Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, December 24, 2008

Fungsi dan Matlamat Penulisan Blog


Fungsi dan Matlamat penulisan Blog

Setiap penulis blog mempunyai matlamat dan tujuan penulisan masing-masing. Begitu juga bagi pemilik Blog Arrie’s Family ini. Pengenalan blog ‘Header’ telah dinyatakan blog ini menggambarkan liku-liku hidup keluarga ini. Kenangan pahit manis, pencapaian dan kejayaan keluarga akan dinukilkan disini.

Pastinya gaya bahasa adalah berbeza bagi setiap penulis blog. Faktor usia, taraf pendidikan dan pengalaman hidup membezakan cara penulisan. Pengunjung blog juga dari peringkat berbeza pastinya berkeinginan yang berbeza.
Misalnya remaja menginginkan bentuk penulisan bersahaja, santai. Orang dewasa pula menginginkan pembacaan yang lebih bermanfaat. Golongan intelek pula menginginkan artikel ilmiah sebagai bahan rujukan.

Kerana itulah terdapat pelbagai bentuk blog. Ada bentuk hiburan, politik, kemasyarakatan, family dan sebagainya. Bagi blog Arrie’s family ini pula ia lebih kepada cerita keluarga. Disamping itu Abah (Suhaimi Ahmad) cuba membina artikel yang lebih bersifat ilmiah. Sekadar cuba-cuba, untuk menambahkan pengetahuan disamping terus belajar dari alam cyber yang tidak terbatas ini.

Bagi yang meminati hiburan misalnya, adalah tidak wajar memberi komen blog-blog yang tidak menepati kehendaknya. Sekiranya dia merasakan blog yang terlalu berat, terlalu ilmiah dan tidak santai baginya tidaklah perlu dia mengunjunginya. Contoh blog atau web yang bersifat ilmiah al-ahkam.net, al-fikrah.net, hafizfirdaus.com, an-nawawi.blogspot.com, akob73.blogspot.com dan sebagainya. Blog-blog di atas banyak memberi informasi berguna kepada pengunjung terutama berkenaan hal-hal agama.

Cara penulisan mereka pastinya begitu formal, tersusun dan boleh dijadikan rujuka bagi penuntut yang sedang membuat kajian. Bagi remaja yang mencari hiburan semata-mata,blog-blog tersebut bukanlah menjadi pilihan kerana tidak bersesuaian dengan mereka.
Bagaimana pun, tidak sepatutnya kita memperlekehkan penulis blog berkenaan kerana ada usaha baik mereka dalam menyampaikan idea mereka.

Berbalik kepada Arrie’s family, matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk menimpan segala data-data, gambar-gambar kenangan dan artikel-artikel menarik sebagai rujukan. Di samping itu hanya abahnya seorang sahaja yang cuba-cuba menulis artikel yang agak serius bunyinya.

Oleh kerana blog merupakan suatu yang ‘life’, adanya interaksi antara pengunjung dan tuan rumah maka disediakan ruang chat untuk meninggalakan pesanan. Abah dan mama dapat berkomunikasi dari jarak jauh dengan kos yang rendah malah percuma dengan kemudahan ‘WIFI’ melalui blog ini. Ini merupakan suatu teknologi yang memudahkan kita beriteraksi.
Katakan suatu hari nanti Arrie dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, adalah lebih baik berchatting ngannya menggunakan blog keluarga sendiri. Pastinya kos yang lebih murah dibandingkan menggunakan telefon atau SMS.
Di samping itu juga sekiranya setiap ahli keluarga mempunyai blog masing-masing maka kita dapat adakan link bagi individu tersebut. Setiap ahli keluarga juga dapat menjadi penulis bagi laman blog arrie’s family ini.
Maknanya suatu hari nanti andainya setiap anak mempunyai keluarga masing-masing dan berjauhan tapi masih dapat mengikuti perkembangan keseluruhan keluarga.
Ini merupakan suatu kaedah yang lebih mudah dan dapat digambarkan dengan lebih cepat dan berkesan melalui penulisan blog. Setakat ini arrie’family telah di'link'kan dengan Pakcik Karg (Abu bakar Ahmad), Paksu Di (Rashidi Ahmad) dan Pakcik Ma’ie (Sepupu Abah - Nawawi Yaakob).
Adalah menjadi matlamat kiranya semua ahli keluarga yang lain umpamanya Maklong (Kakak Mama), Mak Nana (Adik Mama), Mak Lang (Kak mama -Miza), Pak Ngah (Abang mama – Rizal) , Makteh(Khadzijah), Makngah(Zainab), Maklang(Zaleha) dan lain-lain lagi mempunyai blog masing-masing. Dengan ini semuanya dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih berkesan.

Semoga penulisan kali ni dapat memberi gambaran matlamat dan hala tuju blog ini dibina. Blog bukan dibina sekadar ikut-ikutan tanpa memberi manfaat.
'Selamat membina Blog'

1 comments:

Anonymous said...

org pn ade blog gak..tp x aktif sgt..cane nak link?buatkn..ni address..rinj2507.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008