Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, March 16, 2011

Panduan memilih kerjaya (awam/swasta)


Teringat masa mula bergelar siswazah 14 tahun lalu. Apa yang bermain di fikiran adalah "nak kerja apa ?". Ada 2 pilihan samada sektor awam atau swasta. Bila memikirkan soal kerjaya pastinya kita akan terfikir apakah sektor yang paling sesuai dan layak bagi kita. Semoga artikel ringkas ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang baru hendak memceburkan diri dalam bidang pekerjaan.

Pastinya perkara utama yang menjadi tanda aras ialah gaji. Jika dirujuk era 80-an dan 90-an, tidak dinafikan sektor swasta memberikan tawaran gaji yang lebih lumayan. Umpamanya di tahun 1997, seorang jurutera atau eksekutif junior biasanya memperolehi pendapatan dalam lingkungan RM1500 ~ RM2000 tidak termasuk elaun tertentu bergantung kepada syarikat swasta tersebut.

Kakitangan awam pada masa tu cuma dalam RM1300 ditambah elaun boleh mencecah RM1500 mungkin. Jika dibandingkan pada waktu itu pastinya sektor swasta wajar menjadi pilihan. Tapi keadaan telah berlaku sebaliknya pada masa kini. Sektor awam menawarkan gaji yang lebih tinggi pada masa kini dalam RM2000~RM2500 berbanding swasta masih lagi di takok lama. Pilihan utama pada masa kini pastinya sektor awam.Faktor lain yang perlu diambil kira ialah komitmen kerja yang berbeza. Syarikat swasta pastinya mementingkan keuntungan. Oleh itu setiap masa dan ketika mestilah dimanfaat dengan sepenuhnya. Tiada masa untuk bersenang lenang. Efficiency setiap pekerja akan dikawal selia dan dilaporkan kepada pihak atasan. Masa untuk bercuti juga amat sukar dan perlu dirancang dengan teliti. Pengalaman penulis sendiri, walaupun telah bertukar dalam 5 buah syarikat swasta tetapi semua aplikasinya sama. Cuti tanpa sokongan 'surat temujanji doktor' misalnya atau kad kenduri kahwin atau surat mati bila ada kematian tidak akan dilayan.

Operasi syarikat tidak pernah berhenti termasuk cuti umum. Penulis sendiri telah beberapa kali bekerja di hari perayaan termasuk raya haji. Memang telah menjadi polisi syarikat beroperasi semaksima yang mungkin dan mengurangkan kos 'down time'. Ini berbeza denbgan sektor awam yang mana time frame sesuatu projek agak longgar dan diberi tempoh yang lebih lama. Keuntungan bukan matlamat asas kakitangan kerajaan dan ianya lebih kepada perkhidmatan untuk rakyat. Dengan kata lain tekanan kerja pastinya sedikit kurang berbanding sektor swasta. Pilihan terbaik adalah sektor awam bagi yang suka bekerja dengan lebih 'slow & steady'.Jika anda adalah seorang yang aktif, banyak idea, inovatif dan berwawasan tinggi maka sektor swasta adalah pilihan terbaik. Anda boleh menyerlah dan bersaing dengan rakan-rakan untuk menonjol dan mengejar matlamat posisi tertinggi dalam syarikat. Tidak mustahil anda layak menjadi orang no 2 dalam syarikat kiranya anda setia dengan majikan anda dan berkebolehan.

Perlu diingat peluang untuk naik pangkat memang ada dalam tetapi anda perlu buktikan kepada majikan bahawa anda memang menyumbang kepada kemajuan syarikat dan bukanlah bergantung kepada senioriti semata-mata. Ini berbeza dari sektor awam dimana senioriti diberi keutamaan. Abang-abang atau kakak yang akan pencen tidak lama lagi pastinya akan dipromosi kepada gred tertinggi dalam Heraki. Ini untuk meastikan beliau mendapat pencen maksima untuk kelayakannya.

Di sini ada pro dan kontra - Sektor swasta tiada had gaji maksima mengikut kelayakan misalnya SPM sekalipun dapat mencecah RM5000 sebagai pengurus jika dia berkebolehan tetapi persaingan terlalu ketat dan tekanan kerja begitu maksima. Siapa saja boleh menjadi senior walaupun baru bekerja 5 tahun asalkan menonjol dan memberi sumbangan yang menguntungkan syarikat. Ini berbeza dengan sektor awam dimana keutamaan akan diberikan kepada senior.

Sektor swasta sentiasa memikirkan keuntungan, anda akan menjadi sibuk setiap masa berbeza dengan sektor awam yang lebih lepang. Pekerja swasta diganggu urusan pejabat sewaktu di rumah atau pada masa cuti adalah perkara biasa tetapi pekerja sektor awam lebih lapang kehidupannya. 'Maaf cik, waktu kerja dah tamat, sila datang besok hari'. Ini adalah dialog yang biasa kita dengar di pejabat-pejabat kerajaan. Ataupun ' maaf Encik, pegawai tiada - esok datang lagi ye'.
Gambar sekadar hiasan - Tiada kena mengena dengan artikel

Dari pengalaman dan pengamatan antara kedua-dua sektor ini dapat disimpulkan, jika anda seorang yang bercita-cita tinggi, berwawasan dan cukup tabah mengharungi cabaran dan tekanan yang bakal ditanggung maka sektor swasta adalah pilihan. Pendapatan pastinya lumayan tetapi jika anda seorang yang mementingkan masa terluang yang banyak, masa untuk menghantar anak ke sekolah, masa untuk hantar isteri check-up, masa cuti yang panjang maka sektor awam pilihan yang tepat.

Bukanlah tujuan penulis merendahkan sektor awam kerana memang begitulah budaya kerja sektor awam - keuntungan bukan matlamat tetapi perkhidmatan yang terbaik. Baik bukan bererti mesti pantas. Jika penulis sendiri diberi peluang untuk mengubah kembali ke tahun-tahun permulaan kerja dahulu pastinya sektor awam menjadi pilihan.

1 comments:

Anonymous said...

bagus..satu olahan yang cukup jelas untuk pekerjaan swasta dan kerajaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008