SELAMAT pagi panel pengadil, Kelompok Sekular, Kelompok Rohaniah dan hadirin sekalian. Sebelum kita mulakan Perbahasan Pemikir Prima (3P) ini mari kita baca surah Fatihah agar Allah berkati perbincangan ini. Al-Fatihah."
Ucapan pengerusi bahas membuka tirai 3P yang diadakan sempena Bulan Bahasa 1996 di auditorium Perpustakaan Bandar Baru Cendekia. Setelah surah itu selesai dilafaz oleh hadirin, perbahasan terus dimulakan.
Agak berat mauduk bahas pagi ini. Namun, seberat-berat mauduk tidaklah seberat hati hadirin meninggalkan bangku walau seminit untuk ke tandas. Hakikatnya, semua yang hadir tidak mahu ketinggalan mengikuti setiap butir perbahasan.

Pencadang, yakni Kelompok Rohaniah, diwakili oleh Ustaz Sharel, Doktor Taufik dan Profesor Mavrik. Pembangkang pula, yakni Kelompok Sekular, diwakili oleh Cikgu Husin, Doktor Eric dan Profesor Surin. Masing-masing kelihatan kemas dengan jas hitam, kemeja putih dan lengkap berdasi.
Sudah lama perbahasan ini dinantikan penduduk Kota Maddia yang saban hari kian keliru melihat keruntuhan tamadun mereka. Pagi ini mereka berasa bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini nampaknya bakal menjadi nyata. Mereka amat berharap agar 3P dapat menghuraikan kebuntuan dalam mengatasi masalah sosial mereka.
Ustaz Sharel berdehem beberapa kali sebelum memulakan perbahasan yang dihadiri oleh lebih 500 penonton.
"Assalamualaikum para hadirin budiman. Sebelum membentangkan hujah-hujah saya, biarlah saya huraikan dulu maksud mauduk yang akan kita bahaskan iaitu Drama dan filem hiburan perlu dibasmi demi membina masyarakat berhemah tinggi.

"Pertama, saya akan jelaskan takrif 'drama'. Perkataan 'drama' berasal dari bahasa Yunani kuno yang bererti 'lakukan' atau 'buat'. Drama pada dasarnya adalah penceritaan kisah hidup manusia yang disajikan kepada masyarakat sebagai hiburan. Lazimnya perkataan 'drama' digunakan untuk persembahan lakonan di atas pentas.
"Filem yang dimaksudkan dalam mauduk bahas pula ialah wayang atau lakonan yang dibuat di luar pentas khusus untuk hiburan penonton. Ia melibatkan penggambaran melalui kamera dan disajikan melalui media elektronik seperti projektor, video, televisyen dan sebagainya.

"Masyarakat berhemah tinggi bermakna masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dan menjauhi perbuatan maksiat seperti judi, rasuah, pelacuran, zina dan sebagainya. Lantas, apakah kaitan antara drama, filem hiburan dan masyarakat berhemah?
"Dalam kajian kami, kebanyakan drama dan filem hiburan, sama ada yang dihasilkan oleh penerbit tempatan atau luar negara, lebih cenderung membawa keburukan kepada masyarakat. Justru, kami berpendapat, drama dan filem hiburan perlu dibasmi demi membina masyarakat berhemah tinggi.

