Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, June 9, 2010

Tidak hina orang yg merendah diri



Dalam menyelusuri kehidupan seharian, tidak dapat tidak kita akan bersua, bertemu dan berjumpa dengan mereka yang telah sebati dengan sifat tercela ini. Orang berkereta besar kita juga ingin berkereta besar, orang berumah besar, kita juga ingin berumah besar. Tujuannya untuk berbangga diri..Bukan semua tapi itulah majoritinya.Beruntunglah jika kita dapat menjauhi diri dari sifat mazmumah ini.
Semoga artikel di bawah ini dapat dijadikan pengajaran dan diambil iktibat darinya supaya arriesfamily dijauhkan sifat tercela ini....

...........................................................................................................................................................................

"Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji).

Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina." (Almukmim:60)

Sifat sombong atau takabur ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya.

Ketakburan itu adakalanya dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat. Imam Al Ghazali berkata; "Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar."

Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya.; ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandinginya.

Takabur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam, katanya, "Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah," lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya.

Takabur boleh dibahagi kepada tiga: Takabur terhadap Tuhan, Takabur terhadap RasulNya dan takabur sesama manusia.

Takabur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancamanNya dan memandang remeh segala syariat dan peraturanNya. Takabur dengan Rasulullah ialah enggan mengikuti petunjuknya. Orang Quraisy zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda adalah anak yatim yang miskin. Orang Yahudi pula tidak mahu mengikut Nabi Muhammad kerana baginda bukan dari keturunan Bani Israel. Kebanyakan orang sekarang pula tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah kerana menganggapnya kolot, orthodoks, ketinggalan zaman dan berbagai alasan lagi.

Merasa lebih tinggi dari orang lain adalah takabur sesama manusia. Orang berpangkat tinggi merasa patut dihormati, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Apabila seorang isteri berpangkat tinggi dan ada nama, susah untuk taat dan memuliakan suaminya, sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat.

Seorang alim ulama' bersikap takabur apabila ia memandang remeh terhadap orang lain kerana menganggap dia sahaja yang benar, jika ditegur walaupun benar, teguran itu ditolaknya.

Takabur ialah penyakit hati yang merbahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah. Ditakuti melalui tindak tanduknya akan menampakkan akhlak yang buruk. Kata-katanya pula akan menyakiti orang hingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri . Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah; "Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh."

Urwah bin Azzubair berkata; "Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para sahabat , para aulia' dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak."

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Buat sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Datangkan rasa rendah diri dan berlaku tawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang merendah diri. Allah telah memuji hambaNya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka.


... Petikan dari Portal Komuniti Ukhuwah ...
Link asal:-
http://safisufie.multiply.com/journal/item/38

Lawatan ke Melaka...


Permandangan di sekitar jalan menuju ke St Paul Hill..

Membawa anak2 ke Melaka memeang sangat menyeronokkan. Letih, panas tapi seronok.. ambil masa lebih kurang dua jam, bila sampai kami terus cari jalan ke arah kota A Famosa.. malangnya sampai ke destinasi yang dituju susah pulak nak cari parking. Dari parking lot carrefour semua 'full house' sampailah ke bangunan merah...

Budak2 dah menjerit2 kegembiraan nak turun dari kereta walaupun keta tak dapat parking lagi.. jadi kami anak beranak turun dulu sementara abah tunggu dalam kereta...

Destinasi pertama dihadapan muzium Stadthuys

Makan asikrim dulu sementara menanti abah mencari parking lot..
Nasib baik ambik masa 10 minit je.. sempat gak ambik gambar abah ngan Syirah untuk kenangan

Ambik kesempatan jap bukan senang nak jumpa polis berkuda ni....

Disebabkan cuaca yang amat panas waktu itu kami ambil keputusan untuk membeli topi ditepi2 jalan. Harganya takla mahal sangat...satu topi tu berharga rm5 - rm 8.

Di hadapan kincir air...

Dina begitu asyik meneropong sesuatu..apakah agaknya yang menarik perhatian anak kecilku ni...

Bergambar kejap didepan prototaip menara taming sari...yeay...

Anak2 yang begitu seronok dapat melihat melalui teropong...

Pemandangan dari menara taming sari...



Tiket untuk naik ke menara ni.. Rm10 untuk dewasa manakala kanak Rm5.. bawah 3 tahun percuma...

Destinasi seterusnya... muzium yang ala2 kapal Private Caribbean tu..lupa namanya..


Lepas tu kami terus pergi ke Gereja St Paul...

Trrrtt..trrrrt..ttrrrttt... berangan menjadi askar pertahankan negara...

Meriam berada di mana2....

Align LeftGambar kenangan di hadapan kota A Famosa...

Dah nak balik dah.. lain kali kita pergi lagi ek..Bye....

Akhir sekali dalam perjalan pulang ke Bt Pahat kami singgah makan di Medan Ikan Bakar Umbai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008