Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, November 28, 2008

Peranan seorang lelaki dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia...


Ufuk Minda: Ibu bapa saling berkasih pengaruhi akhlak anak


IBU sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga.

Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah.

Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.

Bapa perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak. Ia bukan monopoli bapa tetapi menjadi tanggungjawab bersama.

Semangat kebapaan perlu wujud dalam suasana keluarga. Kebapaan kepada ibu, meletakkan ibu dilihat sebagai sumber amanah.

Bapa harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.

Bapa tidak boleh mengatakan dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Perlu ada komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga.

Konflik akan berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.

Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga.

Jika wujud pertelagahan antara bapa dan ibu, bapa harus mencari jalan penyelesaian saksama.

Ego kebapaan jangan sampai si ibu memendam perasaan, takut memberi pendapat, sentiasa mengikut telunjuk bapa, bapa selamanya benar hingga menyebabkan ketegangan sering wujud dalam keluarga.

Bapa perlu menyedari dirinya tidak semua sempurna. Kekurangan tetap ada. Ia memerlukan pandangan ibu dan saluran perbincangan sentiasa terbuka. Keadaan ini akan memberikan suasana melegakan dalam rumah tangga apabila pandangan terbaik diambil bagi membantu bapa untuk membuat keputusan.

Ada pengalaman bapa yang tidak ada pada ibu dan pengalaman mendidik yang dilakukan ibu, tidak ada pada bapa.

Selalunya banyak masa ibu bersama anak atau mengendalikan perjalanan rumah berbanding bapa. Seorang bapa yang baik selalu menginsafi bahawa fikiran ibu akan diminta dan keputusan dibuat untuk kebaikan keluarga dan anak adalah pertimbangan bersama.

Pada bapa ada sifat tegas dan tangkas. Anak perlu dilatih supaya memiliki watak tegas dan tangkas. Masalah anak hari ini adalah masalah ketiadaan disiplin dan kehilangan adab. Watak bapa yang tegas harus difokuskan untuk membangun disiplin anak.

Bapa perlu menjadi contoh kepada binaan disiplin ini. Jika bapa mahukan anaknya jangan merokok, bapa juga jangan merokok. Jika bapa mahukan anak menjadi berakhlak, awal pagi bapa perlu mengejutkan anak untuk bersolat Subuh dan menjadikan anak tidak lupa kepada waktu solat lain.

Bapa perlu mampu membentuk adab anak mengasihi ibu bapa dan orang tua. Menghormati jiran dan rakan taulan jadikan suatu amalan. Ada rasa malu terhadap perkara terlarang. Timbulkan kecintaan kepada amalan baik. Rasa malu terhadap perkara dosa seperti bercakap bohong, menganiaya manusia dan binatang, merosakkan harta awam dan berbangga terhadap sesuatu. Sifat kebapaan yang memiliki watak tegas boleh menjadikan anak terbiasa dengan disiplin dan kelaziman hidup yang santun.

Bapa juga perlu menjadikan anaknya tangkas. Ketangkasan tidak hanya terlihat pada aktiviti jasmani tetapi ketangkasan berfikir.

Bapa perlu berbincang dan berkomunikasi dengan anak. Anak yang rajin bertanya memberi kesan baik ke arah ketangkasan berfikir. Anak yang kelihatan lembik pada fizikal dan lemah upaya berfikir adalah akibat tiadanya suasana di rumah yang boleh merangsang ke arah itu.

Disiplin tinggi, adab baik, ketangkasan fizikal dan pemikiran adalah kunci membangun anak yang baik. Bapalah sepatutnya berperanan membentuk watak sedemikian.

Kegagalan anak dewasa ini akibat daripada kealpaan bapa memberikan bimbingan dan asuhan hingga ibu melakukan segala-galanya dan bapa hanya bertugas mencari nafkah.

Perlu diinsafi bahawa rumah tangga adalah tapak utama untuk asuhan dan didikan berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga bakal mencorakkan kejayaan anak di sekolah.

Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat.

Bapa perlu sentiasa berasakan ibu adalah harta didik yang sangat berkesan kepada anak. Menyayangi dan melindungi ibu seumpama mengasihi anak kerana ibu yang jiwanya tenang dan dikasihi bapa akan sentiasa memiliki kekuatan melaksanakan tanggungjawab mendidik.