"Drama telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. dan bertakat atau survive hingga ke hari ini. Menurut kajian ahli sejarah, banyak tamadun kuno seperti India, Cina, Jepun, Afrika dan Dayak Amerika tidak asing kepada drama yang dianggap sebagai hiburan. Namun, satu hakikat menarik ialah tamadun Arab silam tidak pernah memiliki drama pentas walau dalam zaman kegemilangannya. Dengan lain perkataan, drama tidak pernah menjadi sebahagian budaya masyarakat Arab silam. Sedarkah hadirin tentang hakikat ini?
"Saya akan jelaskan mengapa drama tidak pernah diminati masyarakat Arab silam. Ada hujah mengatakan kaum Arab tidak tahu menikmati drama kerana bangsa tersebut sering berperang lalu tiada masa untuk menghargai seni. Tetapi kita tahu bahawa orang Arab zaman dulu telah maju di bidang kesusasteraan. Bahkan pada zaman Nabi Muhammad saw para penyair dan penulis seperti Zaid bin Thabit amat dikagumi dan dihormati. Jelasnya, ada faktor lain yang menyebabkan drama tidak pernah popular di kalangan masyarakat Arab silam!"
Ustaz Sharel begitu bersemangat menceritakan secara ringkas sejarah drama. Kegelisahannya sebelum berucap terus hilang apabila dia dapati hadirin tampak terpaku mendengar penjelasannya.
"Bangsa Arab yang berpuak-puak mula bersatu sebagai bangsa yang bertamadun tinggi setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah diutuskan untuk meningkat kan tamadun manusia sejagat selain menghapuskan kejahilan bangsa Arab. Ajaran junjungan kita diamalkan oleh pengikutnya dengan penuh kesedaran.
"Masyarakat Arab yang terpesona dengan keindahan bahasa Quran, sentiasa menjadikan al-Quran panduan hidup mereka. Faktor ini yang menyebabkan drama tidak disanjungi masyarakat Arab pada waktu itu. Mereka punya konsep dan perspektif tersendiri tentang seni dan tidak pernah mengangkat drama sebagai budaya penting.
"Maka tidak hairanlah seni drama yang lazimnya penuh kepuraan dan kebatilan tidak dianggap perlu oleh masyarakat Arab silam. Lantaran itu, drama tidak pernah diiktiraf sebagai seni Islam.
"Maka tidak hairanlah seni drama yang lazimnya penuh kepuraan dan kebatilan tidak dianggap perlu oleh masyarakat Arab silam. Lantaran itu, drama tidak pernah diiktiraf sebagai seni Islam.
Krinnnggg!
"Kita harus melihat drama dan filem hiburan daripada perspektif yang betul. Sebagai masyarakat beragama Islam, perlukah kita menghidupkan drama dan filem hiburan? Soalan ini telah sering saya kemukakan kepada umum. Lazimnya masyarakat mengatakan bahawa kita tidak harus berfikiran sempit. Drama haruslah dianggap sekadar hiburan atau escapism.
"Saya akui bahawa Islam tidak menghalang hiburan, tetapi ada batas-batas yang tidak boleh dilanggar. Apa yang setiap hari disodorkan kepada masyarakat kita hari ini adalah drama dan filem hiburan yang tidak membina pemikiran masyarakat, malah menghancurkan.
"Cuba teliti judul filem berikut: Permpuan, Isteri dan…, Nafsu Perawan, Nikmat Cinta Terlarang. Judulnya saja sudah cukup memberi gambaran tentang ceritanya. Semuanya membawa tema erotis yang boleh melalaikan penonton. Filem begini laris di pasaran hingga penerbit filem berlumba-lumba menghasilkan filem demikian. Kesannya boleh menjejas pemikiran masyarakat hingga bertindak tidak senonoh. Sudahnya mereka menjadi masyarakat permisif."

Loceng telah dua kali dibunyikan. Ustaz Sharel terpaksa berhenti setakat itu walau banyak lagi yang ingin dikatakannya. Beberapa hadis dan maksud firman Allah belum sempat dibentangkan untuk menguatkan hujahnya.
Kini, giliran Cikgu Husin membangkang cadangan Ustaz Sharel.
"Hadirin, apa yang dikatakan Ustaz Sharel mungkin sebahagiannya benar. Misalnya, tentang asal-usul drama. Tetapi usahlah keliru dengan dakwaan beliau. Adakah hadirin percaya segala kata-kata ustaz sedangkan kita maklum, sewaktu beliau mengajar di sebuah maktab rendah dulu, beliau juga pernah menghasilkan skrip drama sebelum mendapat gelaran ustaz!
"Mungkin ustaz begitu lantang menentang drama sebab impiannya untuk menjadi Shakespeare atau P. Ramlee tidak kesampaian! Atau mungkin ustaz cemburu melihat kejayaan sasterawan negara yang lebih dihormati dan disanjungi masyarakat?
"Yang nyata, ustaz tidak pernah hidup di zaman Nabi. Bagaimana ustaz begitu yakin bahawa kaum Arab silam tidak memiliki drama? Catatan sejarah selalu boleh diputarbelit. Mungkin karya-karya agung Shakespeare adalah terjemahan manuskrip Arab yang telah dicuri dari arkib kesusasteraan tamadun Arab!? Bukankah bangsa Arab tersohor dengan karya estetik seperti Seribu Satu Malam, Ali Baba, Pelayaran Sinbad dan lain-lain yang berupa khayalan?
"Tidak pernahkah cerita-cerita itu dilakonkan orang Arab? Seseorang ibu yang menyampaikan cerita dongeng kepada anak kecilnya pun tidak lepas daripada melakonkan watak-watak dalam sesatu cerita. Misalnya dari raut muka, intonasi suara, pergerakan tangan dan sebagainya. Adakah hukum berlakon seperti itu salah? Beranikah ustaz Sharel mengeluarkan fatwa mengatakan berlakon itu haram, sedangkan dalam Quran, setahu saya tidak ada ayat yang mengharamkan lakonan!
"Usahlah melihat lakonan dari sudut negatif. Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada menonton drama dan filem hiburan. Melalui drama dan filem, masyarakat boleh diajak berfikir tentang kehidupan. Contohnya, bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah, bagaimana untuk hidup rukun, bagaimana untuk mencapai kejayaan dan sebagainya.

