Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa..


Alhamdulillah.. setelah mengahrungi pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupan kini kami mampu menyela nafas lega setelah bertahun mendirikan rumahtangga. Bukan mudah nak kendalikan sebuah rumahtangga yang isi keluarga berasa tenang dan selamat berada di bawah naungannya.. Kini kehidupan kami agak selesa walaupun mempunyai anak2 yang agak ramai tetapi kami masih boleh mampu hidup dengan selesa..

Peranan seorang suami dan juga ayah begitu amat bermakna. Dialah yang mencari rezeki, menyediakan tempat tinggal, makan, minum, pakai, dan juga kenderaan yang selesa untuk membawa keluarga ke mana jua destinasi yang dirancangkan. Tanggungjawab dan juga amanah yang diberikan diselesaikan dengan begitu berat rasa tanggungannya.

Terima kasih suamiku dan bapa kepada anak2ku.. kerana memberikan segalanya yang terbaik untuk kami tanpa sedikit pun kata2 rungutan keluar dari mulutmu... Selamat Hari Bapa ...

Abah sewaktu menjadi MC ditempat kerjanya...

Monday, June 13, 2011

Ammar tak takit....


Menitis air mata bila teringatkan begitu tabahnya Ammar bila menghadapi kesakitan. Walaupun dari raut wajahnya, setiap orang tua akan tahu betapa sakitnya dia di kala itu. Dia tetap akan kata "Ammar tak takit.."

Wajah Ammar ketika keluar dari wad pembedahan..., sayu mengenangkan saat itu. begitu tabahnya anakku ini walaupun baru dibedah....anak2 lain pastinya merintih-rintih lagi merengek...


Wajah ini pula agak sugul semasa menanti namanya dipanggil ketika sakit tereoid. Bengkak kelenjar jelas kelihatan. Namun Ammar begitu tabah. "Ammar tak takit" jawabnya dengan telo setiap kali ditanya.....

Ammar memang berani, masih mampu tesenyum walaupun berhadapan Doktor gigi...

Ammar memang tak makan saman, antara 3 anak-anakku ini dia yang mendahului dalam apa2 jua. Lihat saja aksinya bila melihat cahaya dari lift. Dia memang seorang anak yang lincah. Satu anugerah yang tiada ternilai....

Salahkah Ammar menjadi hyperaktif ? Melihat wajahnya yang ceria ini membuatkan kelopak mata ini mula bergenang. Maafkan Abah Ammar kerana kegagalan abah menangani sifat ingin tahu Ammar. Abah gagal mengasah bakat hyperaktif Ammar pada yang sepatutnya. Ammar pintar, bijak, aktif dan serba ingin tahu...
Hanya abah yang tidak bijak membawa hala tujunya. Bila Ammar terover, Ammar pula didenda....
Walaupun dirotan, dicubit, dipiat, dipukul,....
"Tak apa Abah, AMMAR TAK TAKIT"......

Wednesday, June 1, 2011

Cuti pertengahan tahun 2011



Sudah hampir seminggu anak2 berada di rumah menghabiskan cuti pertengahan tahun mereka. Tidak pergi kemana-mana maklumlah abah bekerja di sebuah premis swasta yang agak susah untuk mengambil cuti. Hany hujung minggu masa yang kami dapat manfaat bersama. Waktu hujung minggu jugalah wwaktu kami menghabiskan masa, berjalan2, dan selebihnya beriadah dengan menunggang basikal sekeluarga.

Sepanjang masa anak2 dirumah mama sudah mengagihkan tugasan untuk melakukan kerja2 rumah seperti mengemas bilik tidur, mengelap perabot yang sudah dipenuhi habuk, menyapu, mengemop lantai, membasuh pinggan, melipat kain, menyidai kain dll perkara yang selama ini menjadi rutin mama. Nampaknya mereka tidak perlu kerap disuruh dan memahami bahawa setiap hari itulah rutin tugasan yang mereka perlu lakukan. Walaupun adakalanya agak riuh kerana masih ada adik2 yang ringan tangan membantu mereka menolong mengusutkan lagi keadaan sebenarnya namun mama terpaksa menarik nafas sedalam2nya dengan menahan sabar. Walaupun kadangkala sabar itu tak dapat ditahan jua akibat kegatalan tangan mereka merosakkan barangan rumah..

