Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, February 27, 2009

Anak berbohong?


Dalam mendidik anak kita sering kali mengabaikan cara didikan yang betul. Seringkali kita mengambil sikap endah tak endah apabila anak2 kecil berbohong walaupun kita sedari contohnya kadangkala diwaktu makan semasa berbual2 dengan anak2 kerap kita mendengar cerita yang kurang lojik tetapi kita ambil sikap ketawa dan mengiyakannya dengan alasan untuk menggalakkan anak2 itu bercerita.

Memang benar kita perlu sentiasa berbual agar mereka cenderung dalam melahirkan idea tetapi apabila ianya seakan2 berbohong untuk mengambil perhatian ibubapa seharusnya kita menegur dan melarang anak itu berbohong kerana ianya akan memakan diri anak itu sendiri dan ianya juga bertentangan dengan ajaran islam.

Dalam kehidupan seharian sebagai ibu sudah semestinya kita lebih mengenali sikap dan sifat anak kita seringkali kita cuba menyampaikan mesej bahawa sikap tertentu anak itu harus diubah sebaliknya jarang kata2 kita didengari oleh pasangan. Sehinggakan sikap anak kita yang sering berbohong terbawa2 sehingga usia persekolahan.

Tidak dinafikan perasaan terkilan, kecewa dan marah apabila kita cuba sampaikan kerisauan kita dalam menangani sikap buruk anak2 tetapi diambil tak kisah oleh pasangan akhirnya mengikut kata hati mengajar anak itu dengan cara kekerasan. Apa yang kita mahu ialah teguran dari kedua belah pihak suami dan isteri dengan memberitahu dengan cara yang elok bahawa sikap bohong itu adalah sifat yang tercela walaupun anak itu tak memahami sepenuhnya bukannya mengikut rasa amarah..

Sudah semestinya kita sebagai ibubapa perlu berbaik sangka dengan anak2 tetapi janganlah sampai kita juga terlepas pandang dalam mengekang sifat 2 yang tak baik sedang menguasai diri anak itu.

Banyak perkara yang perlu kita latih di dalam diri anak2 seawal usia teguran perlu di lakukan tanpa memikirkan peringkat usia kerana ianya lebih mudah dipraktikkan berbanding membiarkan sehingga keperingkat tertentu minda anak2 itu sudah terbiasa akhirnya pabila kita cuba mengubah, anak itu sukar untuk menerimanya.

Abdul Malik Bin Marwan berpesan kepada pendidik anaknya :
“Ajarilah dia berkata jujur sebagaimana engkau mengajarinya al qur’an. Bimbinglah ia menuju akhlak yang terpuji dan indah. Ajaklah ia duduk bersama orang-orang besar, terhormat dan memiliki ilmu pengetahuan. Jangan biarkan ia dekat dengan orang-orang rendahan, tidak berbudi dan tidak berilmu, sebab perangai mereka cukup membahayakan. Hormati ia di tempat ramai. Caci dan marahi ia ditempat sepi. Jika ia berbohong, maka pukullah, sebab kebohongan akan akan menggiring dia pada kejahatan. Sedangkan kejahatan akan menjerumuskannya pada api neraka“.

Rasulullah Saw bersabda :
Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari tempatku di hari kiamat, ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dari tempatku di hari kiamat, ialah orang yang cerewet, suka membual dan omong besar (bercakap bohong) :-(HR Tirmidzi )



Ada beberapa faktor menyebabkan anak2 berbohong (Di ambil dari Kosmo-online)

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

PERLUKAH KITA MEMBERI HUKUMAN?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Ingatlah bahawa masa depan anak2 bukan khayalan sebagai ibubapa kita perlu serius dalam mendidik anak.

Wallahualam.



