
Pastinya perkara utama yang menjadi tanda aras ialah gaji. Jika dirujuk era 80-an dan 90-an, tidak dinafikan sektor swasta memberikan tawaran gaji yang lebih lumayan. Umpamanya di tahun 1997, seorang jurutera atau eksekutif junior biasanya memperolehi pendapatan dalam lingkungan RM1500 ~ RM2000 tidak termasuk elaun tertentu bergantung kepada syarikat swasta tersebut.
Kakitangan awam pada masa tu cuma dalam RM1300 ditambah elaun boleh mencecah RM1500 mungkin. Jika dibandingkan pada waktu itu pastinya sektor swasta wajar menjadi pilihan. Tapi keadaan telah berlaku sebaliknya pada masa kini. Sektor awam menawarkan gaji yang lebih tinggi pada masa kini dalam RM2000~RM2500 berbanding swasta masih lagi di takok lama. Pilihan utama pada masa kini pastinya sektor awam.

Operasi syarikat tidak pernah berhenti termasuk cuti umum. Penulis sendiri telah beberapa kali bekerja di hari perayaan termasuk raya haji. Memang telah menjadi polisi syarikat beroperasi semaksima yang mungkin dan mengurangkan kos 'down time'. Ini berbeza denbgan sektor awam yang mana time frame sesuatu projek agak longgar dan diberi tempoh yang lebih lama. Keuntungan bukan matlamat asas kakitangan kerajaan dan ianya lebih kepada perkhidmatan untuk rakyat. Dengan kata lain tekanan kerja pastinya sedikit kurang berbanding sektor swasta. Pilihan terbaik adalah sektor awam bagi yang suka bekerja dengan lebih 'slow & steady'.

Perlu diingat peluang untuk naik pangkat memang ada dalam tetapi anda perlu buktikan kepada majikan bahawa anda memang menyumbang kepada kemajuan syarikat dan bukanlah bergantung kepada senioriti semata-mata. Ini berbeza dari sektor awam dimana senioriti diberi keutamaan. Abang-abang atau kakak yang akan pencen tidak lama lagi pastinya akan dipromosi kepada gred tertinggi dalam Heraki. Ini untuk meastikan beliau mendapat pencen maksima untuk kelayakannya.
Di sini ada pro dan kontra - Sektor swasta tiada had gaji maksima mengikut kelayakan misalnya SPM sekalipun dapat mencecah RM5000 sebagai pengurus jika dia berkebolehan tetapi persaingan terlalu ketat dan tekanan kerja begitu maksima. Siapa saja boleh menjadi senior walaupun baru bekerja 5 tahun asalkan menonjol dan memberi sumbangan yang menguntungkan syarikat. Ini berbeza dengan sektor awam dimana keutamaan akan diberikan kepada senior.
Sektor swasta sentiasa memikirkan keuntungan, anda akan menjadi sibuk setiap masa berbeza dengan sektor awam yang lebih lepang. Pekerja swasta diganggu urusan pejabat sewaktu di rumah atau pada masa cuti adalah perkara biasa tetapi pekerja sektor awam lebih lapang kehidupannya. 'Maaf cik, waktu kerja dah tamat, sila datang besok hari'. Ini adalah dialog yang biasa kita dengar di pejabat-pejabat kerajaan. Ataupun ' maaf Encik, pegawai tiada - esok datang lagi ye'.

Gambar sekadar hiasan - Tiada kena mengena dengan artikel
Bukanlah tujuan penulis merendahkan sektor awam kerana memang begitulah budaya kerja sektor awam - keuntungan bukan matlamat tetapi perkhidmatan yang terbaik. Baik bukan bererti mesti pantas. Jika penulis sendiri diberi peluang untuk mengubah kembali ke tahun-tahun permulaan kerja dahulu pastinya sektor awam menjadi pilihan.
1 comments:
bagus..satu olahan yang cukup jelas untuk pekerjaan swasta dan kerajaan..
Post a Comment