Agak lama tidak menghasilkan artikel yang berat memandangkan masa yang agak terhad kebelakangan ini.
Tajuk ini dipilih memandangkan ada pendapat ataupun pandangan yang berbunyi begini "Ada ilmu pun tak guna, tidak mengamalkan apa yang dia tahu ".
Menyingkap kebenaran pandangan tersebut ada baiknya kita merujuk kepada kepentingan keduanya. Pertamanya ilmu itu sendiri. Kepentingan menuntut ilmu tidak dapat dinafikan lagi bersesuaian dengan sabda junjungan besar Nabi kita yang berbunyi :-
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)Di sini jelas bahawa tuntutan menuntut ilmu itu amat besar dan menyintai ilmu juga amat dituntut. Jadinya adalah tidak tepat kiranya kita menganggap tiada gunanya berilmu takut kita gagal mengamalkannya. Ataupun alasan yang biasa kita dengar ialah " tengoklah si A tu ilmu je tinggi tapi lansung tak berbudi bahasa ". Disebabkan kegagalan si A mengamalkan ilmunya kita mengambil jalan menjauhkan diri dari mencari ilmu.
Alasannya mudah " si A pun sama buat apa kita nak gi menuntut ilmu. Ada ilmu pun bukannya bagus pun" . Kita berasa selesa berada dalam kejahilan.
Inilah faktor utama kenapa ramai dari golongan masyarakat ketinggalan dalam mendalami ilmu. Berbalik kepada masalah si A tadi; beliau dikategorikan segagai golongan yang rugi kerana berilmu tanpa beramal. Perumpamaan ilmu tanpa amal ini adalah umpama pokok tanpa buah. Pokok menjadi sia-sia.
Sebaliknya mari kita lihat orang yang beramal tanpa ilmu pula. Contohnya seorang memandu kenderaan tanpa pengetahuan pemanduan tersebut. Kesannya amat buruk dan boleh mengakibatkan kemalangan. Begitulah kesannya dalam amal ibadah seharian kiranya tanpa ilmu, jadilah amalan yang sia-sia walaupun pada pandangan manusia ianya suatu kebaikan.
Lebih memburukkan keadaan dikhuatiri amalan tersebut boleh membawa kesesatan. Umpamanya amalan tahlil hari ke 40, ke 100 dan sebagainya. Kerana beramal sekadar ikut ikutan tanpa mengetahui kebenaran amalan tersebut ianya boleh membawa kesyirikan. Bukanlah tujuan penulis menghuraikan hukum majlis tahlil tersebut sekadar contoh di mana beramal tanpa ilmu boleh membawa kesyirikan jika salah ber'iktikat terhadap acara tersebut.
Perumpamaan Orang yang tidak berilmu adalah seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ualar pun di sangka kayu api.
Imam Ghazali di dalam kitab minhajul a'bidin berkata " Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia ". Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa ilmu dan amal sama pentingnya.
Janganlah menolak kepentingan ilmu dek kerana orang berilmu tidak mengamalkan ilmu mereka.
Beramallah dari sumber-sumber yang jelas dan beruasaha mencari ilmu bagi setiap amalan yang dikerjakan.
Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.
2 comments:
Ilmu tanpa beramal adalah suatu perbuatan yg sia2. Untuk apa kita berilmu tetapi tidak beramal sekadar untuk pass exam dan menunjuk2 aje.
Tetapi kalau beramal tanpa berilmu pun stupid gak sebab main menonong ikut org je entah betul ntah tidak apa yg kita buat.
yg penting ilmu dan amal perlulah seiring.
pepatah arab ada menyebut, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah..=)
Post a Comment