"Lazimnya cerita yang digarap menyampaikan utusan bahawa kebaikan akan mengatasi kejahataan. Inilah falsafah yang cuba diterapkan ke dalam pemikiran masyarakat. Usahlah ustaz hebohkan keburukan drama sedangkan ustaz gagal memahami utusan yang disampaikan.
"Mengapa ustaz tidak luangkan masa menonton drama bermutu seperti Anak Nazar Tujuh Keramat atau menonton filem-filem kisah nabi seperti The Ten Commandments, The Message dan sebagainya. Filem perjuangan seperti Malcolm X juga banyak memberi pengajaran dan menimbulkan keinsafan. Begitu juga Forrest Gump yang mengajar kita agar menghadapi hidup dengan tenang dan tidak berputus asa.
"Saya rasa tidak munasabah membasmi drama dan filem hanya kerana terdapat segelintir drama picisan. Saya sendiri meluat menonton filem yang digarap secara semberono. Pokoknya, saya bersikap selektif. Saya hanya menonton drama dan filem bermutu. Saya percaya kebanyakan penonton juga begitu."

Cikgu Husin tersenyum puas mendapat tepukan gemuruh daripada penyokongnya. Kini giliran Doktor Taufik mengemukakan hujahnya.
"Terima kasih Cikgu Husin kerana membuat saya terfikir tentang kemungkinan Shakespeare menciplak karya-karya penulis Arab. Ini satu hipotesis yang boleh dikaji. Tapi, saya lebih berminat menarik perhatian hadirin kepada sebuah laporan majalah Inggeris, Perspective, yang diedarkan di seluruh dunia.
"Menurut satu rencana edisi Januari 1996, masyarakat Islam sedang menuju kehancuran walau terdapat anggapan bahawa Islam sedang bangkit. Saya tukil bahagian akhir rencana tersebut. Untuk tidak memutarbelitkan fakta dan meyakinkan cikgu Husin, saya bacakan tulisan John Russell dalam bahasa aslinya:
"Evidently, the people of Maddia City are becoming more liberal. Cohabitation has become a norm among the society. According to official figures, the number of AIDS patients in Maddia City is among the biggest in the world. The crime rate in Maddia City surpasses all the big cities in Southeast Asia. In short, Maddia City is experiencing a spiritual drought. Apparently, the teachings of Islam, the official faith of the society, are gradually being forgotten."

"Apakah implikasi laporan tersebut? Bagi saya, pertama, masyarakat kita sedang sakit tenat di mata bangsa asing. Kedua, ajaran Islam sebagai benteng kemungkaran, kini kian dipandang remeh. Misalnya, sebahagian anggota masyarakat kita tidak lagi memandang berat soal halal/haram sesuatu perkara.
"Ketiga, masyarakat kita kurang kritis atau lebih cenderung bersikap pasif dan apathetic. Keempat, kita ketandusan ulama berwibawa seperti Allahyarham Abdullah Yusuf Ali, penterjemah al-Quran yang mahir pelbagai bahasa. Kesannya, pandangan ulama kurang dihormati hingga penyakit sosial semakin sukar diubati. Namun, kita masih belum terlambat. Kemarau rohaniah yang sedang melanda masyarakat akan segera berakhir jika kita beriltizam memperbaiki keadaan.

"Oleh itu, kami cadangkan agar masyarakat mengubah tanggapan mereka terhadap drama dan filem hiburan yang kebanyakannya menyuburkan budaya hedonis. Tentu hadirin masih ingat betapa masyarakat kita gempar pada suatu masa apabila beberapa pelakon filem ditangkap pihak berkuasa kerana melacur.
"Kes ini bagaimanapun tidak memeranjatkan bagi saya, kerana dalam sejarah awal drama Inggeris misalnya, pelakon wanita kebanyakannya terdiri dari pelacur dan perempuan simpanan. Kajilah biografi Aphra Behn, antara pelakon wanita dan penulis skrip drama yang moralnya sering dipersoalkan.
"Yang nyata, drama dan filem hiburan gagal menyemai sifat zuhud dalam anggota masyarakat."

