagai permulaan ayat tersebut yang bersambung ayat sebelumnya. Jadi, kita tumpukan kepada
رَبَّكَ فَكَبِّرْ
Jika kila pecahkan kalimah tersebut menjadi
رب ب ك ف ك ب ب ر
Perhatikan di situ terdapat pola palindrom yang tersusun dengan baik.

Tapi untuk menysun satu ayat penuh tanpa mengubah maksud asal memerlukan ketelitian, Dalam rangka untuk membina palindrom, seseorang itu harus mencari perkataan, uji ketepatan ejaan, mencari makna, tuliskan beberapa kali untuk melihat apakah ia membawa makna dan seterusnya.... TAPI:

1 - Nabi SAW adalah Ummiyy : dia tidak boleh membaca.

2 - Al-Quran tidak dinyatakan sebagai sebuah buku yang ditulis, tapi lisan.

3 - Al-Quran tidak diedit, ia tidak disemak (Nabi menyampaikannya secara terus)

4 - Nabi SAW tidak menyebutkan mukjizat ini secara harfiah dalam hidupnya! Dia tidak berkata: "lihat ayat ini adalah palindrom, Terimalah Islam". Sebaliknya ulama tafsir dan pengkaji AQ mengetahui setelah abad ke-3 kedatangan Islam.

Ini membuktikan Al-quran memang adalah dari wahyu Allah dan merupakan suatu mukjizat (Kalamullah) yang tiada tandingnya dan tidak dapat dicipta walaupun satu ayat.

Video di bawah menceritakan tentang kelebihan AQ dan palindrom.

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Dalam Al-Quran?


Lanjutan dari Tsunami di Jepun baru-baru ni, salah seorang panel Hadith Al-ahkam.net menulis berkenaan Tsunami menurut AQ. Semoga kita dapat ambil iktibar dari penulisan beliau.

Link Asal:-
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=679570#679570

Topik ini adalah antara topik yang menarik dikupas dengan terperinci. Adakah terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang tsunami. Perkara ini terdapat di dalam dua ayat sahaja, yang mana ia adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t :

1. Al-Takwir : 6 (Makkiyyah)

Maksudnya : Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.

2. Al-Infitar : 3 (Makkiyyah)

Maksudnya : Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.

Apabila kita mencari lafaz al-Bihar di dalam al-Quran, kita hanya menjumpai ayat-ayat ini sahaja. Ayat-ayat ini adalah gambaran tentang keadaan pada Hari Kiamat apabila tiupan sangkakala dibunyikan. Apabila kita menghayati dan meneliti ayat-ayat di dalam surah ini, ia akan menggerunkan kita akan keadaan Kiamat.

Di dalam surah al-Infitar ayat 3 ini, Imam Fakhr al-Din al-Razi menjelaskan bahawa ia membawa kepada beberapa pengertian.

Pertama, ia menunjukkan bahawa laut-laut pada ketika itu meletup dengan meleraikan sempadan-sempadan yang wujud di antara laut-laut tersebut yang diciptakan Allah s.w.t. Laut-laut itu bersatu kerana sudah tiada sempadan lagi antaranya, kemudian berlaku goncangan dan gempa bumi untuk menghancurkan alam ini.
Kedua, pada asalnya air laut berada dalam keadaan tenang, dan apabila menjadi pecah menyebabkan ia akan meletup dan air-air laut mengalir dalam keadaan tidak teratur. Ketiga, laut-laut tersebut akan berubah keadaannya, samada rupa asalnya dan ciri-cirinya.

Ayat-ayat ini menggambarkan bagaimana proses kehancuran alam ini yang berlaku pada laut-laut di dunia. Bermula dari surah al-Takwir ayat 3 kemudian surah al-Infitar ayat 6. ‘Abdullah Yusuf ‘Ali menterjemahkan al-Takwir ayat 3 adalah “When the ocean boil over with a swell” yang bermaksud “Dan apabila lautan meledak dan memecah dengan satu gelombang besar,” dan al-Infitar ayat 3 dengan “When the Ocean are suffered to burst forth,” yang bermaksud “Dan apabila lautan mengalami tekanan untuk meledak keluar.”

Daripada ayat-ayat ini, ia menggambarkan bahawa keadaan laut yang bergelombang tidak terkawal dan mengganas memusnahkan alam ini. Ia menggambarkan bahawa Tsunami yang paling besar akan berlaku. Tsunami berlaku disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar laut atau kejadian-kejadian lain yang besar di dalam atau di atas bentuk bumi dasar laut. Di samping itu Tsunami juga boleh berlaku disebabkan pertembungan kosmik seperti meteorit yang boleh mengganggu kestabilan laut itu sendiri. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu).

