Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, September 29, 2011

Strategi membuka perniagaan


Setelah membuat penyelidikan ringkas tentang tajuk di atas, dapat disimpulkan bahawa menceburi bidang perniagaan ini perlu ada strategi berkesan. Tanpa stratergi perniagaan akan berjalan juga tetapi sukar untuk terus berdaya saing dan kemungkinan gulung tikar akan berlaku.

Ada baiknya kita menganalisa khusus kepada perancangan arriesfamily untuk perniagaan runcit di kampung. Adakah ia memenuhi stratergi yang positif.

1) Pilih lokasi yang baik.
Lokasi kedai di kampung agak baik terletak di sebelah dewan orang ramai juga sekolah Tadika Kemas. Tepi jalan utama dan di tengah-tengah pusat kampung. Ada potensi yang baik di situ.

2) Pilih papan tanda sesuai.
Ianya dibuat oleh kebanyakan kedai. Menarik dan penuh warna warni. Tanda luaran atau dalaman. Papan tanda dapat menarik pelanggan terutama yang melalui jalan tersebut. Jalan kampung merupakan jalan ke pusat peranginan Puncak Janing pastinya ada potensi menarik pelancung untuk singgah dengan papan tanda yang menarik. Papan tanda dalaman juga penting bagi memudahkan pelanggan mencari barang-barang.

3) Cuba menarik pelanggan membeli.
Kedai layan diri, memudahkan pelanggan memilih barangan sendiri dan ianya disusun cantik. Layout amat penting bagi memudahkan pelanggan mencari sesuatu barangan. Susun atur cantik, tanda harga, potongan harga dan sebagainya. Stratergi ini amat sesuai menarik lebih ramai pelanggan.

4) Pertimbangkan servis tambahan untuk pelanggan.
Selain menjual kita boleh juga menghantar. Contohnya penghantaran gas memasak. Ini biasa diamalkan di kebanyakan kedai. Ada cadangan menghantar ikan dan sayur ke rumah pelanggan sekitar kampung. Ini juga suatu inovasi dalam perniagaan dan boleh dipertimbangkan suatu masa kelak. Pastinya pelanggan merasa senang berurusan hanya memalui tempahan tetefon.

5) Pamerkan produk secara berkesan.
Susunan yang cantik beserta pencahayaan yang menarik amat perlu. Tersusun rapi di atas rak-rak. Jangan sesekali meletakkan barangan di dalam kotak dan membiarkan sehingga berdebu dan kotor. Ini menggambarkan imej kedai tersebut. Pelanggan akan selesa membeli di kedai susunannya baik dan mudah mencari. Ada bahagian dan tandaan /label setiap penjuru, alat tulis, makanan kering, minuman dan lainnya.
6) Mesra pelanggan
Senyum, kata-kata manis, ucap terima kasih, sila datang lagi dan sebagainya. Ini penting kerana kita tidak mahu pelanggan hanya datang sekali dan kecewa dengan layanan kita. Mereka pulang dengan rasa tidak puas hati walaupun barang yang dibeli dengan harga patut.

7) Kawal stok dengan baik
Pastikan anda mengetahui stok terkini, jumlah yang terjual dan baki stok yang masih tinggal. Perhatikan tarikh luput setiap barangan. Bagi barangan yang telah menghampiri tarikh luput, adakan jualan murah untuk menghabiskan stok berkenaan. Ini tidak lansung akan mengelakkan kita kerugian dan juga menarik lebih ramai pelanggan dengan promosi jualan murah.
Terdapat lebih banyak stratergi yang sesuai untuk difikirkan kelak bila telah mula beroperasi. Panduan di atas sekadar sedikit maklumat yang diperolehi dari hasil kaji selidik ringkas. Pastinya kita akan mendapat idea dan penambahbaikkan bila telah mula berniaga kelak.

Beza antara Usahawan dan Peniaga


Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari mencari keuntungan usahawan juga berkhidmat untuk masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga.

1. Membeli barang untuk dijual semula.

2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi

3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik.

4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan dan peniaga.

Gambaran yang jelas mengenai perbezaan usahawan dan peniaga boleh lihat pada jadual di link ini : http://kitausahawan.blogspot.com/2009/01/perbezaan-konsep-usahawan-dan-peniaga.html

Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan

1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.

2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.

3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar lain.

Peniaga

1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan pembangunan negara.

2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.

3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada pengguna.

