Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, May 3, 2011

Sukarnya membimbing anak2



Tajuk kali ni berkaitan kelemahan diri sebagai bapa dalam membimbing anak-anak. Setiap ibu bapa bercita-cita melihat kejayaan anak-anak termasuk juga aku dan isteri. Kejayaan pastinya diukur dari pencapaian akademik dan juga siasah kanak-kanak tersebut.

Jika dilihat dari segi akademik, Arrie pada tahap agak memuaskan tetapi masih jauh dari sasaran. Pastinya sasaran utama adalah 5A. Purata pencapaian cuma 3 A sehingga darjah 4 ini. Iffa agak membimbangkan kerana masih di kelas kedua walaupun maintain dalam 2 ~ 3 A.

Selain keputusan akademik pastinya bercita-cita melihat anak-anak yang berakhlak mulia. Sentiasa hormat orang tua, mendengar kata dan tidak degil. Malangnya dalam insiden beberapa hari yang lalu mengecewakan mama dan abah. Arrie, Iffa dan Ammar seolah-olah hilang kawalan. Bergasak tidak keruan bila mama dan abah tiada di rumah dan dijaga sementara oleh Kakak Umaira.

Lebih mengecewakan bila perkara itu disampaikan oleh orang lain tentang kenakalan anak-anak kita. Bila ke rumah buyut dapat lagi teguran tentang anak-anak kita yang tidak mendengar kata orang-orang tua. Tidak mengendahkan suruhan untuk mandi dari buyut sendiri. Walaupun ianya kecil bagi sesetengah orang tapi ia mencerminkan akhlak anak tersebut.

Semua maklumat tentang kenakalan atau ketidak sempurnaan siasah diri anak-anak kita umpama satu tamparan hebat atas usaha selama ini. Arrie dan Iffa mungkin masih tidak memahami betapa kecewanya mama yang telah berusaha keras mendidik anda semua. Melihat keluhan mama juga menjadikan abah hilang kesabaran.

Artikel ini abah tulis untuk menyatakan bahawa kami (mama dan abah) sentiasa mengambil berat tentang anak-anak semua. Kami kecewa kiranya segala usaha tidak membuahkan hasil tapi bukan beerti kami tidak sayangkan kamu semua.

Semoga suatu hari bila kamu sudah besar dan membaca kembali artikel ini dapat memahami bahawa mama dan abah memang menginginkan untuk melihat kejayaan kamu semua - dunia dan akhirat. Tetapi kegagalan pada beberapa insiden sebelum ini agak mengecewakan. Kegagalan kamu semua menjadi reflex kepada kegagalan kami dalam membimbingmu.

Ibu mana yang tidak sedih bila ada yang melaporkan akhlak buruk anak mereka. Walau bagaiamanapun semoga kegagalan kali ini akan menjadi pencetus semangat untuk kami (mama dan abah) meningkatkan usaha dalam membimbing anak-anak semua.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008