Tetapi bila melihatkan kekemasan mereka menjalankan tugas2 yang diberi membanggakan mama kerana walaupun umur mereka sekitar 10 hingga 2 tahun.. (Yang 4 dan 2 tahun tak perlu dikira)..tetapi kekemasan dan teraturnya kerja2 mereka seolah2 seorang remaja yang melakukan tugasan tersebut..

Boleh menrik nafas lega bila melihat mereka cekap dan tidak kekok melakukan rutin yang selama ini mama lakukan.. Terima kasih anak2 kerna membantu mama dirumah...

Selepas selesai tugasan masa menonton tv atau bermain game akan diberi pelepasan ..


Friday, May 27, 2011

Resepi Red Velvet cup cake..


 Mama keciwa bila hari nie mencuba2 untuk membuat kek yang berlainan resepinya.. sungguh keciwa bilamana kek seolah2 bertukar menjadi biskut.. Moral : Kalau dah kek sebelum ni menjadi jangan cuba2 untuk menukar resepi sebab bahan2 kek tu mahalll....

Ok untuk anak2 and all my readers please follow this receipe sure u will never regret it...


Resepi Red Velvet Cup Cakes ( sumber : Citarasawan )

Bahan A (di ayak bersama)

375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu. 5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8-10 minit. Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.


Sunday, May 22, 2011

Selamat hari lahir Syirah..


Selamat hari lahir Syirah.. Sekejap je masa berlalu sedar tak sedar dah dua tahun Syirah menghiburkan kami, gelak ketawa Syirah hiburan buat kami sekeluarga. Seleuruh keluarga ini begitu menyayangi Syirah. Bila Syirah tidur masing2 terjenguk2 bilik menunggu Syirah bangun dari tidur untuk bermain2 bersama anak2 yang lain.

Syirah begitu disayangi kerana dialah yang paling muda buat masa ini. Kami asuh anak2 yang lain supaya saling sayang menyayangi.. Kasihan mengasihani.. bertolak ansur, berkongsi apa yang boleh dikongsi agar mereka akrab sesama mereka..

Alhamdulillah, sekarang anak2 kami bila salah seorang tidur rumah nenek atau tiada di rumah yang lain2 akan mengeluh boring dan menyatakan kesunyian apabila salah seorang tiada atas urusan.. Begitu juga mama dan abah bila salah seorang anak2 tiada di rumah lain sangat yang kami rasai.. dan selalu juga mama meluahkan rasa yang mama bersyukur dikurniakan anak yang ramai.. tak pernah rasa kesunyian walaupun kadangkala agak tertekan dengan bunyi yang bising tak henti2 tapi itulah muzik bagi kami.. muzik yang tidak ternilai harganya..

Syirah suka makan cup cake yang mama buat.. Bukan syirah je abang2 kakak2 pun gembira jugak...Bergambar bersama abang arrie yang sangat2 sayang dengan Syirah.. 

Inilah anak2 kami yang sangat kami kasihi.. semoga mereka membesar menjadi seseorang yang berjaya dunia dan akhirat menjadi hamba Allah yang begitu taat dan patuh pada perintahNya dan menghormati dan menyayangi kami sebagai ibubapa mereka seluruh hayat mereka.

Bergambar kenangan bersama besday girl.. abang arrie tak nak mengalah asyik nak bergambar dengan Syirah je..

Abah yang turut membantu dalam penyedian cup cake malam tadi.. Terima kasih abah atas segalanya.. kami sayang abah...