Sumber asal dari : http://kitausahawan.blogspot.com/2009/01/perbezaan-konsep-usahawan-dan-peniaga.html

Tuesday, September 27, 2011

Pengalaman berniaga


Agak lama aku tidak menulis berkenaan kisah hidup dan pengalaman lalu. Kali ni aku nak mengimbau kembali kisah 21 tahun lepas iaitu di awal tahun 1990. Masa tu baru habis SPM dan tengah menunggu result. Kisah berkenaan berniaga ni pernah aku ceritakan dalam artikel terdahulu : Kisah lepas SPM

Kisah kali ni pula lanjutan dari kisah tersebut tetapi aku akan mengkhususkan cerita berkenaan perniagaan. Aku dilahirkan dari keluarga pesawah dan petani. Tiada seorang pun yang berpengalaman berniaga. Cuma aku pernah menjual jagung rebus, buah jambu kepada kawan-kawan sekelas. Bukan layak sebagai peniaga tetapi sekadar jual untuk tambah pendapatan. Ada kuceritakan dalam artikel ni : Kisah sekolah rendah

Hampir 7 bulan bersama Pak Nayan dalam berniaga. Bermula dari menjaga kedai kopi hinggalah kepada mengurus kedai buah. Pak Nayan bukannya saudara pun tetapi beliau lah majikan pertama yang memberi tunjuk ajar selok belok berniaga.

Pengalaman pertama yang diajar oleh Pak Nayan ialah kita tidak boleh malu. Berniaga bukanlah satu kerja hina. Kita memberi khidmat kepada orang ramai, oleh itu kita patut merasa bangga berniaga. Pak Nayan ajar aku menghadapi pelanggan.

Masih teringat lagi pelanggan pertama - masa tu kerja di kedai kopi, Pak Nayan suruh aku tanya 'Nak minum apa ?' 2 minggu pertama aku hanya bekerja di belakang tabir tolong sediakan air batu. Ais terpaksa dipecahkan secara manual. Zaman tersebut belum ada kiub ais jadi aku jadi tukang ketuk ais.

'Nak minum apa makcik ?' , tak dapat dibayangkan betapa malunya untuk bertanya orang yang kita tak kenal. Aku gagahi juga dan dapat ambil order. Kerana masih tidak biasa, aku bawa order ke dapor dan bagitahu Yin - tukang buat air. Ujian pertama berjaya cumanya aku gagal untuk berteriak/tempik 'teh ais 2'. Ini kaedah biasa yang digunakan bila ambil order supaya lebih cepat dan effisian.

Seterusnya aku diajar supaya menyusun atur air kotak, air botol dan air tin secara teratur di dalam peti ais. Ianya hendaklah sentiasa penuh dan selalu diisi semula bila kurang. 'Orang seronok tengok, baru kedai kita lebih laku' nasihat pak Nayan. Ada logiknya nasihat ni kerana dari segi psykologi pelanggan akan suka keadaan teratur dan kemas. Oleh itu mereka akan selalu datang ke kedai kita dan lebih banyak jualan kita.

Kena manis mulut. Itu pesan Pak Nayan lagi. Walaupun sibuk mana sekalipun jangan lupa senyum. Ucap terima kasih kepada pelanggan. Bagi diskaun sedikit bagi mencukupkan nilai ringgit. Contohnya barang berharga RM9.10. Kurangkan 10 sen dan katakan ' Saya potong 10 sen'. Pengalaman ni diperolehi semasa jaga kedai buah. Pak Nayan memang pandai tarik pelanggan dan setiap yang datang akan ulang datang lagi.

Jaga kedai buah dalam 3 bulan. Bermula dari hanya menjual tembikai hingga kepada semua jenis buah-buahan termasuk jeruk-jeruk buah. Kedai cuma ukuran 10'X15' sahaja. Ramai yang tak percaya boleh kah kedai sekecil tu kekal bertahan. Walaupun lokasi agak strategik dekat simpang tetapi pada permulaan agak sukar sebab orang belum kenal kita.

Setelah sebulan beroperasi kedai tersebut dapat jualan mencecah RM300 sehari. Suatu yang aku juga tidak percaya. Pak Nayan begitu percaya kejujuran aku bekerja dan dia izin aku bawa balik hasil jualan. Dari situ aku tahu jumlah jualan harian. Memang menakjubkan kerana dari satu jenis produk hingga penuh diisi kedai tersebut.

