Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, May 18, 2011

Kisah Ayat Kursi



Semalam dalam membelek-belek kaset-kaset lama terjumpa ceramah Ustaz Shamsuri berkenaan kelebihan ayat Kursi. Dia membacakan Hadis dari Sohih Bukhari No 2187 yang berbunyi:-

Dalam kisah Abu Hurairah dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahwa setan tersebut berkata,

“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang Allah memberimu manfaat dengannya. Jika engkau berangkat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”

Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda,

“Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)

Apa yang dapat kita simpulkan dari hadis ini ialah kelebihan ayat Kursi ini memang banyak. Terdapat dalam banyak hadis-hadis lain seumpama dengannya. Apa yang menarik perhatian dari kisah tersebut ialah Nabi membenarkan kata-kata dari seorang pendusta.

Walaupun yang menyampaikan kelebihan ayat Kursi tersebut adalah Syaitan yang menjelma manusia tetapi kata-katanya adalah benar dan seiring dengan Al-quran dan Sunnah. Dengan itu Nabi mengiakan kata-katanya.

Lihat pula apa kata imam Nawawi dalam Syarah Sahih Musilim :-

“Para ulama menyatakan bahawa tidak diwajibkan kepada orang yang menyuruh kepada kebaikan atau orang yang mencegah kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam semua perkara. Tetapi, dia mestilah sentiasa mengajak kepada kebaikan walaupun dia memiliki kekurangan dalam perkara yang dia ajak, dan dia mestilah sentiasa mencegah kemungkaran walaupun dia kadang-kadang melakukan apa yang dia larang. Sesungguhnya, wajib pada dirinya dua perkara, iaitu, mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada kemungkaran. Dia tidak boleh mengabaikan salah satu daripada dua perkara tersebut.”

(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Imam Nawawi berpendapat kita perlu menyampaikan kebenaran walaupun masih terdapat kelemahan dalam diri kita tetapi hendaklah berusaha membaiki diri.

Berbalik kepada pengajaran dari kisah ayat Kursi tadi, kita hendaklah menerima kebenaran yang disampaikan oleh seseorang walaupun ianya datang dari orang tidak begitu sempurna dari segi ilmunya selagi mana apa yang disampaikan beliau tidak melanggar Al-Quran dan Sunnah.

Maka alasan bahawa kita tidak sempurna dan tidak boleh menyampaikan kebenaran adalah tertolak dan tidak boleh diterima. Alasan ini akan membuatkan medan dakwah terhenti dan tiada lagi para da'ei menyampaikan kebenaran menyebabkan umat Islam menjadi semakin jumud.

Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008