Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Saturday, September 26, 2009

Baraan


Baraan satu istilah jawa yang begitu asing bagiku suatu ketika dulu. Kini aku mula memahami konsep yang dibawa dan manfaat untuk masyarakat setempat.

Baraan merupakan satu kaedah kunjung mengunjung sempena Hari Raya dari rumah ke rumah disertai dengan marhaban di setiap rumah yg dilawati.

Baru-baru ni Baraan dijalankan di Taman Kelisa tempat tinggal kami di Johor.
video
Marhaban sedang diperdengarkan di salah sebuah rumah jiran.

Konsepnya mudah, Ziarah beramai-ramai dari rumah ke rumah sambil melaungkan marhaban dan imam akan berdoakan kesejahteraan ahli keluarga tersebut sambil diaminkan oleh setiap tetamu.

Tuan rumah tidaklah perlu pening memikirkan apa juadah yang nak disediakan. Cukup sekadar hidangan biasa di hari raya dan sedikit makanan ringan tambahan umpamanya 'Nugget' goreng.


Aku juga turut membawa kedua anak lelakiku untuk mereka merasai sendiri kemeriahan baraan ini.

Arrie dan Ammar macam tak sabar jer menunggu marhaban habis...



Setelah habis marhaban pastinya semua akan menjamu selera. Biasanya Rumah pertama semua akan teruja dan berebut-rebut mengambil juadah.

Sambil menjamu selera pastinya masa paling sesuai untuk berkenal-kenalan. Kebaikan Baraan ni adalah kerana ianya memberi peluang kita berjumpa dengan keseluruhan kejiranan kita.


Sabar dik....Bagi orang tua-tua dulu

Mungkin itu yang difikirkan oleh pakcik-pakcik kita tu.

Peluang dari baraan ini untuk bertegur sapa dan saling kenal mengenal sambil bermaafan sesama sendiri.
3 jiran sebelah rumah sedang menjamu selera (Jaiz, Mokhtar & Mansur)

Keseluruhan taman perumahan agak luas dan banyak rumah, partinya agak memenatkan. Tetapi dek semangat beraya semua rumah pasti akan diziarahi.


Ammar kelihatan kepenatan setelah kunjungan rumah ke 15 agaknya...


Di samping menjamu selera pastinya tuan rumah akan menghulurkan duit raya. Itulah saat yang dinantikan kanak-kanak.



Arrie (anak sulung) masih mampu tersenyum kepenatan setelah koceknya penuh berisi..


Keseluruhannya Baraan ini merupakan suatu tradisi masyarakat jawa yang banyak manfaatnya kiranya dipraktiskan dengan sebaik mungkin.

Elakkan pembaziran, sifat bermegah-megah dan besederhana perlu dalam menjayakan majlis ini.
Apa-apa pun niat mesti ikhlas kerana Allah....

Friday, September 25, 2009

Nama Istimewa di SMTSP


Bila selalu ‘contact’ member sekolah melalui internet ni teringat balik zaman-zaman tu…..tahun 1989.

Kali ni aku nak cerita pulak berkenaan gelaran. Setiap orang pastinya ada gelaran masing-masing. Aku pun tak terkecuali.


Tak semua nama gelaran member tu masih lagi aku ingat. Yer lah sebab dah 20 tahun berlalu zaman menginap di asrama tu. Gelaran tu dapat dari berbagai cara samada sifat semulajadi, senior gelarkan, atau kawan-kawan sendiri.


Kita mula dengan bilik 5 Marikh. Kami panggil bilik tidor dengan nama bilik saja tapi sebenarnya ianya merupakan ‘dorm’ di mana dalam 10 ke 20 orang menginap di bilik tu.


Biasanya bilik di bahagikan kepada 2 bahagian di mana ditengahnya diletakkan loker. Dalam bilik 5 marikh ada 2 Rashidi, jadi untuk elakkan ter’confius’ sorang panggil mat sedi dan sorang lagi nama lain. Yang aku ingat Cuma ‘mat king’ dari mana tak pasti mungkin sebab gayanya macam king ‘rock & roll’ kot.

Ajwad jadi ‘kalut’ nama yang tak sesuai rasanya sebab dia pun tak setuju. Abdullah biasa la jadi pak lah macam nama PM.


Mat Port masih mengekalkan identiti rocknya


Bilik 5 Zuhrah – bilik aku pula, mula dengan Fauzi. Pun ada 2 jadi sorang panggil mat port dan lagi satu giebrom. Mat port aku tak pasti mai kot mana tapi giebrom sebab gabungan Fauzi Baharom.