Bapa hendaklah memberikan masa berkualiti tidak saja di tempat kerja tetapi kepada isteri dan anak.

Pada bapa ada hak isteri terhadapnya dan hak anak terhadapnya. Jika hak ini disempurnakan oleh bapa sebaiknya, rumah tangga dan keluarga akan menjadi bahagia dan contoh terbaik kepada orang lain.

Apabila bapa melihat ibu adalah aset dan anak adalah harta, akan wujud perimbangan daripada sudut peranan dan tanggungjawab. Wang ringgit bukanlah segala-galanya untuk dicari. Jika fokus tidak diberi bapa untuk membantu ibu mendidik anak, maka kemungkinan keluarga ’kehilangan anak’ boleh berlaku.

Bayangkan jika bapa tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya menyebabkan anak terjebak dengan amalan salah guna dadah, ia tidak boleh ditebus dengan wang ringgit lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

Anak yang terbabit dengan dadah adalah beban kepada keluarga dan negara.

Begitu juga anak yang terbabit dalam kerosakan akhlak disebabkan tidak wujudnya suasana contoh di rumah. Keluarga menjadi tempat tidak selesa membentuk watak dan akhlaknya.

Bapa hanya sibuk di tempat kerja atau mencari duit tambahan. Anak menjadi terbiar. Percampuran dengan rakan sebaya adalah tinggi. Akhirnya anak terjebak dengan amalan negatif dan sukar untuknya berpatah ke pangkal jalan.

Bapalah watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.

Kunjungan orang jauh..


Hari ini Jumaat 28 November 2008 pada pukul 7.15am, mama terima panggilan dari Pak Su Die yang akan singgah ke rumah kami di Telok Panglima Garang tengah hari ini. Selepas sahaja di beritahu tentang kunjungan yang langsung tidak mama jangkakan ini mama terus berbincang dengan abah untuk masak hidangan apa tengahari ini.. Akhirnya abah telah mencadangkan supaya mama kari ikan kegemaran abah, ayam goreng dan sayur goreng kacang panjang..

Mama mula memasak lauk tengahari seawal pukul 10 pagi. Semasa sedang membasuh beras untuk ditanak di dalam rice cooker baru mama terpikir untuk menelefon abah supaya tanya PakSu berapa ramai orang yang akan terlibat dalam kunjungan ini. Selepas kira2 10 minit abah telefon mama kembali dan mamaklumkan untuk masak hidangan bagi 10 orang makan..

Akhirnya mama siap masak dalam pukul 11am. Kira2 pukul 11.30am Pak Su datang bersama ahli keluarga Mak Su(Rohani). Mama menjemput MakSu dan ahli keluarganya masuk kedalam rumah hanya orang perempuan saja masuk sebab rumah sewa kami kecik tak berapa selesa tapi seboleh2nya mama berikan layanan yang baik untuk mereka agar mereka selesa berada di ruang yang kecil ini.

Pada mulanya mama menjamu mereka dengan air oren sahaja sementara menantikan abah pulang dari kerja. Pada pukul 12.30 tghari abah pun sampai, baru mama teringat nak buat sambal belacan. Asal perancangan memang kami nak hidangkan makanan itu sebelum sembahyang Jumaat tapi ayah Mak Su ingin ke masjid lebih awal kerana dah menjadi kebiaasaannya pergi awal akhirnya kami tangguhkan untuk makan tengahari selepas mereka kembali mengerjakan sembahyang jumaat. Selepas pulang dari masjid akhirnya mereka pun dihidangan makanan tengahari.Pada pukul 2.30pm mereka pun pulang,.. bersaing dengan abah yang hendak masuk kerja balik.

Sebelum berangkat pergi mereka mempelawa kami untuk sama2 meraikan raya Haji yang akan datang di kampung mereka ,Pahang. Kami menerima perlawaan mereka dengan besar hati. Insyaallah jika umur panjang kami akan beraya di sana.

Mama harapkan mereka selesa dengan layanan yang mama berikan... Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini mama harap mereka akan datang lagi di masa akan datang...

Thursday, November 27, 2008

Iffa dan konsert tabikanya....


Iffa Alwani sedang berposing selepas siap ber'make up'.


D atas stage sebelum acara bermula. Bergambar untuk kenang-kenangan next year sekolah kat tempat lain pulak.

Menyanyikan lagu Negaraku bersama rakan2 yang lain.


