Artikel ini juga bloeh dijadikan panduan bagi bakal graduan dalam memilih kerjaya.
Apa itu 'QA' ?
Tak semua memahami apa itu 'QA'. QA sebenarnya ringkasan dari perkataan 'Quality Assurance'. Setiap organisasi samaada industri, perhotelan, perbankan dan sebagainya mempunyai jabatan atau seksyen Quality. QA secara ringkasnya suatu jabatan mengawal-selia tahap quality produk atau servis organisasi tersebut.
Bagi sebuah organisasi yang besar, jabatan QA dipecahkan kepada beberapa bahagian/seksyen.
1) QC - Quality control : mengawal mutu pengeluaran.
2) QE - Quality Engineering : merancang kaedah mengawal mutu (SOP, Work Instruction). terlibat dalam masa pre-production (persediaaan sebelum proses pengeluaran).
3) QS - Quality System : Mengawal sistem organisasi (ISO 9002, TS 16949, etc..)
4) QA - Quality Assurance : Menjamin mutu produk memenuhi spesifikasi sebelum dipasarkan.
Syarat menjadi 'QA' ?
QA terdiri dari berbagai tahap/level dari 'Inspector', Juru teknik, Jurutera hinggalah ke 'Manager' dan 'Director'.
Kelayakan adalah mengikut jawatan yang dipohon mimima adalah SPM dan lulus Mathematik.
Jawatan yang sesuai bagi 'fresh graduate' adalah - QA Engineer, QA Executive atau QA Superetendent.
Kelayakan minima : Degree in Science or Engenering.
Apa-apa kursus Engineering adalah bersesuaian dengan industri yang menawarkan pekerjaan tersebut. Misalnya Industri pembuatan - Mekanikal atau Eletrikal yang paling sesuai.
Syarat tambahan : mempunyai lesen kenderaan dan kenderaan sendiri diberi keutamaan. Fasih berbahasa Inggeris dalam penulisan dan perbualan. Berpengetahuan asas mengenai Quality Standard ISO satu kelebihan.
Tugas-tugas QA Engineer ?
Umum tidak mengetahui apakah fungsi dan tugas utama QA Engineer. QA engineer lebih memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam sistem operasi bagi memastikan mutu produk pengeluaran memenuhi specifikasi yang ditetapkan (Standerdization). Memastikan tahap qualiti pengeluar optimum dan mengelakkan berlakunya aduan pelanggan (customer complain) terhadap sesuatu barangan.
Penulis bergambar bersama pelanggan (Customer) dari Sony Eletronics.
Penulis paling kiri barisan belakang - tengah tersenyum riang.
Bagi memastikan kawalan mutu berada pada tahap memuaskan, seseorang QA Engineer perlu pakar (expert) dalam process pengeluaran produk tersebut. Misalnya dalam proses pembuatan acuan besi - Metal stamping, Qa engineer perlu kenalpasti (fimilar) dengan proses berkenaan. Beliau perlu faham proses yang terlibat dan apakah punca-punca masalah jika berlaku kerosakan (defect). Umpamanya : kesan calar (scratches) berpunca dari acuan (mould) yang tidak sempurna pembuatannya.
Sekiranya berlaku kerosakan mutu produk berkenaan , QA Engineer bertanggungjawab menganalisa, mengkaji dan mengenalpasti punca kerosakan dan mengambil langkah pengawalan dan penambahbaikan (cause and countermeasure). QA engineer mesti bekrjasama dengan production engineer atau tooling engineer atau lain-lain jabatan berkenaan untuk mendapatkan solusi (solution) terbaik bagi masalah yang dihadapi.
Prospek masa depan QA ?
Adakah bahagian QA mempunyai prospek masa depan yang baik. Bakal para graduan mesti tertanya-tanya apakah memasuki QA mempunyai masa depan yang terjamin ?
Jawapannya QA mempunyai prospek yang luas dalam membina kerjaya dan keyakinan diri.Melalui jawatan sebagai QA Engineer mengajar kita menambah keyakinan diri dalam 'public speaking' di mana menjadi tugas asas QA engineer berdepan dengan pelanggan dan mempersembahkan hasil penambahbaikan(present countermeasure).
Secara tidak lansung pembentukan jatidiri (personnel development) berlaku dimana kita merasa lebih yakin bila berdepan dengan orang ramai dan bersedia menjawab apa saja soalan berkaitan.
Bagi meneruskan kerjaya lebih profesional, QA Engineer boleh mendalami kemahiran mengaudit (auditing skill) dan memahirkan diri dalam 'Quality Syatem' . Banyak kursus lanjutan boleh diambil bagi melayakkan diri menjadi juru audit kualiti sistem (Quality System Auditor).
Dengan pengalaman dan sijil lanjutan tersebut melayakkan kita menjadi juruaudit sah dan boleh menyertai badan-badan berkanun berkaitan dengan sistem audit umpamanya SIRIM, BVQI, TUV, UKAs dan lain-lain lagi.
Penulis bersama rakann-rakan sekerja dalam satu conference anjuran sebuah syarikat consultancy.
Penulis 3 dari kiri - barisan tengah
Di samping bertindak sebagai juru audit, kita juga boleh menjadi penasihat sistem kualiti (Quality system consultancy) bagi sesebuah syarikat yang memerlukan. Dengan kata lain jawatan lebih profesional sebagai konsultan sistem kuality (Quality system sonsultant). Gaya consultant umpama seorang pensyarah yang memberi kuliah dan mengajar dan membimbing pelajar-pelajarny
Kiranya masih berminat meneruskan kerjaya QA dalam sesebuah organisasi, QA engineer masih dapat meningkat kemahiran melalui kursus-kursus lepasan ijazah yang dianjurkan oleh universiti tempatan. Umpamanya kursus 'Certify Quality Engineer' - CQE oleh UITM. Melalui sijil berkenaan satu title CQE akan diberikan kepada QA Engineer yang setaraf dengan IR bagi jurutera aliran lain.
