Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, March 31, 2009

Pengumuman - Technical error resolved.


Teknikal problem untuk server dah diatasi.
Terima kasih kepada domain owner kerana telah berjaya menyelsaikan masalah tersebut.

Arriesfamily.blogspot.com dan mama arrie page - zuraidajemain.blogspot.com akan beroperasi semula.

Segala kesulitan amat dikesali...

Nantikan artikel terbaru dari abah & mama arrie....

Friday, March 27, 2009

PENGUMUMAN - Server Down


Pengumuman Penting untuk pengunjung Arriesfamily.blogspot.com.

1) kami akan berehat seketika kerana menghadapi sedikit masalah teknikal.

2) Tiada artikel baru buat masa ni hingga diberitahu kelak.

3) Link mama arrie (zuraidajemain.blogspot.com) juga menghadapi masalah sama.
Terima kasih kerana masih menjadi pengunjung arriesfamily blog.

Monday, March 23, 2009

Ilmu atau Amal ?



Agak lama tidak menghasilkan artikel yang berat memandangkan masa yang agak terhad kebelakangan ini.

Tajuk ini dipilih memandangkan ada pendapat ataupun pandangan yang berbunyi begini "Ada ilmu pun tak guna, tidak mengamalkan apa yang dia tahu ".

Menyingkap kebenaran pandangan tersebut ada baiknya kita merujuk kepada kepentingan keduanya. Pertamanya ilmu itu sendiri. Kepentingan menuntut ilmu tidak dapat dinafikan lagi bersesuaian dengan sabda junjungan besar Nabi kita yang berbunyi :-

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Di sini jelas bahawa tuntutan menuntut ilmu itu amat besar dan menyintai ilmu juga amat dituntut. Jadinya adalah tidak tepat kiranya kita menganggap tiada gunanya berilmu takut kita gagal mengamalkannya. Ataupun alasan yang biasa kita dengar ialah " tengoklah si A tu ilmu je tinggi tapi lansung tak berbudi bahasa ". Disebabkan kegagalan si A mengamalkan ilmunya kita mengambil jalan menjauhkan diri dari mencari ilmu.

Alasannya mudah " si A pun sama buat apa kita nak gi menuntut ilmu. Ada ilmu pun bukannya bagus pun" . Kita berasa selesa berada dalam kejahilan.

Inilah faktor utama kenapa ramai dari golongan masyarakat ketinggalan dalam mendalami ilmu. Berbalik kepada masalah si A tadi; beliau dikategorikan segagai golongan yang rugi kerana berilmu tanpa beramal. Perumpamaan ilmu tanpa amal ini adalah umpama pokok tanpa buah. Pokok menjadi sia-sia.

Sebaliknya mari kita lihat orang yang beramal tanpa ilmu pula. Contohnya seorang memandu kenderaan tanpa pengetahuan pemanduan tersebut. Kesannya amat buruk dan boleh mengakibatkan kemalangan. Begitulah kesannya dalam amal ibadah seharian kiranya tanpa ilmu, jadilah amalan yang sia-sia walaupun pada pandangan manusia ianya suatu kebaikan.

Lebih memburukkan keadaan dikhuatiri amalan tersebut boleh membawa kesesatan. Umpamanya amalan tahlil hari ke 40, ke 100 dan sebagainya. Kerana beramal sekadar ikut ikutan tanpa mengetahui kebenaran amalan tersebut ianya boleh membawa kesyirikan. Bukanlah tujuan penulis menghuraikan hukum majlis tahlil tersebut sekadar contoh di mana beramal tanpa ilmu boleh membawa kesyirikan jika salah ber'iktikat terhadap acara tersebut.

Perumpamaan Orang yang tidak berilmu adalah seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ualar pun di sangka kayu api.



Imam Ghazali di dalam kitab minhajul a'bidin berkata " Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia ". Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa ilmu dan amal sama pentingnya.

Janganlah menolak kepentingan ilmu dek kerana orang berilmu tidak mengamalkan ilmu mereka.

Beramallah dari sumber-sumber yang jelas dan beruasaha mencari ilmu bagi setiap amalan yang dikerjakan.




Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.