Pak Nayan juga mengajar aku cara-cara mengatur pusingan modal. Jualan hari ini hendaklah disimpan sedikit dalam 30% untuk pusingan modal seterusnya. Kalau dapat RM300, bolehlah RM200 guna untuk tambah barang kedai juga kos berniaga (bil, gaji dll..) dan selebihnya untuk modal pusingan akan datang. Dengan ni kedai akan sentiasa berdaya maju dan mampu membuat penambahbaikan jika perlu.Ilmu berniaga ni walaupun tiada kursus formal seperti teori ekonomi yang diajar di Universiti tetapi cukup meyakinkan aku bahawa berniaga mempunyai potensi yang luas untuk terus maju. 'Berniaga mestilah seiring dengan beramal'. Itu pesan Pak Nayan. Bagi diskaun dengan niat bersedekah dan sama-sama berkongsi keuntungan.

Berbekalkan sedikit pengalaman berniaga ini, aku yakin bahawa pintu rezeki terbuka luas dalam bidang ini. Semoga hasrat arriesfamily untuk menukar kerjaya ke era perniagaan direstui-Nya.

Cara pengurusan Stok


Setelah membuat pencarian dari internet tentang cara-cara untuk mengemaskini stok di kedai runcit secara berkesan, terjumpa satu sistem dipanggil POS 2.1.1 software. Ianya adalah satu sistem untuk mengaskini jumlah stok masuk dan keluar secara berkesan (effisian). Kos perisian dalam RM 1.7K.

Kita hanya perlu memasukkan data permulaan stok (opening stock) dan mengimbas (scan) setiap yang keluar. Baki stok akan dikira secara automatik. Ianya adalah sistem yang diguna pakai di kebanyakan speedmart dan hypermart.

Sistem ini amat sesuai bagi mereka yang telah stabil perniagaannya tetapi bagi arriesfamily pada tahap permulaan cuma sekadar info untuk pengetahuan sahaja. Tetapi, tidak mustahil suatu masa kelak ada mengguna pakai sistem ini.

Sebagai beginner ni, arriesfamily perlu mencari kaedah sesuai dan praktikal dalam mengira stok barang runcit di kedai yang bakal berurusniaga nanti. Mungkin kaedah di bawah paling berkesan buat permulaan....
Semoga dipermudahkan segala urusan.........Amin.....

Rancangan Pengurusan Perniagaan


Setelah meneliti beberapa maklumat tentang pengurusan perniagaan. Dapatlah diringkaskan sperti di bawah ni. Kaedah ni belum sempurna dan perlu dibuat penambahbaikkan. Data akan dimasukkan terus ke dalam Exel dan pengiraan secara auto.
Sheet pertama : Data Jualan harian.
Jumlah jualan harian akan direkod setiap hari.

Modal adalah dari belian juga stok awal

Kos pengurusan termasuk gaji CEO dan elaun-elaun pembantu (arriesfamily)

Perancangan di atas ni nampak mudah tetapi perlu penambahbaikkan terutama kiraan stok harian seperti cadangan mama untuk memudahkan kiraan Stok awal setiap bulan. Setelah semua data dimasukkan ke Exel, Kiraan untung/rugi mengikut bulanan akan dhasilkan secara automatik seperti di bawah.

Dari perkiraan di atas, untung hanya Rm 613. Maka dapat disimpulkan margin keuntungan perniagaan runcit memang sedikit tetapi akan bertambah bila modal semakin banyak dan stok awal juga bertambah secara unjuran...
Elaun arriesfamily hanya RM1000 pada bulan pertama - perlu kesabaran dalam urusniaga ni...WA.

Friday, September 23, 2011

Kampung Bendang Raja


Entah kenapa, tiba-tiba teringat Kampung Bendang Raja. Kampung yang dah lama ditinggalkan sejak aku merantau jauh. Hanya balik setahun sekali dua sempena musim perayaan atau majlis kenduri kendara.

Mercu tanda kampungku - Tengkolok tanda melayu asli

Papan tanda terpamir di batu hasil ciptaan warta kampung.
Pemandangan damai sawah padi di kampung.


Rumah kampung warisan tinggalan sejarah - kini menjadi muzium mini menarik pelancung.

Walaupun kampungku terletak di ceruk pedalaman tetapi tidak lekang dari era pembangunan. ICT menjadi saluran maklumat utama. Parabola berhubung terus dengan Satelit MEASAT membolehkan jaringan jalurlebar (Internet) percuma untuk warga kampung.


Sebahagian trofi dan piala - anugerah kecemerlangan warga kampung.

Jalan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Kuala Nerang

Satu lagi pemandangan sawah padi berlatar belakang bukit bukau.

Kehijauan pemandangan memang mengasyikkan. Rasanya tidak sabar untuk kembali ke sana...

Kerja swasta, kerajaan atau sendiri ?


