Dah lebih setahun kami disini.. (Parit Raja, Bt Pahat, Jhr).. pelbagai sukaduka yang kami semua alami.. Sudah tentu lain tempat lain kisahnya.. lain tempat lain juga budayanya...
Kami cuba untuk menyesuaikan diri sebaik mungkin tetapi kadangkala diuji juga dengan pelbagai kisah yang tersendiri.. Inilah namanya asam garam kehidupan...



Alhamdulillah disini mama berkenalan dengan beberapa orang teman baru yang baik yang boleh mama minta pertolongan sekiranya mengalami kesukaran.. antara teman baru mama adalah ibu kepada kawan baik Arrie iaitu ibu kepada Zul Ifwat dan juga 2 atau 3 org jiran di sini yang boleh mama harapkan...dan mereka sedia membantu sekiranya diperlukan..terima kasih yang tak terhingga mama ucapkan..
Di sini 'Yasinan' atau majlis membaca yasin dari rumah ke rumah mengikut giliran (2 minggu sekali untuk wanita) menjadi amalan.. biasanya dibuat pada hari Ahad sahaja..bagi mereka itu adalah cara untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk. Wallahualam..biasanya mama tak dapat ikuti acara itu kerana kesibukan menjaga anak di rumah..tetapi sekiranya jiran terdekat yang mengadakan majlis Insya-Allah mama akan turut serta..bimbang kecil hati pula nanti..
Dari segi penyediaan juadah, konsep gotong royong atau rewang menjadi kebiasaan.. sebaik habis saja majlis, juadah yang berlebihan akan diagih2 agihkan kepada tetamu..biasanya tuan rumah akan menyediakan beg plastik untuk memudahkan tetamu membawa balik juadah yang berlebihan itu... macam konsep sedekah juga la..nak elakkan pembaziran.....
Begitulah serba sedikit yang boleh mama coretkan disini...semoga kita bertemu lagi di lain waktu...Insya-Allah..
Wassalam...