Kerjaya Sebagai QA


Atas permintaan arriesfamily.blogspot.com (mama & arrie) dan kaum keluarga terdekat berkenaan prospek kerjaya bagi post-graduate berkenaan 'Quality field', maka artikel ini dikeluarkan.
Artikel ini juga bloeh dijadikan panduan bagi bakal graduan dalam memilih kerjaya.

Apa itu 'QA' ?
Tak semua memahami apa itu 'QA'. QA sebenarnya ringkasan dari perkataan 'Quality Assurance'. Setiap organisasi samaada industri, perhotelan, perbankan dan sebagainya mempunyai jabatan atau seksyen Quality. QA secara ringkasnya suatu jabatan mengawal-selia tahap quality produk atau servis organisasi tersebut.

Bagi sebuah organisasi yang besar, jabatan QA dipecahkan kepada beberapa bahagian/seksyen.

1) QC - Quality control : mengawal mutu pengeluaran.
2) QE - Quality Engineering : merancang kaedah mengawal mutu (SOP, Work Instruction). terlibat dalam masa pre-production (persediaaan sebelum proses pengeluaran).
3) QS - Quality System : Mengawal sistem organisasi (ISO 9002, TS 16949, etc..)
4) QA - Quality Assurance : Menjamin mutu produk memenuhi spesifikasi sebelum dipasarkan.
Syarat menjadi 'QA' ?
QA terdiri dari berbagai tahap/level dari 'Inspector', Juru teknik, Jurutera hinggalah ke 'Manager' dan 'Director'.
Kelayakan adalah mengikut jawatan yang dipohon mimima adalah SPM dan lulus Mathematik.
Jawatan yang sesuai bagi 'fresh graduate' adalah - QA Engineer, QA Executive atau QA Superetendent.
Kelayakan minima : Degree in Science or Engenering.

Apa-apa kursus Engineering adalah bersesuaian dengan industri yang menawarkan pekerjaan tersebut. Misalnya Industri pembuatan - Mekanikal atau Eletrikal yang paling sesuai.
Syarat tambahan : mempunyai lesen kenderaan dan kenderaan sendiri diberi keutamaan. Fasih berbahasa Inggeris dalam penulisan dan perbualan. Berpengetahuan asas mengenai Quality Standard ISO satu kelebihan.

Tugas-tugas QA Engineer ?
Umum tidak mengetahui apakah fungsi dan tugas utama QA Engineer. QA engineer lebih memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam sistem operasi bagi memastikan mutu produk pengeluaran memenuhi specifikasi yang ditetapkan (Standerdization). Memastikan tahap qualiti pengeluar optimum dan mengelakkan berlakunya aduan pelanggan (customer complain) terhadap sesuatu barangan.




Penulis bergambar bersama pelanggan (Customer) dari Sony Eletronics.

Penulis paling kiri barisan belakang - tengah tersenyum riang.






Bagi memastikan kawalan mutu berada pada tahap memuaskan, seseorang QA Engineer perlu pakar (expert) dalam process pengeluaran produk tersebut. Misalnya dalam proses pembuatan acuan besi - Metal stamping, Qa engineer perlu kenalpasti (fimilar) dengan proses berkenaan. Beliau perlu faham proses yang terlibat dan apakah punca-punca masalah jika berlaku kerosakan (defect). Umpamanya : kesan calar (scratches) berpunca dari acuan (mould) yang tidak sempurna pembuatannya.

Sekiranya berlaku kerosakan mutu produk berkenaan , QA Engineer bertanggungjawab menganalisa, mengkaji dan mengenalpasti punca kerosakan dan mengambil langkah pengawalan dan penambahbaikan (cause and countermeasure). QA engineer mesti bekrjasama dengan production engineer atau tooling engineer atau lain-lain jabatan berkenaan untuk mendapatkan solusi (solution) terbaik bagi masalah yang dihadapi.

Prospek masa depan QA ?

Adakah bahagian QA mempunyai prospek masa depan yang baik. Bakal para graduan mesti tertanya-tanya apakah memasuki QA mempunyai masa depan yang terjamin ?
Jawapannya QA mempunyai prospek yang luas dalam membina kerjaya dan keyakinan diri.
Melalui jawatan sebagai QA Engineer mengajar kita menambah keyakinan diri dalam 'public speaking' di mana menjadi tugas asas QA engineer berdepan dengan pelanggan dan mempersembahkan hasil penambahbaikan(present countermeasure).