Aik...macam kenal je budak nie. Takkan dah sekolah pun nak minum susu botol lagi.. Eeh eh Dina rupanya ingat budak tadika tadi.


video

Wednesday, November 26, 2008

Mama & anak2 balik Johor - hantar nenek gi Mekah





Nenek tengah kemas beg.












Nenek dan buyut berdoa sebelum berangkat ke airport. Tiba2 muncul Mak Long di sebelah atuk. Tengah khusyuk tu....hush...jgn ganggu...


Semua orang menunggu ketibaan Kapal terbang. Nenek dah siap sedia dengan name tag.






Mama dengan Dina tengah possing. Uncle Fendi cuba control hensem di belakang. Kak Fisah sedang sedih maklumlah mak mentua nak gi jauh..









video

Ajib sedih dengan pemergian nenek ke Mekah. Pak Ngah terpaksa menenangkan Ajib,
Macam tak percaya je....

Tuesday, November 18, 2008

Jamuan tempat kerja Abah


Tempat kerja Abah selalu buat Jamuan..

Abah tengah poyong kek dengan kawan-kawan tempat kerja.






Ni la kek untuk jamuan DepaRaya.




Pekerja kilang semua beratur. tengah ambil makanan..





Abah kira special sikit. Tak payah beratur.
Makanan dihidangkan.
Tu tengah kusyuk tibai kari...

Kilang abah dapat Award


Baru-baru ni Kilang tempat kerja abah dapat award dari kementerian.
Bawah ni la hadiah tu...


Gambar abah bersama kawan-kawan tempat kerja. Masa ni dok tunggu untuk masuk tempat Dinner.

Thursday, November 13, 2008

Diabetes ketika hamil


DIABETES ATAU KENCING MANIS ADALAH PENYAKIT YANG DITANDAI DENGAN PARAS GULA YANG TINGGI PADA DARAH ATAU MELEBIHI GARISAN NORMAL. ANTARA PUNCANYA ADALAH KEKURANGAN INSULIN DALAM DARAH ATU TUBUH TIDAK EFISIEN UNTUK MENGHASILKAN INSULIN.

Siapa paling berisiko?

  • Hamil di usia 30 tahun dan ke atas.
  • Obesiti
  • Sejarah diabetes dalam keluarga
  • Pernah menglami diabetes pada kehamilan sebelumnya
  • Sejarah keguguran berulang
  • Pernah melahirkan bayi lebih dari 40kg
Pernah mengalami pre-eklampsia iaitu komplikasi kehamilan yang ditandakan dengan tekanan darah tinggi, kaki bengkak dan ada protein dalam air kencing.

Mengapa kehamilan menyebabkan diabetes.

Ketika hamil berlaku perubahan metabolisme endokrin dan karbohidrat untuk persediaan nutrisi janin dan penyusuan. Maka itulah tubuh ibu memerlukan hormon insulin tambahan.
Ketika hamil proses penyerapan makanan berlaku dengan perlahan, akibatnya kadar gula dalam darah meningkat dengan kadar yang lama. Ia juga memerlukan hormon insulin.
Pada akhir kehamilan, keperluan insulin meningkat 3 kali ganda daripada ukuran normal. Ia dinamakan tekanan diabetogenik semasa kehamilan. Semasa kehamilan inilah insulin lebih lama berada dalam tubuh secara semulajadi sehingga tubuh tidak tahan glukosa. Ia diakibatkan daripada plasenta yang memproses hormon antiinsulin; human placental lactogen. Kortisol dan glucagon. Ibu hamil yang gagal meningkatkan produksi insulin akan terkena diabetes kehamilan.

APA ITU APENDIKS???



Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).


Apendiks terbentuk ketika embrio dari kaekum. Dalam orang dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi berbeza antara from 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas apendiks agak tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza dari ( retrocaecal ) ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di ( peritoneum ).

Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).

Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.

Penyakit apendiks biasa bagi manusia adalah:

*Penjagaan selepas pembedahan

Umumnya, pesakit yang bakal menjalani rawatan harus bercuti selama kira-kira dua minggu hingga sebulan dari pekerjaannya.

Tempohnya lebih pendek di antara satu hingga dua minggu sekiranya prosedur laparoskopi digunakan.

Pesakit akan diberikan ubat antibiotik dan penahan sakit manakala rawatan susulan satu atau dua kali sahaja.