Indahnya Dialek (Bahasa daerah) di Kedah


Umumnya, bahasa di dunia ini bersifat rencam dan bervariasi. Di Malaysia sahaja terdapat berbagai-bagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, dan Portugis. Bahasa inilah yang menggambarkan identiti masyarakat penutur bahasa tersebut. Oleh yang demikian, benarlah slogan untuk memperkasakan bahasa Melayu iaitu Bahasa Jiwa Bangsa yang bermaksud bahasa yang dituturkan akan menggambarkan empunya atau penutur bahasa tersebut.
Bahasa juga mempunyai bermacam-macam ragam pengucapannya. Keragaman pengucapan ini dibentuk sendiri sama ada oleh individu atau masyarakat dengan tujuan tertentu. Antaranya adalah untuk difahami oleh kumpulan masyarakat tersebut sahaja. Maka, lahirlah perbezaan bahasa untuk mewujudkan keetnikkan dan keidentitian kumpulan masyarakatnya. Perbezaan-perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu seperti yang dikatakan itu melahirkan kelainan-kelainan bagi bahasa tersebut, dan kelainan inilah yang disebut dialek atau loghat.
Negeri Kedah merupakan salah sebuah negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Penduduk di negeri Kedah sebenarnya mempunyai dialek tersendiri dan dialek ini melambangkan jati diri bahasa masyarakat di negeri ini.Mengikut sejarah, negeri Perlis dan Pulau Pinang sebenarnya sebahagian daripada Kerajaan Besar Kedah. Namun kesan daripada konflik dalaman negeri Kedah dan tekanan pemerintahan luar, Kerajaan Besar Kedah telah menggadaikan Pulau Pinang kepada East India Company pada tahun 1786 dan Seberang Prai turut mengalami nasib yang sama pada tahun 1800.
Kerajaan Kedah juga telah menyerahkan daerah Perlis kepada kerajaan Siam pada tahun 1821 dan menyebabkan daerah ini terpisah daripada pemerintahannya.Salasilah Kedah menyatakan bahawa kawasan pemerintahan negeri Kedah pada awalnya meliputi negeri Sentol di utara (sekarang negeri ini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Thailand), negeri Perlis, negeri Kedah yang ada sekarang ini, dan pulau-pulau yang terdapat di baratnya seperti Pulau Lagkawi. Ketika Siam menawan negeri ini, Kerajaan Kedah telah dibahagikan kepada empat bahagian dan dua daripadanya ialah negeri Setol dan negeri Perlis.
Oleh yang demikian, pertuturan masyarakat di Setol tidak banyak bezanya dengan percakapan masyarakat di negeri Perlis dan Kedah.Dialek Kedah tersebar hingga ke Perak Utara berlaku atas beberapa faktor. Antaranya ialah faktor kawasan geografi, pemerintahan, peperangan dan penjajahan, perkahwinan, ekonomi dan teknologi telah menyebabkan dialek Kedah lebih mudah tersebar ke kawasan tersebut. Misalannya faktor perkahwinan terdapat seorang Menteri Kedah dan seorang keluarga diraja Kedah yang dikenal sebagai Tengku Akil (Tengku Ya’akub) dikatakan berkahwin dengan wanita Perak daripada golongan bangsawan.
Dialek Kuala Kangsar mempunyai ciri-ciri yang bercampuraduk dengan ciri-ciri dialek Perak. Contohnya Kata Ganti Diri Ketiga mereka, bagi dialek Perak dan dialek Baling di Kedah menyebut dema tetapi dialek Kuala Kangsar menyebut kome. Oleh sebab itu, dialek Kuala Kangsar ini boleh dianggap sebagai kawasan peralihan dialek Kedah kepada dialek Perak. Di kawasan inilah boleh dikatakan berlaku penipisan dialek Kedah.Dialek Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek-subdialek Perlis, Pulau Langkawi, Kedah Persisiran, Kedah Utara dan Pulau Pinang.
Di samping itu, di Kedah juga terdapat dialek yang dikenali sebagai pelet Siam atau pelet Petani. Bahasa ini dituturkan oleh masyarakat di daerah Padang Terap, Sik dan Baling. Ketiga-tiga daerah ini mempunyai kedudukan yang bersempadan dengan Thailand dan Perak. Oleh sebab itu, bahasa ini berkemungkinan meresap ke daerah-daerah tersebut melalui perpindahan penduduk atau hubungan masyarakat melalui kegiatan-kegiatn tertentu seperti hubungan ekonomi.
Kesan daripada perpindahan masyarakat Petani ke daerah Padang Terap, Baling dan Sik telah menyebabkan daerah-daerah ini menjadi kawasan peralihan antara dialek iaitu antara dialek Kedah dan dialek Petani. Di kawasan pertembungan dialek berkenaan, terdapat penduduk yang menuturkan dialek Kedah, dan ada penduduk yang menuturkan pelet Petani. Di samping itu, terdapat juga penduduk yang mencampur-adukkan kedua-duanya.Masyarakat di Baling dan Sik yang menuturkan dialek Petani juga memperlihatkan banyak persamaan dengan dialek Kelantan dan Terengganu.
Menurut Asmah Haji Omar (1985 : 188-189), perkara ini tidaklah bermakna bahawa orang-orang Kelantan dan Terengganu telah berpindah ke Baling dan Sik (sungguhpun kemungkinan ini tidak diketepikan), tetapi ini sebenarnya membuktikan gejala kesinambungan dialek dalam kawasan geografinya.Oleh yang demikian, dapatlah penulis menyimpulkan bahawa dialek Baling sebenarnya mempunyai percampuran daripada pelbagai dialek seperti dialek asal Baling, dialek Kedah Utara, dialek Petani, dialek Perak, dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Dengan yang demikian, unsur-unsur percampuran dialek asing ini telah menyebabkan dialek Baling sukar difahami oleh masyarakat luar malah terdapat juga masyarakat Baling sendiri yang tidak memahami dialek Baling pedalaman kerana kepekatan dialek yang saling berbeza.
Sumber : Kajian Dialek Baling kuliah Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Dr Adi Yasran, 2005.

Wednesday, February 25, 2009

Uniknya Bahasa daerah Padang Terap - part 1


Artikel ini ditulis khusus untuk mengenal pasti istilah-istilah dan penggunaan bahasa yang unik bagi penduduk asal daerah Padang Terap, Kedah. Pembaca boleh berkongsi istilah kiranya berasal dari daerah utara juga....

Kita mulakan mengikut abjad dari perkataan 'air'.
Air disebut 'A' seperti sebutan huruf 'A'.

