Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, February 6, 2009

Kisah Hidup Abah - Bab bela ternakan


Lama tak menulis kisah hidup aku...

Kali ni nak sambung pulak bab bela binatang ternakan.
Idea nak cerita bab ni bila tengok mak mertua dan adik ipar beria-ia nak bela ikan keli.

Terkenang balik kisah lama-lama dulu masa kecik-kecik bela binatang.

Mula-mula kita cerita bab bela lembu dulu.

Masa aku sekolah rendah (awal 80-an), keluarga kami ada banyak lembu yang dibela. Jumlah semua lebih kurang 10 ~ 15 ekor. Dari mana dapat aku tak pasti sebab kecik lagi masa tu. Mungkin bapak beli dari jabatan haiwan kot. tak pun dari penduduk kg yang ada lembu.

Yang pasti lembu-lembu tu dan lebih 3 generasi.
Induk (ibu) dah ada cucu, tu yang jadi banyak jumlahnya. Arwah mak jenis orang yang rajin ternak binatang. Setiap anak lembu yang lahir dah ada tuan empunyanya. Contohnya anak lembu pertama untuk Kak Nab (Kakak ke-dua). Lembu tu akan dijual nanti bila Kak Nab nak melanjutkan pelajaran sebagai modal sebelum dapat biasiswa. Keluarga kami susah, sebab tu kena jadikan lembu sebagai sumber pendapatan untuk menampung kos pembelajaran. Satu lagi sifat terpuji arwah mak dalam menambah sumber pendapatan.

Anak lembu ke-dua untuk Kak Yam (Kakak ke-3) begitulah seterusnya. Kakak sulung dah kahwin masa tu jadi tak ada untuknya.

Setiap dari kami adik beradik kena bersama-sama menjaga lembu-lembu tersebut. Bela lembu tak begitu susah tapi kena rajin. Lembu ni pun ada rutin harian mereka. Ada masa makan, minum, tidur dalam kandang dan sebagainya.

Jaga lembu kena ikut musim padi juga. Bila padi dah tuai bolehlah lepaskan ke sawah. Buka ikatan dan lepas bebas. Kena pantau 2 ~ 3 hari sahaja. Jangan biar pergi jauh sangat. Walaupun banyak ekor tapi boleh cam sebab hari-hari tengok.

Lembu-lembu ni biasanya jalan berkawan. Tak berpecah dari kumpulannya jadi senang kita nak pantau. Kadang-kadang ada lembu dari kumpulan lain masuk tapi yang jantan paling senior akan halau mereka. Tapi bila si jantan ni jumpa betina lain, mungkin dari group lain lupa daratan. Tinggalkan kumpulannya.

Ini binatang...maklumlah. tapi yang pelik tu banyak juga kes sekarang ni orang tinggalkan keluarga sebab gila betina. Perangai dah macam lembu agaknya..

Berbalik cerita lembu tadi, dalam kes seperti di atas tu, kami adik beradik akan gi cari kat kampung sebelah. Kadang-kadang sampai Kuala Janing - kampung yang agak jauh juga dari kampung kami (dalam 10 KM).


Bila musim padi mula ditanam - lembu kena ambik balik dan di tambat. Ikat melalui hidungnya. Lembu ni jenis yang agak keras kepala. Kalau ikat kat tengkok dia buat selamba aja. Tarik macam mana pun dia tetap tak jalan. Orang kampung pandai. Untuk memudahkan lembu jalan bila ditarik, ikat kat hidungnya. Setiap anak lembu yang agak besar sedikit (6 bulan ~ 1 tahun) akan di cucuk hidungnya dengan tali. Mudah untuk kita tarik. Tarik sikit mesti jalan sebab sakit ler...


Kat belakang rumah ada kandang lembung. Besarnya cukup untuk mengisi semuanya.


Rutin harian lembu ni kena jaga. Masa makan, minum, tidor dan sebagainya kena tepati masanya. Pagi-pagi kena keluarkan dari kandang. Tarik dan cari tempat banyak rumput dan tambat.


Walaupun tali dah diikat di hidung, kadang-kadang degil juga. Buat don't know je.. maklumlah yang tarik tu aku, dia tak heran.

Jadi untuk memudahkan urusan tarik lembu ni, Bacat (Abangku) akan tarik. Aku jadi tukang pukul kat belakang. Kalau tak pukul punya la lambat jalan.

Tengah hari kena bawak lembu tadi gi minum air pulak. Nasib baik ada sungai kat belakang rumah. Jadi tarik semuanya dan bawa gi sungai je...

Kerja ni dah jadi rutin harian aku ngan Bacat terutama waktu cuti sekolah ngan weekend. Lepas bagi mimun air tarik pindah tempat lain pulak. Petang nanti tarik masuk kandang.


Sebab hari-hari main dengan lembu-lembu tu, depa macam kenal kita. Setiap ekor ada nama masing-masing. Senang nak panggil. Ada Pak tam, tompok, come, ibu dan sebagainya.

Malam kena bakar sabut kelapa kat lembu-lembu tu. Belakang rumah kan banyak nyamuk, lembu kena jaga takut kena penyakit. Setiap 3~6 bulan jabatan haiwan datang check kalau-kalau ada penyakit kuku dan mulut.

Keseluruhan cerita ni, bela lembu memang merumitkan. Ni belum kira kena mandikan lembu bila kotor sangat. Kita pula kadang-kadang terkena tahi - perkara biasa.
Bau takyah cakap. Balik dari tambat lembu mesti baunya semerbak. Pandai-pandai la cuci...

Bila fikir balik zaman tu, kami sekeluarga memang tabah. Sebab hidup susah sanggup bela macam-macam binatang untuk tambah pendapatan. Kalau sekarang ni rasa mungkin agak susah nak lalui sekali lagi.

Sebab tu arwah mak sentiasa nasihat kami, belajar rajin-rajin - jangan jadi macam mak bapak buat kerja kampung. Al-hamdulillah berkat doa mak, semua kami adik beradik agak berjaya dalam hidup walaupun suatu ketika dulu pernah bersusah payah bela lembu. Sebusuk busuk tangan bau lembu ni berjaya juga menjejak universiti.

Pantang larang jaga lembu : jangan pakai baju merah - nanti kena tanduknya..

Bersambung.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008