Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, March 20, 2009

Padah Banyak Bercakap





Banyak cakap undang pelbagai padah
(B Harian, 12.02.2005)


NABI Muhammad saw diutuskan oleh Allah ke dunia ini bagi membawa dan menunjukkan teladan baik dan murni bagi menjadi ikutan umat manusia. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” (Suruh al-Ahzab, ayat 21).

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat itu menjelaskan bahawa Rasulullah saw dapat diteladani dalam beberapa aspek termasuk:
Dalam perkataannya, Baginda menjadi ikutan sebagai insan yang berbicara sesuatu dari hati nuraninya yang ikhlas. Baginda tidak berbicara dan berkata sesuatu yang tidak diperlukan, apatah lagi yang sia-sia.
Baginda berbicara sesuatu yang mempunyai hubungan dengan kepentingan umat dengan bahasa yang mudah difahami. Baginda sentiasa jujur dan benar. Rasulullah saw berpesan bahawa sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik atau diam saja.

Di sini, jelas antara perbuatan mulia yang disarankan Baginda adalah supaya diam.
Ulama tasauf juga menasihatkan kita agar lebih banyak mendiamkan diri atau kurangkan percakapan yang tidak berkaitan dengan dirinya supaya lidah tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa bencana.
Rahsia yang tersembunyi dalam diam banyak, termasuk meningkatkan tahap pemikiran, mengajar jiwa agar lebih warak dan mendekatkan diri kepada sifat takwa.

Rasulullah saw ketika menjawab pertanyaan Uqhbah bin Amir mengenai perkara yang boleh menyelamatkan diri pada hari akhirat, dengan bersabda bermaksud: “Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak sepatutnya, selesakanlah rumahmu dan menangislah di atas dosa-dosamu."
Sabda Baginda lagi: “Seseorang hamba itu tidak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Tuhannya sehingga dia menjaga lidahnya."

Diriwayatkan oleh Abu Naim Al-Asfahani, dari Ibrahim bin Adham, Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya: "Hai anakku! Bahawasanya seorang lelaki, dia akan terus bercakap hingga dia dikatakan bodoh, sedangkan dia bukanlah seorang yang bodoh.
“Dan seorang lelaki dia akan terus berdiam diri, hinggalah dia dikatakan seorang yang sopan santun, sedangkan dia bukanlah begitu."

Kata Luqman lagi: “Barang siapa yang tidak berbincang akan menyesal, barang siapa yang duduk bergaul dengan ulama akan menjadi alim dan barang siapa yang kurang percakapan kesihatannya akan berkekalan.”

Dalam hal diam, Imam Syaf'ie berpesan: “Banyak orang berkata: "Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?"
“Aku katakan kepada mereka: Menganggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila adalah kebajikan jiwa.
“Dalam sikap diam juga ada penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak.”

Imam Syafie berkata lagi: “Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak rugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.”


Nota : Semoga dapat diambil pengajaran dari artikel B. Harian ini.
Diam bukan beerti lansung tidak bertegur sapa tapi kurangkan dari bercakap perkara yang tidak perlu kerana dikhuatiri akan menyakiti teman bicara kita. Walau bagaimanapun diam hingga mnumbulkan ketidakselesaan satu pihak lagi mesti dijauhi- setuju dengan pendapat mama. Insya-Allah akan berusaha ke arah yang lebih baik, Aminn.... (Suhaimi)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008