1) Penambahan 'H' di depan perkataan dari A
Angin disebut ' Hangin '. Terdapat penambahan 'H' didepan perkataan angin.
Anjing disebut ' Hanying' juga penambahan 'H'.
Angkut disebut 'Hakuit', atap disebut 'Hatap'
Angkat disebut 'Hakit'
Kebanyakan sebutan ada penambahan 'H'.

2) Pertukaran huruf 'm' menjadi 'nn'
Asam disebut 'asann'
Ayam jadi 'ayann' , malam jadi 'malann'
Ulam disebut 'ulann' . Istilah ni jarang diguna pakai bagi generasi muda...

Awak atau kamu disebut 'mu' sahaja.
Awak semua - 'kume' atau 'muha'

Abjad B
Bagus/baik/cantik disebut 'molek', amat jarang perkataan bagus digunakan. Sebutan 'molek' kerap digunakan.

3) Hilangnya sebutan 'l' dihujung perkataan
Bakul disebut 'bakuo' antara bunyi u dan o
Awal jadi awaa, kawal jadi kawaa, dodol jadi dodoo..

4) Hilangnya sebutan 'hu' dihujung perkataan
Bahu disebut 'buu'
Tahu jadi 'tuu',
Mahu tak disebut 'muu' tapi disebut 'moh' untuk dibezakan dengan perkataan awak tadi.
Kerap juga disebut 'tak bohi' untuk 'tak mahu' yang diambil dari perkataan 'tak berahi'.

Baling/lontar disebut 'punggei'
Bangang/bodoh disebut 'bengong - sedikit persaan dengan bahasa daerah pantai Timur.

5) Sebutan 'ng' di tengah hilang
Bangkai disebut 'bakee'
Bangku jadi 'Baaku', bongkak jadi 'bokak'
Bangsal jadi 'basee'

Bebel - membebel disebut mengarut

6) huruf 's' dibelakang ditukar sebutan 'h'
buas disebut 'buahh'
panas jadi 'panahh'
luas jadi 'luahh', kurus jadi 'kuruhh'

'Beri' digunakan secara kerap untuk istilah memberi dan amat jarang perkataan 'bagi' digunakan.

Berita atau beritahu disebut 'Haba'dari perkataan 'khabar'.

'Tina' digunakan bagi jantina perempuan atau betina. Tiada beza untuk manusia atau haiwan. Keduanya disebut 'tina'.

7) Sebutan huruf 'ia' ditengah hanya disebut 'ee'
Biar atau 'biarkan lah' disebut 'bee' ataupun 'bee gi'.
Biasa jadi 'beesa', biawak jadi 'beewak'.

Buruk amat jarang disebut. Lebih kepada istilah 'huduh'.
Biji juga jarang digunakan untuk penjodoh bilangan, sebiji durian misalnya disebut 'sebutir durian'.

Bersambung.....

Hujah Ilmiah Vs Hujah Nafsu


Agak lama tidak menulis secara ilmiah. Kali ini memilih tajuk di atas berdasarkan keadaan semasa yang begitu ketara setiap individu begitu lantang menyuarakan pendapat masing-masing.

Tidak perlu ditujukan kepada sesiapa akan hal ini kerana setiap dari kita berbeza pendapat. Dalam keluarga sendiri; si isteri berbeza pendapat dengan suaminya. Di tempat kerja bos berbeza pendapat dengan pekerjanya. Dalam arena politik perbezaan pendapat begitu ketara. Setiap pihak : kerajaan atau pembangkang begitu lantang menyuarakan pendapat masing-masing.

Kini adanya kemudahan blog, setiap penulis akan meluahkan pendapat masing-masing dalam 'page' mereka. Persoalannya sejauh mana pendapat setiap individu itu benar dan dikira berilmiah ataupun sekadar cakap kosong sahaja. Kita sebagai pembaca sebenarnya dapat menilai betapa ilmiahnya sesuatu artikel itu atau sekadar borak kedai kopi tanpa sebarang nilai ilmu.

Lebih memburukkan keadaan setiap penulis tetap berhujah dan berpegang dengan pendapatnya walaupun ada pihak lain yang menyuarakan pintasan hujahnya secara lebih ilmiah dan berkualiti.

Maka dengan itu terhasillah satu hujah nafsu yang mana tujuannya lebih untuk menang dalam berhujah dari mencari kebenaran.
Kita sebagai penulis blog harus bertanggungjawab di atas setiap penulisan kita; lebih-lebih lagi atas perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam agama. Kesilapan membuat satu hujahan sehingga ke peringkat mengharamkan sesuatu yang halal kerana semata-mata unutuk menang behujah boleh membawa natijah yang amat buruk.
Lihat ancaman dari Allah melalui firmanNya :-

"Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya." (al-Maidah: 87-88)

Begitulah sebaliknya menghalalkan sesuatu yang telah Qati'e atau jelas secara ijma' ianya haram tetapi sesetengah penulis blog masih menghukumkan harus atas perkara tersebut.
Walaupun ada pembaca atau penulis lain memberi teguran atas kesilapan tersebut tapi beliau tetap dengan pendapatnya walaupun hujahnya amat dangkal sekali.