Ditanya sama ada apensitis boleh berulang semula sekali pun setelah dibedah, Dr. Abd. Hamid menjelaskan, ia boleh berlaku sekiranya pangkal apendiks tidak berjaya ditemui semasa pembedahan sebelumnya.

Wednesday, November 12, 2008

Lima peranan mengasuh & mendidik


Lima peranan mengasuh, didik anak secara kolektif
Oleh Rosnah Ahmad
TANGGUNGJAWAB mengasuh dan mendidik anak dalam era globalisasi hari ini tidak hanya terletak pada bahu ibu bapa. Semakin hari semakin ramai ibu yang keluar bekerja dan anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh di rumah atau dihantar ke rumah pengasuh, taman asuhan atau pusat jagaan harian.Sebenarnya pengasuh memainkan peranan penting dalam membangunkan sebuah generasi. Contoh paling unggul iaitu Rasulullah SAW telah dititipkan kepada ibu susuannya, Halimah as-Saadiah untuk disusukan dan diasuh. Nabi Musa juga mempunyai ramai dayang pengasuh di istana Firaun.Tarbiah pada usia awal anak sangat mendalam kesannya. Abdullah Nashih Ulwan, seorang cendekiawan pendidikan Islam menegaskan bahawa kecemerlangan seorang anak adalah kesan daripada amalan dan pengalaman sejak kecil hingga berusia enam tahun.Untuk membawa seorang anak kepada kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut peranan mengasuh dan mendidik dengan dikongsi secara pintar oleh ibu bapa, pengasuh dan tidak kurang penting orang dewasa dalam masyarakat. Mereka mesti berperanan secara kolektif untuk mencapai matlamat melahirkan khalifah Allah di bumi ini.Berikut adalah lima peranan utama ibu bapa, pengasuh dan orang dewasa:

# Sebagai qudwah hasanah.Segala pertuturan, tingkah laku dan amalan kita akan menjadi contoh dan ikutan anak. Fitrah anak memang suka meniru. Jadi pastikan kita sentiasa sedar kesan yang diberikan kepada anak.Kita mesti sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk berakhlak mulia dengan akhlak Rasulullah SAW. Ia seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia sentiasa menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzaab, ayat 21)


# Mengasuh dan mendidik dengan adat kebiasaan.Islam menyarankan anak dididik melalui dua cara iaitu pengajaran dan pembiasaan. Pengajaran adalah teori yang diajar kepada anak, sementara pembiasaan adalah usaha secara praktikal untuk membina kebiasaan dalam diri anak.Imam al-Ghazali menyebut: “Anak amanah bagi kedua-dua orang tuanya, dan hatinya yang suci adalah permata yang mahal harganya. Jka dibiasakan pada kebaikan dan diajarkan kebaikan kepadanya, maka ia akan tumbuh pada kebaikan itu dan akan bahagialah di dunia dan akhirat...”Contohnya, anak diajar untuk menyebut kalimah Lailahaillallah, tetapi pada masa sama mereka mesti dibiasakan untuk beriman dengan sepenuh jiwa dan hatinya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Caranya dengan mengajak anak untuk menggunakan pancaindera mereka untuk meneroka alam ciptaan Allah dan merasa kebesaran-Nya melalui ciptaan-Nya.Begitu juga apabila anak diajar rukun solat dan kebiasaan solat diterapkan dalam diri mereka melalui solat secara berjemaah.Cara pengajaran dan pembiasaan sangat berkesan bagi membentuk iman dan meluruskan akhlak anak. Pepatah Melayu juga ada menyebut melentur buluh biarlah daripada rebungnya.