Fauzi Baharum kini bergaya segak sebagai pen. Pendaftar UMP.


Khairul Anuar jadi ‘Merun’ mungkin sebab suka warna tu kot. Seorang lagi Khairul Anuar bilik pengawas panggil Kanuaq jer. Raziman pula panggil ‘jieman’. Aku pulak jadi ‘sukor’ singkatan dari Suhaimi dan kura-kura.


Kawan bilik pengawas lain pastinya ‘aboi’ untuk head boy kesayangan kita Ahmad Rizal.


Khidzir panggil kijet, kira nama baik ler sebab orang kuat surau time tu.

Faizul jadi ‘pojone’ macam org putih.



Aboi kini menjadi bapa mithali

Pojone masih hensem seperti dulu

Syakur tiada nama special sekadar 'syakoq'. Nama ni popular waktu bulan Ramadhan ketika bersahur.. Ramai yang menyebut 'Syaakoq bangkit saahoq'.

Syakoq tanjak macam usahawan berjaya

Rumah 5 Zuhal pula, Abu Haswandy jadi ‘abu keng’ mungkin sebab kurus kot masa tu. Affendi jadi ‘mat penn’ . Kan sedap panggil fendi, tapi tu la remaja semua nama nak ditukar.

Abu keng kini semakin berisi


Mohd Zakir panggil ‘cat’ kot ataupun mat zakiaq tak berapa pasti tapi rasa dia lebih suka nama ‘cat’ bunyi macam American gitu... Gambar 'cat' tak ada sebab dia hanya tunjuk anak dia dalam FB. Mungkin tak nak kita keliru dengan vocalis fotograf kot.


5 Musytari, Dr Jamil sekarang ni pernah dipanggil ‘mat jem’ jer. Zurimi pula jadi 'unta', mungkin sebab tinggi macam unta kot. Syed Saiful steady dengan panggilan syed tapi Syed Nahmir jadi syed todek. Kesian sebab jadi todek untuk elak confius.


Nama lain rasanya banyak lagi tapi tak berapa ingat sebab lama sangat tak jumpa. Mungkin kawan-kawan lain dapat tolong recall balik. Kalau salah cerita aku tentang asal usul nama dan juga no bilik tu minta maaf ler. 20 tahun satu jangka masa yang lama untuk kekal dalam memori.


Note : minta maaf kengkawan sebab ambil gambar hampa semua & paste dalam blog aku...

Apa itu Resdong


Baru-baru ni masa balik kampung beraya, sibuk setiap org memperkatakan mengenai resdung dan petua-petuanya. Macam-macam pendapat diutarakan.
Ada baiknya kita merujuk kepada pakar dalam hal ni.... Moga bermanfaat...
Gambar sekadar hiasan

Link asal :-
http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat62/nasihat62.html

Resdung -- Dapatkan rawatan segera

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.

8) Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

Thursday, September 24, 2009

Cabaran menghadapi SPM


Agak lama tak menulis tentang kisah persekolahan. Kali ni nak menyambung cerita menghadapi SPM di sekolah menengah.

Sejak join Facebook, aku mula teringat kawan-kawan lama masa kat sekolah dulu. Banyak memori bersama yang tak dapat dilupakan.

Cerita kali ni lebih kepada cabaran menghadapi peperiksaan terutama SPM. Mungkin cerita ni dapat dikongsi bersama oleh para pelajar yang bakal menghadapinya tak lama lagi.

Aku kira bernasib baik sebab dapat masuk Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra (SMTSP). Sebuah sekolah berasrama penuh. Sistem pelajaran dan pembelajaran dah tersusun rapi. Jadual belajar adalah pada tahap yang optimum.

Persediaan SPM aku buat sejak di tingkatan 4 lagi. Nasib baik aku dalam kelas 4 Sains 1, kelas yang terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang. Kena bersaing dengan mereka.

Syed Saiful, Abd Shakur, Ahmad Rizal, Mohd Zakir antara nama-nama pelajar cemerlang di SMTSP. Nasib baik mereka sudi membantuku terutama dalam menyelesaikan masalah pelajaran pada bab-bab yang kurang faham.

Kawan paling akrab atau kira 'study partner' adalah Syed Saiful dan Md Zakir. Kami 3 orang sering bersama terutamanya pada masa over night. Masa prep (kelas ulangkaji malam)hanya sampai pukul 10.00 mlm tapi kami sambung sampai jam 1 atau 2 pg. Lepas tu balik sama-sama.

