Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, August 30, 2010

Cerita- ceriti....


Alhamdulillah setelah sekian lama tak dapat menulis di dalam blog khas untuk arriesfamily, mama akan cuba untuk menceritakan serba sedikit tentang perkembangan keluarga kami..

Dah lebih setahun kami disini.. (Parit Raja, Bt Pahat, Jhr).. pelbagai sukaduka yang kami semua alami.. Sudah tentu lain tempat lain kisahnya.. lain tempat lain juga budayanya...

Kami cuba untuk menyesuaikan diri sebaik mungkin tetapi kadangkala diuji juga dengan pelbagai kisah yang tersendiri.. Inilah namanya asam garam kehidupan...

Anak2 seringkali mengatakan betapa rindunya mereka kepada rakan2 di kawasan perumahan di Sijangkang.. mereka mengeluh tentang bezanya cara kanak2 di persekitaran di sini bergaul berbanding di Klang.. Setiap kali kami pulang ke Klang dan melalui kawasan perumahan yang pernah kami duduki seringkali juga mereka meminta untuk berjumpa dengan kawan2 lama..

Anak2 jiran yang merupakan teman Arrie pergi dan pulang dari sekolah dengan menaiki basikal.. agak nakal tetapi masih menghormati orang yang lebih tua... kadangkala lucu apabila berbual dengan mereka...

Aina (merupakan kawan baik Iffa yang juga anak jiran kami), Irdina ketika berusia setahun dan Iffa..

Anak2 di sekolah...

Alhamdulillah disini mama berkenalan dengan beberapa orang teman baru yang baik yang boleh mama minta pertolongan sekiranya mengalami kesukaran.. antara teman baru mama adalah ibu kepada kawan baik Arrie iaitu ibu kepada Zul Ifwat dan juga 2 atau 3 org jiran di sini yang boleh mama harapkan...dan mereka sedia membantu sekiranya diperlukan..terima kasih yang tak terhingga mama ucapkan..

Di sini 'Yasinan' atau majlis membaca yasin dari rumah ke rumah mengikut giliran (2 minggu sekali untuk wanita) menjadi amalan.. biasanya dibuat pada hari Ahad sahaja..bagi mereka itu adalah cara untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk. Wallahualam..biasanya mama tak dapat ikuti acara itu kerana kesibukan menjaga anak di rumah..tetapi sekiranya jiran terdekat yang mengadakan majlis Insya-Allah mama akan turut serta..bimbang kecil hati pula nanti..

Irdina di salah satu majlis yassin yang kami hadiri...

Dari segi penyediaan juadah, konsep gotong royong atau rewang menjadi kebiasaan.. sebaik habis saja majlis, juadah yang berlebihan akan diagih2 agihkan kepada tetamu..biasanya tuan rumah akan menyediakan beg plastik untuk memudahkan tetamu membawa balik juadah yang berlebihan itu... macam konsep sedekah juga la..nak elakkan pembaziran.....

Begitulah serba sedikit yang boleh mama coretkan disini...semoga kita bertemu lagi di lain waktu...Insya-Allah..

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008