# Mendidik melalui nasihat.Islam sangat menekankan nasihat. Allah berfirman bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya bersabar.” (Surah al-Asr 1-3)Contoh lain yang biasa kita dengar adalah nasihat Lukman kepada anaknya untuk mentauhidkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, mendirikan solat dan berakhlak mulia seperti dalam surah Luqman, ayat 13-17.Nasihat sangat berkesan sekiranya diberikan secara kiasan melalui cerita. Sesungguhnya al-Quran sarat dengan cerita nabi dan kaumnya yang berunsur nasihat serta peringatan.Tegur dan nasihat anak dengan menerangkan akibat perbuatan mereka apabila melakukan perkara yang membahayakan diri atau orang lain, merosakkan barang atau alam semula jadi dan tidak mengikut akhlak serta syariat Islam.
# Memberi perhatian dan sebagai pemudah cara.Memberi perhatian membawa maksud sentiasa peka kepada keperluan, kecenderungan, pertumbuhan dan perkembangan anak. Perkembangan mereka hendaklah disuburkan secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dengan enam komponen penting iaitu rohani, fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi serta kreativiti dan estetika.Kita juga harus berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan rangsangan, persekitaran, peralatan dan bimbingan mengikut tahap serta kebolehan anak.Contohnya, anak berusia dua tahun mula suka menolong orang lain dan melakukan sendiri semua perkara. Bekas berisi air dan cawan hendaklah diletakkan pada tempat selamat dan mudah dicapai anak supaya mereka boleh menuang sendiri air untuk diminum.Kita sebagai pemudah cara hanya perlu membimbing anak untuk melakukan sendiri, belajar daripada kesilapan dan pengulangan. Cara ini baik untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta membina konsep. Ia membantu anak untuk belajar menyelesaikan banyak masalah dan menjadikan mereka lebih bijak.Tidak membenarkan anak melakukan sendiri dan banyak perkara untuk mereka adalah tidak bagus. Ini akan mengganggu emosi kerana kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah mereka. Malah, ia juga akan melambatkan proses perkembangan mereka.
# Mendidik dengan disiplin dan ketegasan.Anak mesti didisiplinkan dengan ketegasan. Contohnya, Islam menyarankan ibu bapa melatih anak mengerjakan solat sejak berumur tujuh tahun seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka jika tidak mahu menunaikan solat ketika berumur 10 tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (putera dan puteri).” (Hadis riwayat Abu Daud)Hukuman dikenakan ke atas anak hanya sekiranya mereka masih ingkar setelah dilatih selama tiga tahun.Had dan peraturan mesti ditetapkan supaya disiplin dapat disemai. Kita juga perlu bijak dan tegas dalam menangani masalah tingkah laku anak. Sekiranya kurang tegas anak akan tahu kelemahan kita. Ini menyukarkan usaha menerapkan sesuatu kebiasaan dalam diri mereka.Fitrah anak adalah mempelajari sesuatu dengan cara tersusun. Setiap daripada kita perlu sentiasa menimba ilmu dan mempunyai sumber rujukan di rumah. Sikap selalu membaca, bertanya dan berkongsi pengalaman membesarkan anak juga akan banyak membantu.Kita juga mestilah mempunyai sifat asas iaitu ikhlas, takwa dan amanah. Anak harus dihormati dan dididik dengan hikmah dan penuh kasih sayang. Menghargai perasaan mereka melalui pujian dan ganjaran juga dapat membantu membina sahsiah diri dan mengubah tingkah laku.INFOPeranan utama ibu bapa, pengasuh dan orang dewasa
# Sebagai qudwah hasanah.
# Mengasuh dan mendidik dengan adat kebiasaan.
# Mendidik melalui nasihat.
# Memberi perhatian dan sebagai pemudah cara.
# Mendidik dengan disiplin dan ketegasan.

Monday, November 10, 2008

Hari pertama Irdina melihat dunia.


Pada tepat pukul 1.30pm 14 Mac 2007 Irdina Athirah telah selamat di lahirkan di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Irdina di lahirkan secara normal tanpa mama mengalami sebarang komplikasi. Alhamdullillah setelah menunggu hampir 9 bulan akhirnya mama dapat juga melhat baby mama.



Irdina Athirah sedang tidur. Comelnya dia.....















Dina di dalam kereta sehari selepas itu setelah di benarkan pulang ke rumah.

Ammar masuk hospital akibat appendiks.


Pada 6 November 2008 Ammar telah di masukkan ke wad pembedahan 2C di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana appendiks. Menurut doktor appendiks ialah lebihan usus ia semacam sejenis tiub yang setakat ini tiada fungsinya. Setiap orang mempunyai appendiks tetapi tidak semua akan mengalami kesakitan appendiks. Ini bergantung pada nasib orang itu. Appendiks juga tidak mengenal umur tua ataupun muda. Kebetulan pada hari itu ramai kanak2 seusia Ammar telah menjalani pembedahan membuang appendiks. Di atas, gambar Ammar sebelum pembedahan. Ammar berada di atas katil bernombor 4.

