Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, February 25, 2009

Hujah Ilmiah Vs Hujah Nafsu


Agak lama tidak menulis secara ilmiah. Kali ini memilih tajuk di atas berdasarkan keadaan semasa yang begitu ketara setiap individu begitu lantang menyuarakan pendapat masing-masing.

Tidak perlu ditujukan kepada sesiapa akan hal ini kerana setiap dari kita berbeza pendapat. Dalam keluarga sendiri; si isteri berbeza pendapat dengan suaminya. Di tempat kerja bos berbeza pendapat dengan pekerjanya. Dalam arena politik perbezaan pendapat begitu ketara. Setiap pihak : kerajaan atau pembangkang begitu lantang menyuarakan pendapat masing-masing.

Kini adanya kemudahan blog, setiap penulis akan meluahkan pendapat masing-masing dalam 'page' mereka. Persoalannya sejauh mana pendapat setiap individu itu benar dan dikira berilmiah ataupun sekadar cakap kosong sahaja. Kita sebagai pembaca sebenarnya dapat menilai betapa ilmiahnya sesuatu artikel itu atau sekadar borak kedai kopi tanpa sebarang nilai ilmu.

Lebih memburukkan keadaan setiap penulis tetap berhujah dan berpegang dengan pendapatnya walaupun ada pihak lain yang menyuarakan pintasan hujahnya secara lebih ilmiah dan berkualiti.

Maka dengan itu terhasillah satu hujah nafsu yang mana tujuannya lebih untuk menang dalam berhujah dari mencari kebenaran.
Kita sebagai penulis blog harus bertanggungjawab di atas setiap penulisan kita; lebih-lebih lagi atas perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam agama. Kesilapan membuat satu hujahan sehingga ke peringkat mengharamkan sesuatu yang halal kerana semata-mata unutuk menang behujah boleh membawa natijah yang amat buruk.
Lihat ancaman dari Allah melalui firmanNya :-

"Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya." (al-Maidah: 87-88)

Begitulah sebaliknya menghalalkan sesuatu yang telah Qati'e atau jelas secara ijma' ianya haram tetapi sesetengah penulis blog masih menghukumkan harus atas perkara tersebut.
Walaupun ada pembaca atau penulis lain memberi teguran atas kesilapan tersebut tapi beliau tetap dengan pendapatnya walaupun hujahnya amat dangkal sekali.

Jawapan dari Jabatan Agama Islam Selangor ke atas soalan menghalalkan sesuatu yang haram adalah MURTAD. Lihat link asal di bawah :

Lihatlah betapa bahayanya berhujah atas sesuatu yang tidak pasti akan kebenarannya dan boleh menyebabkan rosaknya akidah kita.
Menilai sesuatu penulisan samada ilmiah atau tidak amat mudah sekali. Cukup sekadar kita membaca hujah seseorang penulis yang lebih berdasarkan andaian beliau semata-mata.

Misalnya : kata penulis tersebut " Saya rasa.... ", " Apa yang saya dengar.....", " Menurut kata orang tua-tua......" dan sebagainya. Hujah-hujah begini amat dangkal tahap ilmiahnya dan sebetulnya tidak boleh dijadikan hujah.
Ada juga yang berhujah " Tok imam pun buat... ", " Anak ustaz pun sama.....", " Pensyarah saya pun kata begitu.... ". Adakah kerana title tok imam, ustaz melayakkan apa-apa dari mereka terus dijadikan hujah tanpa menilai kebenarannya.
Kesimpulannya kita perlu menilai isi penulisan berbanding dari siapa maklumat yang diperolehi. Berhujahlah dengan berlapang dada dan menerima pendapat yang lebih kuat walaupun tahap keilmuan pemberi pendapat tersebut lebih rendah dari kita. Hujah mengikut hawa nafsu hendaklah dielakkan kerana boleh membawa natijah yang amat buruk kiranya tidak dibendung dengan baik.

Ambillah sikap berhati-hati dalam menulis blog masing-masing.
Nota : Penulis mengagumi isteri sendiri kerana berupaya mendapatkan rujukan yang berkualiti dalam berhujah. Umpamanya baru-baru ini dalam isu wanita bermusafir. Mampu menyediakan rujukan khusus sebelum memutuskan menerima pakai hukum tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008