Baru-baru ni dapat jemputan majlis Yasinan dari salah sebuah rumah jiran di sekitar Taman kami. Majlis Yasinan dan tahlilan merupakan sesuatu yang biasa di Johor. Dulu se-awal pindah di sini kerap juga mengikuti. Setelah membuat perbandingan antara Yasinan dan Tadarrus maka terhasil artikel ini. Kami memohon maaf kiranya artikel ini menyinggung mana-mana individu pendokong Yasinan.
Persoalannya, apakah Yasinan ini suatu tuntutan Agama atau bagaiamana. Setelah mengikuti beberapa siri Yasian dapat disimpulkan beberapa perkara:-
Persoalannya, apakah Yasinan ini suatu tuntutan Agama atau bagaiamana. Setelah mengikuti beberapa siri Yasian dapat disimpulkan beberapa perkara:-
- Bacaan secara koir(Beramai-ramai) dan mempunyai seorang tekong.
- Terdapat beberapa kumpulan kecil yang cepat bacaannya berbanding dengan bacaan tekong tadi. Kedengaran bacaan berterabur sana sini.
- Tekong bersuara lantang tetapi bacaanya banyak tersasar dari hukum tajwid.
- Suasana agak riuh rendah dan tidak dapat menghayati bacaan dan keistimewaan Al-quran itu sendiri.
Jika tadarrus diamalkan adalah lebih baik dan mengikuti Sunnah Rasul. Konsep tatacara tadarrus ini terdapat dalam Hadis Sahih. Caranya adalah seperti yang ditunjuki oleh Jibril AS :
Dari Ibn Abbas RA, Adalah Jibril AS turun menemui Baginda setiap malam untuk memudarasahkan AQ setiap malam," Bukhari : 3554
Hadis Muslim no 2696 dari Abu Hurairah," apabila satu kaum berkumpul di dalam salah satu rumah Allah (mesjid) sambil membaca alQur'an bersama-sama, niscaya akan turun ketenangan ke atas mereka."
Mudarasah atau tadarus ni ialah Jibrail membaca dan nabi dengar, kemudian Nabi saw pula yg baca dan Jibrail dengar.
Dari sini fuqaha' mendefinasikan secara sistematik: samada meminta seorang qari dan mufassir (ahli tafsir) yang bagus memperdengarkan bacaan AQ dan menjelaskan maksudnya secara ringkas, atau seseorang memperdengarkan bacaannya kepada yg ahli (ahli dalam qiraat dan tafsir), lalu dia menegur dan menjelaskan pengajarannya.
Melihat akan perbezaan antara Yasinan dan Tadarrus ini, kami mengambil kesimpulan ditinggalkan Yasinan dan diamalkan Tadarrus yang telah pasti akan kesahihan amalan sunnah dari Rasul junjungan.
Semoga arriesfamily istiqomah dalam bertadarrus dan menjaga adab-adabnya.....
0 comments:
Post a Comment