Jawapan dari Jabatan Agama Islam Selangor ke atas soalan menghalalkan sesuatu yang haram adalah MURTAD. Lihat link asal di bawah :

Lihatlah betapa bahayanya berhujah atas sesuatu yang tidak pasti akan kebenarannya dan boleh menyebabkan rosaknya akidah kita.
Menilai sesuatu penulisan samada ilmiah atau tidak amat mudah sekali. Cukup sekadar kita membaca hujah seseorang penulis yang lebih berdasarkan andaian beliau semata-mata.

Misalnya : kata penulis tersebut " Saya rasa.... ", " Apa yang saya dengar.....", " Menurut kata orang tua-tua......" dan sebagainya. Hujah-hujah begini amat dangkal tahap ilmiahnya dan sebetulnya tidak boleh dijadikan hujah.
Ada juga yang berhujah " Tok imam pun buat... ", " Anak ustaz pun sama.....", " Pensyarah saya pun kata begitu.... ". Adakah kerana title tok imam, ustaz melayakkan apa-apa dari mereka terus dijadikan hujah tanpa menilai kebenarannya.
Kesimpulannya kita perlu menilai isi penulisan berbanding dari siapa maklumat yang diperolehi. Berhujahlah dengan berlapang dada dan menerima pendapat yang lebih kuat walaupun tahap keilmuan pemberi pendapat tersebut lebih rendah dari kita. Hujah mengikut hawa nafsu hendaklah dielakkan kerana boleh membawa natijah yang amat buruk kiranya tidak dibendung dengan baik.

Ambillah sikap berhati-hati dalam menulis blog masing-masing.
Nota : Penulis mengagumi isteri sendiri kerana berupaya mendapatkan rujukan yang berkualiti dalam berhujah. Umpamanya baru-baru ini dalam isu wanita bermusafir. Mampu menyediakan rujukan khusus sebelum memutuskan menerima pakai hukum tersebut.

Monday, February 23, 2009

Jaga keselamatan ketika dalam perjalanan.


Demi menyahut seruan kerajaan supaya mementingkan keselamatan diri dan keluarga agar memastikan semua penumpang memakai talipinggang keledar. Dibawah ini disertakan penumpang dan juga pemandu yang mementingkan keselamatan diri mereka sehingga menimbulkan huru hara ketika dalam perjalanan akibat dari ketidakselesaan.



Irdina di paksa oleh Ammar agar mengenakan talipinggang kerana bimbang ditangkap polis hasil dari nasihat oleh kedua ibu bapa mereka.



Arrie duduk dengan sopan (hanya seketika kerana ingin gambarnya di rakamkan). Beginilah contoh anak bangsa yang sentiasa patuh dan berdisiplin (walaupun hanya untuk setengah jam perjalanan).



Berbual dengan gembira dan sering bertukar pendapat di dalam masalah yang membelenggu negara walaupun di mana saja mereka berada.



Lihatlah kemesraan yang terjalin sejurus selepas kamera di halakan kerana tujuan komersial. Opps..maaf gambar sedikit sensored.



Ciri-ciri pemanduan berhemah. Mata sentiasa fokus ke jalan raya, sentiasa memastikan rambut di sikat kemas, riak wajah yang serious menjadi keutamaan dan jangan hiraukan isteri anda yang seronok mengambil gambar anda walaupun ketika anda sedari.

PATUHI UNDANG-UNDANG JALANRAYA INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.


Tuesday, February 17, 2009

Tentang bulan kelahiran.


Kali nie mama tertarik untuk paparkan artikel mengenai sikap kita yang berkaitan dengan bulan kelahiran.

Rahsia Bulan dan Kelahiran

Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.(x)
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. (x)
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.(x)
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, February 10, 2009

Kisah Hidup Abah - cerita bab bersawah..


Kali ini terasa nak cerita bab bersawah padi pula.

Awal tahun 80-an dan sebelumnya, penanaman padi diusahakan secara 'manual' hampir semua prosesnya. Aku juga tidak terkecuali dari sebahagian dari tenaga kerja di waktu itu.

Arwah mak di waktu itu ingin anak-anaknya merasa kesusahan mendapatkan barang seringgit dua dari keringat tulang empat kerat kita. Oleh itu semua ahli keluarga wajib turut serta bersawah.

2 jenis padi diusahakan. Padi huma dan padi bendang.
Kita mulakan dengan padi huma dulu, prosesnya lebih mencabar. Kena teroka kawasan baru, lereng bukit khasnya, tebang pokok, bakar dan bersihkan kawasan. Kawasan yang telah diteroka masih ada pada masa kini iaitu di sebelah 'thenek' kata bapak - satu kawasan bukit lebih kurang 1.5 k.m dari rumah di kampung. Kawasan di belakang rumah Pakteh Non (jiran kampung) - kira-kira 300 meter dari sana.
'Thenek" bermaksud kawasan arah matahari naik - Arah Timur.

Proses menebang pastinya dilakukan oleh kedua orang tua. Mustahil kami adik beradik mampu lakukan. Selepas tu kami akan mula membakar dahan-dahan kayu untuk menyuburkan kawasan tersebut.

