Awal tahun 80-an dan sebelumnya, penanaman padi diusahakan secara 'manual' hampir semua prosesnya. Aku juga tidak terkecuali dari sebahagian dari tenaga kerja di waktu itu.
Arwah mak di waktu itu ingin anak-anaknya merasa kesusahan mendapatkan barang seringgit dua dari keringat tulang empat kerat kita. Oleh itu semua ahli keluarga wajib turut serta bersawah.
2 jenis padi diusahakan. Padi huma dan padi bendang.
Kita mulakan dengan padi huma dulu, prosesnya lebih mencabar. Kena teroka kawasan baru, lereng bukit khasnya, tebang pokok, bakar dan bersihkan kawasan. Kawasan yang telah diteroka masih ada pada masa kini iaitu di sebelah 'thenek' kata bapak - satu kawasan bukit lebih kurang 1.5 k.m dari rumah di kampung. Kawasan di belakang rumah Pakteh Non (jiran kampung) - kira-kira 300 meter dari sana.
'Thenek" bermaksud kawasan arah matahari naik - Arah Timur.
Proses menebang pastinya dilakukan oleh kedua orang tua. Mustahil kami adik beradik mampu lakukan. Selepas tu kami akan mula membakar dahan-dahan kayu untuk menyuburkan kawasan tersebut.
Setelah kawasan bersihkan kami akan mula menanam benih padi huma. 2 jenis padi huma : satu putih dan satu lagi jenis hitam. Cara tanam agak istimewa berbanding padi sawah. Kita kena buat lubang, guna kayu yang ditajamkan hujungnya dan masukkan 2 ~ 3 biji benih kemudian timbus. Proses ni sama macam tanam jagung.
Tangan dan kaki memainkan peranan utama. Satu tangan pegang kayu untuk buat lubang, satu lagi untuk masukkan biji benih. Kaki pula untuk timbus balik lubang tu gunakan tumit.
Kerja ni mesti buat dengan cepat sebab nak habiskan 1/2 guni benih boleh bayangkan berapa lama.
Lepas tanam biarkan saja ia membesar. Padi huma special sikit memadai air hujan sebagai sumber air. Tunggu hingga mengeluarkan padi. Jangka masa lebih kurang 2 ~ 3 bulan padi mula berbuah.
Masa ni kena jaga betul-betul sebab banyak burung 'cak' makan padi. Sejenis spesis burung yang kerjanya makan padi. Masih ingat lagi masa tu aku, Bacat (abang), Kak Jah kena gilir-gilir jaga padi.
Untuk memudahkan menghalau burung kami buat patung orang-orangan. Letak empat penjuru sambung dengan tali. Disamping patung tu, letak tin-tin kosong untun mengeluarkan bunyi.
Untuk memudahkan menghalau burung kami buat patung orang-orangan. Letak empat penjuru sambung dengan tali. Disamping patung tu, letak tin-tin kosong untun mengeluarkan bunyi.
Bila burung cak mendekati pokok padi, kita kena tarik tali tersebut - patung akan bergoyang dan tin-tin berbunyi. Burung akan lari. Yang bestnya jaga padi ni....kita nampak burung-burung tu terbang berkawan 10 ~ 20 ekor. Serentak menuju ke satu penjuru ladang kita tarik tali. terbang pula ke kawasan lain. Tarik lagi...
Memang betul-betul kenangan manis walaupun masa tu menyampah gila sebab takleh gi main ngan kawan-kawan.
Kak Jah memang jenis rajin membaca, biasanya dia akan bawa buku cerita atau novel masa tunggu tu. Sebab tu agaknya dia dah boleh buat Master sekarang ni.
Walaupun kerja halau burung cak ni membosankan tapi ianya mengajar erti kesabaran. Ikatan keluarga semakin erat sebab bekerjasama. Arwah mak memang seorang yang bijak mendidik anak-anaknya walaupun tak berkelulusan tinggi. Kesabaran dan ketabahan kami sekeluarga dapat dibentuk secara tidak lansung dari aktiviti ini.
Nasihat yang tak pernah luput dalam ingatan kami semua - Belajar rajin-rajin jangan jadi macam mak bapak. Tengok betapa susahnya nak dapatkan sesuap nasi terpaksa membanting tulang, keringat peluh yang mengalir begitu berharga.
Semoga arwah mak dicucuri rahmat Mu - Ya Allah. Amin....
Bersambung.....
1 comments:
Nasihat yang tak pernah luput dalam ingatan kami semua - Belajar rajin-rajin jangan jadi macam mak bapak. Tengok betapa susahnya nak dapatkan sesuap nasi terpaksa membanting tulang, keringat peluh yang mengalir begitu berharga.
Semoga arwah mak dicucuri rahmat Mu - Ya Allah. Amin....
Patutlah abah cakap sedih sebab terkenangkan arwah mak abah rupanyer..nanti blk kg bawak anak2 ziarah kuburnya..
Post a Comment