Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, March 31, 2009

Pengumuman - Technical error resolved.


Teknikal problem untuk server dah diatasi.
Terima kasih kepada domain owner kerana telah berjaya menyelsaikan masalah tersebut.

Arriesfamily.blogspot.com dan mama arrie page - zuraidajemain.blogspot.com akan beroperasi semula.

Segala kesulitan amat dikesali...

Nantikan artikel terbaru dari abah & mama arrie....

Friday, March 27, 2009

PENGUMUMAN - Server Down


Pengumuman Penting untuk pengunjung Arriesfamily.blogspot.com.

1) kami akan berehat seketika kerana menghadapi sedikit masalah teknikal.

2) Tiada artikel baru buat masa ni hingga diberitahu kelak.

3) Link mama arrie (zuraidajemain.blogspot.com) juga menghadapi masalah sama.
Terima kasih kerana masih menjadi pengunjung arriesfamily blog.

Monday, March 23, 2009

Ilmu atau Amal ?



Agak lama tidak menghasilkan artikel yang berat memandangkan masa yang agak terhad kebelakangan ini.

Tajuk ini dipilih memandangkan ada pendapat ataupun pandangan yang berbunyi begini "Ada ilmu pun tak guna, tidak mengamalkan apa yang dia tahu ".

Menyingkap kebenaran pandangan tersebut ada baiknya kita merujuk kepada kepentingan keduanya. Pertamanya ilmu itu sendiri. Kepentingan menuntut ilmu tidak dapat dinafikan lagi bersesuaian dengan sabda junjungan besar Nabi kita yang berbunyi :-

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Di sini jelas bahawa tuntutan menuntut ilmu itu amat besar dan menyintai ilmu juga amat dituntut. Jadinya adalah tidak tepat kiranya kita menganggap tiada gunanya berilmu takut kita gagal mengamalkannya. Ataupun alasan yang biasa kita dengar ialah " tengoklah si A tu ilmu je tinggi tapi lansung tak berbudi bahasa ". Disebabkan kegagalan si A mengamalkan ilmunya kita mengambil jalan menjauhkan diri dari mencari ilmu.

Alasannya mudah " si A pun sama buat apa kita nak gi menuntut ilmu. Ada ilmu pun bukannya bagus pun" . Kita berasa selesa berada dalam kejahilan.

Inilah faktor utama kenapa ramai dari golongan masyarakat ketinggalan dalam mendalami ilmu. Berbalik kepada masalah si A tadi; beliau dikategorikan segagai golongan yang rugi kerana berilmu tanpa beramal. Perumpamaan ilmu tanpa amal ini adalah umpama pokok tanpa buah. Pokok menjadi sia-sia.

Sebaliknya mari kita lihat orang yang beramal tanpa ilmu pula. Contohnya seorang memandu kenderaan tanpa pengetahuan pemanduan tersebut. Kesannya amat buruk dan boleh mengakibatkan kemalangan. Begitulah kesannya dalam amal ibadah seharian kiranya tanpa ilmu, jadilah amalan yang sia-sia walaupun pada pandangan manusia ianya suatu kebaikan.

Lebih memburukkan keadaan dikhuatiri amalan tersebut boleh membawa kesesatan. Umpamanya amalan tahlil hari ke 40, ke 100 dan sebagainya. Kerana beramal sekadar ikut ikutan tanpa mengetahui kebenaran amalan tersebut ianya boleh membawa kesyirikan. Bukanlah tujuan penulis menghuraikan hukum majlis tahlil tersebut sekadar contoh di mana beramal tanpa ilmu boleh membawa kesyirikan jika salah ber'iktikat terhadap acara tersebut.

Perumpamaan Orang yang tidak berilmu adalah seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ualar pun di sangka kayu api.



Imam Ghazali di dalam kitab minhajul a'bidin berkata " Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia ". Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa ilmu dan amal sama pentingnya.

Janganlah menolak kepentingan ilmu dek kerana orang berilmu tidak mengamalkan ilmu mereka.

Beramallah dari sumber-sumber yang jelas dan beruasaha mencari ilmu bagi setiap amalan yang dikerjakan.




Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.

Kerjaya Sebagai QA


Atas permintaan arriesfamily.blogspot.com (mama & arrie) dan kaum keluarga terdekat berkenaan prospek kerjaya bagi post-graduate berkenaan 'Quality field', maka artikel ini dikeluarkan.
Artikel ini juga bloeh dijadikan panduan bagi bakal graduan dalam memilih kerjaya.

Apa itu 'QA' ?
Tak semua memahami apa itu 'QA'. QA sebenarnya ringkasan dari perkataan 'Quality Assurance'. Setiap organisasi samaada industri, perhotelan, perbankan dan sebagainya mempunyai jabatan atau seksyen Quality. QA secara ringkasnya suatu jabatan mengawal-selia tahap quality produk atau servis organisasi tersebut.

Bagi sebuah organisasi yang besar, jabatan QA dipecahkan kepada beberapa bahagian/seksyen.

1) QC - Quality control : mengawal mutu pengeluaran.
2) QE - Quality Engineering : merancang kaedah mengawal mutu (SOP, Work Instruction). terlibat dalam masa pre-production (persediaaan sebelum proses pengeluaran).
3) QS - Quality System : Mengawal sistem organisasi (ISO 9002, TS 16949, etc..)
4) QA - Quality Assurance : Menjamin mutu produk memenuhi spesifikasi sebelum dipasarkan.
Syarat menjadi 'QA' ?
QA terdiri dari berbagai tahap/level dari 'Inspector', Juru teknik, Jurutera hinggalah ke 'Manager' dan 'Director'.
Kelayakan adalah mengikut jawatan yang dipohon mimima adalah SPM dan lulus Mathematik.
Jawatan yang sesuai bagi 'fresh graduate' adalah - QA Engineer, QA Executive atau QA Superetendent.
Kelayakan minima : Degree in Science or Engenering.

Apa-apa kursus Engineering adalah bersesuaian dengan industri yang menawarkan pekerjaan tersebut. Misalnya Industri pembuatan - Mekanikal atau Eletrikal yang paling sesuai.
Syarat tambahan : mempunyai lesen kenderaan dan kenderaan sendiri diberi keutamaan. Fasih berbahasa Inggeris dalam penulisan dan perbualan. Berpengetahuan asas mengenai Quality Standard ISO satu kelebihan.

Tugas-tugas QA Engineer ?
Umum tidak mengetahui apakah fungsi dan tugas utama QA Engineer. QA engineer lebih memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam sistem operasi bagi memastikan mutu produk pengeluaran memenuhi specifikasi yang ditetapkan (Standerdization). Memastikan tahap qualiti pengeluar optimum dan mengelakkan berlakunya aduan pelanggan (customer complain) terhadap sesuatu barangan.