Setelah kawasan bersihkan kami akan mula menanam benih padi huma. 2 jenis padi huma : satu putih dan satu lagi jenis hitam. Cara tanam agak istimewa berbanding padi sawah. Kita kena buat lubang, guna kayu yang ditajamkan hujungnya dan masukkan 2 ~ 3 biji benih kemudian timbus. Proses ni sama macam tanam jagung.

Tangan dan kaki memainkan peranan utama. Satu tangan pegang kayu untuk buat lubang, satu lagi untuk masukkan biji benih. Kaki pula untuk timbus balik lubang tu gunakan tumit.

Kerja ni mesti buat dengan cepat sebab nak habiskan 1/2 guni benih boleh bayangkan berapa lama.
Lepas tanam biarkan saja ia membesar. Padi huma special sikit memadai air hujan sebagai sumber air. Tunggu hingga mengeluarkan padi. Jangka masa lebih kurang 2 ~ 3 bulan padi mula berbuah.

Masa ni kena jaga betul-betul sebab banyak burung 'cak' makan padi. Sejenis spesis burung yang kerjanya makan padi. Masih ingat lagi masa tu aku, Bacat (abang), Kak Jah kena gilir-gilir jaga padi.

Untuk memudahkan menghalau burung kami buat patung orang-orangan. Letak empat penjuru sambung dengan tali. Disamping patung tu, letak tin-tin kosong untun mengeluarkan bunyi.

Bila burung cak mendekati pokok padi, kita kena tarik tali tersebut - patung akan bergoyang dan tin-tin berbunyi. Burung akan lari. Yang bestnya jaga padi ni....kita nampak burung-burung tu terbang berkawan 10 ~ 20 ekor. Serentak menuju ke satu penjuru ladang kita tarik tali. terbang pula ke kawasan lain. Tarik lagi...

Memang betul-betul kenangan manis walaupun masa tu menyampah gila sebab takleh gi main ngan kawan-kawan.
Kak Jah memang jenis rajin membaca, biasanya dia akan bawa buku cerita atau novel masa tunggu tu. Sebab tu agaknya dia dah boleh buat Master sekarang ni.

Walaupun kerja halau burung cak ni membosankan tapi ianya mengajar erti kesabaran. Ikatan keluarga semakin erat sebab bekerjasama. Arwah mak memang seorang yang bijak mendidik anak-anaknya walaupun tak berkelulusan tinggi. Kesabaran dan ketabahan kami sekeluarga dapat dibentuk secara tidak lansung dari aktiviti ini.
Nasihat yang tak pernah luput dalam ingatan kami semua - Belajar rajin-rajin jangan jadi macam mak bapak. Tengok betapa susahnya nak dapatkan sesuap nasi terpaksa membanting tulang, keringat peluh yang mengalir begitu berharga.
Semoga arwah mak dicucuri rahmat Mu - Ya Allah. Amin....
Bersambung.....

Nasi goreng ulam petai.



Nasi goreng ulam petai.



Bahan2:-

2 mangkuk nasi.
Ayam yang di cincang
Udang sederhana yang telah di buang kulit.
2 ikat petai.
2 biji cili merah - dipotong serong
3 biji cili api - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji telor
1 camca kicap cair, sostiram dan sos ikan.
2 camca minyak masak

P/S : Boleh jugak tambah ulam ulaman yang lain jika suka.




Cara2 :-

Pansakan minyak.
Tumbuk cili api dan bawang putih.
Setelah minyak panas masukkan bahan2 yang di tumbuk sehingga garing kemudian masukkan ayam yang di cincang goreng sehingga kekuningan.
Masukkan kicap, sos tiram dan sos ikan.
Masukkan pula udang dan petai bersama garam secukup rasa setelah itu masukkan nasi putih gaul sehingga sebati.
Kuatkan api agar nasi garing last sekali pecahkan telur masukkan bersama nasi.
Goreng sehingga garing.
Sedia untuk dihidangkan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang ke atasnya.

Selamat mencuba resepi kegemaran keluarga.


Resepi ini mama turunkan kepada Iffa dia tengah excited nak belajar masak tu.

Monday, February 9, 2009

Script untuk QIT presentation


Hari ini, aku diminta untuk menjadi 'emcee' untuk satu 'Competetion' kat kilang.


Pengalaman pertama sebagai 'emcee'. Yang paling mencabar tu - Bahasa pengantaraan , English lah....


Maklumlah kerja dengan tauke bukan melayu. Di bawah gambar-gambar sekitar acara tersebut.




Aku tengah memulakan majlis. Serius semacam je..








Di bawah ini adalah skrip untuk acara tersebut. Thanks atas bantuan isteri tercinta membantu menyediakan skrip berkualiti....
Good Morning ladies & gentlemen.

Please give a warm welcome to our GMD - Mr. Neo Lok
Our General Manager - Mr. LJ Lim
Our Special invited judge - Mr. Chen.
to QIT chairman - Mr. Prem
All Managers
To all QIT committe mmbers.
To all presenter - Looks very excited to present their team achievement.
To all QIT team members.