Selamat hari lahir yang ke 2 tahun untuk puteri kami yang tersayang, Insyirah Afiqah. Mama dan abah akan cuba memberikan didikan yang terbaik dan kasih sayang yang secukupnya dalam membesarkanmu. Ya Allah kau limpahkan rahmatmu kepada permata kami ini, berikanlah dia kesihatan yang baik sepanjang masa, kau panjangkanlah usianya, kau m...urahkan rezeki kepadanya, kau permudahkan urusannya di dunia dan jua akhirat, kau jauhkanlah dia dan anak2ku yang lain daripada orang2 yang zalim, terangkanlah hati mereka, semoga mereka sentiasa berada dalam hidayahmu.Jadikanlah anak2ku anak yang soleh dan solehah. Amin.

Saturday, May 21, 2011

Syirah will turning 2 tommorow....


Esok hari lahir Syirah yang ke dua tahun.. Tak plan nak buat makan2 cuma buat cup cake special untuk Syirah.. Red velvet cup cake.. First time makan kek ni kat rumah mak long. Masa tu mak long sambut anniversary dia yang ke 15 tahun..  Sedap cake tu teringat2 sebab tu mama nak buatkan untuk Syirah.. Abang arrie tanya juga kenapa mama buat cake special untuk Syirah..? Lepas tu siap request lagi besday dia nanti dia nak jugak kek camtu.. Ok no problem.. untuk anak2 mama dengan hati yang gembira dan ikhlas akan membuatnya.. Yang penting anak2 sukakan kek yang mama buat..

Inilah bentuk rupa kek yang dah siap dibakar dan diletakkan topping cheese di atasnya..

Sedap tak? Sedap kan.. Tengok rupa je dah sedap kalau makan pendek kata two thums up la...

Petang tadi sempat jugak makan mee bandung muar yang terletak di Kluang.. Boring2 mama tangkap gambar orang2 yang mama sayang..





Abah tengah mengira2 berapa pinggan mee bandung nak di oder..




Anak2 sibuk dengan gift solivate yang baru di beli di Giant Kluang tadi...




Mama terpaksa menangkap gambar diri sendiri... huhuhuhu





Syirah dengan pose terkini nya...

Kat kedai ni le kami singgah tadi sedap..sedap sangat berbaloi...

Wednesday, May 18, 2011

Apa itu Fi'il Madhi


Semasa mentelaah bersama Arrie untuk hadapi ujian bahasa Arab sempat mengingati kembali Dhomir2 dalam Fi'il Madhi. Teringat masa sekolah dulu-dulu kena hafal semua jenis dhomir2 ni sampai pening dibuatnya.

Fi’il Madhi adalah kata kerja untuk masa lampau atau dalam istilah bahasa inggerisnya adalah past tense yang bermaksud perbuatan yang telah dilakukan. Contohnya: قَامَ (telah berdiri) atau جَلَسَ (telah duduk).

Bahasa Inggeris agak lebih mudah kerana hanya menyebut past tense berdasarkan kata kerja dan boleh digunakan untuk semua.
Contohnya : Saya telah tulis - I wrote.
Kamu telah tulis - You Wrote
Mereka telah tulis - They Wrote.
Dia (L/P) telah tulis - He/She wrote.
Semua kata kerja dari write menjadi wrote.

Berbeza sekali dengan bahasa arab dimana kata kerja berubah-ubah mengikut siapa pelakunya. Saya, awak mereka, dia (L/P) berbeza-beza dari segi fi'ilnya.
Contoh di atas tadi dari kata kerja - Tulis (kataba)
Saya telah tulis - Ana katabtu
Kamu telah tulis - Anta katabta
Mereka telah tulis - Hum katabna
Dia (L/P) telah tulis - Hua kataba, Hia katabat

Ringkasan seperti di bawah:-

Begitu banyak perubahan baris dan penambahan huruf ta, na dan alif. Begitu meragukan. Arrie bagaimanapun dapat menjawab dengan baik masa ujian. Al-hamdulillah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008