Hairan la, macam mana boleh dapat kekuatan macam tu. Hari-hari buat macam tu dari tingkatan 4 sampai SPM. Kalau masa ni paraktis macam tu rasanya dah dapat PHD.

Buku-buku ulangkaji dah 'prepare' awal-awal. Beli dari Senior atau dari kedai buku di Kangar atau setengahnya sumbangan abang kakak senior.

Dalam menghadapi SPM, aku lebih menjurus kepada latih tubi soalan-soalan tahun lepas. Dari soalan tahun-tahun lalu dapat kita mengagak (spot) soalan yang bakal keluar untuk tahun ni.

Aku sendiri lebih banyak mengulangkaji soalan Matematik - kira subjek kegemaran masa tu. Pesaing utama pastinya Syed Saiful. Kami akan sama-sama menyelesaikan masalah yang cikgu bagi dari buku latihan dan juga Soalan-soalan tahun lepas.

Cikgu Mardis, cikgu Add Math pada masa tu menjadi rujukan kami. Setiap soalan tahun lepas yang tak dapat diselesaikan maka kami akan berjumpanya. Kesempatan masa terluang, umpamanya waktu rehat, masa tiada guru - kami akan berjumpa cikgu Mardis.

Gambar terkini Syed Saiful - Sorry sebab ambil tanpa kebenaran

Kehebatan Syed Saiful memang menyerlah, dia juga menjadi rujukan untuk pelajar lain. Kawan-kawan akan berjumpa dengannya bagi setiap soalan yang tak dapat diselesaikan sebelum berjumpa cikgu.

Dia juga bijak membuat soalan ramalan dan tekaannya tepat. Keputusan SPM membuktikan Syed berjaya mendapat A1 dalam kedua-dua mata pelajaran matematik. Aku hanya mampu mendapat A1 dalam matematik moden tapi A2 dalam Matematik Tambahan.
Agak kecewa dengan keputusan tersebut kerana target pastinya A1.

Kesimpulan dari kisah kali ini bahawa kejayaan bukan datang bergolek semuanya dari usaha yang gigih. Selain usaha kuat pastinya mesti 'smart' seperti cerita Syed tadi.

Untuk anak-anak Abah : Arrie, Iffa, Ammar, Dina & Syira . Kejayaan bukan datang bergolek jika tanpa usaha. Working hard is not enough without work Smart.

Shopping raya...(Err..ye ke?)


Seminggu sebelum raya kami pergi membeli belah kat Batu Pahat Mall...letih dan memenatkan..bukan letih sebab shopping tapi letih mengejar anak2 yang berlari bagaikan pasaraya tu diorang yang punya....

Haa..ni gambar sewaktu mama pergi beli baju raya mama kat First Lady butik..mama pun nak melaram raya nanti...Tunggu tau...Jangan boring...

Sian Syirah terpaksa kongsi pram dengan kakak Dina...sabar ye len kali kita bawak kereta sorong boleh bawak ramai sikit...

Hmm.apa lagi nak beli yek...banyak offer untuk raya nih....memang berbaloi...Ooo kat tingkat satu ada jual balang raya...jom pi cepat nanti habih...

Apa yang ditenung budak dua orang ni...nampak serius je...Sampai terbongkok2 pikir nih...

Siap panggil member lagi join diorang...Mesti nak cukupkan 'kaki' penyiasatan...Jaga Ammar nanti tersepit hidung tu...

Bebudak nie kalau dibiarkan mau tersangkut kepala kat pintu lif tu...dah dah jom pi jalan tempat lain pulak..Macam2...

Wah...ramai tu.....Amik gambar untuk kenangan itupun bukan main payah nak longgokkan diorg nih kat satu tempat( except mama ok)...naik hijau abah dibuatnya..

Sebelum balik check baby diapers dulu..mana tahu kalau2 ada poo poo ke kan...Ok clear...


"Mama..Nina puyak..hi hi hi.."


"Mama...check la abang punya sama...ha ha ha.."

"Alangkah bahagianya jadi baby.."

Sempat lagi tu nak berposing..hish budak ni ikut sapa le agaknya nih...

Sian abah dalam banyak2 gambar2 abah je yang takde...Jadi mama pun carilah jugak gambar yang sesuai untuk diuploadkan kat blog nih...Gambar masa abah gi buka puasa ngan customer hari tu...Ok la tu...