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; (al-Takwir : 1-3 & 6)

Daripada ayat-ayat di atas, ia menggambarkan punca berlaku Tsunami ganas ini berlaku adalah mungkin disebabkan oleh perlanggaran kosmik apabila bintang-bintang berguguran sepertimana dalam surah al-Takwir ayat 2 di atas. Begitu juga di dalam surah al-Infitar, firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; (al-Infitar : 1-3)

Apabila diperhatikan pada ayat di atas, menunjukkan bahawa mungkin Tsunami yang besar ini berlaku disebabkan bintang-bintang berguguran menghempas bumi dengan begitu kuat sehingga membuakkan lautan dan menimbulkan gelombang yang besar seterusnya menghancurkan muka bumi yang didiami manusia.

‘Abdullah Yusuf ‘Ali menterjemahkan fujjirot sebagai “suffer to burst forth” yang memberi makna Tsunami yang akan berlaku akan mendapat tekanan yang amat kuat seterusnya meletup keluar dan terus menghala ke hadapan (forth) dan mengkucar-kacirkan kestabilan laut dan di situlah saat kehancuran dunia yang menggerunkan.

Gambaran-gambaran berkenaan Kiamat yang pasti berlaku banyak diterangkan oleh al-Quran, ia memberikan kita peringatan agar kita sentiasa bersedia menghadapinya dengan bekalan taqwa kepada Allah s.w.t dan itulah sebaik-baik bekalan.

Koleksi resepi masakan.


Agak lama tak update resepi. Dalam dok google dapat e-book koleksi resepi ni. Saja masukkan dalam arriesfamily supaya senang kalau nak rujuk lain kali.....
Koleksi Resipi Masakan 1

Banyak juga resepi dalam list ni tapi belum pernah cuba. Simpan dulu mana tau nanti nak refer balik.

Monday, March 14, 2011

Video Tsunami di Jepun


Abah masukkan beberapa koleksi video sekitar Tsunami di Jepun. Dari gambaran tersebut dapat diambil pengajaran bahawa sehebat mana ilmu kita, setinggi mana teknologi manusia tidak dapat menghalang kehendak Allah.


Bangunan hanyut begitu sahaja...

Kereta umpama barang mainan sahaja. Begitu kerdilnya kita sebagai manusia...

Bila Allah mengkehendaki sesuatu 'Kun fayakun' Jadilah - maka jadilah ia... Allah sebagai pencipta alam ini, jika dikehendaki sesuatu, cukuplah sekadar mengatakan Kun.

Beberapa gambaran kiamat menurut Al-Quran. Gambaran Tsunami ini cukup menggusarkan kita bagaiamana pula tentang kiamat yang pasti akan tiba. Semoga dapat menjadi iktibar tentang Allah maha berkuasa.

Al- Qori’ah

1- Hari Kiamat, 2- apakah hari Kiamat itu? 3- Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? 4- Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, 5- dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (Al Qori’ah 1-5)

Al- Zalzalah

1- Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat), 2- dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, 3- dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”, 4- pada hari itu bumi menceritakan beritanya, 5- karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. (Al Zalzalah 1-5)

Al - Infitar

1- Apabila langit terbelah, 2- dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, 3- dan apabila lautan dijadikan meluap, ( Al Infitar 1-3)

At - Takwir

1- Apabila matahari digulung, 2- dan apabila bintang-bintang berjatuhan, 3- dan apabila gunung-gunung dihancurkan, 4- dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan), 5- dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, 6- dan apabila lautan dipanaskan, (At Takwir 1-6)

Apa itu FMEA


Baru-baru ni, selepas menghadiri 'Hoshin Management Review' meeting - Pihak syarikat mewajibkan semua anak syarikat menyediakan satu pasukan FMEA. Ramai yang tertanya-tanya apa itu 'FMEA' ?

Penulis berpengalaman dalam industri automotif sebelum ini memang telah biasa dengan FMEA ini. FMEA adalah ringkasan dari Failure Mode & Effect Analysis. Salah satu alatan (Tool) dalam menganalisa masalah dan cara mengatasinya. Terdapat banyak tool yang sesuai digunakan dalam analisis dan FMEA merupakan satu tool yang agak ke depan (Advance).

