arries family

Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, August 12, 2014

Hari Raya 2014

3comments

Masih lagi dalam mood raya. Tidak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua, mohon maaf di atas salah silap kami samaada sedar atau tidak ye.

Tahun ni takde gambar raya satu family sebab sebaik sahaja abah dan anak2 balik dari masjid rumah kami tak putus2 terima kunjungan tetamu. Alhandulillah. Anak2 pun dari pagi sampai petang keluar berjalan. Satu kampung diorang jelajah.


Kami hanya beraya di sini tak balik ke klang pun, sebab nenek ikut mak nana balik ke johor rumah buyut. Rindu pulak mama dengan buyut. Macamana rupanya buyut2 sekarang ni. Sihat ke tidak. Inshaa Allah satu hari nanti kita jenguk buyut kat johor.

Hampir 3 tahun dah kami bermaustatin di kampung halaman abah. So far takde masalah boleh je menyesuaikan diri di kampung. Dengan pendapatan dari perniagaan runcit kecil2an dapat menampung perbelanjaan kami sekeluarga.



Abah pun makin rilex sekarang ni bebanan hutang pun dah tiada. Dapat kami lunaskan semua. Alhamdulillah.

Fokus kami sekarang adalah untuk anak2. Tak terganggu dengan hal yang lain. Iwana kira membesar sepenunya di kampung. Walaupun duduk di kampung perhubungan dengan ahli keluarga nun jauh di selangor tetap di semai. Jom layan gambar bercuti masa musim cuti sekolah yang lalu.

Ikut mak nana bermalam di palace of the golden horses, kajang.








Monday, August 11, 2014

Amik akak sekolah..

0comments

Sejak ada assistant untuk jaga kedai.. selalu ikut abah amik kakak dan abang ammar balik sekolah.

Yang paling syok sekali iwana la.. abang arrie dah duduk asrama kolej sultan abdul hamid bermula dari awal tahun lagi..

Nanti kita cerita pasal abang arrie pulak..

Iwana Atiqah

0comments
Assalammualaikum..

Lama x update blog.. bersawang dah jadinya..

First of all mama nak announce di sini kami dah dapat ahli keluarga baru yang chumell dan gebuss.. nama baby tu Iwana Atiqah selamat dilahirkan pada 20hb febuari 2014 pada jam 4.10 ptg di hospital sultanah bahiyah alor star.


Kini usia adik iwana dah 5 bulan..

Ishh adik iwana dah start kacau.. kalau ada masa mama update lain ok.. banyak nak cerita ni..

Monday, April 23, 2012

Hani..

12comments




Sukar sungguh kakcik nak terima kenyataan ini.. tetapi apakan daya Allah lebih menyayangi Hani.. Hani pergi meninggalkan kami selama2nya.. Semoga Hani bahagi di sana dik.. semoga Allah memelihara Hani dan semoga hani ditempatkan di syurga di kalangan orang2 yang Allah kasihi..

Hani sungguh kakcik tak sangka hari tu adalah hari terakhir kakcik berbual dengan Hani ketika itu Hani berada di hospital bersama bonda kita yang tercinta.. tengahari tu kakcik topup kan telefon Hani agar mudah Hani atau mak nak hubungi kakcik.. kakcik betul2 tak sangka bahawa demam hani itu demam yang boleh membawa maut..mengapa dik mengapa adik pergi terlalu awal.. tetapi kami semua redha dengan dugaan ini.. walaupun sehingga ke saat ini airmata kakcik akan mengalir tiap kali teringatkan Hani...

Hani adkku sayang.. akan kakcik kirimkan doa buatmu di sana jua doa untuk arwah abah kita yang dah lama meninggalkan kita...

Hani kami semua sentiasa menyayang dan merinduimu dik..semoga adik tenang di sana...Kakcik akan menyusul Hani bila sampai waktunya...

Tuesday, February 21, 2012

Sempena Hari Lahir Abah...

0comments
Tanggal 14 Febuari 2012.. genap usia abah yang ke 40 tahun.. Alhamdulillah abah dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kekuatan mental yang kuat dari Allah.. kami doakan abah selamanya sihat dan sentiasa diberkati Allah.. Anak2 seronok sangat nak sambut hari kelahiran abah.. mereka berkongsi wang simpanan untuk belikan abah kek.. Abah nampak terharu menerima hadiah dari kami yang tak seberapa.. Iffa menulis kad ucapan untuk abah tesayang.. semoga kita sekeluarga berbahagia selamanya.. apa lagi yang kita harapkan selain kasih sayang dan ingatan dari anak2.. semoga kita sebagai ibubapa menyayangi anak2 dan sentiasa menjaga kebajikan mereka tanpa dipengaruhi oleh anasir2 luar dan walaupun apa jua yang berlaku ingatlah untuk terus sentiasa kasih dan menjaga mereka sebaiknya...