Penulis bergambar bersama pelanggan (Customer) dari Sony Eletronics.

Penulis paling kiri barisan belakang - tengah tersenyum riang.






Bagi memastikan kawalan mutu berada pada tahap memuaskan, seseorang QA Engineer perlu pakar (expert) dalam process pengeluaran produk tersebut. Misalnya dalam proses pembuatan acuan besi - Metal stamping, Qa engineer perlu kenalpasti (fimilar) dengan proses berkenaan. Beliau perlu faham proses yang terlibat dan apakah punca-punca masalah jika berlaku kerosakan (defect). Umpamanya : kesan calar (scratches) berpunca dari acuan (mould) yang tidak sempurna pembuatannya.

Sekiranya berlaku kerosakan mutu produk berkenaan , QA Engineer bertanggungjawab menganalisa, mengkaji dan mengenalpasti punca kerosakan dan mengambil langkah pengawalan dan penambahbaikan (cause and countermeasure). QA engineer mesti bekrjasama dengan production engineer atau tooling engineer atau lain-lain jabatan berkenaan untuk mendapatkan solusi (solution) terbaik bagi masalah yang dihadapi.

Prospek masa depan QA ?

Adakah bahagian QA mempunyai prospek masa depan yang baik. Bakal para graduan mesti tertanya-tanya apakah memasuki QA mempunyai masa depan yang terjamin ?
Jawapannya QA mempunyai prospek yang luas dalam membina kerjaya dan keyakinan diri.
Melalui jawatan sebagai QA Engineer mengajar kita menambah keyakinan diri dalam 'public speaking' di mana menjadi tugas asas QA engineer berdepan dengan pelanggan dan mempersembahkan hasil penambahbaikan(present countermeasure).

Secara tidak lansung pembentukan jatidiri (personnel development) berlaku dimana kita merasa lebih yakin bila berdepan dengan orang ramai dan bersedia menjawab apa saja soalan berkaitan.

Bagi meneruskan kerjaya lebih profesional, QA Engineer boleh mendalami kemahiran mengaudit (auditing skill) dan memahirkan diri dalam 'Quality Syatem' . Banyak kursus lanjutan boleh diambil bagi melayakkan diri menjadi juru audit kualiti sistem (Quality System Auditor).
Dengan pengalaman dan sijil lanjutan tersebut melayakkan kita menjadi juruaudit sah dan boleh menyertai badan-badan berkanun berkaitan dengan sistem audit umpamanya SIRIM, BVQI, TUV, UKAs dan lain-lain lagi.

Penulis bersama rakann-rakan sekerja dalam satu conference anjuran sebuah syarikat consultancy.
Penulis 3 dari kiri - barisan tengah

Di samping bertindak sebagai juru audit, kita juga boleh menjadi penasihat sistem kualiti (Quality system consultancy) bagi sesebuah syarikat yang memerlukan. Dengan kata lain jawatan lebih profesional sebagai konsultan sistem kuality (Quality system sonsultant). Gaya consultant umpama seorang pensyarah yang memberi kuliah dan mengajar dan membimbing pelajar-pelajarny
Kiranya masih berminat meneruskan kerjaya QA dalam sesebuah organisasi, QA engineer masih dapat meningkat kemahiran melalui kursus-kursus lepasan ijazah yang dianjurkan oleh universiti tempatan. Umpamanya kursus 'Certify Quality Engineer' - CQE oleh UITM. Melalui sijil berkenaan satu title CQE akan diberikan kepada QA Engineer yang setaraf dengan IR bagi jurutera aliran lain.

Kesimpulan

Kerjaya sebagai QA mempunyai prospek yang baik kerana semua organisasi mempunyai bahagian kawalan mutu tetapi bergantung kepada ketabahan (self confident) diri individu itu sendiri.

Nasihat kepada bakal graduan seperti Naim (anak saudara penulis), Haikal (adik ipar) sekiranya mempunyai ketabahan - ketahanan mental dan fizikal yang mencukupi maka boleh menceburkan diri dalam aliran QA.

Untuk Arrie, Iffa, Ammar, Dina (anak-anak) - tidak digalakkan menceburi bidang ini kerana kesan tekanan kerja cukup sekadar dirasai oleh penulis sendiri sahaja. Ceburi sektor awam lebih mudah dan tidak begitu mencabar.

Sunday, March 22, 2009

Cerita- ceriti....



Sabtu, tiba2 nenek telefon mama beritahu buyut (maksudnya moyang) telah sampai dari Johor. Kebetulan pada sebelah malamnya kami akan hantar Arrie untuk latihan silatnya di surau berhampiran rumah nenek.
Jadi kami mula berkumpul di rumah nenek pada sebelah petang sehingga habis sesi silat arrie pada pukul 11.30 malam.

Gambar sebelah : Buyut dan mama sedang asyik mendengar ceritera dari mak Nana..



Gambar di sebelah kanan ialah buyut lelaki. Abd Rahman Bin Wadin peneroka Felda Chempelah Barat. Masa mama berusia 11 dan 12 tahun mama pernah dudk bersama mereka dan bersekolah di SK Chempelak.

Pengalaman yang sudah tentu mama tak dapat lupakan.






Iffa sedang menggayakan tudung baru yang di jual oleh mak Nana. Harganya berpatutan yang penting selesa di pakai.

Mama beli satu untuk Iffa dan satu lagi untuk mama...

Bolehla kami bertukar2 tudung. Tudung nie memang suitable untuk ke tempat kerja dan bersiar2 corak dan warnanya pun ada bermacam2.

Rambang mata juga pada mulanya..tak tahu nak pilih mana satu.








Kami menggayakan tudung baru.. tapi nampaknya Iffa lebih sesuai lagi kot..

Kami beri idea untuk mak Nana lariskan jualan tudung dengan menjadikan Iffa model kanak2. Mungkin di tempat kerja mak Nana di putrajaya ada ibu2 yang berminat untuk belikan anak2 mereka tudung apabila melihat gambar2 Iffa.

Rupa2nya mak Nana sering juga melawat blog kami di tempat kerjanya jadi mak Nana cadangkan agar mama upload gambar di dalam blog kami untuk tujuan promosi... Semoga mak Nana berjaya dalam apa jua usahanya...

Friday, March 20, 2009

Marhaban




Sedikit sedutan Marhaban yang sempat dirakam.
Kelihatannya keseluruhan ahli marhaban terdiri dari warga emas sahaja.

Semoga warisan ini tidak pupus ditelan zaman....

Majlis Kahwin Dulu-dulu



Majlis kenduri di kampung haritu masih panas lagi, jadi teringat nak cerita macam mana suasana majlis kahwin sekitar tahun 80-an.

Tak banyak perubahan dari segi cara gotong royong kerana penduduk kampung masih kuat mengamalkannya. Cumanya perbezaan ketara ialah dari segi kos perbelanjaan pastinya meningkat dengan secara mandadak.

Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas, ada baiknya kita tengok majlis kahwin Kak Nab (salah seorang kakakku) dalam pertengahan 80-an (tahun 1984 kalau tak salah).

Perbezaan ketara orang dulu-dulu ialah masa bertunang secara senyap-senyap hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Arwah mak masa tu selalu larang kami hebahkan Kak Nab dah bertunang. Mungking ada hikmah di sebalik tu agaknya. Takut-takut berlaku insiden putus tunang. Sebab tu dilarang hebahkan kepada umum.

Bila dah ditetapkan hari nikahnya dan kad kahwin nak diedarkan barulah dibolehkan dibuat hebahan. Persiapan membuat kad agak simpel sahaja. Guna kertas A4 dan dicetak dengan banyak - digelek kata orang Kedah, kemudian lipat jadi kad. Biasanya cikgu-cikgu kampung membantu menggelek kad tersebut. Seingat aku Cikgu Che' Pi kot membatu proses kad ni. Pada masa tu tak ada kad wangi-wangi macam sekarang ni.

Mak Bapak keduanya tak tahu menulis jadi kami adik beradik tukang isi nama tetamu pada kad tersebut. Bapak akan duduk semeja untuk memberitahu nama-nama dan kakak akan menulisnya. Turutan nama mengikut kampung dan lokasi rumah jemputan tersebut bagi mengelakkan tertinggal kenalan penting.

Kad akan dihantar terus alamat secara 'by hand' dan bapak akan pergi jumpa terus dengan orang yang dijemputnya. Aku kadang-kadang akan ikut sebab bapak nak aku kenal sendiri nama-nama saudara mara walaupun dari kampung lain. Proses hantar surat ni agak ambil masa sikit sebab kampung agak jauh. Pernah pergi sampai Pedu - dalam 20 ~ 30 KM dengan motosikal.

Jumlah jemputan bergantung pada baget. Masa Kaka Nab agak besar sebab dah lama tak buat kenduri selepas Kak Balkis (kakak sulung) kahwin dalam tahun awal 70-an. Walaupun jemputan ramai tapi dengan sokongan penduduk kampung jadi tidak begitu membebankan.

Lembu memang telah ada. Dibela sendiri oleh kami sekeluarga. Disebabkan ayam masak merah merupakan sajian utama bagi setiap kenduri maka bapak mengambil jalan membela ayam. Hendak beli terus melibatkan kos yang agak besar. Abang Wahab (Abg Ipar) jadi tukang bela ayam. Reban dibina dekat dengan rumah Abg Wahab bagi memudahkan urusan bela ayam tersebut. Kesan tempat bela ayam tu dah tiada memandangkan rumah pusaka lama tu pun dah tiada. Lokasinya dalam kebun Kak Nab sekarang ni.

Zaman dulu-dulu ada padi sendiri disimpan dalam jelapang padi, jadi angkut sahaja dari jelapang dan pergi ke kilang beras. Lokasi kilang beras di Kampung Tanjung - tak jauh dari rumah dalam 2 KM sahaja. Sekarang kilang tu dah tak ada. Caranya kita bawa padi dan diprocess oleh kilang tersebut dan taukey kilang akan ambil upah dari beras tersebut. Berapa % aku tak pasti - mungking 80-20 kot. Kita dapat 80 % dan taukey ambil 20 %. Lagi satu cara jimatkan kos.

Selebihnya jiran-jiran akan membantu. Datang bawa gula, bunga telur, susu, beras dan sebagainya. Pada masa tu PakDa Kelantan (jiran sebelah rumah) yang paling banyak sumbangkan beras. Mungking kerana rezekinya lebih kot pada masa tu.

Satu keistimewaan orang kampung ni masa tu, betul-betul tolong 'support' setiap kenduri tanpa mengharapkan balasan. Untuk mengelakkan bapak lupa siapa yang tolong dia masa kenduri tu, dia buat satu buku rekod. Tulis setiap nama orang yang memberi sumbangan. Aku ngan Bacat jadi tukang tulis kali ni. Tujuannya suatu masa nanti akan balas balik sumbangan jiran tadi. Kaedah ni menggambarkan muafakat masyarakat kampung pada masa tu amat akrab sekali.

Agak berbeza kebelakangan ini di mana orang kampung lebih mementingkan hadiah cabutan bertuah yang bakal dimenangi dari membantu tuan rumah secara benar-benar ikhlas. Mungkin perubahan waktu menyebabkan faktor material menjadi rebutan.

Gotong royong masih sama seperti sekarang; proses dari sembelihan lembu dan ayam-ayam sehinggalah memasak dan berhidang. Kalau dulu semua tetamu makan berhidang. Ianya memerlukan ramai tenaga kerja sebagai 'penanggah' ataupun lebih popular di Kedah sebagai 'mentara'.

Setiap kali kenduli dulu-dulu, aku dan kawan-kawan sebaya pastinya terlibat sebagai 'mentara' ni. Ambil hidangan dan hidangkan. Tapi hidang untuk diri sendiri sahaja. Maklumlah budak-budak memang nakal kerana biasanya 'mentara' boleh makan dulu dan makan secara berselerak. Bukan makan di khemah yang disediakan. Kami akan mengaku nak jadi 'mentara' dan dapat hidangan cepat.

Lepas makan angkat pinggan ke tempat cuci dan hilang. Ketua mentara yang dilantik selalu marahkan kami dan katanya " nak jadi mentara rupa-rupanya sementara sahaja".

Berbalik cerita kenduri Kak Nab tadi, seminggu sebelum kenduri jiran-jiran dijemput untuk mesyuarat. Ketua tiap-tiap bahagian dilantik. AJK 'kedehok' - istilah untuk dapur, AJK 'mentara' , air dan sebagainya. Ketua-ketua ini akan memastikan persiapan lengkap sebelum majlis bermula.

Orang kampung mempunyai persatuan, lebih dikenali sebagai 'syarikat'. Syarikat menyediakan sewaan pinggan mangkuk untuk ahlinya dengan harga yang murah sahaja. Tuan rumah bertanggungjawab terhadap barangan yang disewa dan setiap kerosakan hendaklah diganti.

2~3 hari sebelum majlis, khemah akan didirikan. Orang kedah sebut 'buat balai'. Ramai orang kampung akan tolong buat persiapan ini. Jamuan ringan disediakan. Makanan paling popular pulut + kelapa lauk ikan masin. Menu ni rasanya kekal hingga hari ni. Orang luar Kedah rasa janggal makan macam ni sebab ia boleh dikategori makanan pelik-pelik.