Gambar di atas di ambil selepas Ammar menjalani pembedahan. Pada pukul 11am Ammar telah di bawa ke bilik pembedahan dengan di temani abah. Ketika Ammar menjalani pembedahan membuang appendiks mama tiada di samping Ammar kerana mama menjenguk Dina, Kakak dan abang Arrie di rumah nenek. Lebih kurang pukul 12 tghari mama masuk ke wad Ammar tetapi mama telah di beritahu Ammar sedang di bedah. Tiada kata2 selain doa minta Ammar selamat.

Pada pukul 1.30pm baru Ammar muncul bersama abah dan jururawat yang membawa Ammar dari bilik pembedahan. Kesian Ammar pada usia sekecil itu telah mengalami pelbagai kesakitan. Kalau mama boleh mengubah takdir biarlah mama saja yang mengalami kesakitan janganlah anak2 mama. Tuhan yang berkuasa menentukan segalanya. Mama cuma berdoa selepas ini janganlah ada daripada sorangpun anak mama mengalami kesakitan yang serupa.


Sungguh berlainan wajah Ammar. Sebelum ini riang ceria tapi pada waktu ini sungguh lemah riak muka yang di pamerkan.

Ammar semoga Ammar cepat sembuh daripada luka pembedahan dan kembali aktif seperti dahulu.

Wednesday, November 5, 2008

AMMAR SAKIT



Kesian Ammar... Dah masuk 3 hari Ammar demam. Tiada gelak tawa, jerit pekik dan bunyi basikal kedengaran. Kalau di fikirkan Ammar seorang kanak2 yang lincah dan jarang jatuh sakit. Malam tadi mama risau melihat keaadaan Ammar sedang tidur kerana nafasnya seperti tak lancar. Mama kejut dan tanya samaada Ammar dalam kesakitan tapi dia jawab tidak.

Pada hari Ahad lalau 2 nov, Ammar dikasari Arrie yang tidak benarkan Ammar meminum air di dalam botol. Arrie tolak botol semasa Ammar sedang minum dan akibatnya botol tu terkena gigi depan Ammar yang membuatkan gigi Ammar patah.

Mama memang risau sekiranya gusi Ammar berdarah kerana sebelum ini banyak berlaku kemalangan kecil yang melibatkan bahagian gigi depan Ammar. Sebelum ni pun ketika Ammar berusia 2 thn lebih gusi di bahagian yang sama pernah di jahit kerana jatuh basikal.

Ammar, mama mintak maaf kerana cuai di dalam menjaga dan melindungi Ammar. Mama selalu berasa bersalah kerana gagal melaksanakan tugas mama dalam melindungi Ammar. Ini kerana Ammar seorang kanak2 yang agak buas yang perlukan penjagaan lebih. Sebab tulah kadangkala orang lihat mama sering melebihkan Ammar ini kerana perasaan bersalah mama ini. Mama memang sedih sekiranya mama melihat orang mengasari Ammar.

Ammar mama doakan Ammar cepat sembuh ya, sayang. Mama nak lihat Ammar cergas seperti selalu.

Pada 5 Nov mama dengan abah telah membawa Ammar ke klinik Anika untuk menjalani pemeriksaan. Ammar telah disahkan appendiks dan terpaksa menjalani pembedahan Ammar telah dibawa dengan menaiki ambulans dengan ditemani mama.

Pada mulanya mama ingat Ammar sakit gigi tetapi setelah menjalani pemeriksaan Ammar hanya mengalami bengkak gusi. Tetapi demam Ammar semakin tinggi ini yang membuatkan mama risau.

Pada malam itu juga Ammar di masukkan ke wad untuk menghadapi proses pembedahan. Mudah mudahan Ammar selamat. Gambar ini di ambil di klinik Anika semasa sedang menunggu giliran di periksa. Walaupun sakit Ammar masih boleh bergambar. Ammar memang budak yang tak tahu sakit.

Sunday, November 2, 2008

Berkelah di Sungai Gabai


Cuti raya China lepas, kami berkelah di Sungai Gabai, Semenyeh.






Kami sedang main pasir












Dina dalam air, sejuk je nampaknya...















Amar suka sangat














Iffa macam biasa, bergaya le...apa lagi


















Kami semua teruja sangat - main air.
Rasa macam tak mau balik.








video

Video ni membuktikan betapa seronoknya main air di Sungai Gabai ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008