Once again please welcome to Pacestar Selangor QIT Competetion Year 2008/2009

First of all, I would like to thank to QIT committe for selected me as emcee today.
Give me a change to run today event.
I will try my best to run today activities smoothly.

Ladies & gentleman,
Please look around our cafeteria. Very nice today - Colourful, beutiful decoration.
No more canteen condition , right ?
Please give a clap to QIT committe member for their good job.

Guys,

Look at our ladies today, very good dress, very beutiful.
They spend a lot of their time to dress nicely.

Give them a big clap.


Let looks at our agenda today.
We will start with welcome speech by Mr. Prem
Followed with opening speech by our GMD.

QIT presentation will start by the forst team Synergy.
30 minute given (9.10 ~ 9.40 am).
Please utilize our time effectively.

After that, there will be panel discussiion for 5 minute.

Second QIT team presentation will start on 10.45 a.m.
followed bt panel discussion also.

There will be a tea break for 15 minute.

We will start back on 10.35 for team no 3. Dynamics.
Panel discussion - for 5 minute also.

Last team will present on 11.10 a.m
Panel judges will take 20 minute for discussion and result tabulation.

12.00 p.m - Overall comment will be given by judges.
Followed by QIT team members learning outcome for 15 minute. ( 12.15 ~ 12.30 p.m)

Very important time for today event - Award giving ceremory.

There will be photo session on 12.35 p.m

12.45 wrap up speech by our GMD.

Last agenda a cloosing speech by GM - Mr. LJ Lim.

Today event will end by 1.00 p.m.

As usual, every avent has own rule and regulation.
To ensure today activities run smoothly.
1) Please turn your h/phone in silent mode or turn off.
2) Be decent & Well dicipline.
3) Do not chatting during presentation.
4) Stay at your sit - Do not hang around.
5) Give your support to your team members.
6) As normal Q up during tea break & lunch.

Let introduce QIT judges for today competetion.
1) Mr. Neo Lok - our MD
2) Mr Chen - invited Judge

Time taker for each presentation .
Ms Chee - Ring the bell please.
1st bell for start presentation.
2nd bell for reminder 2 minute left.
3rd bell (double ring) - time over.

Withour further delay, please welcome our QIT chairman - Mr. Prem for his welcome speech.
Thanks Prem for explaination on judgement criteria and also Winning award prises.
Thanks to management for the good reward as presented by Mr. Prem just now.

Next, we would like to call our MD - Mr. Neo lok for his opening speech.
Please welcome Mr. Neo.

Thanks Mr. Neo for his speech. Hopefully all of us can understand the economical situation right now and be prepare for the coming month.

It look like all the presenter are lost patient al-ready.
Very excited to present their QIT activities.

Please welcome 1st group for today presentation - Synergy team.
......................................................................
Thank for the presentation.
Open for comment and question by judges.

Next QIT presentation is from Taurus team.
Please welcome 'Taurus'
-------------------------------------------------------------------
Open for comment and question from judges.

2 team al-ready finish their presentation.
Left another 2 team.

Committe member, please check the tea break preparation.
It ready...
Lets break for 15 minutes.
Please be here again on 10.35 a.m.

How about the tea break ?
All ' kenyang ' al-ready ....right ?
Don't feel sleeepy OK.....

There will be 2 more interesting presentation.
Lets welcome 3rd QIT team - Dynamics.
Thanks for the presentation.
.....................................................
Open for comment & questions by judges.
Our last presenter for today competetion. Fantastic

Please welcome ' Fantastic '.
................................................
Comment and question from judges.

We are completed all the presentation.
Now is the time for panel judges discussion and tabulation of result.
Please be patient, result will come out within 5 ~ 10 minutes.

Committe members please help judges for result tabulation prosess.
Before announcing the result, we would like to have a few word from each group on the project learning outcome.

Please welcome from 1st group - Synergy..
Taurus, Dynamic and Fantastic.

The result is here al-ready....
I would like to call our MD for the award giving ceremony.

Group leader please come forward for certificate giving.
Start with Synergy, Taurus, Dynamics and Fantastic.

Now is the time for winner announcement.
Who is the champion...?

lets start with consolation price first.
Consolation price goes to ......................

Please come all the team member for the souvenir given.
Next, the price for 2nd runner up.

2nd runner up goest to ................................
Left only 2 team : ...............................

Who is the champion again ....?
Louder.....
And .. the champion goes to .......................
This mean 1st runner up is the team .....................
..............., please come forward for the 1st runner up price.

Lastly. please come forward the champion team ................
Thanks Mr. Neo for the award giving ceremony.

Next agenda is Photo session for all team.
Committe members, please prepare for the photo session.

We would like to have overall comment and wrap up by MD.
Please welcome Mr. Neo lok.

Before ending our session today, We would like to call our General Manager - Mr. LJ Lim for cloosing speech.
Pleasae welcome Mr. Lj Lim.

Thank for the speech.
Lunch is ready.....
Lastly, before we end our event today. I would like to give a 'pantun' in Malay.

