Ada dari penyunjung blog arriesfamily bertanya tentang APQP. Bagi mereka yang tidak pernah terlibat dengan Sistem Pengurusan Qualiti (Quality Management System) ianya suatu yang amat asing dan sukar memahaminya. Secara mudahnya bagi mereka yang bekerja di industri pembuatan automotif, APQP adalah suatu yang lumrah dan perlu dipraktikkan.
APQP adalah singkatan dari Advance Product Quality Planning yang bermaksud Perancangan untuk Kualiti Produk secara advance. Dengan kata lain ia merupakan perancangan untuk menjamin mutu sesuatu produk tersebut dibuat secara rapi sebelum proses pengeluarannya.
Amalan biasa sesebuah organisasi pengeluar adalah menyediakan perancangan bila produk itu hendak dihasilkan paling awal semasa proses percubaan pengeluaran (trial production). Kini melalui APQP setiap pengeluar wajib merancang dengan teliti apa yang perlu disediakan sejak dari tempoh "design' lagi.
Apa yang perlu ada dalam APQP ? Apakah persediaaan yang perlu disediakan ? Pastinya setiap process dirancang melalui Carta Process (Process Flow atau control plan) . Ianya satu keutamaan. Dari process flow disediakan pula FMEA. Baca mengenai FMEA dalam artikel sebelum ini :
http://arriesfamily.blogspot.com/2011/03/apa-itu-fmea.html
Selain itu juga disediakan Kawalan mutu berstatistik (Statistical Process Control-SPC), Analisa Sistem pengukuran (Measurement System Analysis-MSA). Setiap proses pastinya mempunyai Arahan kerja (Work Instruction-WI) maka perlu disediaskan terlebih dahulu sebelum proses pengeluaran bermula.
Setelah kesemua persediaan lengkap (FMEA, SPC, MSA, WI dll...) maka disediakan pula process kelulusan yang dipanggil PPAP (Production Part Approval Process). Sampel dikeluarkan dan diluluskan oleh pelanggan. Segala data berkaitan produk diserahkan kepada pelanggan (customer) beserta sampel untuk kelulusan. Proses ini PPAP juga sebahagian dari keseluruhan APQP.
Kesimpulannya bagi sesebuah syarikat pengeluar untuk industri automotif seperti Proton, Perodua, Toyota dan lainnya maka APQP adalah wajib disediakan terlebih dahulu sebelum proses pengeluaran. Di dalam fail APQP tersebut disertakan bersama semua keperluan seperti Control Plan, FMEA, SPC, MSA, WI, PPAP dan lain-lain dokumen sokongan.
Customer akan membuat siri audit untuk pengesahan dokumentasi APQP tersebut beserta pengesahan kualiti produk tersebut. Dengan kata lain, sesuatu produk hanya akan diluluskan sekiranya dokumentasi APQP sempurna beserta sampel yang memenuhi spesifikasi. Walaupun sebaik mana kualiti produk tersebut tetapi jika tidak lengkap dokumentasi maka ia akan ditolak (reject).
APQP memang agak merumitkan persediaannya tetapi telah menjadi kemestian bagi setiap pembekal (vendor) automotif. Tidak dapat tidak vendor automotif mesti mempunyai APQP dalam sistem kualiti mereka.
0 comments:
Post a Comment