Abah bersama dengan err...entah jap lagi mama tanya...Ni style rambut terkini abah..rambut cost saving..awat cost saving?

Lambat sikit ler nak panjang...hi hi hi...

Wednesday, September 16, 2009

Peta laluan ke rumah baru kami





Ada rakan-rakan dan juga sudara mara yang bertanya dimanakah lokasi rumah baru kami.
Lokasi kami di Tmn Kelisa Jaya, Parit raja, Johor seperti peta di atas. Rumah berkereta Avanza tu la rumah kami...

Terima kasih kepada En. Mohktar(jiran) kerana sudi kongsi peta dari websitenya.

Kepada sedara yang bercadang nak beraya di Johor, sila lah singgah...

Sunday, September 13, 2009

Upin dan Ipin


Ni cerita arrie. Kami selalu tonton.... video

Certified Quality Engineer - CQE


Atas permintaan salah seorang pengunjung arriesfamily.blogspot.com mengenai prospek lanjutan kerjaya sebagai QA. Penulis akan mengulas lebih lanjut berkenaan CQE.

Seperti yang pernah diterangkan dalam artikel terdahulu berkenaan kerjaya QA, Engineer dalam jurusan lain mempunyai title 'IR' setelah menyertai Persatuan Engineer Malaysia dan lulus ujian tertentu. Begitulah halnya dengan CQE.

CQE adala satu sijil dari American Society of Quality (ASQ). Di Malaysia terdapat francais dari kolej swasta yang menganjurkan kursus tersebut. Di era 90-an, UITM merupakan salah satu penganjur kursus tersebut. Salah sebuah IPTS yang menganjurkan kursus tersebut hingga kini adalah FMM Institute di Bandar Sri Damansara, kuala Lumpur.

Syarat kelayakan adalah mesti mempunyai pengalaman kerja dan minimum kelulusan SPM. Pengalaman kerja bergantung kepada kelulusan. Paling cepat 4 tahun jika anda mempunyai Ijazah. Fresh graduate tidak layak memohon kursus ini.

Kursus berkaitan pengurusan kualiti : 1) Practikal 2)Statistik & 3) sistem (QMS). Untuk melayakkan CQE pastinya mesti lulus dalam yang disediakan.

Bagi maklumat lanjut tentang kos , tempoh kursur , yuran dan sebagainya boleh dapat terus dari IPTA yang menawarkan kursus tersebut.

Nota : Penulis lebih cenderung kepada Certified Quality Auditor :QMS atau manufacturing Process Auditor.

Penulis dalam satu seminar berkenaan QMS

Artikel seterusnya, penulis akan menceritakan tentang prospek sebagai QMS / ISO auditor.

Terima Kasih pengunjung blog arrie


Lama rasanya tak menulis dalam arriesfamily. mungkin kerana kesibukan setelah berpindah ke Johor ni. Sibuk juga melayan kerenah anak2. Baby pun baru usia 3 bulan ++.Gambar terbaru anak2 (Iffa, Dina & Syirah)

Sejak duduk Johor ni, idea untuk menulis agak terhad. mungkin sebab jauh merantau kot. Kaum kerabat semua jauh-jauh. Jarang bertemu dan kurang dapat input untuk idea menulis.

Baru-baru ni ada joint facebook, satu lagi bentuk IT yang banyak memberi manfaat jika kita gunakan sebaiknya. Terkejut juga dapat contact member2 sekolah lama dulu yg dah hampir 20 tahun tak jumpa. SMTSP, sekolah masih dalam kenangan walaupun dah lama tak ke sana. Kenangan bersama kawan2 semasa membesar remaja masih segar di ingatan.
Pintu gerbang utama SMTSP

Semangat menulis kembali semua bila blog dapat kunjungan dari berbagai lapisan masyarakat. Dan terbaru dari oang kampung - Padang Terap. Terima kasih kepada DPP Padang Terap yang sudi mengunjungi blog kami yang tak seberapa ni.
Mereka juga sudi mengambil artikel kami untuk di siarkan di laman mereka. Terima kasih sekali lagi.

Terima kasih juga kepada sedara-sedara , adik beradik yang selalu melawat blog kami. Terima kasih juga kepada follower dan rakan blog kami yang sentiasa mengikuti perkembangan kami.

Atas sokongan dari semua, kami akan terus menulis di blog. Dan setelah ada yang sudi mengambil artikel kami untuk disiarkan menambahkan lagi semangat menulis.

Terima kasih untuk semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008