Secara tidak lansung pembentukan jatidiri (personnel development) berlaku dimana kita merasa lebih yakin bila berdepan dengan orang ramai dan bersedia menjawab apa saja soalan berkaitan.

Bagi meneruskan kerjaya lebih profesional, QA Engineer boleh mendalami kemahiran mengaudit (auditing skill) dan memahirkan diri dalam 'Quality Syatem' . Banyak kursus lanjutan boleh diambil bagi melayakkan diri menjadi juru audit kualiti sistem (Quality System Auditor).
Dengan pengalaman dan sijil lanjutan tersebut melayakkan kita menjadi juruaudit sah dan boleh menyertai badan-badan berkanun berkaitan dengan sistem audit umpamanya SIRIM, BVQI, TUV, UKAs dan lain-lain lagi.

Penulis bersama rakann-rakan sekerja dalam satu conference anjuran sebuah syarikat consultancy.
Penulis 3 dari kiri - barisan tengah

Di samping bertindak sebagai juru audit, kita juga boleh menjadi penasihat sistem kualiti (Quality system consultancy) bagi sesebuah syarikat yang memerlukan. Dengan kata lain jawatan lebih profesional sebagai konsultan sistem kuality (Quality system sonsultant). Gaya consultant umpama seorang pensyarah yang memberi kuliah dan mengajar dan membimbing pelajar-pelajarny
Kiranya masih berminat meneruskan kerjaya QA dalam sesebuah organisasi, QA engineer masih dapat meningkat kemahiran melalui kursus-kursus lepasan ijazah yang dianjurkan oleh universiti tempatan. Umpamanya kursus 'Certify Quality Engineer' - CQE oleh UITM. Melalui sijil berkenaan satu title CQE akan diberikan kepada QA Engineer yang setaraf dengan IR bagi jurutera aliran lain.

Kesimpulan

Kerjaya sebagai QA mempunyai prospek yang baik kerana semua organisasi mempunyai bahagian kawalan mutu tetapi bergantung kepada ketabahan (self confident) diri individu itu sendiri.

Nasihat kepada bakal graduan seperti Naim (anak saudara penulis), Haikal (adik ipar) sekiranya mempunyai ketabahan - ketahanan mental dan fizikal yang mencukupi maka boleh menceburkan diri dalam aliran QA.

Untuk Arrie, Iffa, Ammar, Dina (anak-anak) - tidak digalakkan menceburi bidang ini kerana kesan tekanan kerja cukup sekadar dirasai oleh penulis sendiri sahaja. Ceburi sektor awam lebih mudah dan tidak begitu mencabar.

Sunday, March 22, 2009

Cerita- ceriti....



Sabtu, tiba2 nenek telefon mama beritahu buyut (maksudnya moyang) telah sampai dari Johor. Kebetulan pada sebelah malamnya kami akan hantar Arrie untuk latihan silatnya di surau berhampiran rumah nenek.
Jadi kami mula berkumpul di rumah nenek pada sebelah petang sehingga habis sesi silat arrie pada pukul 11.30 malam.

Gambar sebelah : Buyut dan mama sedang asyik mendengar ceritera dari mak Nana..



Gambar di sebelah kanan ialah buyut lelaki. Abd Rahman Bin Wadin peneroka Felda Chempelah Barat. Masa mama berusia 11 dan 12 tahun mama pernah dudk bersama mereka dan bersekolah di SK Chempelak.

Pengalaman yang sudah tentu mama tak dapat lupakan.






Iffa sedang menggayakan tudung baru yang di jual oleh mak Nana. Harganya berpatutan yang penting selesa di pakai.

Mama beli satu untuk Iffa dan satu lagi untuk mama...

Bolehla kami bertukar2 tudung. Tudung nie memang suitable untuk ke tempat kerja dan bersiar2 corak dan warnanya pun ada bermacam2.

Rambang mata juga pada mulanya..tak tahu nak pilih mana satu.








Kami menggayakan tudung baru.. tapi nampaknya Iffa lebih sesuai lagi kot..

Kami beri idea untuk mak Nana lariskan jualan tudung dengan menjadikan Iffa model kanak2. Mungkin di tempat kerja mak Nana di putrajaya ada ibu2 yang berminat untuk belikan anak2 mereka tudung apabila melihat gambar2 Iffa.