Kini giliran Doktor Eric menyanggah pendapat Doktor Taufik.
"Pertama, saya mohon maaf jika pandangan saya mungkin menyinggung emosi hadirin yang beragama Islam. Sebagai seorang atheis, saya akui saya kurang arif tentang hukum berlakon dari pandangan Islam. Selama ini saya sangka Islam membenarkan lakonan kerana saya dapati masyarakat Melayu begitu mengagungkan seniman P. Ramlee. Selain itu, saya juga dapati ada pemimpin masyarakat Melayu yang menggalakkan seni lakon di kalangan masyarakat Melayu/Islam.
"Setelah memikirkan hujah Ustaz Sharel dan Doktor Taufik, saya dapati isu ini semakin komplex kerana melibatkan perspektif yang berbeza. Saya melihat isu ini dari sudut sekular semata-mata manakala pencadang melihatnya dari sudut spiritual.
"Tetapi, saya tetap tidak setuju jika drama dan filem hiburan dianggap sebagai punca keruntuhan akhlak. Filem hiburan boleh menyampaikan mesej murni secara efektif seperti yang disentuh oleh cikgu Husin tadi. Lakonan juga perlu untuk mengiklankan sesuatu produk.

"Jika lakonan dibasmi, apa akan terjadi kepada mereka yang berlakon sepenuh masa untuk menyara hidup? Bagaimana dengan nasib industri perfileman yang menyediakan banyak ruang pekerjaan?
"Untuk membina masyarakat berhemah tinggi, yang perlu dibasmi bukan drama dan filem hiburan, tetapi sikap mementingkan diri sendiri! Inilah yang harus diberi perhatian.
"Untuk membina masyarakat berhemah tinggi, yang perlu dibasmi bukan drama dan filem hiburan, tetapi sikap mementingkan diri sendiri! Inilah yang harus diberi perhatian.
"Tanpa menonton drama atau melibatkan diri dalam dunia lakonan sekalipun, seseorang akan rosak akhlaknya jika bersikap mementingkan diri sendiri. Misalnya, mereka yang menganggotai kongsi gelap dan terlibat dalam jenayah. Orang-orang seperti ini lazimnya tidak berminat terhadap teater dan tidak tahu menghargai seni. Baikkah akhlak mereka?
"Ironinya, kita dapati ada orang yang memperalatkan agama untuk memenuhi kepentingan sendiri. Contohnya, orang 'alim' yang mengembangkan nikah mutaah dan ustaz palsu yang menyebarkan ajaran sesat. Hadirin juga tentu masih ingat kisah tragis pemimpin spiritual, David Koresh di Amerika dan Shoko Asahara di Jepun yang menimbulkan huru-hara kepada masyarakat.

"Saya percaya baik atau buruknya akhlak seseorang bergantung kepada hatinya, bukan agamanya. Oleh itu, pada hemat saya, drama dan filem hiburan tidak perlu dibasmi. Apa yang seharusnya kita buat ialah menghasilkan karya-karya bermutu agar dapat merangsang pemikiran masyarakat.
Krinnnggg!
Penyokong Kelompok Sekular memberi tepukan gemuruh kepada Doktor Eric. Penyokong Kelompok Rohaniah pula hanya dapat menahan geram. Kini, giliran Profesor Mavrik menggulung hujah bagi pihak pencadang.
"Apabila menyebut filem, ada 3 jenis filem yang tergambar di benak saya. Pertama filem aksi seperti James Bond yang selalu ditayangkan di pawagam. Kedua, filem dokumentari seperti National Geographic yang sering ditayangkan di televisyen. Ketiga, filem kartun seperti Mickey Mouse dan Donald Duck yang digemari pelbagai lapisan masyarakat.
"Filem yang perlu dibasmi tentulah filem hiburan yang banyak melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Saya tidak menentang filem bercorak dokumentari atau kartun selagi isinya tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
"Saya setuju dengan Dr Eric bahawa drama 'bukan punca keruntuhan akhlak'. Tetapi, itu dilihat dari sudut pandangan bukan Islam. Saya juga setuju dengan Cikgu Husin bahawa filem seperti Malcolm X dan Forrest Gump boleh membentuk pemikiran positif. Tetapi dalam filem yang sama, ada diselitkan adegan berzina. Bukankah itu contoh jelas bahawa lakonan boleh mencemarkan keperibadian pelakon?
"Jika bangsa Arab yang suatu ketika dulu begitu jahil boleh menjadi bangsa agung tanpa mengangkat drama dalam budaya mereka, mengapa bangsa Melayu dan umat Islam amnya masih berkiblatkan Hollywood yang sentiasa cuba merosakkan pemikiran orang Islam melalui pelbagai cara?