Kesimpulan
Kerjaya sebagai QA mempunyai prospek yang baik kerana semua organisasi mempunyai bahagian kawalan mutu tetapi bergantung kepada ketabahan (self confident) diri individu itu sendiri.
Nasihat kepada bakal graduan seperti Naim (anak saudara penulis), Haikal (adik ipar) sekiranya mempunyai ketabahan - ketahanan mental dan fizikal yang mencukupi maka boleh menceburkan diri dalam aliran QA.
Untuk Arrie, Iffa, Ammar, Dina (anak-anak) - tidak digalakkan menceburi bidang ini kerana kesan tekanan kerja cukup sekadar dirasai oleh penulis sendiri sahaja. Ceburi sektor awam lebih mudah dan tidak begitu mencabar.
17 comments:
Nape tak ceghita job function abah lak? As senior engineer?
boleh tak guide saya bagaimana nak ambil CQE itu, perlukan pengalaman kerja berapa lama? saya cuba cari di website uitm tapi tak berjumpa, boleh guidekan dimana nak cari information tentang cqe uitm itu tak
Boleh ke QA Engineer pursue to dapatkan title Ir..Sesiapa ariff boleh share?
Memang boleh dapat title tu..
Cuma kena join Persatuan Engineer Malaysia.
Dapat title saja tak memadai kalau pengalaman tak mencukupi.
Apa pun, good luck ..
hai tuan.
salaam.
saya nak tanya pasal job QA nie, saya dip bisnes study. takde pengalaman.
boleh ke sy apply utk jadi qa. banyak yg saya nak tanya, tapi susah nak komunikate disini. boleh tlg emailkan saya number telefon tuan. supaya boleh minta nasihat sesikit..
mohd.hafiz.bin.ahmad@gmail.com
mcm mane pulak dgn QC??spe skop dan job description nye??tlg jelaskan..sy nk attend interview utk Qc..tp no experience..tp sy bljr bidang engineering..rase2 bole membantu x??
wxmaduasz
BddOEGOMDELDds
We supply [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org]Arctic Parka[/url] down jackets ,
[url=http://www.woolrich-arctic-parka.org]Click here to[/url] to visit our website [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org]woolrich-arctic-parka.org[/url] .
Here for you can find the well [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org/woolrich-arctic-parka-women-c-2.html]Woolrich Arctic Parka[/url] .
Now to buy so [url=http://www.woolrich-arctic-parka.org/]pas cher woolrich jackets[/url]
You may have heard recently that there is a real move toward electric vehicles, especially bicycles. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Alexa Bags[/url] Tday, people can choose from an ARM or FRM and for lenders that want to offer compettive rats, this type of loan offers a number of benefits.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose[/url] Gqmhzrvvb
http://www.pandorajewelryvip.co.uk Whovwifjm [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose outlet toronto[/url] yvcoxqsmp
saya mendapat tawaran kerja dalam QA technicion.Latar belakang sy drp kos engineering.Saya comfius,sy didalam kategori mana,sama ada QE or QS...harap beri pnjelasan.
Saya hanya lulus matematik shj dlm spm .tetapi ditawarkan sebagai Q.A... doakan sy berjaya dlm bidang apa sahaja. Amin
awak hanya guna sijil SPM saja atau awak ada sambung belajar lagi sebelum dapat job QA tu?
Rasanya utk apply qa x susah terutama yg pernah bekerja sebelumnya...contoh diri sendiri...mate x la bagus sgt...kebetulan masa apply mintak qa tu tengah ada kekosongan....so dpt...mcm tempat kita dia panggil lain sikit...pqa-[ada bnyk section outgoing,incoming,iso,safety,dr test,market,troubleshooting,]..untuk qc disebut tqc
P.q.a=product quality assurance
T.q.c=team quality control.
Untuk bahagian2 job...untuk incoming section ada 2 cabang...mechanical dan electrical.[untuk check single part iaitu part yg supplier baru hanta ke kilang...incoming kena check sampling sebelum production gunakan...bila dh jalan ke production...qc plak check online...bila tiba final sebelum nk masuk lorry kontena...pqa outgoing kena check dulu sebagai sampling sebelum produk tu pass utk di pasarkan...
Tengok jawatan yg anda pohon...
Qa*incoming-check single part termasuk mechanical atau electrical...defend pengalaman bekerja.
*Outgoing-checking complete set sebelum dipasarkan...
*drop test -sama mcm outgoing punya tugas tapi ada special job...defend barang yg kita check.
Kalau saya pelajari kos QA selepas itu saya nak minta bhgn QC ..mereka terima tak.
Ikut pengalaman org yakni husband, dy blajar bidang aviation, apply kje qc inspector kt kilang lampu.. Alhamdullah Dapat je.. Then after 3year n above.. Mtk kilang paip lak.. Jwtn qa engineer.. Alhamdulillah dpt lg.. Point cni nk ckp... Bidang ape pn.. Kalau kilang tu perlu kang sgt org utk jwtn tu... N kite pn tnjuk kesungguhan n sanggup belajar... InsyaAllah. Ade rezeki kite kt situ
Saya Degree bidang pengurusan industri, saya tiada pengalaman, boleh bagi pencerahan tak job scope QA unk budak intern?
Kebiasaan gaji untuk bahagian QA ni berapa paling basic tanpa o.t?
Post a Comment