Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, April 10, 2009

Tiada Nilainya Ijazah di sektor swasta


Artikel kali ni bertujuan memberi gambaran sebenar nilai kedudukan atau pangkat pekerja sektor swasta.

Gambar sekadar hiasan


Majoroti pekerja swasta memahami dan rasanya bersetuju dengan tajuk di atas. Ulasan yang bakal saya titipkan adalah berdasarkan pengalaman bekerja disektor swasta (kilang) selama 12 tahun.

Kenapa memilih tajuk ni kerana mungkin artikel ini boleh dijadikan panduan bagi bakal graduan yang akan menceburi sektor swasta.

Ramai menceburi sektor swasta kerana memikirkan gaji yang bakal diperolehi lebih tinggi berbanding sektor awam. Andaian ini benar dalam tahun 80~90an. Tapi kini pelarasan gaji sektor awam yang baru menyamakan tangga gaji dengan swasta dan mungkin lebih tinggi.

Berbalik kepada ijazah tadi, ianya sekadar syarat atau tiket untuk memulakan kerjaya sebagai pekerja kolar putih (eksekutif). Bila telah memasuki industri (kilang), baru kita ketahui bahawa ada pekerja senior tidak mempunyai ijazah tetapi berpangkat lebih tinggi dari kita.
Umpamanya pengurus kilang ada yang hanya berkelulusan SPM sahaja tetapi berdasarkan penglamannya beliau layak jadi manager. Bila kita sebagai 'fresh graduate' mula bekerja di kilang tersebut, kita terpaksa bekerja di bawah arahan beliau.

Ini adalah suatu yang mustahil di sektor awam. Heraki pangkat berdasarkan kelayakan akademik dan senioriti. Di sektor swasta tidak begitu. Pekerja baru yang berdedikasi, bijak merancang dan mengendali keadaan berpeluang tinggi mendapat promosi. Tidak kira apa sijil kelayakan yang dia ada.

Maka bekerja di sektor swasta menghadapai tekanan yang amat tinggi dalam menjamin kenaikan pangkat berterusan. Umpamanya jika seseorang itu bermula dari paras operator menjadi leader, supervisor , Assistant manager, manager seterusnya general manager.

Bagi siswazah mungkin melanglau pangkat leader terus ke eksekutif atau engineer yang setaraf dengan supervisor tetapi untuk naik ke peringkat seterusnya dia terpaksa bersaing dengan semua eksekutif lain termasuk para supervisor senior.

Oleh itu bakat mengurus amat perlu dan ianya tidak diajar di universiti. Kelebihan kepada para pekerja senior (supervisor/leader) kerana mereka lebih berpengalaman dalam mentadbir. Majikan tidak mempedulikan apa sijil yang kita ada asalkan kita membawa keuntungan kepada syarikat. Oleh itu nilai ijazah tolak ke tepi.

Penilaian majikan berdasarkan kepada bakat kita dalam mentadbir selia jabatan/seksyen kita misalnya. Tiada masalah atau komplen dari pihak lain terhadap jabatan kita. Setiap masalah timbul dapat diambil jalan penyelesaiannya.
Menjadi suatu trend di sektor swasta di mana setiap jabatan akan cuba menunjukkan kehebatan masing-masing terutama bila di hadapan Boss masa mesyuarat. Bila suatu masalah berlaku semua akan menafikan berpunca dari jabatan masing-masing. Kaedah 'taichi' digunakan dimana masalah tersebut akan ditolak kononnya berpunca dari jabatan lain.

Bagi kebanyakan siswazah yang baik sikapnya, tidak suka memburukkan rakan sekerja. Mereka menghadapi masalah kerana segala masalah akan ditanggungnya. Majikan akan nampak mereka tidak berbakat dan pekerja senior tadi lebih berbakat.

Dengan ringkasnya, segulung ijazah tiada nilainya di sektor swasta kiranya kita tidak pandai membawa diri bekerja di industri tersebut dan berlaku baik walaupun kita telah di pijak. Majikan pasti akan lebih menilai prestasi pekerja lain walaupun hanya berkelulusan SPM saja.

Oleh itu, kiranya mempunyai pilihan maka pilihlah sektor awam yang menilai kelulusan dalan heraki jawatan.
Sekian..

Note : tak ada maknanya degree besar mana pun bila kerja kilang...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008