Rupa2nya mak Nana sering juga melawat blog kami di tempat kerjanya jadi mak Nana cadangkan agar mama upload gambar di dalam blog kami untuk tujuan promosi... Semoga mak Nana berjaya dalam apa jua usahanya...

Friday, March 20, 2009

Marhaban




Sedikit sedutan Marhaban yang sempat dirakam.
Kelihatannya keseluruhan ahli marhaban terdiri dari warga emas sahaja.

Semoga warisan ini tidak pupus ditelan zaman....

Majlis Kahwin Dulu-dulu



Majlis kenduri di kampung haritu masih panas lagi, jadi teringat nak cerita macam mana suasana majlis kahwin sekitar tahun 80-an.

Tak banyak perubahan dari segi cara gotong royong kerana penduduk kampung masih kuat mengamalkannya. Cumanya perbezaan ketara ialah dari segi kos perbelanjaan pastinya meningkat dengan secara mandadak.

Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas, ada baiknya kita tengok majlis kahwin Kak Nab (salah seorang kakakku) dalam pertengahan 80-an (tahun 1984 kalau tak salah).

Perbezaan ketara orang dulu-dulu ialah masa bertunang secara senyap-senyap hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Arwah mak masa tu selalu larang kami hebahkan Kak Nab dah bertunang. Mungking ada hikmah di sebalik tu agaknya. Takut-takut berlaku insiden putus tunang. Sebab tu dilarang hebahkan kepada umum.

Bila dah ditetapkan hari nikahnya dan kad kahwin nak diedarkan barulah dibolehkan dibuat hebahan. Persiapan membuat kad agak simpel sahaja. Guna kertas A4 dan dicetak dengan banyak - digelek kata orang Kedah, kemudian lipat jadi kad. Biasanya cikgu-cikgu kampung membantu menggelek kad tersebut. Seingat aku Cikgu Che' Pi kot membatu proses kad ni. Pada masa tu tak ada kad wangi-wangi macam sekarang ni.

Mak Bapak keduanya tak tahu menulis jadi kami adik beradik tukang isi nama tetamu pada kad tersebut. Bapak akan duduk semeja untuk memberitahu nama-nama dan kakak akan menulisnya. Turutan nama mengikut kampung dan lokasi rumah jemputan tersebut bagi mengelakkan tertinggal kenalan penting.

Kad akan dihantar terus alamat secara 'by hand' dan bapak akan pergi jumpa terus dengan orang yang dijemputnya. Aku kadang-kadang akan ikut sebab bapak nak aku kenal sendiri nama-nama saudara mara walaupun dari kampung lain. Proses hantar surat ni agak ambil masa sikit sebab kampung agak jauh. Pernah pergi sampai Pedu - dalam 20 ~ 30 KM dengan motosikal.

Jumlah jemputan bergantung pada baget. Masa Kaka Nab agak besar sebab dah lama tak buat kenduri selepas Kak Balkis (kakak sulung) kahwin dalam tahun awal 70-an. Walaupun jemputan ramai tapi dengan sokongan penduduk kampung jadi tidak begitu membebankan.

Lembu memang telah ada. Dibela sendiri oleh kami sekeluarga. Disebabkan ayam masak merah merupakan sajian utama bagi setiap kenduri maka bapak mengambil jalan membela ayam. Hendak beli terus melibatkan kos yang agak besar. Abang Wahab (Abg Ipar) jadi tukang bela ayam. Reban dibina dekat dengan rumah Abg Wahab bagi memudahkan urusan bela ayam tersebut. Kesan tempat bela ayam tu dah tiada memandangkan rumah pusaka lama tu pun dah tiada. Lokasinya dalam kebun Kak Nab sekarang ni.

Zaman dulu-dulu ada padi sendiri disimpan dalam jelapang padi, jadi angkut sahaja dari jelapang dan pergi ke kilang beras. Lokasi kilang beras di Kampung Tanjung - tak jauh dari rumah dalam 2 KM sahaja. Sekarang kilang tu dah tak ada. Caranya kita bawa padi dan diprocess oleh kilang tersebut dan taukey kilang akan ambil upah dari beras tersebut. Berapa % aku tak pasti - mungking 80-20 kot. Kita dapat 80 % dan taukey ambil 20 %. Lagi satu cara jimatkan kos.