Ulam jering, ulam petai,
Cari di tepi sebuah perigi,
QIT presentation sudah Selesai,
Ada masa jumpa lagi

Keseluruhan program berjalan lancar walaupun ini pengalaman pertama.
Mr Prem - QIT chairman komen : un-expected ending by pantun. Very good job.
Program ini menambah keyakinan diriku untuk 'public speaking' walaupun dalam bahasa yang jarang diguna pakai....

Friday, February 6, 2009

Kisah Hidup Abah - Bab bela ternakan


Lama tak menulis kisah hidup aku...

Kali ni nak sambung pulak bab bela binatang ternakan.
Idea nak cerita bab ni bila tengok mak mertua dan adik ipar beria-ia nak bela ikan keli.

Terkenang balik kisah lama-lama dulu masa kecik-kecik bela binatang.

Mula-mula kita cerita bab bela lembu dulu.

Masa aku sekolah rendah (awal 80-an), keluarga kami ada banyak lembu yang dibela. Jumlah semua lebih kurang 10 ~ 15 ekor. Dari mana dapat aku tak pasti sebab kecik lagi masa tu. Mungkin bapak beli dari jabatan haiwan kot. tak pun dari penduduk kg yang ada lembu.

Yang pasti lembu-lembu tu dan lebih 3 generasi.
Induk (ibu) dah ada cucu, tu yang jadi banyak jumlahnya. Arwah mak jenis orang yang rajin ternak binatang. Setiap anak lembu yang lahir dah ada tuan empunyanya. Contohnya anak lembu pertama untuk Kak Nab (Kakak ke-dua). Lembu tu akan dijual nanti bila Kak Nab nak melanjutkan pelajaran sebagai modal sebelum dapat biasiswa. Keluarga kami susah, sebab tu kena jadikan lembu sebagai sumber pendapatan untuk menampung kos pembelajaran. Satu lagi sifat terpuji arwah mak dalam menambah sumber pendapatan.

Anak lembu ke-dua untuk Kak Yam (Kakak ke-3) begitulah seterusnya. Kakak sulung dah kahwin masa tu jadi tak ada untuknya.

Setiap dari kami adik beradik kena bersama-sama menjaga lembu-lembu tersebut. Bela lembu tak begitu susah tapi kena rajin. Lembu ni pun ada rutin harian mereka. Ada masa makan, minum, tidur dalam kandang dan sebagainya.

Jaga lembu kena ikut musim padi juga. Bila padi dah tuai bolehlah lepaskan ke sawah. Buka ikatan dan lepas bebas. Kena pantau 2 ~ 3 hari sahaja. Jangan biar pergi jauh sangat. Walaupun banyak ekor tapi boleh cam sebab hari-hari tengok.

Lembu-lembu ni biasanya jalan berkawan. Tak berpecah dari kumpulannya jadi senang kita nak pantau. Kadang-kadang ada lembu dari kumpulan lain masuk tapi yang jantan paling senior akan halau mereka. Tapi bila si jantan ni jumpa betina lain, mungkin dari group lain lupa daratan. Tinggalkan kumpulannya.

Ini binatang...maklumlah. tapi yang pelik tu banyak juga kes sekarang ni orang tinggalkan keluarga sebab gila betina. Perangai dah macam lembu agaknya..

Berbalik cerita lembu tadi, dalam kes seperti di atas tu, kami adik beradik akan gi cari kat kampung sebelah. Kadang-kadang sampai Kuala Janing - kampung yang agak jauh juga dari kampung kami (dalam 10 KM).


Bila musim padi mula ditanam - lembu kena ambik balik dan di tambat. Ikat melalui hidungnya. Lembu ni jenis yang agak keras kepala. Kalau ikat kat tengkok dia buat selamba aja. Tarik macam mana pun dia tetap tak jalan. Orang kampung pandai. Untuk memudahkan lembu jalan bila ditarik, ikat kat hidungnya. Setiap anak lembu yang agak besar sedikit (6 bulan ~ 1 tahun) akan di cucuk hidungnya dengan tali. Mudah untuk kita tarik. Tarik sikit mesti jalan sebab sakit ler...


Kat belakang rumah ada kandang lembung. Besarnya cukup untuk mengisi semuanya.


Rutin harian lembu ni kena jaga. Masa makan, minum, tidor dan sebagainya kena tepati masanya. Pagi-pagi kena keluarkan dari kandang. Tarik dan cari tempat banyak rumput dan tambat.


Walaupun tali dah diikat di hidung, kadang-kadang degil juga. Buat don't know je.. maklumlah yang tarik tu aku, dia tak heran.

Jadi untuk memudahkan urusan tarik lembu ni, Bacat (Abangku) akan tarik. Aku jadi tukang pukul kat belakang. Kalau tak pukul punya la lambat jalan.

Tengah hari kena bawak lembu tadi gi minum air pulak. Nasib baik ada sungai kat belakang rumah. Jadi tarik semuanya dan bawa gi sungai je...

Kerja ni dah jadi rutin harian aku ngan Bacat terutama waktu cuti sekolah ngan weekend. Lepas bagi mimun air tarik pindah tempat lain pulak. Petang nanti tarik masuk kandang.


