Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, May 27, 2011

Resepi Red Velvet cup cake..


 Mama keciwa bila hari nie mencuba2 untuk membuat kek yang berlainan resepinya.. sungguh keciwa bilamana kek seolah2 bertukar menjadi biskut.. Moral : Kalau dah kek sebelum ni menjadi jangan cuba2 untuk menukar resepi sebab bahan2 kek tu mahalll....

Ok untuk anak2 and all my readers please follow this receipe sure u will never regret it...


Resepi Red Velvet Cup Cakes ( sumber : Citarasawan )

Bahan A (di ayak bersama)

375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu. 5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8-10 minit. Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008