Lanjutan dari artikel terdahulu, terdapat beberapa pilihan dalam memilih kerjaya. Penulis pada masa tersebut memikirkan hanya 2 pilihan popular antara sektor awam atau swasta:-
http://arriesfamily.blogspot.com/2011/03/panduan-memilih-kerjaya-awamswasta.html

Mutaakhir ini, penulis mula memikirkan terdapat satu lagi pilihan iaitu bekerja sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Ramai akan tertanya-tanya terutama graduan muda, yang mana satu patut dijadikan pilihan. Jawapan paling cepat dan ringkas, pilihlah sektor awam. Artikel terdahulu juga menerangkan perbezaan ketara antara kedua-duanya dan jika penulis sendiri diberi pilihan semula untuk kembali ke 15 tahun yang lalu pasti memilih kerjaya di sektor awam.

Kenapa pilih sektor awam ?
Persoalan dalam benak para graduan muda kenapa perlu pilih sektor awam. Jawapan mudah ialah kerana sektor pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Tiada risiko syarikat tutup, tiada risiko gaji statik, tiada bebanan melampau urusan kerja, tiada tekanan melampau pihak majikan dan sebagainya.

Pengalaman penulis sendiri selama berkhidmat hampir 15 tahun di sektor swasta, itulah di antara bebanan yang sentiasa ditanggung sendiri atas pilihan kerjaya yang dipilih. Bukanlah tujuan penulis menakutkan pembaca semua tentang tekanan kerja di sektor swasta tetapi itulah hakikatnya bila kita telah berada di dalamnya. Penulis pernah meluahkan pengaman melaui artikel berikut : Kerjaya sebagai Eksekutif

Belum pernah kita dengar lagi kakitangan kerajaan mana-mana negara tidak dibayar gaji mereka kecuali negara yang menghadapi krisis dalaman seperti Somalia. Perang saudara menyebabkan seluruh negara menghadapi krisis tak kira dalam sektor apa sekalipun. Walaupun ada beberapa negara menghadapi krisis ekonomi sehingga ke tahap muflis seperti Denmark tetapi kesannya dirasai oleh seluruh penduduknya. Bermaksud semua sektor pekerjaan hadapi masalah yang sama.

Berbalik kepada 3 pilihan tadi, selain awam dan swasta - ada juga pilihan bekerja sendiri. Pilihan ke-3 ini lebih sesuai kepada penjawat awam yang telah pencen ataupun pekerja swasta yang telah banyak Simpanan KWSPnya. Kenapa demikian ?
Jawabnya mudah : Sektor awam berpencen, maka lebih sesuai menunggu hingga pencen baru bekerja sendiri. Pada masa tersebut duit pencen dah dapat dan bekerja sekadar mengisi masa lapang. Bagi yang bekerja di sektor swasta - tiada wang pencen dan hanya mengharapkan duit simpanan KWSP. Kiranya jumlah simpanan telah mencecah ratusan ribu, maka boleh dipertimbangkan untuk bekerja sendiri. Kenapa perlu ada simpanan ?

Jawapannya kerana : selepas pencen tidaklah perlu bekerja teruk-teruk lagi kerana duit KWSP tersebut cukup untuk membayar segala baki hutang dan memulakan kehidupan berpencen. Jika tiada simpanan bermaksud kita akan terus terpaksa bekerja secara bertungkus lumus walaupun di penghujung usia. bukankah lebih baik di akhir usia banyak dihabiskan masa bersama rakan masjid, ke kuliah-kuliah agama, solat berjemaah dan sebagainya.

Penulis sendiri kini mula terfikir untuk bekerja sendiri, bukanlah kerana bosan bekerja swasta tetapi memikirkan adalah lebih baik menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Simpanan KWSP juga telah mencecah lebih RM 100K pada masa kini dan pelaburan Public Mutual melalui KWSP juga boleh mencecah RM200K setelah pencen nanti. Dari perkiraan jumlah simpanan tadi, rasanya cukup membiayai kehidupan selepas pencen.

Kesimpulan dari keseluruhan topik ini, bekerja sektor awam adalah pilihan terbaik. Sektor swasta boleh bagi mereka yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Bekerja sendiri adalah suatu pilihan alternatif bagi mereka yang tidak suka bekerja di bawah arahan orang lain. Kita lah kuli kitalah 'tauke'. Walau bagaimanapun perlu dibuat perancangan teliti untuk bekerja sendiri kerana anda telah tiada pendapatan yang tetap. Tetapi jika perancangan anda berjaya, anda bakal seorang usahawan muda yang berjaya tidak kira apa sektor anda ceburi.Selamat memilih kerjaya.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008