Perbezaan ketara kenduri dulu-dulu dengan sekarang. Hampir 95% persediaan dan acara majils dijalankan oleh orang kampung. Tuan rumah hanya tolong sikit-sikit saja. Masih teringat lagi bila tiap kali kenduri orang kampung akan larang mak bapak buat kerja. Kata mereka 'Pak Long dok saja, biaq kami buat. Ni kenduri pak long'.
Ini lah satu budaya yang amat baik dimana semua orang kampung akan berusaha meringankan beban tuan rumah sedaya mungkin.

Budaya gotong royong ini kian pupus terutamanya di bandar, semuanya berbayar.....
Perubahan arus kemodenan agaknya penyebab lupusnya budaya gotong royong ini agaknya.

Gambar sekadar hiasan : dari majlis Kahwin Fakrurazi baru-baru ni.

Padah Banyak Bercakap





Banyak cakap undang pelbagai padah
(B Harian, 12.02.2005)


NABI Muhammad saw diutuskan oleh Allah ke dunia ini bagi membawa dan menunjukkan teladan baik dan murni bagi menjadi ikutan umat manusia. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” (Suruh al-Ahzab, ayat 21).

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat itu menjelaskan bahawa Rasulullah saw dapat diteladani dalam beberapa aspek termasuk:
Dalam perkataannya, Baginda menjadi ikutan sebagai insan yang berbicara sesuatu dari hati nuraninya yang ikhlas. Baginda tidak berbicara dan berkata sesuatu yang tidak diperlukan, apatah lagi yang sia-sia.
Baginda berbicara sesuatu yang mempunyai hubungan dengan kepentingan umat dengan bahasa yang mudah difahami. Baginda sentiasa jujur dan benar. Rasulullah saw berpesan bahawa sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik atau diam saja.

Di sini, jelas antara perbuatan mulia yang disarankan Baginda adalah supaya diam.
Ulama tasauf juga menasihatkan kita agar lebih banyak mendiamkan diri atau kurangkan percakapan yang tidak berkaitan dengan dirinya supaya lidah tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa bencana.
Rahsia yang tersembunyi dalam diam banyak, termasuk meningkatkan tahap pemikiran, mengajar jiwa agar lebih warak dan mendekatkan diri kepada sifat takwa.

Rasulullah saw ketika menjawab pertanyaan Uqhbah bin Amir mengenai perkara yang boleh menyelamatkan diri pada hari akhirat, dengan bersabda bermaksud: “Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak sepatutnya, selesakanlah rumahmu dan menangislah di atas dosa-dosamu."
Sabda Baginda lagi: “Seseorang hamba itu tidak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Tuhannya sehingga dia menjaga lidahnya."

Diriwayatkan oleh Abu Naim Al-Asfahani, dari Ibrahim bin Adham, Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya: "Hai anakku! Bahawasanya seorang lelaki, dia akan terus bercakap hingga dia dikatakan bodoh, sedangkan dia bukanlah seorang yang bodoh.
“Dan seorang lelaki dia akan terus berdiam diri, hinggalah dia dikatakan seorang yang sopan santun, sedangkan dia bukanlah begitu."

Kata Luqman lagi: “Barang siapa yang tidak berbincang akan menyesal, barang siapa yang duduk bergaul dengan ulama akan menjadi alim dan barang siapa yang kurang percakapan kesihatannya akan berkekalan.”

Dalam hal diam, Imam Syaf'ie berpesan: “Banyak orang berkata: "Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?"
“Aku katakan kepada mereka: Menganggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila adalah kebajikan jiwa.
“Dalam sikap diam juga ada penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak.”

Imam Syafie berkata lagi: “Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak rugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.”


Nota : Semoga dapat diambil pengajaran dari artikel B. Harian ini.
Diam bukan beerti lansung tidak bertegur sapa tapi kurangkan dari bercakap perkara yang tidak perlu kerana dikhuatiri akan menyakiti teman bicara kita. Walau bagaimanapun diam hingga mnumbulkan ketidakselesaan satu pihak lagi mesti dijauhi- setuju dengan pendapat mama. Insya-Allah akan berusaha ke arah yang lebih baik, Aminn.... (Suhaimi)

Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap


Sebuah Artikel dari Berita Harian...
Ammar pernah menghadapi symptom yang sama suatu ketika dulu.

Oleh Rohaniza Idris

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak
AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanyaterdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan.
Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain. Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan seringtertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.


Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-KanakUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktorpersekitaran dan kesihatan mereka.Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.


Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibubapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapajuga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambatbercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagaiberisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi,penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.


Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata. “Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap.


Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.FAKTA: Percakapan kanak-kanak

Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanakdari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lainmelalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembanganpra-linguistik).
Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkunganusia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.[b]INFO: Tip membantu anak bercakap.

Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketikamereka masih belum lagi pandai bercakap!
Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayatyang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepadaanak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lainsupaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindakbalas

Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untukmembantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajariperkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik danberusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak.
Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak.
Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

Thursday, March 19, 2009

Ulama tersohor Padang Terap


Al-hamdulillah berkesempatan bertemu dan bersalaman dengan ulama' tersohor dari Padang Terap semasa kenduri di kampung tempohari.


Pak Teh Mad - Pengasas sekolah pondok di Padang Nyior, Padang Terap turut hadir meraikan majlis walimah Fakhru razi.

Ketokohannya tak dapat dinafikan lagi di segenap pelusuk daerah Padang Terap.

Yang paling mengagumkan, dalam kesibukan sebagai Da'ie masih mampu meluangkan masa memenuhi setiap jemputan.

Di sebelahnya adalah antara anak didik Pak teh Mad - Ustaz Ahmad Sanusi bersama dengan anaknya (Beliau merupakan sepupu penulis sendiri).

Semoga bakal lahir pejuang seumpama Pak Teh Mad bagi generasi akan datang.

Allahhu Akbar...

Sakaratul Maut...


Video tentang suasana di ambang maut.
Semoga video ini memberi keinsafan...



Cuba amati betul-betul ketika kerbau berada di nyawa-nyawa ikan.
Kerbau yang tiada dosa juga kedengarannya azab dalam menghadapi maut.
Semoga kita sama-sama muhasabah diri....

Tuesday, March 17, 2009

Cara Mudah Bina Blog


Artikel ni ditulis bagi tujuan rujukan saudara mara atau rakan-rakan yang ingin bina blog masing-masing. Ada bermacam laman yang menyediakan kemudahan blog secara percuma. Cara paling senang untuk beginner adalah menggunakan blogspot.com.


Langkah 1 : Kena access blogspot dulu, klik link di bawah :-




Paparan skrin seperti di bawah ini
Kemudian Klik pada 'CREAT YOUR BLOG NOW'

Paparan skrin seperti di bawah

Langkah 2 :
-Isikan maklumat diri anda. Maklumat penting anada mesti mempunyai e-mail sendiri.
-Isikan semuanya dan klik 'CONTINUE'.