"Sedarkah hadirin bahawa orang Kristian sendiri pernah menutup pentas drama dalam tahun 1642 hingga 1660. Kajilah sejarah drama Inggeris.
"Banyak filem hiburan yang ditayangkan di pawagam-pawagam hari ini diimport dari Amerika. Kaum apakah yang memonopoli industri perfileman di sana? Fikrah masyarakat Islam telah terjajah sejak Barat mengeksport budaya hedonis melalui filem ke serata dunia pada awal kurun ini.

"Yang menyedihkan, masyarakat Arab moden juga tidak terlepas dari pengaruh budaya drama. Misalnya, dalam laporan akhbar Utusan Tenggara 20 Jun 1996, 'Akhir-akhir ini ramai penerbit dan pelakon Mesir didakwa di mahkamah kerana memaparkan adegan sex atau dedah aurat bagi menarik penonton.'
"Lantaran itu, masyarakat Islam mesti jelaskan kepada bukan Islam bahawa kita memiliki budaya tersendiri yang berteraskan Islam. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dalam drama dan filem hanya meninggalkan kesan negatif kepada mereka yang cuba menghayati ajaran Islam.

"Seperkara lagi, usah terpedaya dengan dakwaan sesetengah pengeluar filem bahawa mereka menghasilkan filem untuk membina masyarakat. Saya tukil pengakuan pelakon Tamil terkenal, Jaishanker, yang dimuatkan dalam majalah Movieland, edisi Oktober 1992.
'Cinema is only a show business and the people in it are there only to earn money!'
'Cinema is only a show business and the people in it are there only to earn money!'
"Ingatlah maksud firman Allah dalam surah Asy Syu'araa, 'Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap-tiap lembah dan bahawa mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan.'
"Penulis dan penyair harus sedar tanggungjawab mereka dan usah terlalu ghairah berdrama.
"Hadirin, oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya terpaksa pendekkan bicara saya. Apapun hujah pembangkang, kami berpegang teguh kepada pendirian bahawa drama dan filem hiburan perlu dibasmi demi membina masyarakat berhemah tinggi."

Profesor Surin tidak sabar menanti giliran untuk berucap. Sebaik saja Profesor Mavrik duduk, beliau terus berdiri dan menghentak meja dengan buku limanya. Semua hadirin terperanjat melihat gelagatnya.
"Hadirin sekalian, usahlah terpengaruh dengan sikap fanatik Profesor Mavrik. Kita perlu membasmi faham fanatik dan belajar mengikuti perkembangan zaman.
"Drama dan filem hiburan mesti diteruskan jika kita mahu bergerak ke depan! Profesor Mavrik seharusnya melihat drama dan filem dari sudut positif. Bukankah drama dan filem boleh dijadikan media untuk berdakwah? Kita boleh menyeru penulis Melayu/Islam menghasilkan filem bermutu seperti The Message dan Malcolm X.
"Saya berani pertahankan pendirian saya bahawa lakonan dibenarkan oleh Islam jika niat utama penulis skrip ialah untuk membina pemikiran masyarakat dan bukan untuk mengaut keuntungan kebendaan sahaja. Jika kata-kata saya ini salah, saya rela terima padahnya."

Tiba-tiba, seluruh auditorium bergegar. Semua lampu terpadam. Suara Profesor Surin hilang serta-merta. Kesunyian yang mengerikan menyelubungi auditorium buat beberapa saat sebelum hadirin mula tertanya-tanya apa yang terjadi.
Apabila lampu bernyala semula, para hadirin terkejut besar. Ada yang pengsan dan ada yang menjerit histeria. Profesor Surin tercegat kaku seperti patung. Muka dan seluruh tubuhnya rentung. Seperti disambar halilintar…

Jun 30, 1996
Berita Harian (S) Ogos 23, 1996, m10;
Berita Harian (S) Ogos 30, 1996, m5;
Meredah Badai, 2005
Aphra Behn (1640-1689) ialah novelis dan dramatis yang dikenali sebagai penulis wanita pertama Inggeris.
Berita Harian (S) Ogos 23, 1996, m10;
Berita Harian (S) Ogos 30, 1996, m5;
Meredah Badai, 2005
Aphra Behn (1640-1689) ialah novelis dan dramatis yang dikenali sebagai penulis wanita pertama Inggeris.
0 comments:
Post a Comment