Sebab hari-hari main dengan lembu-lembu tu, depa macam kenal kita. Setiap ekor ada nama masing-masing. Senang nak panggil. Ada Pak tam, tompok, come, ibu dan sebagainya.

Malam kena bakar sabut kelapa kat lembu-lembu tu. Belakang rumah kan banyak nyamuk, lembu kena jaga takut kena penyakit. Setiap 3~6 bulan jabatan haiwan datang check kalau-kalau ada penyakit kuku dan mulut.

Keseluruhan cerita ni, bela lembu memang merumitkan. Ni belum kira kena mandikan lembu bila kotor sangat. Kita pula kadang-kadang terkena tahi - perkara biasa.
Bau takyah cakap. Balik dari tambat lembu mesti baunya semerbak. Pandai-pandai la cuci...

Bila fikir balik zaman tu, kami sekeluarga memang tabah. Sebab hidup susah sanggup bela macam-macam binatang untuk tambah pendapatan. Kalau sekarang ni rasa mungkin agak susah nak lalui sekali lagi.

Sebab tu arwah mak sentiasa nasihat kami, belajar rajin-rajin - jangan jadi macam mak bapak buat kerja kampung. Al-hamdulillah berkat doa mak, semua kami adik beradik agak berjaya dalam hidup walaupun suatu ketika dulu pernah bersusah payah bela lembu. Sebusuk busuk tangan bau lembu ni berjaya juga menjejak universiti.

Pantang larang jaga lembu : jangan pakai baju merah - nanti kena tanduknya..

Bersambung.....

Wednesday, February 4, 2009

Kaletah anak2.. yang sempat di rakam..


Hari sabtu lepas mak nana ngan uncle fendi hantar gambar2 lama yang save kat computer lama. Bila tengok gambar2 lama kami, rasa macam masa cepat berlalu.

Di bawah nie ada rakaman video keletah Ammar semasa berusia 3 bulan..

video

Comel tak?

Haa nie gambar terbaru Ammar...


Gambar lawak Arrie yang tak control macho.. mesti dia malu bila dah beso nanti.. hi hi

Gambar Arrie terbaru.. dah handsome sikit...

Iffa berusia setahun.. masa nie tengah makan comot sikit tapi tak berapa nampak..


Iffa sekarang lebih ayu, natural beauty...



Irdina berusia 6 bulan ketika ini..dah pandai tersenyum bila kamera di halakan kepadanya..

Irdin gambar terbaru semalam baru snap, masih begitu panatng tengok kamera terus berposing..


Monday, February 2, 2009

Koleksi Gambar Baby Kami


Irdina berusia 3 hari...

Irdina sekarang... ketika ini berusia 1 tahun 8 bulan...


Ammar paling comel masa baby...

Paling pandai bergaya depan lensa.



Iffa tahun 2004, belum pandai jalan..

Iffa Sekarang, semakin cantik...



Arrie tahun 2001, masih dalam walker....


Arrie sekarang..

Sambal udang masak petai mama style..


Bahan2 yang di perlukan
  1. 200g udang sederhana
  2. 2 papan petai
  3. 2 ulas bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. sedikit halia
  6. 1 biji bawang besar untuk hiasan (potong bulat)
  7. Setengah senduk cili boh
  8. 2 sudu besar cili sos
  9. Sedikit air asam
Cara-caranya:-
  1. Udang di bersihkan
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan dua sudu minyak masak di dalam kuali apbaila panas masukkan bahan2 yang ditumbuk, tumis sehingga naik bau atau kekunung-kuningan.
  4. Kemudian masukkan cili bah tumis sehingga garing atau berubah warna, masukkan sos kacau seketika kemudian masukkan air asam jawa.
  5. Setelah hampir kering masukkan udang, petai dan bawang besar kacau sehingga udang kemerah merahan kemudian masukkan garam, gula secukup rasa.
  6. Siap untuk di hidangkan jangan lupa tutup gas dapur anda, bahaya.
Selamat mencuba, setakat nie resepi nie mudah dan senang untuk di sediakan. Rasanya pun sodap. Bak kata Ammar, Good mama...
Jan

Hukum Pamer Foto Dalam Internet


Soal Jawab dari Al-ahkam.net, moga dapat manfaat...Semoga kita berusaha memperbaiki diri sekadar termampu...
Link Asal :
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=37643

Anonymous - Jan 28, 2009 - 11:05 PM
Post subject:
SJ-13-0328 : Muslimah Pamer Foto Dalam Internet

Apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat.... asif syukran kathiran

Jawapan panel Fiqh

al-jawhar - Feb 01, 2009 - 12:09 AM
Post subject:

Bismillahi wal hamdulillah
Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan. Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.
Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat. Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.
Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut.....Allahu A'alam.. WA

Sunday, February 1, 2009

Koleksi Gambar Masjid


Masjid Meru dekat dengan rumah kami. Masjid yang mempunyai lanscape tercantik di selangor.








Masjid Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang.


Bergambar kat taman tepi Masjid











Masjid Shah Alam, Ammar paling bergaya sekali....




Masjid Putrajaya, setiap kali singgah memang susah nak parking. Jadi macam tempat pelancung pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008