Paparan skrin seperti di bawah :
Langkah 3:
-Masukkan Nama Blog anda. Nama biarlah suatu yang bernilai komersial atau sesuatu yang bermakna.
-Kemudian masukkan alamat blog anda. Ckeck 'availability' sebab mungkin nama tersebut telah ada dalam blogspot.com
-Tekan 'CONTINUE'

Paparan seterusnya

Langkah 4:
- Pilih template kegemaran anda & tekan 'CONTINUE'


Paparan seterusnya


Ini menunjukkan blog anda telah tersedia dan anda boleh mula menulis. Selebihnya Anda boleh mencuba setiap ikon dalam blog anda perlahan-lahan dan mengubah design beransur-ansur untuk mencantikkan lagi blog anda.

Selamat membina blog : Khusus untuk Kak Jah, Bang Mat (Ahmad Sanusi), Kak Yam, Kak Nab dan juga ahli keluarga lain yang berminat menulis.

Majlis perkahwinan di KN.


Gambar2 sepanjang majlis perkahwinan Fakhrurazi bersama pasangannya Aida pada 15 Mac lalu.

Add Image
Inilah pasangan pengantin barunya. Yang sebelah kiri pengantin lama yang suaminya tukang tangkap gambar bersama anak2 yang semakin bertambah tahun demi tahun.. he he he


Mama baru praktis memarut kelapa. Siapa Tok Guru parut kelapa? Haa kat bawah ni la orangnya sedang berpeluh2 turunkan ilmu.

Yang berbaju merah tu adalah QAnya yelah untuk memastikan kelapa yang di parut mengikut piawaian yang di benarkan.


Di tengah kesibukan ada juga yang sibuk memanaskan kerusi masing2 sehingga sayang untuk bangun kerana kerusi itu sungguh lembut sekali.. Beli di mana agaknya ek... Aik rasanya kalau tak silap yang berbaju merah di hujung sekali tulah yang paling lama memanaskan badan.. tak caya tengok gambar di bawah..



Haa kan orang yang sama tu..cuma bertukar kerusi, baju dan juga sempat menyamar diri memakai kopiah tapi akhirnya dapat dikenal pasti oleh paparazi sebab tu gambar yang ditangkap agak kabur sikit kerana paparazi khuatir di sedari oleh empunya badan. Siapa agaknya orang tu eek.. Tapi bukan dia saja, yang bertudung putih tu pun rasanya macam serupa dengan salah seorang gambar di atas... semakin selesa sekali cara dia dudukkan? Maklumlah kerusi empuk...Cuba perati betui2.


Kami tak besar kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah...yea wonderpet yea...!!


Ini adalah ahli kumpulan nasyid yang akan menggegarkan stadium tak lama lagi. Nantikan kemunculan mereka anda pasti menyesal. Opps salah anda pasti terhibur.


Alamak,berita yang baru kami terima kumpulan tersebut terpaksa di bubarkan kerana salah seorang ahlinya tak dapat cari pengasuh yang dapat menjaga anak2 ketika aktiviti seni berlangsung..kesian sungguh orang itu. Belum sempat menyinar dah pun samar2.

Ada banyak lagi gambar yang menarik yang sempat dirakamkan kalau mama tak tidur opps kalau mama tak sibuk mama akan uploadkan lagi ok..


Ego Jadikan Keras Hati & Sukar Mengalah


Sebuah Artikel berkualiti tentang susahnya kita berlapang dada bila berbicara. Kita susah menerima pendapat orang lain bila berlaku perbezaan pendapat dan tetap menegakkan pendapat kita walaupun kadang kala hujah kita tidak begitu bernas.
Link asal:-


http://nurjeehan.wordpress.com/2007/05/29/ego-jadikan-umat-keras-hati-kasar-sukar-mengalah/




Oleh Mohd Shukri Hanapi

EGO atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain. Jika ditanya adakah kita tergolong dalam golongan orang yang ego atau sombong, tentu ramai mengatakan tidak.
Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya, sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati selama ini. Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong?

Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk beberapa hari. Dalam hal ini, adakah kita mulakan salam kepadanya atau menunggu dia memulakan dulu?
Jika kita enggan menegur dulu, bermakna kita sombong dan ego. Orang yang merendah diri akan berbaik semula dengan temannya, tanpa menghiraukan maruahnya tercemar atau menampakkan dia yang bersalah.
Sebenarnya orang yang mengatakan orang lain itu sombong atau ego menunjukkan dirinya yang ego. Bukankah Islam menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang.

Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan kata-katanya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)

Antara sifat sombong atau ego ialah tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Bagaimanapun, apabila dia melakukan kesalahan tidak pula berasa kesal di atas perkara yang berlaku.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustamu itu wahai Muhammad) serta layan mereka dengan cara yang elok.” (Surah al-Hijr, ayat 85)

Satu lagi sifat ego ialah suka ‘pilih bulu’ dalam pergaulan. Jika kita daripada jemaah A, kita tidak mahu bercampur dengan jemaah B atas alasan dasar perjuangan berbeza.
Kadangkala, kita juga hanya bergaul dengan mereka yang difikirkan setaraf dari segi kemewahan dan pangkat serta pendidikan. Ada juga menganggap diri cukup ilmu agama, hingga enggan bergaul dengan mereka yang kononnya cetek dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
Ada juga golongan yang suka mengasingkan diri daripada mereka yang miskin dan susah. Mereka bimbang orang miskin itu akan menyusahkan mereka.
Dalam kehidupan, tanpa disedari kita selalu berkasar dengan orang di sekeliling. Di rumah, seorang ibu atau ayah menunjukkan keegoannya dengan memarahi anaknya, biarpun anak hanya melakukan kesilapan kecil.
Perkataan seperti ‘anak degil’, ‘tidak guna’ dan ‘keras kepala’ menjadi amalan biasa. Natijahnya, tidak hairanlah jika dilihat apabila anak bergaduh sesama mereka, perkataan yang sama akan dilafazkan.
Apabila anak meningkat dewasa, mereka tidak lagi menghormati ibu bapa. Puncanya kerana sewaktu kecil kita menganggap kehadiran mereka menyusahkan dan tidak menghormati mereka sebagai anak.
Allah memerintahkan hamba-Nya agar sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan tidak kasar dalam berbahasa.
Allah berfirman yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kelilingmu. Oleh, itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 159)

Monday, March 16, 2009

Penyakit TIBI



Lanjutan dari kisah Ammar pergi ckeck-up kat GH.

Doktor syak sympton TIBI ada pada Ammar berdasarkan ujian darah sahaja.

Dia kena jalani ujian susulan...


Kami sekeluarga cukup risau dan cari artikel berkenaan penyakit tersebut.


Bawah di artikel dari sabah.org.my


TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.


Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI
1) Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
2) Kahak yang mungkin mengandungi darah
3) Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
4) Susut berat badan dan hlang selera makan
5) Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
6) Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
mendapatkan pemeriksaan doktor
melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
menjalani pemeriksaan x-ray dada


Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan
Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan


Link asal :-



Berdasarkan tanda-tanda penyakit, tiada satu pun pada Ammar. Semoga Ammar dijauhkan dari segala penyakit kronik....Amin....Apa pun kena gi furthur check-up kat GH lagi.

Cerita tentang Blog


Baru-baru ni balik kampung di Kuala Nerang (Kg Bendang Raja) sebab ada kenduri Kahwin.
Sempat jumpa kesemua adik beradik dan sanak saudara.

Dalam bercerita tentang blog macam-macam info yang kami terima. Macam-macam respon dari semua bloggers dan juga pengunjung setia arriesfamily.blogspot.com.
Tak sangka blog ni agak lebih popular kebelakangan ini. Bila tanya mana dapat tau tentang blog-blog ni, rupanya abgsidi.blogspot.com tukang promosi. Terima kasih buat Dikdie tuan punya abgsidi.blogspot.com yang tolong mempromosi blog sendiri dan secara tidak lansung blog kami juga dikunjungi.
Terkejut juga bila Kak Jah tanya kenapa tulis nama dia dalam artikel kami sebelum ni. Ini lah realitinya ramai lagi penulis berkualiti seperti Kak Jah yang belum mula menulis. Mungkin sibuk melayan anak agaknya. Maafla kalau kami ambil contoh Kak Jah sebagai bakal penulis berbakat besar...
Bang Mat (Ahmad Sanusi) juga tanya pasal blog. Satu lagi kejutan sebab tak sangka Bang mat dan keluarga juga pengunjung blog kami. Terima kasih sekali lagi untuk abang mat sekeluarga.
Bang Hadun dan keluarga lebih mengujakan. Minta kami tolong register blog masa kenduri tu juga. Sempat register hari tu dan anak sulung mereka (Bad) jadi tukang taip. Bekerjasama satu keluarga. Satu fenomena yang begitu positif.
Berbalik kepada cerita buat blog ni, dulu kami pernah menulis tentang matlamat penulisan blog dalam mendekatkan hubungan kekeluargaan. Boleh rujuk link di bawah :-
http://arriesfamily.blogspot.com/2008/12/fungsi-dan-matlamat-penulisan-blog.html

Semoga ramai lagi ahli keluarga dan kaum kerabat dapat membina blog keluarga masing-masing bagi memudahkan kita berhubung dan mengetahui perkembangan masing-masing di alam maya ini.
Dulu kami juga cuma pengunjung/pembaca sahaja tetapi bila mula menulis dan dapat respon yang agak positif dari pengunjung blog kami, meransang untuk terus menulis. Abg Ma'ie mungkin setuju dengan pendapat kami...

Thursday, March 12, 2009

Balik kampung ooo balik kampung...


Esok kami akan pulang ke kampung di Bendang Raja bagi menghadiri majlis perkahwinan Acu Fakhru. Bagi memastikan baju kami semua mengikut tema yang telah di cadangkan oleh Acu Aina kami pun membawa anak2 membeli belah di pasaraya The Store Centrepoint minggu lepas. Susah jugak nak cari colour yg sesuai akhirnya kami Hantam je la...







Hampir sejam kami di sana mencari warna yang sesuai. Akhirnya mama pilih asal boleh aje. BAju Ammar dan Arrie di pilih sedondon. Diorang yang nak sama mama ok jer. Memang lumrah orang perempuan nie kalau shopping memang cerewet nasib baik abah relak je dia sibuk jaga anak.




Iffa dan Ammar seronok suka nak beli baju baju katakan.











Ok setelah berpusing2 selama hampir dua jam akhirnya abah tersenyum kelegaan bila melihat isterinya bersedia untuk membuat bayaran. Iffa sempat berposing di depan kaunter, panik jugak cashier tu pada mulanya tapi mama jelaskan saja nak masuk dalam blog..



Irdina kepenatan terus duduk di escalator sewaktu hendak turun ke tempat letak kereta dia pun tau penat jugak. Jangan tengok badan kecik tak reti penat cuma mamanya terlupa penat seketika apabila bershopping. Betul jugak ada orang cakap shopping nie boleh merehatkan minda, yang stressnya orang yang mengikut dan menghulurkan wallet jer la he he he.


Inilah baju2 pilihan kami untuk anak2....


Haa ni pulak baju mama dan abah yang dah siap di tempah. Rasanya mama tak dapat pakai kot pasal bahagian perut tak muat pulak dah..

Wednesday, March 11, 2009

Perihal anak.


Semalam merupakan hari yang amat meletihkan minda dan fizikal. Akibat terlalu risaukan kesihatan Ammar, mama bertindak pergi sendirian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada abah ini kerana dengan fikiran yang bercelaru dan emosi yang tak menentu akibat dari pengalaman lalu yang mengaanggap remeh tentang kesihatan anak dan membiarkan Ammar menderita kesakitan akibat appendiks selama 3 hari.

Bagi mama cukuplah kesilapan lalu dan mama tak sanggup lagi hendak menempuhi apa yang akan berlaku sekiranya kita lambat bertindak. Dan kalau boleh mama nak mengetahui selanjutnya apakah masalah kesihatan yang Ammar alami oleh doktor pakar.


Mulanya ingatkan beguk tetapi ianya adalah kelenjar yang sedang membengkak.


Sebelum ini ada doctor yang menyarankan agar mama membawa Ammar untuk menjalani ujian darah bagi mengenalpasti adakah punca Leukimia atau bukan. Dengar saja Leukimia hati mama sudah tentu menjadi gerun kerana mama pernah menyaksikan penderitaan arwah abah mama yang telah pun meninggal dunia disebabkan penyakit itu. Oleh itu mama ambil tindakan pergi sendiri kerana kalau boleh nak tahu pada hari itu juga kondisi Ammar sebenarnya.

Setelah berulang alik dari satu hospital ke satu hospital dan kini kami hanya menunggu keputusan doktor. Bukan mudah bagi mama untuk melakukan ini semua seorang diri dan mama memang memerlukan seseorang untuk membantu tetapi mama tak mahu mengganggu abah bekerja.

Bukan tidak berusaha memberitahu dahulu tetapi sewaktu mama cuba hubungi abah kredit sudah tamat tempoh dan mama juga berusaha mencari public phone malangnya rosak oleh kerana nak cepat untuk kembali pulang mengambil Iffa di sekolah mama terus pergi ke klinik Telok Panglima.




Ammar sewaktu menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital Banting. Terima kasih kepada Abah kerana sudi menghantar kami.