Abah dipaksa tiup lilin oleh anak2...



 Abah baca kad ucapan dari kakak Iffa..



 Sayang babah...

 Belek-belek wallet baru hadiah dari kami yang tak seberapa...

Gambar Abang Arrie tak banyak sebab waktu ni dia kena jaga kedai... semoga abang Arrie bejaya dalam apa jua yang dilakukan.. begitu juga dengan anak2 mama.. semoga menjadi anak yang taat pada Allah, dengar nasihat ibubapa dan menjadi anak2 yang berjaya dalam apa jua urusan mereka... Amin...

Friday, November 4, 2011

Hari terakhir di pejabat (Miyatech)

0comments
Hari ini merupakan hari terakhir bekerja di Miyatech, Batu Pahat. Rakan-rakan dan juga merupakan anak buah sepejabat sempat mengadakan jamuan terakhir. Ni dah kira macam 'surprise party' la sebab tak jangka ada jamuan tersebut.

Ada pula hadiah sebagai tanda perpisahan. Tak sangka juga begitu baik rakan-rakan sekerja. Nak berhenti pun masih ada yang bagi cenderahati sebagai kenangan. Terima kasih untuk semua yang berusaha mengadakan majlis tersebut.

Walaupun majlis kecil kalau nak banding dengan Majlis Hari Jadi MD Miyatech tempohari tapi ia cukup bermakna. Keikhlasan kawan-kawan kita meraikan perpisahan kita, itu yang penting. Semoga kita semua akan bertambah berjaya pada jalan masing-masing.

Good Luck..

Thursday, October 27, 2011

4 Jenis Ujian

1 comment

Pagi ni sempat dengar IKIM.fm semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam slot tazkirah ustaz penyampai kuliah bawa tajuk 4 jenis ujian.

Bila fikir-fikir balik memang ujian itu perkara biasa dalam kehidupan kita. Kita tidak dapat lari dari pelbagai ujian dalam hidup. Cumanya adakah kita menyedari kenapa kita diuji. Jawapannya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Di sini jelas, kita sebagai orang beriman pastinya diuji dan 4 jenis ujian yang kita pasti tempuhi:

Ujian amal ibadah
Manusia beriman perlu beramal ibadah sebagaimana tuntutan AQ dan Sunnah. Solat juga satu ujian, berapa ramai yang gagal dalam ujian ini. Solat hanya bila keadaan senang dan bila sibuk atau dalam perjalanan lupa walaupun ada kemudahan jamak dan qosar. Lebih buruk lagi lansung tidak bersolat. Ibu bapa pula wajib menyuruh anak mereka solat seawal 7 tahun. Berapa ramai yang gagal dalam ujian ini.

Ujian Kemaksiatan
Kita berada pada akhir zaman begitu banyak kemaksiatan berlaku. Zina, rogol kedengaran setiap hari. Berpacaran sana sini. Aurat yang perlu dijaga sebagaimana tuntutan agama gagal dipenuhi. sekali lagi begitu ramai gagal dalam ujian ini.

Ujian Kesenangan
Kadang-kadang kita diberi kemewahan. Bergaji besar, mampu membeli rumah yang selesa, kereta besar. Wang bukan lagi masalah dalam kehidupan. Semua benda boleh dibeli. Tapi kita lupa bahawa harta kekayaan itu juga ujian. Berapa ramai yang mula sombong, lupa keluarkan zakat. Bercakap mula tinggikan suara dan menganggap pendapat orang lain semua salah. Selalunya ramai yang tewas dengan ujian ini.

Ujian Musibah
Ada antara kita yang dhoif, kehidupan kais pagi makan pagi - kais petang makan petang. Sentiasa dalam kesempitan. Adakah kita mampu bersabar atau mula memikirkan tambah pendapatan tanpa mempedulikan halal haram. Rasuah begitu berleluasa. Adakah jalan haram juga diambil bagi menjadi kaya. Sekali lagi kita diuji.

Semua keempat-empat ujian di atas pasti ada bagi setiap yang beriman. Kerana Allah hendak menguji kesabaran kita. Maka beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghadapi setiap ujian tersebut denfan jayanya.

Semoga arriesfamily tabah dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi dengan perpindahan ke kampung nanti. Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008