Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
online
Friday, May 27, 2011
Resepi Red Velvet cup cake..
Sunday, May 22, 2011
Selamat hari lahir Syirah..
Syirah begitu disayangi kerana dialah yang paling muda buat masa ini. Kami asuh anak2 yang lain supaya saling sayang menyayangi.. Kasihan mengasihani.. bertolak ansur, berkongsi apa yang boleh dikongsi agar mereka akrab sesama mereka..
Alhamdulillah, sekarang anak2 kami bila salah seorang tidur rumah nenek atau tiada di rumah yang lain2 akan mengeluh boring dan menyatakan kesunyian apabila salah seorang tiada atas urusan.. Begitu juga mama dan abah bila salah seorang anak2 tiada di rumah lain sangat yang kami rasai.. dan selalu juga mama meluahkan rasa yang mama bersyukur dikurniakan anak yang ramai.. tak pernah rasa kesunyian walaupun kadangkala agak tertekan dengan bunyi yang bising tak henti2 tapi itulah muzik bagi kami.. muzik yang tidak ternilai harganya..
Saturday, May 21, 2011
Syirah will turning 2 tommorow....
Inilah bentuk rupa kek yang dah siap dibakar dan diletakkan topping cheese di atasnya..
Sedap tak? Sedap kan.. Tengok rupa je dah sedap kalau makan pendek kata two thums up la...
Petang tadi sempat jugak makan mee bandung muar yang terletak di Kluang.. Boring2 mama tangkap gambar orang2 yang mama sayang..
Wednesday, May 18, 2011
Apa itu Fi'il Madhi
Bahasa Inggeris agak lebih mudah kerana hanya menyebut past tense berdasarkan kata kerja dan boleh digunakan untuk semua.
Contohnya : Saya telah tulis - I wrote.
Kamu telah tulis - You Wrote
Mereka telah tulis - They Wrote.
Dia (L/P) telah tulis - He/She wrote.
Semua kata kerja dari write menjadi wrote.
Berbeza sekali dengan bahasa arab dimana kata kerja berubah-ubah mengikut siapa pelakunya. Saya, awak mereka, dia (L/P) berbeza-beza dari segi fi'ilnya.
Contoh di atas tadi dari kata kerja - Tulis (kataba)
Saya telah tulis - Ana katabtu
Kamu telah tulis - Anta katabta
Mereka telah tulis - Hum katabna
Dia (L/P) telah tulis - Hua kataba, Hia katabat
Ringkasan seperti di bawah:-
Begitu banyak perubahan baris dan penambahan huruf ta, na dan alif. Begitu meragukan. Arrie bagaimanapun dapat menjawab dengan baik masa ujian. Al-hamdulillah....Kisah Ayat Kursi

Dalam kisah Abu Hurairah dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa setan tersebut berkata,
“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang Allah memberimu manfaat dengannya. Jika engkau berangkat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”
Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda,
“Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
Apa yang dapat kita simpulkan dari hadis ini ialah kelebihan ayat Kursi ini memang banyak. Terdapat dalam banyak hadis-hadis lain seumpama dengannya. Apa yang menarik perhatian dari kisah tersebut ialah Nabi membenarkan kata-kata dari seorang pendusta.
Walaupun yang menyampaikan kelebihan ayat Kursi tersebut adalah Syaitan yang menjelma manusia tetapi kata-katanya adalah benar dan seiring dengan Al-quran dan Sunnah. Dengan itu Nabi mengiakan kata-katanya.
Lihat pula apa kata imam Nawawi dalam Syarah Sahih Musilim :-
“Para ulama menyatakan bahawa tidak diwajibkan kepada orang yang menyuruh kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua perkara. Tetapi, dia mestilah sentiasa mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam perkara yang dia ajak, dan dia mestilah sentiasa mencegah kemungkaran walaupun dia kadang-kadang melakukan apa yang dia larang. Sesungguhnya, wajib pada dirinya dua perkara, iaitu, mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Dia tidak boleh mengabaikan salah satu daripada dua perkara tersebut.”
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).
Imam Nawawi berpendapat kita perlu menyampaikan kebenaran walaupun masih terdapat kelemahan dalam diri kita tetapi hendaklah berusaha membaiki diri.
Berbalik kepada pengajaran dari kisah ayat Kursi tadi, kita hendaklah menerima kebenaran yang disampaikan oleh seseorang walaupun ianya datang dari orang tidak begitu sempurna dari segi ilmunya selagi mana apa yang disampaikan beliau tidak melanggar Al-Quran dan Sunnah.
Maka alasan bahawa kita tidak sempurna dan tidak boleh menyampaikan kebenaran adalah tertolak dan tidak boleh diterima. Alasan ini akan membuatkan medan dakwah terhenti dan tiada lagi para da'ei menyampaikan kebenaran menyebabkan umat Islam menjadi semakin jumud.
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, TarmidziWednesday, May 11, 2011
Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul
Sumber :- http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/04/dosa-sebar-fitnah-hilangkan-pahala-terkumpul/
Oleh Lokman Ismail | BH 24 Apr 07
HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.
Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.†(Hadis riwayat Muslim)
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan 'dengar khabar' mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Tuesday, May 10, 2011
Arriesfamily
Mama yang banyak berkorban untuk arriesfamily, memberi nasihat dan tunjuk ajar anak-anak tentang budi pekerti. Rasanya tidak terbalas dengan segala wang ringgit. Kejayaan arriesfamily adalah berkat usaha gigih mama. Tanpamu tidak mungkin arriesfamily seceria ini.....
Walaupun telah berlalu..... SeLaMat HaRi IbU............ ucapan tiada tempoh akhirnya untuk isteri tercinta.....

