Dengan membawa kandungan 7 bulan, anak berusia 2 tahun dan Ammar yang sedang lasak juga di dalam fikiran khuatir terlambat ambil Iffa di sekolah sudah tentu meletihkan tetapi kerana terlalu kasih dan bimbang kesihatan anak sudah tentu mama tak mahu berdiam diri di rumah menunggu dengan perasaan tertanya2 dan khuatir.

Mujur ada jiran yang boleh membantu kerana mama sempat berpesan sekiranya mama lewat balik dari klinik mama perlukan bantuannya untuk ambil Iffa pulang. Terima kasih kak Lily.

Nak tunggu sehingga abah pulang dari kerja? Sudah tentu malam kalau boleh mama nak tahu pada hari itu juga apa sebenarnya masalah itu.

Bila diminta pertolongan biasanya perbincangan hanya berpihak kepada satu pihak tanpa memikirkan pihak yang lain seperti yang mama beritahu mama tak mahu kesilapan menganggap tak de apa2 akan berulang kerana mama tahu tanggungjawab ibubapa melindungi dan mengasihi anak. Dan kerana terlalu kasih mama tak mahu anak2 mama menanggung kesakitan terlalu lama akibat dari sikap sambil lewa ibu bapa.

Pada tengaharinya kami bergegas ke hospital Banting dengan di hantar abah yang sanggup keluar (potong gaji lagi) dari tempat kerja tetapi disuruh pula ke hospital besar untuk dapatkan rawatan daripada doktor pakar kanak2.

Alhamdullilah akhirnya kami dapat juga ketempat yang dituju pada pukul 4 (sebelum tutup klinik tutup pukul 5) walaupun pada mulanya ada pendapat mengatakan tak sempat kerana sewaktu keluar dari hospital Banting 3.30 ptg tetapi sewaktu perjalanan mama banyak memohon kepada Allah agar di permudahkan jalan bagi kami kerana mama tak sanggup mendengar herdikan demi herdikan lagi. Alhamdullillah Allah makbulkan. Akhirnya doktor pakar yang merawat memberitahu bahawa Ammar hanya bengkak di bahagian anak tekak (tonsil) dia berikan ubat untuk mengecutkan kelenjar dan tonsil yang sedang membengkak ( antibiotik) mama dapat menghela nafas lega.

Keletihan berulang alik membawa anak2 di rasakan berbaloi walaupun menghadapi sikap individu yang selalu meletakkan kesalahan dan memarahi tanpa memahami perasaan. Hancur luluh perasaan tak tahu di mana hendak mengadu.

Dan kini kami hanya perlu menunggu keputusan ujian darah dan x ray pada hari Isnin nanti.

Dengan sokongan daripada ahli keluarga terdekat ianya membuatkan airmata mama mengalir kerana mama memang memerlukannya di waktu ini. Terima kasih kepada kakak Miza dan Along Uji yang terus telefon bertanya tentang Ammar sebaik tahu. Dan tidak lupa juga terima kasih kepada Emak kerana bersusah payah naik bas untuk ke hospital risaukan cucunya. Dan Naim anak saudara yang sedang belajar di UKM kerana sempat memberikan kata2 sokongan di dalam blog makcik. Dengan kata2 semangat dan panggilan telefon sudah tentu amat mama hargai sokongan kalian semua.

Walaupun bantuan sekadar bertanya khabar tetapi ianya membawa seribu erti kerana ketika kita dalam kesusahan sudah tentu sikap ambil peduli terhadap orang sekeliling dan kata sokongan memang di perlukan.

Kadangkala sewaktu ujian melanda inilah Dia menguji kita dalam bagaimana caranya kita menangani masalah ini. Bagaimana sikap kita, tindakan kita dalam mengharunginya.

Dan hari ini mama masih lagi terima panggilan dari Along, akak dan emak yang bertanyakan khabat Ammar.

Untuk abah mama minta maaf kerana keputusan mama pergi sendiri tanpa memberitahu terlebih dahulu adalah satu kesalahan kepada isteri. Maklumlah isteri kan kena minta izin suami dulu tetapi mama tahu abah sentiasa memahami tindakan mama sebab sebelum ini pun selalu terjadi tetapi apabila dimaklumkan kemudian abah biasanya ok je.

Terima kasih segalanya..

Monday, March 9, 2009

Dialek Padang terap - sambungan...



Atas sokongan kerabat Kola Nerang, kami akan menyambung istilah unik Padang Terap.

Sambungan huruf 'C'.....

Cair hanya disebut chee sahaja.

Cakap disebut 'royat' dari perkataan riwayat. Ianya sama seperti sebutan daerah pantai timur.

Cambah atau bercambah bukah bermaksud tumbuh membesar tapi bermaksud banyak.

Campak istilah yang tak wujud, ianya disebut punggee.

huruf mp ditengah perkataan tak disebut.
contohnya campur -disebut capoor sahaja.
campak - jadi capak
lampu - lapuu
lompat - jadi lopat

huruf p di hujung tak disebut dengan jelas - bunyi seperti antara p dan k
cekap disebut cekak
siap jadi siak
suap bunyinya suak
celup jadi celuk

cekau jarang digunakan, kerap disebut 'rengau'

ur di hujung jadi o sahaja
celur disebut celoo
telur jadi teloo

cemuh/memcemuh bukan bermaksud hina tetapi bosan.

cepat istilah yang amat jarang digunakan, disebut 'bangat' sama seperti cakap orang kelantan.

cili disebut cabee dari perkataan 'cabai'

coklat disebut 'cekelat'

Huruf D pula
dahaga istilah yang tak wujud, semua disebut lapar.
contoh lapar 'a' bermaksud dahaga air.

huruf ai di hujung menjadi ee sahaja
damai disebut damee
sampai jadi sapee
pantai jadi patee

dan bermaksud sempat

huruf ngau di hujung disebut ngoo sahaja

dangau jadi dangoo
bangau disebut bangoo

datang istilah yang tak pernah digunakan. Biasanya disebut 'mari' sahaja.

huruf au di tengah di ganti oo

daun jadi doon
jauh disebut jooh
pauh jadi buah pooh

degil istilah yang jarang disebut. Biasanya disebut 'ketegar'

deras istilah yang kerap digunakan untuk laju atau pantas

duduk agak jarang digunakan. Istilah yang biasa bagi maksud duduk ialah 'nyetok'

durian lebih berbunyi 'derian' dari segi sebutannya.

Ayat special

wakpa mu dok kelon ja ?

Bermaksud
Kenapa awak diam (pasif) aja ?

Bersambung....

Kisah Hidup Abah - Masa membesar bersama adik beradik


Penulis bersama adik (Dik Die)

Bila dah berkeluarga ni, tengok anak-anak membesar teringat zaman dulu-dulu (tahun 80-an) masa aku tengah membesar.