Selebihnya jiran-jiran akan membantu. Datang bawa gula, bunga telur, susu, beras dan sebagainya. Pada masa tu PakDa Kelantan (jiran sebelah rumah) yang paling banyak sumbangkan beras. Mungking kerana rezekinya lebih kot pada masa tu.

Satu keistimewaan orang kampung ni masa tu, betul-betul tolong 'support' setiap kenduri tanpa mengharapkan balasan. Untuk mengelakkan bapak lupa siapa yang tolong dia masa kenduri tu, dia buat satu buku rekod. Tulis setiap nama orang yang memberi sumbangan. Aku ngan Bacat jadi tukang tulis kali ni. Tujuannya suatu masa nanti akan balas balik sumbangan jiran tadi. Kaedah ni menggambarkan muafakat masyarakat kampung pada masa tu amat akrab sekali.

Agak berbeza kebelakangan ini di mana orang kampung lebih mementingkan hadiah cabutan bertuah yang bakal dimenangi dari membantu tuan rumah secara benar-benar ikhlas. Mungkin perubahan waktu menyebabkan faktor material menjadi rebutan.

Gotong royong masih sama seperti sekarang; proses dari sembelihan lembu dan ayam-ayam sehinggalah memasak dan berhidang. Kalau dulu semua tetamu makan berhidang. Ianya memerlukan ramai tenaga kerja sebagai 'penanggah' ataupun lebih popular di Kedah sebagai 'mentara'.

Setiap kali kenduli dulu-dulu, aku dan kawan-kawan sebaya pastinya terlibat sebagai 'mentara' ni. Ambil hidangan dan hidangkan. Tapi hidang untuk diri sendiri sahaja. Maklumlah budak-budak memang nakal kerana biasanya 'mentara' boleh makan dulu dan makan secara berselerak. Bukan makan di khemah yang disediakan. Kami akan mengaku nak jadi 'mentara' dan dapat hidangan cepat.

Lepas makan angkat pinggan ke tempat cuci dan hilang. Ketua mentara yang dilantik selalu marahkan kami dan katanya " nak jadi mentara rupa-rupanya sementara sahaja".

Berbalik cerita kenduri Kak Nab tadi, seminggu sebelum kenduri jiran-jiran dijemput untuk mesyuarat. Ketua tiap-tiap bahagian dilantik. AJK 'kedehok' - istilah untuk dapur, AJK 'mentara' , air dan sebagainya. Ketua-ketua ini akan memastikan persiapan lengkap sebelum majlis bermula.

Orang kampung mempunyai persatuan, lebih dikenali sebagai 'syarikat'. Syarikat menyediakan sewaan pinggan mangkuk untuk ahlinya dengan harga yang murah sahaja. Tuan rumah bertanggungjawab terhadap barangan yang disewa dan setiap kerosakan hendaklah diganti.

2~3 hari sebelum majlis, khemah akan didirikan. Orang kedah sebut 'buat balai'. Ramai orang kampung akan tolong buat persiapan ini. Jamuan ringan disediakan. Makanan paling popular pulut + kelapa lauk ikan masin. Menu ni rasanya kekal hingga hari ni. Orang luar Kedah rasa janggal makan macam ni sebab ia boleh dikategori makanan pelik-pelik.

Perbezaan ketara kenduri dulu-dulu dengan sekarang. Hampir 95% persediaan dan acara majils dijalankan oleh orang kampung. Tuan rumah hanya tolong sikit-sikit saja. Masih teringat lagi bila tiap kali kenduri orang kampung akan larang mak bapak buat kerja. Kata mereka 'Pak Long dok saja, biaq kami buat. Ni kenduri pak long'.
Ini lah satu budaya yang amat baik dimana semua orang kampung akan berusaha meringankan beban tuan rumah sedaya mungkin.

Budaya gotong royong ini kian pupus terutamanya di bandar, semuanya berbayar.....
Perubahan arus kemodenan agaknya penyebab lupusnya budaya gotong royong ini agaknya.

Gambar sekadar hiasan : dari majlis Kahwin Fakrurazi baru-baru ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008