Dengan FMEA, kita akan menganalisa sesuatu kemungkinan masalah (Failure) dalam sesuatu process dan mengambil langkah berjaga-jaga (Pre-caution) sebelum perkara itu berlaku. Contoh mudah bila kita hendak membawa kereta, kita akan memakai tali pinggang keledar. Pakai tali pinggang merupakan satu pre-caution.

FMEA memainkan peranannya sebelum proses itu berlansung di mana semasa dalam proses 'Design' lagi segala kemungkinan kerosakan(Defect) telah dianalisa. Dengan itu bila langkah berjaga-jaga diambil, maka kerosakan dapat dielakkan. Seperti memakai tali pinggang tadi dapat menyelamatkan nyawa kiranya berlaku kemalangan.Ilustrasi menggambarkan FMEA hanya menutup kepala dan mengurangkan risiko

Kesimpulannya FMEA memang merupakan satu tool yang effektif dalam menjaga kualiti dan ianya menjadi syarat wajib dipraktiskan bagi semua pembekal (Supplier) automotif. Walau bagaimanapun canggih dan effectif sesuatu tool itu tapi kerosakan diluar jangka tetap juga terjadi.Umpamanya kes Toyota Camri terpaksa ditarik balik tahun lepas dari pasaran Amerika kerana kerosakan 'Brake Pad'nya. Ini menunjukkan tool setakat membantu mengurangkan risiko tetapi kemalangan tidak berbau.

Antara Yasinan dan Tadarrus


Baru-baru ni dapat jemputan majlis Yasinan dari salah sebuah rumah jiran di sekitar Taman kami. Majlis Yasinan dan tahlilan merupakan sesuatu yang biasa di Johor. Dulu se-awal pindah di sini kerap juga mengikuti. Setelah membuat perbandingan antara Yasinan dan Tadarrus maka terhasil artikel ini. Kami memohon maaf kiranya artikel ini menyinggung mana-mana individu pendokong Yasinan.
Persoalannya, apakah Yasinan ini suatu tuntutan Agama atau bagaiamana. Setelah mengikuti beberapa siri Yasian dapat disimpulkan beberapa perkara:-
  1. Bacaan secara koir(Beramai-ramai) dan mempunyai seorang tekong.
  2. Terdapat beberapa kumpulan kecil yang cepat bacaannya berbanding dengan bacaan tekong tadi. Kedengaran bacaan berterabur sana sini.
  3. Tekong bersuara lantang tetapi bacaanya banyak tersasar dari hukum tajwid.
  4. Suasana agak riuh rendah dan tidak dapat menghayati bacaan dan keistimewaan Al-quran itu sendiri.
Merujuk kepada majlis Yasinan di Taman kami ini, saya merasakan ianya sesuatu yang tidak membawa kebaikan selain dari jamuan yang sedap lagi enak untuk tetamu. Mungkin majlis di tempat lain lebih baik dan sesuai diamalkan.

Jika tadarrus diamalkan adalah lebih baik dan mengikuti Sunnah Rasul. Konsep tatacara tadarrus ini terdapat dalam Hadis Sahih. Caranya adalah seperti yang ditunjuki oleh Jibril AS :

Dari Ibn Abbas RA, Adalah Jibril AS turun menemui Baginda setiap malam untuk memudarasahkan AQ setiap malam," Bukhari : 3554


Hadis Muslim no 2696 dari Abu Hurairah," apabila satu kaum berkumpul di dalam salah satu rumah Allah (mesjid) sambil membaca alQur'an bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan ke atas mereka."

Mudarasah atau tadarus ni ialah Jibrail membaca dan nabi dengar, kemudian Nabi saw pula yg baca dan Jibrail dengar.
Gambar Hiasan - Sebuah Majlis Tadarrus

Dari sini fuqaha' mendefinasikan secara sistematik: samada meminta seorang qari dan mufassir (ahli tafsir) yang bagus memperdengarkan bacaan AQ dan menjelaskan maksudnya secara ringkas, atau seseorang memperdengarkan bacaannya kepada yg ahli (ahli dalam qiraat dan tafsir), lalu dia menegur dan menjelaskan pengajarannya.


Melihat akan perbezaan antara Yasinan dan Tadarrus ini, kami mengambil kesimpulan ditinggalkan Yasinan dan diamalkan Tadarrus yang telah pasti akan kesahihan amalan sunnah dari Rasul junjungan.
Semoga arriesfamily istiqomah dalam bertadarrus dan menjaga adab-adabnya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008