Agaknya kedua ibu bapa kami masa tu amat mencabar dalam mendidik kami adik beradik. Dah la ramai (7 orang) - susah pulak tu. Dengan kata lain kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kehidupan masa tu amat sederhana, makan pakai apa yang ada sahaja. Kami adik beradik tak diajar 'branded-branded' ni. Didikan lelaki dan perempuan agak berbeza dan mengikut faktor usia juga.


Kala aku membesar waktu tu (awal 80-an), mempunyai kakak yang ramai (4 orang), seorang abang (Bacat) dan seorang adik lelaki (Dikdie). Aku diapit oleh 2 saudara lelaki dan pastinya sifatku agak aggresif. Sebagai budak yang membesar sifat nakal atau 'buas' kata orang Kedah tak dapat dinafikan. Arwah mak lebih memberi penumpuan tolak ansur dalam keluarga. Konsepnya mudah : yang tua sentiasa mengalah.


Jadinya Dikdie sentiasa menang dalam banyak perkara. Bacat dan aku terpaksa mengalah bila berlaku perebutan mainan misalnya. Pun begitu sikap hendak menguasai tetap menebal dalam diriku. Masih segar dalam ingatan satu kejadian dalam darjah 2 rasanya; aku berebut sesuatu mainan tak dapat dipastikan apakah mainan tersebut (dah lupa) pastinya terpaksa mengalah dengannya. Dek kerana tak berpuas hati, aku telah membaling/melontar Dikdie dengan batu dan kena kepalanya.


Budak kecik mesti mudah luka. Maka berdarahlah dahinya. Aku pula buat selamba dan lari pergi main ngan kawan-kawan. Kejadian tu berlaku dekat dengan dewan lama (kini dah jadi dewan orang ramai Kampung Bendang Raja).


Aku ingat tak ada apa-apa, balik rumah arwah mak tanya kenapa baling adik ?
Aku memang jenis yang keras kepala; tak jawab buat tak tahu aja..


Masa tu Kak Yam tengah main congkak dengan Kak Jah kat tepi pokok Cempedak depan rumah. Kak Yam suruh jawab apa yang mak tanya. Tapi aku masih jenis yang degil.

Mak terus piat telinga (pulas telinga kata orang Kedah) dan minta aku mengaku tak nak buat lagi.

Mak tanya 'Serik dak lagi ?' sambil tangannya kat telinga aku.

Mak jenis ibu yang penyabar cuma pulas telinga saja walaupun dikdie berdarah dahinya....tapi aku pula terlalu 'degil' tak nak cakap 'SERIK'.
Cara didikan arwah mak memang begitu, setiap anak yang bersalah - dia akan minta kita mengaku SERIK dan janji tak buat lagi.


Hari tu memang hari gelap buat aku sebab degil sangat.

Aku tetap buat selamba walaupun telinga dah merah. Bapak datang dari belakang bersama rotan dan terus melibas atas belakang.

Kak Yam disebelah aku terperanjat dan cepat-cepat minta aku mengaku SERIK.

Kak Yam memang jenis kakak yang lembut hatinya, dia yang minta bapak hentikan merotan aku dan dia peluk aku sambil pujuk aku suruh mengaku serik.

Aku dengan keadaan birat di belakang sambil menangis tersedu-sedu mengalah mengaku SERIK.
Kak Yam turut menangis melihat belakng yang bertanda.


Kejadian ini masih segar dalam ingatan (mungkin Dikdie tak ingat lagi sebab masih kecik) sebab menunjukkan keakraban adik beradik bila berlaku sesuatu perkara.

Walaupun puncanya dari kesalahan aku tapi kakak-kakak tetap pujuk aku. Ini menunjukkan ikatan kekeluargaan amat akrab pada masa tu.
Rotan amat jarang digunakan hanya untuk kes-kes yang serius saja. Arwah mak sentiasa memberi teguran untuk anak-anak dahulu dan dihukum seminima yang mungkin dah meminta kami mengakui kesalahan yang dibuat dan berjanji tidak mengulanginya. 'SERIK' istilah yang kerap digunakan.
Bila teringat kejadian tersebut membuktikan ibu bapa dahulu memang penyabar dalam menghadapi kerenah anak-anak. Walaupun hidup susah, makan pakai yang tak menentu tetapi didikan akhlak diutamakan.
Melihat anak-anak kian membesar naik, aku amat khuatir dalam menghadapi cabaran mendatang.
Mampukah aku mendidik anak-anak seperti ibu bapa dulu-dulu dalam melahirkan generasi mulia pada masa akan datang.


Kepada anak-anak dan isteri : maafkan abah atas kelemahan memberi didikan terbaik buat anda semua.

Sunday, March 8, 2009

Blueberry cheese kek hmm sedapnyer...



Dah lama tak share resepi, kali nie mama nak share resepi kek yang baru dibuat semalam. Blueberry cheese kek. Entah macam mana the day before tu sebelum tidur tiba2 teringin nak makan kek ni.

Nak beli mahalla.. kalau beli kat kat kedai kek, harga satu slice Rm6.80 tak bolehla nak beli satu jer kan sebab ramai yang nak makan. Beli satu kilo hampir mencecah rm70.. Kalau buat sendiri kan jimat .Semua barang baru rm48 boleh buat tiga kali lagi.

Cubalah buat sendiri anak2 mesti suka punyer..





Bahan A

250g keju philadephia
60g mentega

Bahan B
Krim segar (160g)
3 biji kuning telur
15g high protein flour
15g corn flour

Bahan C
160g gula castor
3 biji telur putih
Setengah sudu kecil tartar
(Pukul sehingga meringue)

Bahan D
Blueberry filling

Cara2...

  1. Pukul bahan c hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  2. Putar bahan A hingga kembang kemudian masukkan bahan B satu persatu.
  3. Dengan slow motion dan sopan santun masukkan meringue kedalam bahan tadi dan kaup balikkan menggunakan senduk kayu.
  4. Masukkan blueberry filling.
  5. Setelah masak atau berbunyi Ting! Biarkan kek seketika didalam oven jangan kalut nak angkat pulak yek..
  6. Lepas sejuk boleh hiaskan topping yang anda gemari. Kali nie mama letakkan krim diatasnya maklumlah bebudak kan suka. Kalau orang tua nak makan kena makan sikit je tau pasal nak jaga badan kan.. nanti gemuk lak.
Gambar disebelah ni cara nak masukkan bluberry kacau sikit2 je dah la..



Haa sebelah nie cara nak hiaskan kek tue... Kalau nak tau yang mama pegang tu tak tau entah apa namanyer ala2 pisau gak tapi tak tajam Aina anak Hj Ahmad la yang hadiahkan. Dia suka tengok kakak ipar dia buat kek dia pun belikan.. Tima kasih..

Boleh bersoal jawab dengan mama untuk lebih faham lagi.. Cuba eek mesti anak2 suker...

Buktinya lihatlah sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008